Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, June 19, 2021

Teaser 1: Tiada Drama Di Kampus

Teaser sikit.. 
~~~~~~~
Feralina membetulkan pelitup mukanya. Setakat ini belum ada pensyarah yang menegur mengenai pelitup muka yang dipakai sewaktu di kawasan kampus. Dia mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun di hadapan bangunan pentadbiran.

Belum sempat kakinya memijak tangga lobi, bahunya dilanggar dengan kuat sehingga menyebabkan dia terpusing seperti penari balet. Feralina terpinga-pinga di atas jalan tar. 

Kedengaran bunyi tapak kaki mendekati Feralina. 
Feralina terus terkaku dan mengeraskan badannya. Ah! Jalan je terus please.. pinta Feralina di dalam hati dan berdoa agar dirinya menjadi halimunan. 

“Yelah, I dah nak sampai dah ni. I ada training tadi.”

Mendengar suara serak-serak basah yang terlalu hampir dengannya membuatkan hati Feralina berdegup kencang. Dia tidak berani mendongak memandang si pemilik kasut yang berlari mendaki tangga. 

Feralina mengerut dahi apabila beberapa orang gadis berhenti berdekatan dengannya. Feralina perlahan-lahan berdiri dan kehairanan melihat gadis-gadis tersebut seakan dipukau. 

“Ya Allah, handsomenya ciptaan Allah.” 

“Macam pecah ovary wei..” 

“It’s official. Afid is my bias.”

Feralina menjulingkan mata apabila mendengar komen gadis-gadis itu sebelum dia mendaki tangga bangunan pentadbiran. Seluruh kampus dah kena sampuk agaknya. Komen Feralina di dalam hati. 

~~~~~~

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37