Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 2

Bab 2
3 Jan 04 (pondok cendawan)
Dia (mamat pathway) lalu lagi ikut jalan ni.. seperti biasa.. dia tersenyum.. Aku sudah biasa dengan keadaan ini. Setiap petang, aku akan singgah sebentar di pondok cendawan ni.. kadang-kadang untuk menyiapkan segala tugasan aku.. dan kadang-kadang pula hanya untuk duduk menenangkan fikiran. Dan ‘dia’ pula, setiap petang akan lalu di pathway depan pondok untuk ke parking kereta. Mulanya semua seperti biasa.....

“Dya!”
Elina memanggil orang macamlah Dya sudah mengalami masalah pekak. Dya menggeleng kepala kemudian berpaling menghadap Elina.

“Kau stay kat pondok ke?”

Dya berfikir seketika. Rasanya semua tugasan sudah dia selesaikan. Mata pula sudah lelah menahan rasa mengantu. Lebih baik dia pulang ke asrama untuk mendodoikan diri daripada duduk di pondok tanpa membuat apa-apa.

“Taklah kot... mengantuklah...”

“Okay... jumpa kat bilik nanti... nak minta tolong kau buat assignment.”

“Okay..”

Dya meneruskan perjalanan menuju ke asramanya.Dahinya berkerut. Kenapa hari ini begitu pelik baginya. Cuba berfikir sejenak. Langkaj dihentikan di depan pondok cendawan.

“Pelikkan hari ni??”

Satu suara yang menegurnya seperti mengiakan isi hatinya. Dya berpaling melihat pemilik suara garau yang bertanya itu. Mamat ni? Dahinya bertambah berkerut bila melihat lelaki yang selalu lalu lalang di depannya sedang duduk merenungnya di salah satu kerusi pondok cendawan itu.

“Apa yang pelik?”

Tanya Dya. Lelaki itu tersenyum manis bila soalannya dijawab dengan persoalan yang lain.

“Sebab selalu awak yang duduk dekat sini.. Dan saya yang berjalan di depan awak.. Tapi kali ni saya yang duduk dekat sini.. dan awak yang lalu depan saya.”

Dya kehairanan. Dia dah dapat geran tanah pathway ni ke sampaikan dia rasa pelik bila orang lain yang jalan ikut walkway ni. Bisik hati Dya.

“Jalan nak ke asrama ikut jalan sini.. awak ada suggestion ke? Jalan lain yang boleh saya guna untuk sampai ke asrama?”

Tanya Dya dengan bingungnya. Dya memang lambat sikit berfikir kalau tengah mengantuk ni. ‘Mamat pathway’ tertawa.

“Takdelah.. saya tertanya-tanya juga.. kenapa awak takde kat pondok ni bila saya lalu tadi.. jadi tiba-tiba terfikir pula nak tunggu kedatangan awak dekat sini.. macam lain pula pondok cendawan ni bila takde awak yang berteduh di sini. Awakkan Miss cendawan.”

Dya makin bingung. Bila masa jabatan pendaftaran tukar nama aku ni? Langsung tak bagi inform aku pun.

“Nama saya bukan miss cendawanlah encik ‘pathway’...”

Besar mata lelaki itu bila diberi nama seperti itu.
“Dan itu bukan nama saya juga..”

“Ha?? Bukan ke?? Ada aku kisah??”

Dya meneruskan perjalanannya. Malas mahu melayan mamat pathway itu.. kang melalut tak berhenti..

“Wei... cik cendawan... bagitahulah nama dulu...”

Jerit mamat pathway..


“Panggil je nama apa-apa.. saya tak kisah...”

“Bubye mamat pathway!”

Sambungnya lagi...............


Fahmi kelam kabut menutup diari di tangannya kemudian menyembunyikannya di bawah bantal. Dya mengerut dahi melihat kekalutan suaminya itu. Buku apalah yang dibaca suaminya tadi sehingga nampak kalut macam itu.

“Awak tak boleh ketuk pintu dulu sebelum masuk ke?! Tu pun nak kena ajar?”

Marah Fahmi. Sebenarnya mahu menutup rasa gemuruhnya bila hampir kantoi mencuri baca diari isterinya.

“Sorry bang... Dya risau kalau abang sakit ke, demam ke, dah jam 8.30 pagi ni bang.. Tak pergi kerja ke?”

Fahmi menepuk dahinya. Macam mana dia boleh ralit sangat sampai terlupa yang dia sedang bersiap untuk ke pejabat. Semuanya pasal Diari Dya lah!

“Pergi, kejap lagi... awak keluar dulu.. saya nak bersiap...”

Kata Fahmi sambil mengambil tali lehernya. Dia sempat menyimpan diari disembunyikan di bawah bantal sebelum pergi kerja.

Note utk mamat pathway: saya sengaja buat tak takde feeling petang tadi.. Sebenarnya saya malu bila awak mula bercakap dengan saya.. Dan saya pun....

“Selalu perhatikan awak.. dan akan selalu perhatikan awak..”

“Hah?”

Fahmi mengerut dahi. Dia seperti terdengar yang isterinya sedang berkata sesuatu. Dya merenung suaminya kemudian berusaha mengawal air mukanya. Dia menghadiahkan senyuman buat suaminya.

“Takde apa-apa..”

7.30 pm,
(ada perlawanan bola malam ni.. pasti awak lalu lagi jalan di depan saya ni..dan saya sedang menantikannya.)
Nadia Alisya.


3 comments:

Zass said...

citer ni best...

but... sakit sgt mate ni nak membaca...

boleh tak tukarkan tema blog ni....

tema yg cantik berupaya menarik pembaca utk singgah dkt blog kita walaupun isinya tak menarik inikan pulak blog novel..lagilah berpusu-pusu org nak singgah...

MeGa_Lisa said...

ok... hehe.. thanks for da comment

nursya said...

ala pendeknyer...
nk lg...
huhuhu..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37