Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, January 8, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 3

BAB 3

“Im Back!!!!” Jerit Dahlia dari muka pintu dormnya.. Q-17.. Seluruh warga Q-17 yang sedang membuat kerja masing2 terperanjat dengan kepulangan si trouble maker..

“Hoi! tak payahlah kecoh2 kalau dah balik pun.. aku nak tidur pun terganggu..” Jeritan dari salah seorang pelajar di aspura. mungkin jeritan Dahlia terlalu kuat sehingga kedengaran di bangunan yang berhadapan dengan bangunan aspuri..

“Kecohlah aspura ni.. sibuk..” komen Dahlia tanpa rasa bersalah.. dia berjalan ke locker kesayangannya..

“Mana dia tak kecoh.. kau tiba2 menjerit.. aku ingat maling(pencuri) mana je tadi..” Sampuk Pony dari atas katilnya.. berbaring2 sambil memeluk patung po’oh nya..

“Sampai hati kau kata aku Maling, pony.. muka aku yang cantik ni kau kata maling? sungguh menguris hati..” Sempat lagi Dahlia berdrama di dalam lockernya.. hanya suaranya saja yang kedengaran..

“Seronoklah balik kampung?” Tanya Syana dari katil tingkat atas.. Hanya mukanya saja kelihatan dari bucu katil.. Dahlia yang baru siap menukar pakaian terkejut.. ‘macam juon aku tengok budak sorang ni.. dah la pakai bedak sejuk.. siap renung mata lagi mengerunkan..’

“Mestilah seronok.. kecian orang tu tak boleh balik kampung time cuti.. takpe.. aku dah sampaikan salam kau sengan tugu negara KL.. jangan risau..” Budak kelahiran Kuala Lumpur itu mencebik.. tapi tidaklah mengambil hati.. Dahlia duduk di katil Pony.. malas mahu memanjat ke katilnya..

“Kau ni pulang kampung ke tau kawin ni? siap berinai segala..” Tegur Fie dari katil sebelah.. Baru bangun tidur.. sebab itu baru kedengaran suaranya menyampuk.

“Emm.. Cousin aku kawin.. jadi aku pun tumpang sekaki lah..” Jawab Dahlia dengan selamba. Dia melihat jari manisnya pula.. mujur cincin kahwinnya sempat dia tinggalkan di rumah..

“Hah! aku dah tahu dah dia memang dah balik asrama..” Kedengaran suara Kelly pula menyampuk dari depan pintu..

“Korang dari mana?” Tanya Dahlia.. Dia mula melandingkan diri di katil Pony.. tepaksalah Pony memberi ruang kepada temannya itu..

“Kami dari café tadi.. cari makanan.. lepas tu jumpa dengan mamat Auto kau tu.. dia kirim salam..” Jawab Clara pula..Dahlia mengerut dahi tapi sempat menjawab salam dari budak Auto itu..

“Macam mana dia tahu yang aku dah balik?” Tanya Dahlia yang sedang berbaring di antara Fie dan Pony..

“Maksud kau selain dari jeritan kau yang boleh mengejutkan seluruh warga Li-techs?” Sindiran dari Syana di katil atas..

“Emm.. Buat apa Paied kat aspura tu?” setahunya Paied bukan duduk di asrama kerana dia budak harian..

“Dia lepak kejap.. sebab kejap lagi dorang nak lawan bola kat padang jam 2 ni..” Jawab Pony yang sedang menutup matanya..

“Takde bawak buah tangan ke dari sana?” Tanya Kelly apabila sudah selesa di atas katilnya.. petang2 begini yang tiada apa2 perkara yang perlu di buat selain tidur untuk membekalkan tenaga sewaktu prep berlangsung di malam hari..

“Ada… Tapi nantilah aku bagi2.. nak tidur jap..” suara Dahlia sudah layu2 kedengaran.. “Ieyna mana? tak dengar pun suara dia…” Sempat lagi Dahlia bertanya sebelum matanya terlelap.. Tapi soalannya dijawab dengan dengkuran dari pihak Ieyna yang sedang lena di katil atas Kelly.. “jam 2 bagi bangun aku tau.. nak tengok bintang handalan aku main bola..” Sempat lagi Dahlia berpesan kepada sesiapa yang masih belum lena dalam dormnya..

3 comments:

ceritaku MEMORIKU said...

boleh tahan
bestbest
-na'dz

keSENGALan teserlah.. said...

wah3..
menarik perhatianku..
smbung2..

sinichies_girl88 said...

best...best..sambung ag...