Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

update Bukan Aku, Kau & Dia

BAKD 21

BAKD 22

BAKD 23

BAKD 24

BAKD 25

Promosi Lagi! hehe (MISS&MRS)


-Sedutan sikit... nak lagi? Dapatkan Miss & MRS di pasaran.. and boleh juga beli dari saya.. saya bagi free bookmark yg comel macam kat gambar tu.. (comel bg pandangan mata sayalah.. haha. dah takde yg nak puji.. saya puji sendirila..)

****
“Dah masak.. tapi dia masih mogok lapar kot.. pulang je tadi terus menghadap komputer. Dahlah jalan dengan baju tidur dari pagi tadi.. ”

            Dannial tiba-tiba tertawa. Dia terasa gadis bernama Chiell itu seperti memerli dirinya pula. Baru dia tersedar yang dia berjalan tadi dengan memakai baju tidur. Dahlia melirik sebentar ke arah Dannial. Suka benar suaminya itu. Entah apa yang sedang suaminya itu lakukan.

            “Agaknya si dia ada masakkan apa-apa untuk saya tak? Saya lapar... penat mogok lapar.”

            Sly membuat muka sedih sambil memegang perutnya.Chill tertawa dengan gelagat Sly. Jejaka itu pun sedang mogok lapar rupanya.

            “Pergilah check kat dapur tu.. Mesti ada makanan..”

            Jawab Chiell.

            “Kalau takde?”

            “Dia takkan biarkan awak kelaparanlah... mesti ada tu..”

            “Okaylah... saya nak pergi periksa dulu.. kalau ada alhamdullilah..Kalau takde.. huhuhu.. alamatnya makan meggilah saya hari ni..”

            Chiell tertawa.

            “Okay.. selamat menjamu selera..”

            “Tata Chill.. harap-harap dia ada masak asam pedas.”


            Dahlia sekali lagi geli hati.. macam tahu-tahu je Sly ni yang dia ada masak asam pedas sebentar tadi. Sly sudah logout. Dannial tiba-tiba bangun dari kerusi meja komputer itu dan terus turun ke tingkat bawah. Dahlia menjungkit kening. Mungkin Dannial juga mahu memeriksa tudung saji sama seperti Sly. Lebih baik dia menghidangkan makanan buat Dannial. Nanti bertambah merajuk pula.

*****

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37