Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, June 19, 2018

Sumpahan untuk Si Puteri Epilogue

Epilog
            Awak.. Maaf.  Saya sayang awak selalu.
            Jangan persiakan hidup awak lagi.
            Tulisan terakhir Darul sebelum dia menghembuskan nafas terakhir aku baca untuk kesekian kalinya. Rupanya Darul dalam perjalanan untuk kembali ke rumah aku sebelum keretanya dilanggar oleh lori. Dia sempat bangun untuk beberapa jam sebelum berada dalam keadaan koma dan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya. Cuma aku sahaja yang terlambat sampai ke hospital. Terasa sedikit khilaf bila tidak dapat berjumpa dengannya untuk kali terakhir. Aku masih mencuba untuk mengikhlaskan hati menerima pemergiannya. Kadang-kala bila terasa rindu, aku akan menghabiskan masa sehari suntuk membaca kalam Allah di tepi kuburnya. Mungkin  Darul bukankan seseorang yang diciptakan  sebagai peluang kedua untuk aku merasai cinta. Mungkin dia hadir untuk merungkai semua dendam yang menghitam di dalam hatiku. Aku sudah berjaya melepaskan semuanya. Puteh, Dahari, Kanda Sultan.. Tiada lagi rasa dendam pada mereka. Hanya memori bahagia bersama mereka aku simpan sebagai bekalan aku melewati hari-hari ku.
            “Dah ada satu lagi.”
            Aku tersenyum lebar bila melihat wajahku di hadapan cermin kecil. Kelihatan satu kedutan lagi muncul di wajahku walaupun tidak terlalu ketara sangat.
            “Dahlah tiada budi bahasa. Gila pula tu. Cermin pun macam nak pecah tengok muka dia.”
            Aku menutup bedak kompak dan merenung keluar tingkap kereta. Kelihatan beberapa budak berlari-lari di kawasan padang. Ada juga yang sibuk bermain belon dan layang-layang. Siapa yang bercakap tadi? Terasa seperti disindir pula tadi. Aku membuka pintu kereta yang sudah lama diletakkan di dalam garisan kotak kuning.
            “Hai.”
            Lelaki itu tersenyum lebar di luar keretaku.
            Jangan persiakan hidup awak lagi.
-Tamat-

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37