Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, February 11, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 9

Bab 9

“Assalammualaikum…Hai. lama tak jumpa..” Kata Puan Dahnia girang sambil bersalaman dengan besannya.’yelah sangat lama tak jumpa, baru beberapa bulan yang lepas.. bukan bertahun.’ komen Dahlia dalam hati.Dahlia bersalaman dengan ayah mentuanya kemudian mak mentuanya.. Senyum manis tetap di ukir walaupun terasa kekok dengan suasana itu di tambah lagi dengan kesibukan yang ada di KLIA itu.. Kelibat Dannial belum lagi kelihatan di segenap ruang lapangan terbang itu.

“Dannial mana? tak nampak pun batang hidung?” Tanya Puan Dahnia setelah menyedari anak menantunya tidak kelihatan. Sekaligus mewakili Dahlia untuk bertanyakan soalan yang berlegar di kepalanya.

“Dia tunggu kat dalam kereta tu,, nak parking jauh.. jadi kami letaklah kat tepi jalan tu..” Jawab Encik Harris mesra.

“Oo..yelah.. ni, abang Raziq kirim salam..” Puan Dahnia teringat pesan suaminya.

“Waalaikumsalam., Dia sibuk ke sampai tak join sekali pulang kampung ni? tak dapat cuti?” Tanya Puan Safiah. Mereka berempat berjalan kea rah kereta Honda putih yang di letakkan di tepi jalan.. Mungkin kalau mereka berlama lagi di sana, sikit jam lagi kereta itu akan di halau oleh polis trafik kerana menyebabkan kesesakakan lalu lintas.

“Sibuk sangat dia tu.. tak sempat minta cuti dah kena hantar outstation pergi singapura hari sabtu minggu lepas.” Jawab Puan Dahnia. Encik Harris tersenyum. Faham sangat sikap ‘workaholic’ temannya itu.

“Biasalah orang bisnes ni.. Hari2lah kita kena tinggal.” Dahlia yang menolak troli hanya memasang telinga mendengar perbualan Ibunya dan mentuanya.

“Ala.. ikut kata orang.. sayang bini tinggal2kan..ye tak Dahlia?’ Tanya Encik Harris yang berdiam sedari tadi.. Dahlia tersengih..

“Betullah tu yah..” Dahlia meng’ia’kan kata2 ayah mentuanya.

“ Tapi dalam kes kamu ni terbalik pulak..” Kata Puan Safiah pula.. Dannial yang melihat tetamu yang di tunggu telah sampai keluar dari kereta sambil berjalan ke arah Puan Dahnia untuk bersalam dengan mentuanya.. Dahlia dengan segan2 bersalam dengan suaminya dan mengucup tangan kasar itu.. Dannial tersenyum.

“Apa yang terbalik yah?” Tanya Dannial.. mungkin dia terdengar butir perbualan ayahnya sebelum ini..

“Takdelah.. Mama dengan ibu mertua kamu ni merajuk sebab selalu kena tinggal.. Jadi ayah katalah yang sayang2 isteri tinggal2kan.. Tapi terbalik pulak dalam kes kamu ni.. Dahlia yang tinggal2kan kamu..” Jelas Encik Harris.. Dannial kawal senyum.. Dahlia muka muka tembok.. Buat tak dengar..

“Betullah tu.. eh! marilah kita gerak sekarang.. bermalam kat villa dulu baru gerak awal pagi untuk balik kampung..” Puan Safiah buat perancangan.. Encik Harris dan Puan Dahnia hanya mengangguk.. Memang dah terbiasa ikut segala perancangan Puan Safiah sedari zaman sekolah lagi. Dannial mengambil beg pakaian ibu mertua dan isterinya untuk di masukkan di bonet sambil di temani oleh Dahlia. Sementara ibu bapa mereka sudah selesa duduk di dalam kereta..

“Beratnya.. bawak batu ke?” Tanya Dannial dalam gurau apabila mengangkat beg isterinya..

“A’aa.. Batu marmar, batu kelikir, batu seremban….” Jawab Dahlia dalam gurauan juga. Ingin membuang gugup di hati..

“Nakal! asal jangan bawa batu nisan sudahla..” Dannial sempat lagi mencuit hidung mancung isterinya.. Dahlia terpaku seketika melihat reaksi Dannial. Sehinggalah bunyi dentuman bonet yang di tutup membuatnya terkejut.

“Aik? terkejut? berangan ke?” Tanya Dannial apabila menyedari air muka Dahlia yang terkejut.

“Mana ada terkejut..” Bantah Dahlia menutup malu.

“Dah, jom masuk kereta..” Dannial menarik lembut tangan isterinya.. Dahlia hanya mengikut.

7 comments:

Anonymous said...

salam, blh gau x umur dannial tu brapa sbnrnya?

Anonymous said...

umo daniel 2 kan 16 taun same ngan dahlia kan.....

ShaaKay♥ said...

sikittttt nye, tak cukup la, hehe ^^

keSENGALan teserlah.. said...

jap2..16 tahun ley bwak kete kaa???

ske2..smbung2..

MeGa_Lisa said...

ayah dia yang bawa kreta la.. dia tolong tunggu kat kreta je.. hehehehe

Khairi Mohd said...

Singgah jap :)

dah chapter 9 ni. hummm... tulis byk2, nnt bg publisher eh.

shahieyza said...

Salam... best gak citer neh.
Asyik gelak sorg2 je.. hahaha...
Tp nk tau gak, apsal dorg tu dikahwinkan awal sgt?? Kalo pn mak bapak dorg tu pakat2 kepingin nk satukn dorg pn, skurg2nya bleh tgu smpai hbs SPM kan?? Awat yg x sbr2 kasi dorg nikah?? Baru form 4.. huhuhu... Heharap ada p'jlsn ug musabah. :p

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37