Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, November 9, 2010

Dana @ Adriana 1

Bab 1

Adriana berdiri di satu sudut pejabatnya dan merenung pemandangan dari tingkat 8 pejabatnya.. terasa seperti dia telah menguasai dunia koperat. Pada mulanya dia ragu-ragu untuk menjawat jawatan almarhum ayahnya. Antara dia dan Adrian, abang kembarnya.. Rasanya Adrian lebih layak memegang jawatan itu kerana Adrian lebih berpengetahuan dalam bidang bisnes. Tapi Adrian dari awal lagi sudah menolak jawatan itu.. Katanya, penat berada dalam bidang koperat.. bermain dengan helah demi helah untuk memastikan diri sentiasa di atas.. Dan kalau di serahkan jawatan itu kepada Adrina illina pula adik kembarnya, sudah pasti AdriaHolding dan syarikat-syarikat di bawahnya akan tunduk menyembah bumi. Adrina Illina seorang gadis yang tidak suka dengan segala macam komitmen.Bulan ini dia mahu membuka butik, bulan depan mahu membuka kedai bunga pula.. Hunjung minggu depan entah apa lagi yang mahu di cubanya.. Akhirnya tinggal dia sahaja yang boleh di harap oleh ibunya untuk meneruskan perjalanan AdriaHolding.

“Tengku Adriana, ada panggilan dari encik Ikhwan..” Kedengaran suara Laily, setiausahanya dari intercom mengejutkan Adriana dari menungannya. Perlahan-lahan dia berjalan ke mejanya dan mengangkat ganggang telefon di bilik pejabatnya itu.
“Hai Rya.. busy?” Suara Ikhwan dari hujung talian menimbulkan senyuman di wajah Adriana. Adriana melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Tak juga.. baru selesai meeting dengan wakil dari Syarikat SafetyCenter berkenaan dengan tender alat pemadan api untuk dibekalkan di resort Melati. “ Kata Adriana sambil membelek-belek diari hariannya. Lamanya sudah bertemu dengan kekasih hatinya..
“Oo.. I thought you dan putuskan nak berikan tender tu dengan SyfireHolding?” Tanya Ikhwan lagi.
“Don’t want-la.. SyfireHolding terlalu banyak mendapat tender dari Syarikat lain.. Rya takut syfireHolding tak memberi sepenuh perhatian terhadap tender dari AdriaHolding.. Projek dah banyak masuk, takut kerja cincai pula.” Ikhwan di hujung talian bersetuju dengan pendapat tunangnya itu.. Kadang-kadang manusia akan melakukan kesalahan apabila sudah terasa sedikit kesenangan.
“So,, Lunch kat mana hari ni?” Tanya IKhwan lagi. Adriana tersenyum,
“That my favorite question.. Kat tempat biasalah.. pekerja kat sana dah hafal citarasa Rya..” Kata Adriana dengan senyum manis. Memang tidak boleh di nafikan makanan di restaurant Seafood Ali’s memang sesuai dengan seleranya. Pekerja-pekerja di sana juga telah hafal menu hariannya,
“Up to you.. you’re the boss.Ikh tunggu kat sana atau Ikh jemput di office?”
“Tunggu kat sana… Kejap lagi Rya gerak,,” Adriana meletak ganggang telefon selepas selesai berbual denga tunangnya itu. Dia mengambil beg tangannya tanpa menyedari dompet dan segala ID nya terkeluar dari beg tangan itu.
“Laily, Illina dah hantar kereta saya kat sini ke?” Tanyanya pada Laily., Dari pagi tadi Adiknya, Adrina Illina meminjam kereta kerana keretanya di masukkan ke bengkel akibat kerosakan enjin. Mahu berikan kereta BMW arwah ayahnya yang tersadai di dalam porch di villa mereka, ibunya tidak sampai hati.. Takut jahanam kereta itu.. Akhirnya kereta dia juga yang menjadi mangsa.. itupun selepas berfikir panjang barulah perlahan-lahan tanganya menghulurkan kunci kereta.
“Em.. bijak sungguh budak ni menipu aku..” Marah Adriana perlahan sambil melihat jam di tangannya. Menyesal juga menolak tawaran Ikhwan untuk di jemput tadi.
“Cik Adriana nak pergi mana?” Tanya Laily yang sudah mengeluarkan bekalnya. Malas mahu membeli makanan dari luar.
“Saya nak pergi lunch dengan Ikhwan.. Tapi kereta takde pulak.. Awak tolong call cab datang sini..” Kata Adriana masam.
“Takpelah Cik Adriana.., Cik pakai kereta saya je., lagipun saya tak pergi mana-mana hari ni..” Laily menawarkan keretanya, Bercahaya muka Adriana mendengarnya.
“Ye ke? Tak menyusahkan ke?” Tanya Adriana gembira.
“taklah Cik.. lagipun saya tak pergi mana2 pun..Dah bawa bekal..” Laily mengambil beg tangannya dan mengeluarkan kunci keretanya dan memberikan kepada Adriana.
“Thank you.., nanti saya isi minyak penuh-penuh..” Adriana kelam kabut berlari ke lif tapi di tahan oleh Laily..
“Cik Adriana, ni Maklumat pengerusi Syarikat MegaHolding yang nak masuk tender pembinaan Resort di teluk Astana tu.. Nama dia Encik Mikhail.. Atau lebih mesra Mike.. Ni alamat maklumat diri dia..” Laily menghulurkan dokumen kepada Adriana dengan kalutnya.
“Oo.. yang saya suruh cari tu.. Ok, Thanks.. gotta go..” Kata Adriana apabila pintu lif terbuka..

4 comments:

sueada said...

knp x link kt cite yer... yg bwh tag DAA

MeGa_Lisa said...

Baru siap linkkan tadi...

nursya said...

mega_lisa...
nie new season ker citer ari tu wat link br???
kompius jap...

Anonymous said...

kenape cite ni x same dgn cite yg dulu?
kompius...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37