Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, July 12, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 6

Fahmi yang baru pulang dari pejabat meletakkan beg kerjanya di atas meja. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang empuk. Walaupun hanya duduk berkerja di dalam pejabat, Dia tetap juga berasa penat seperti baru berlari keliling padang permainan yang ada di kawasan perumahan mereka.

“Kejap lagilah.. Nak berehat dulu.”

Jawab Fahmi dengan mata yang sudah tertutup. Dya masih setia disisi suaminya.

“Ada apa dengan tarikh 28 Mac?”

Tanya Fahmi namun matanya masih lagi bertutup. Dya mengerut dahi. Hairan kenapa suaminya bertanya sebegitu.

“ Kenapa? Abang ada meeting dengan client ke?”

Tanya Dya was-was. Fahmi menggeleng perlahan.

“Takde apa-apalah.”

Dia sempat membaca coretan isterinya itu. Diary kedua isterinya. Muka surat pertama sudah tertulis yang 28 Mac 2005 adalah tarikh penting dalam hidup isterinya. Langsung tiada coretan dari bulan Januari dan Februari. Terus sahaja ke bulan Mac. Mestilah menimbulkan tanda tanya kepada Fahmi.

“Dya...”

Dya yang baru mahu melangkah ke dapur menghentikan langkahnya bila Fahmi memanggil namanya.

“Besok kita makan kat luar. Abang dah buat tempahan tadi.”

Sebenarnyadia belum pun buat apa-apa tempahan restaurant. Entah kenapa mulutnya laju saja berkata begitu. Ah!, bukan susah mahu membuat tempahan bagi Fahmi Dato Idris. Dia perasan juga yang selama dia menjadi suami Dya, dia jarang membawa isterinya itu jalan berdua. Bersusah sikit membuat tempahan tidak apalah. Dya mengerut dahi.

“Besok 28 mac.”

“Ya..Kenapa? ada rancangan lain ke?”

Dya berfikir seketika. Kemudian dia menggeleng perlahan sambil tersenyum.

“Then, kalau takde rancangan, abang booking masa Dya sepanjang malam esok.”

Kata Fahmi dengan senyuman. Dya mengangguk. Ah! Kenapa dengan kau ni Fahmi.. Bisik hati Fahmi. Ya, dia terasa lain bila membaca coretan isterinya mengenai lelaki yang bernama Izhar itu. Mula-mula dia tidak endahkan perasaan itu. Tapi bila membaca coretan isterinya mengenai perkembangan hubungan Dya dan lelaki itu membuatkan hatinya terasa lain. Cemburu?. Tak mungkin. Bisik Fahmi lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Alunan gesekan biola diiringi dengan bunyi piano yang mengasyikkan di restaurant itu membuatkan Dya tersenyum. Bunyi piano seperti membangkitkan kenangan lalu. Fahmi merenung saya wajah isterinya yang sedang asyik menonton persembahan piano itu. Lebar senyuman isterinya.

“Sukanya tengok orang tu main piano.”

Kata Fahmi perlahan. Rasa geram juga bila isterinya lebih memberi perhatian kepada pemain piano itu berbanding dirinya. Sebenarnya dia takut isterinya itu sempat mengenang kisah lama bila menghayati persembahan piano itu. Dia teringat coretan isterinya yang sempat dia baca semasa di pejabat tadi.

28 mac 2005

Hensemnya boyfriend Dya... Hehehe.. kitorang dah declare tau.. tadi dia main piano kat bilik muzik untuk saya.. suka-suka....

“Awak, jumpa kat bilik muzik ek?”

Dya tersentak dengan teguran itu. Siapa tak terkejut bila pujaan hati tiba-tiba ada disebelahnya dan menegurnya. Baru je malam semalam dia terguling-guling di atas katil memikir ayat apa yang akan diucapkan bila berjumpa Izhar besok hari. Tapi sekarang Izhar yang tiba-tiba menegurnya. Merah gila kot muka aku sekarang ni. Tahan segan!.

“Buat apa?”

Tanya Dya sambil menahan gugup. Yelah. Bukan tak biasa bertegur sapa dengan Izhar. Sebagai kawan biasalah. Tapi sebagai boyfriend-girlfriend, baru hari ini dia mengalaminya. Baru semalam mereka bertukar status. Izhar tersenyum. Dia tahu yang Dya segan bila berjumpa dengannya. Kalau tidak kenapa Dya tadi pagi tadi berlari-lari menyembunyikan diri darinya. Macam dia tidak perasan.

“Datang je.. Jangan lari pulak..”

Kata Izhar sambil mencuit hidung Dya. Mak aih! Dia buat macam tu lagilah aku segan tahap tak ingat. Kawan-kawan yang lain tersengih-sengih melihat perlakuan Izhar sebentar tadi.Mestilah mereka semua dah tahu. Merekalah orang pertama yang mendengar berita baik mengenai perhubungan Dya dan Izhar itu.

“Mesti datang ya.”

Pesan Izhar lagi sebelum berlalu.

“Jangan risau Izhar. Dia pasti akan datang.”

Balas Farina bagi pihak Dya. Dya mencubit pinggang temannya itu. Suka buat orang segan. Farina tertawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dya menutup mulut yang sudah ternganga besar. Bilik kelab muzik ke ni? Bisik Dya di dalam hati. Sekali lagi dia keluar dari bilik muzik itu dan membaca papan tanda di atas pintu. Betullah kelab Muzik.. Izhar tersenyum melihat perilaku kekasih hatinya itu.

“Awak tak nak masuk ke?”

Dya memandang Izhar yang sedang tersenyum manis.

“Bilik muzik ke ni?”

Izhar tertawa melihat muka keliru Dya. Dia menarik tangan Dya perlahan dan duduk di kerusi yang sudah dihias cantik dengan reben-reben merah. Langsir semua ditutup dengan sengaja dan lampu tidak dibuka. Hanya cahaya lilin sahaja yang menerangi bilik itu.

“Awak..”

Izhar memandang ke arah Dya.

“Awak tak takut gelap ke?”

Izhar kebingungan seketika dengan soalan dari Dya itu.

“Kenapa awak ketawa?”

Tanya Dya bingung!

“Sebab saya jangka awak akan tanya soalan macam ni.. ‘awak ke yang buat semua ni.’ atau ‘kenapa awak buat semua ni’.. tapi lain pulak soalan yang awak tanya. Saya tak prepare jawapan untuk soalan awaklah.

“Saya tak takut gelap. Dan saya buat semua ini untuk meraikan hubungan kita yang dah berusia satu hari 1 jam 8 minit 43 saat ini.. Ow.. dah 44..45..46 saat.. dah sekarang dah 47..”

Dya tertawa kecil bila Izhar mengerut dahi sambil merenung jam ditangannya.

“Awak nak terus countdown sampai jadi seminit ke?”

Izhar tersenyum.

“No... tapi sebab saya tak mahu buang masa.. Saya nak buat satu persembahan yang istimewa untuk makwe baru saya ni.”

Izhar mencuit hidung Dya. Dya menepisnya.

“Yang baru? Jadi pernah ada yang lama ke?”

Tanya Dya dengan nada mengusik.

“Past is past..”

Jawab Izhar nakal. Kemudia dia beralih ke arah piano. Selepas selesa duduk di atas kerusi yang memang tersedia di depan piano itu, alunan piano terus beralundi seluruh sudut bilik itu. Dya tersenyum lebar. Terbuai dengan alunan muzik itu.

Fahmi mengusap perlahan pipi isterinya bila melihat Dya seperti berada di dalam dunianya sendiri. Fahmi tiba-tiba cemburu. Rasanya mahu saja dia menyuruh pekerja di restaurant itu berhenti bermain piano itu. Fahmi cuba bertenang. Kenapa tiba-tiba dia rasa begitu. Mengarutlah Fahmi. Katanya di dalam hati. Dya yang tersedar dari lamunannya tersenyum kecil. Kenapa dia boleh terbawa emosi sehingga terkhayal seketika.

“Makanlah.. dah sejuk kot..lama awak termenung”

Dya tersenyum. Saya benci dengan keadaan ini. Saya rindu awak tapi saya tak dapat katakan itu kepada awak. Saya benci bila saya tak dapat meluahkan dan meleraikan rasa rindu ini kepada awak. Saya sangat benci. Dya cepat-cepat mengelap air mata yang terbit di hujung matanya. Takut Fahmi kehairanan kenapa dia menangis tiba-tiba. Tapi tindakannya itu sudah lambat. Fahmi sememangnya tersedar yang isterinya sedang menyembunyikan tangis. Beruntung lelaki itu, air mata isterinya jatuh dengan hanya mengenang lelaki itu.


1 comment:

faraashah said...

cepat la smbung...sdeynya..mesti husband die tu izhar kn?

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37