Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Saturday, January 30, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 6(ii)

BAB 6 (ii)

“So.. apa yang hangat sangat kau nak story ni??” Tanya DK apabila mereka sudah selesa duduk di café SMT Likas. Dahlia menarik nafas panjang.. Dia melihat jam di tangannya.. Paied mungkin sudah balik sejam yang lalu.. Dia memandang DK di hadapannya yang sedang menunggu kata2 darinya..

“Kau jangan bagitahu Paied..” Perlahan Dahlia berkata..

“Hah! aku tahu ni.. mesti kau dua kan Paied kan..” Gurau DK..tapi senyumannya mati sendiri apabila melihat Dahlia menganggukkan kepalanya,,

“ Aku tak dapat elak….” Kata Dahlia dalam sendu..

“Elak apa? kau ‘accident’ dengan lelaki lain ke?” Besar mata DK melihat melihat Dahlia.. Dahlia yang dalam mood sedih ingin mengangguk tapi di kerahkan otaknya berfikir seketika..

“Bukanlah.. Parent aku paksa aku kawin dengan anak kawan dorang,,,,”
DK membesarkan semula matanya.. Tangannya diletakkan di atas dahi Dahlia..

“Kau mamai ek? ke terlebih baca novel cinta.. Takde2 semua tu.. kawin paksa, kawin muda.. dah tak wujud di zaman moden ni.. kalau nak klentong aku pun agak2lah bos..” DK membebel.. “Cuma.. MBA je yang berleluasa sekarang ni,,”

“Aku tak Married By Accident…Parent aku paksa aku kawin.. dan Paied belum tahu semua ni.. aku taknak dia tau.. aku sayang dia.. DK…. macam mana ni??” Dahlia menagih simpati.. DK memicit kepalanya..

“Suami kau budak sekolah mana? Li-techs juga ke??” Dahlia menggeleng..

“Dia orang kampung aku.. SMT Shah Alam, dan dia pun tak suka kat aku kot..aku nak dengan Paied….” Airmata sudah membasahi pipi..

“Mana kau tau dia tak suka kat kau?” Tanya DK sinis..

“Aku taulah..” Jawab Dahlia yakin..

“eleh.. First night kau macam mana??” usik DK.. Dahlia menepuk perlahan dahi temannya..

“Seriuslah DK!.. Masih selamat.. Dia tidur sofa dan aku tidur kat katil..” Walaupun marah, Dijawabnya juga soalan nakal dari DK.

“Yeke tu.. okay! serius.. Kau cubala bincang dengan Paied baik2.. lepas tu bincangn dengan Hubby kau tu.. tanya dengan dia.. dah ada girlfriend ke? tak juga kau terasa bersalah.. biar dua2 curang..” Selamba DK berkata..

“Kau ni mamai ke apa? ada ke ajar kawan jadi curang.. syurga seorang isteri di bawah kaki suami tau..” Kata Dahlia bengang..

“Tau pun.. aku main2 jelah.. rimas aku tengok muka serius kau tu.. dah2 jangan menangis.. kau boleh kawan dengan Paied.. tapi kenalah jaga batas pergaulan tu.. kalau selalu kau ikut je kemana Paied pergi.. tapi sekarang kenalah minta izin suami..” Ceramah petang yang di beri oleh ustazah DK kepada Dahlia..

“Aku tau tu.. tapi susahlah.. aku tak biasa dengan suami aku tu.. sebab dulu masa kecil kami memang tak bersefahaman langsung!” Dahlia mengelap airmatanya..

“Oo.. budak yang selalu gaduh dengan kau masa kecil tu ke? yang selalu kau cerita tu?” Tanya DK sedikit teruja..

“Yelah..lama tak jumpa dia.. masa nikah tu baru jumpa dia balik tau.. Nasib baik takde salah seorang dari kami bawak mercun dan hancurkan majlis akad nikah tu.. Sebab masa budak2kan kami dua pernah bakar mercun kat depan pelamin mak cik dia.. Rasanya sekali tu jelah kami sefahaman,, lepas tu dah jadi macam Korea selatan dengan utara.. langsung tak sekepala..macam mana Parent kitaorang boleh terfikir nak satukan kitaorang ek??” Dahlia meluahkan ketidakpuasan hatinya..’

“Dorang taknak korang mulakan perang dunia ke3 kot..” Gurau DK.. Paied yang berada di dalam dewan yang bersebelahan dengan Café mengendap dari cermin dewan itu.. Mulanya dia melihat kekasih hatinya di banjiri airmata.. dan kemudiannya di ganti dengan hilai tawa.. senang hatinya melihat panorama itu walaupun dia tidak dapat mendengar perbincangan dua orang gadis itu. Dia harap Gadisnya itu tidak lagi mengukir senyuman palsu di depannya.. Paied turut tersenyum apabila melihat Dahlia tertawa lagi mendengar jenaka DK… Dia mengeleng kepala dan menyandang begnya.. Sebelum berlalu dia sempat melihat sejenak wajah gadisnya…

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hurmm..agak2 si paied nieh taw ke x?
cmne la hubungan nial n dahlia nnty..smbung2..

fzm2 said...

hurmmm paied memg
nk bt0l2 kt dahlia
nmpknya..kesiaaan r..

Anonymous said...

huhuhu cian nyer paied.. nak pakwe cam paied.. hye best nyer klu ader depan mata... hahahha dah jauh mengenang nasib nie... :P aper2 pon gud job.. mmg best citer2 awk.. :D

nursya said...

alamak...
cian kat Paied klw dia tau kisah sebenarnyer...
huk huk huk...
pas ar Paied tu kat i jer...
hihihi...