Iklan

Search This Blog

Tuesday, December 11, 2018

Novel Siapa Diriku Terbitan Suara Hati Publication


Author: Akhirnya watak Adam dan Alia menemui pembaca. Bertahun juga peram buku ni hehe.. Synopsis boleh baca kat bawah..

Jom! Layan blurb di bawah dulu dan boleh Pm/Whatsapp SH di 0143471989 untuk maklumat lanjut 😉😘❤️💙
——————————————————
Tajuk : Siapa Diriku
Penulis : Hajar Ahmad
Harga Semenanjung : Rm24.00
Harga Sabah Sarawak : Rm27.00
Isbn : 9789671620984
Jumlah Mukasurat : 390
Pada zahirnya, hubungan Alia dan Adam sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Saling menyayangi dan saling melengkapi. Namun, apa yang tersimpan di hati mereka hanya mereka sendiri yang tahu.
“Kita berdua menderita. Alia tak sedar ke? Kita tak pernah bahagia. We should stop this. Sampai bila kita nak bohong?”- Adam
“Jadi? Abang nak cerai?”- Alia
Kemunculan Q, menyebabkan Alia menjadi keliru. Bukan keliru untuk memilih cinta, tapi dia lebih keliru dengan dirinya sendiri. Kerana bila bersama Adam dia perlu menjadi Alia, seorang yang sempurna dan terbaik demi reputasi Adam. Tapi jika bersama Q, dia akan menjadi Aza, seorang yang aktif, gila dan lebih bebas.
Alia semakin tertekan. Pil antidepressant menjadi penawarnya.
Adam pula menjadi tamak. Dia mahukan syarikat dalam masa yang sama dia tak mahu Alia pergi kepada Q. Ditambah dengan muslihat Jannah, makin menjarakkan lagi hubungan Alia dan Adam.
Alia atau Aza, mana satu pilihan seorang Alia Azalea?
Quzie Holding atau Alia, mana satu pilihan Adam Ziqri akhirnya?

Siapa nak order boleh klik 👉 SUARA HATI PUBLICATION 👈




Monday, August 20, 2018

No Drama in College 4

Bunyi tayar kereta yang seperti terheret di atas jalan membingitkan suasana pagi. Afid kelihatan berdebar-debar. Dia baru sahaja menekan pedal brek keretanya apabila tersedar yang keretanya hampir melanggar seorang gadis sebentar tadi. Apakah itu petunjuk yang dia inginkan dari kelmarin lagi. Baru sekejap tadi, hati nakalnya meminta petunjuk sama ada dia patut menjauhkan diri dari love cafe atau pun tidak. Dan sekarang dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian pagi ini adalah petunjuk untuk dia melarikan diri dari gadis yang membuat jantungnya berdebar dengan begitu hebat sekali ataupun dia patut cuba mendekati gadis itu. Afid dengan cepat membuka pintu keretanya untuk memeriksa keadaan gadis yang hampir dilanggarnya itu.
         “Awak okay tak ni?”
         Tanya Afid bila melihat gadis itu masih menundukkan pandangan kerana begitu asyik membersihkan seluarnya yang agak kotor itu akibat tergolek di atas jalan. Salahnya juga kerana tidak berhati-hati sewaktu mahu melintas jalan tadi.
         “Takpe... saya okay.”
         Jawab Feralina yang masih menunduk. Afid mengerut dahi. Dia seperti mengenali pemilik suara itu. Namun susah Feralina masih menundukkan pandangannya dan menyebabkan Afid sukar untuk mengecam pemilik suara itu.
         “Kalau tak okay, saya boleh bawa pergi klinik.”
         Kata Afid lagi. Risau juga. Baru pertama kali dia hampir terlanggar orang. Termenung lagi waktu bawa kereta. Inilah jadinya! Marah Afid di dalam hati.
         “Takpe.. terjatuh je tadi.”
         Jawab Feralina lagi kemudian menghadiahkan senyuman buat pemilik kereta. Dia tidak mahu orang itu risau. Namun bila melihat wajah lelaki itu, Feralina terkaku seketika bila melihat wajah lelaki yang mula mencerobohi mimpi malamnya sejak kejadian di cafe hari itu. Atau dia masih bermimpi?.. Dia kebingungan seketika.
         “Umm... okaylah encik, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu ya.”
         Kata Feralina kepada Afid yang masih lagi tersentak dengan senyuman manis yang diberikan oleh Feralina tadi. Dia hanya mampu melihat pemergian Feralina tanpa sempat mengejar gadis itu.
         “Dia belajar di sini juga?”
         Tanya Afid kepada dirinya sendiri kemudian dia tersenyum. Sila setia wahai hati.. bisik Afid sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~
         “Sayang... saayangggg...”
         Eryn melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Afid. Penat je mulutnya membebel sedari tadi. Rupanya Afid langsung tidak menumpukan perhatian kepadanya. Afid tersentak bila Eryn mula menolak bahunya. Dia mengaru kepala apabila melihat wajah Eryn yang sudah serupa dengan asam kecut. Masam!
         “So sorry dear.. Afid penat sangat ni. sorry okay?”
         Pujuk Afid dengan cepat. Kalau dibiar lama-lama, kepala dia pula yang meletup nanti. Eryn bukan boleh dibiarkan merajuk. Boleh perang dingin 3 hari 3 malam!.
         “you... sejak akhir-akhir ni, you selalu tak ambil perhatian masa I bercakap tau!.. Macam you dah tak sayang I lagi.”
         Eryn berpeluk tubuh. Bukan dia tidak sedar yang Afid sudah sedikit berubah. Selalu sahaja dia perasan yang lelaki itu termenung setiap kali bersamanya.
         “You dah ada yang lain ke?”
         Tanya Eryn sambil tangannya mengelap air mata yang mula membasahi matanya. Afid mengeluh perlahan.
         “ Takde sayang.. you jangan fikir benda-benda yang negatif. Afid penat.. sekarang ni dah nak dekat exam.. tournament lagi.. you kena fahamlah.”
         Kata Afid perlahan walaupun hatinya mula mengakui kata-kata Eryn tadi.
         “you tak tipu I kan fid? Sebab I sayang you  sangat-sangat.. I tak nak kehilangan you..”
         Kata Eryn sambil memeluk tangan Afid. Afid mengangguk perlahan.
         “Hah.. jom kita pergi love cafe? Dah lama tak makan sana..”
         Cadang Eryn yang jelas sudah bertukar menjadi ceria semula. Afid menggeleng kepala dengan tingkah Eryn yang sering berubah mengikut anginnya.
         “Tak mahulah.. kita try kat tempat lain.. lagipun haritu you bergaduh dengan pelayan kat sana.. Afid malaslah nak pergi sana lagi.”
         Cepat Afid mengelak. Dia tidak mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. Takut nanti hatinya terus berubah. Dia tak sanggup menyakit hati Eryn.
         “Yelah.. Pelayan cafe tu tak cekap! Menyakitkan hati je..”
         Iya... sungguh menyakitkan hati.. Bisik Afid di dalam hati.
~~~~~~~~~~~
         Feralina perlahan-lahan meletakkan pinggan yang berisi sepotong pai epal di meja lelaki yang sudah menjadi pelanggan tetap love cafe sejak beberapa hari lalu. Lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit yang manis terletak di sebelah pipi kanannya.
         “Pai epal dan... Earl Grey Tea.”
         Kata Feralina dengan ceria sambil meletakkan secawan teh di hadapan lelaki itu. Dia cuba menahan rasa geli hati bila melihat wajah mencuka di sebelah lelaki itu.
         “Makanan saya tak siap lagi ke?”
         Feralina tertawa kecil bila tidak dapat menahan ketawa melihat wajah sayu Sayd yang duduk di sebelah Lokman itu. Sayd sudah bersedia memegang sudu dan garfu apabila melihat Feralina mendekati mereka dengan membawa dulang.
         “Sabarlah... siapa suruh order banyak sangat. Kesian tau dekat Fera. Penat melayan customer tadi.”
         Kata Lokman, mahu membela Feralina. Feralina tersenyum lebar.
         “Sekejap ya.. saya ambil makanan Sayd pula.”
         Kata Feralina dengan sopan. Bukan dia tidak boleh menghidangkan makanan untuk kedua-dua jejaka itu sekali gus.. tapi oleh kerana sikapnya yang agak clumsy itu membuatkan dia berfikir dua tiga kali. Takut terbalik pula dulang makanan kerana dirinya.
         “Nak saya tolong ke?”
         Lokman bertanya dengan nada menggoda. Feralina tersenyum sambil menggeleng perlahan. Sejak beberapa hari ini, kehadiran Lokman membuatkan dia ternanti-nantikan hari esok dan bersemangat untuk pergi kerja. Kadang-kadang, Lokman sanggup mengorder makanan dan minuman berkali-kali hanya kerana mahu menunggunya sehingga habis kerja. Sayd tersenyum lebar bila Feralina kembali dengan membawa makanan untuknya.
         “Mee kari.. peanut butter pancake.. dan, Air sirap limau.”
         Jangan ditanya kenapa Sayd mempunyai selera untuk menghabiskan kombinasi makanan yang pelik itu. Lelaki itu akan mengorder makanan yang kelihatan menarik di dalam buku menu. Feralina dan Lokman sama-sama menggeleng kepala bila Sayd mula melahap makanan di hadapannya itu. Mujur muka handsome. Bisik hati Feralina yang kelucuan.
         “Okay.. Selamat menjamu selera.”
         Tangannya ditarik perlahan bila Feralina mahu berlalu mengambil pesanan di meja lain. Feralina tersenyum lebar bila melihat Lokman tersengih.
         “So..hari ni, saya tunggu awak lagi ya..”
         Feralina mengerut dahi dan dan terasa serba salah. Dia suka bila Lokman sanggup menantinya sehingga dia selesai bekerja. Tetapi hari ini dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam. Tak mungkinlah dia sanggup membiarkan Lokman terpacak di cafe itu hanya kerananya. Lagipun, dia bukanlah sesiapa bagi Lokman.
         “Rasanya tak payah kot..”
         Jawapan Feralina membuatkan Lokman terasa hampa. Kehampaan itu terpamer di wajah Lokman sehingga membuatkan Feralina terasa serba salah.
         “Sebab saya kena kerja sehingga lewat malam.. Takkan awak sanggup tunggu..”
         Kata Feralina perlahan.. walaupun sebahagian dari hatinya menginginkan Lokman untuk menunggunya. Lokman tersenyum lebar.
         “Saya sanggup tunggu sampai bila-bila pun..”
         Lokman berkata dengan yakin. Bukan perkara yang susah untuk menunggu gadis itu. Malah dia lebih gembira bila berada berdekatan dengan gadis itu. Ah! Dia sudah teruk dipanah cinta milik Feralina itu.
         “Mat romeo..”
         Sindir Sayd perlahan dari sebelah Lokman.
         “Auch!”
         Sayd mengaduh kesakitan bila disiku oleh kawannya itu. Feralina tersenyum lebar. Ada saja kerenah dua jejaka ini yang menceriakan hari-harinya di love cafe. Dalam pada itu, dia juga kadang-kadang berharap agak lelaki yang hadir di dalam mimpinya dan sekaligus menghilang mimpi-mimpi buruknya datang semula ke cafe itu. 

Saturday, August 18, 2018

No Drama in College 3

Bab 3
         “Ini maka... Opps..”
         Feralina menggigit bibir bila beberapa pasang mata merenung tajam ke arahnya apabila dia tidak sengaja menumpahkan sedikit sup ke baju seorang lelaki yang baru sahaja duduk di sebelah Eryn.
         “Maaf..”
         Kata Feralina perlahan. Dia panik seketika. Mujur lelaki itu hanya terkena percikan sedikit sahaja. Takut pula sebabkan kecuaian dia membuatkan anak teruna orang melecur seluruh badan. Ah! Dia sudah sedaya upaya mengurangkan sikap cuainya itu. Mesti lepas ini dia dimarahi lagi oleh bos besar.
         “Maaf? You dah tumpahkan sup di baju boyfriend I!.. Kalau melecur,  Kalau melecur, you ada duit nak bayar saman ke?”
         Feralina makin pucat. Takkan terus nak kena saman. Dia mengalihkan perhatian kepada lelaki yang masih mengelap bajunya. Cuma ada tompok kecil yang kelihatan. Pandangan mereka bertembung apabila lelaki itu mengangkat pandangan dan tersenyum kepadanya. Butterfly? Tak. Lebih dari itu. Dia terasa seperti ada sekumpulan serangga yang membuat parti liar di dalam perutnya bila melihat senyuman lelaki itu.
         Afid yang sudah selesai mengelap kesan basah di bajunya. Berkerut juga dahinya bila mendengar kata-kata Eryn itu. Bukan teruk mana pun dia kena. Melecur pun tidak. Afid mengangkat pandangan. Dia seperti tidak mengawal diri daripada tersenyum lebar bila melihat gadis di hadapannya itu. Entah kenapa, dia terasa ada satu daya penarik yang membuatkan dia tidak berhenti memandang.
         “Takpe.. sikit je.”
         Kata Afid setelah beberapa minit cuba mencari suaranya yang seakan hilang melihat gadis di hadapannya itu. Eryn kelihatan tidak puas hati dengan kata-kata teman lelakinya itu.
         “Dahlah! Dah takde selera. Jom cari tempat lainlah Fid..”
         Feralina hanya tergamam melihat Afid ditarik oleh Eryn keluar dari cafe itu sementara kuncu-kuncunya mengekori dari belakang. Otaknya tidak dapat memproses apa-apa selain dari senyuman lelaki itu tadi. Lelaki yang menjadi ‘hero’ di kolej mereka.
         “Cik..”
         Lokman melambai-lambaikan tangan di hadapan Feralina yang masih berkhayal itu.Feralina tersentak melihat seorang lelaki yang berada betul-betul di hadapannya. Dia melangkan sedikit ke belakang. Memberikan jarak yang sempurna antara dia dan lelaki itu.
         “ e..ya?”
         Kata Feralina dengan sedikit gugup.
         “Kira semua ni.. dan tolong bungkuskan. Sayang kalau terbuang macam tu je.”
         Kata Lokman berkenaan dengan makanan yang Feralina hantar ke meja mereka. Dia menggeleng kepala dengan gelagat drama queen yang dipamerkan oleh Eryn sebentar tadi. Baik dia bawa balik makanan itu daripada terbiar begitu saja. Kalau bagi dengan Sayd memang licin semua makanan ni.
         “ Ah.. ye.. semuanya RM 35.. saya.. bungkus semua ni..kejap.”
         Kata Feralina agak kelam kabut. Lokman tersenyum kecil melihat kegugupan gadis itu. Tidak sia-sia dia terpaksa mengikut Afid ke sini tadi. Dapat juga berjumpa dengan gadis yang kelam kabut itu. Kalau mahu ikutkan hati, dia pun mahu mencipta alasan seperti Kafi dan Sayd.Dia tahu, kalau tiada hal yang penting, Sayd langsung tak kisah untuk mengikut Afid berjumpa dengan Eryn. Tapi kalau Kafi, memang dia nak ketuk sahabatnya itu kerana membiarkan dia mengikut Afid berseorangan. Mereka memang tidak selesa dengan perangai Eryn itu. Entah kenapa Afid boleh tertangkap cintan dengan wanita itu. Mujur perjumpaan itu berlangsung sekejap sahaja. Terima kasih dengan gadis di depannya itu.  Feralina meletakkan kembali makanan yang baru dihantarnya ke dalam dulang untuk dibawa ke dapur.
         “Tunggu.. saya..”
         Lokman tertawa kecil melihat kelakuan Feralina yang agak kelam kabut itu. Feralina tersenyum malu.
         “Takpe.. Saya tak kisah pun tunggu lama.. awak tak payah kelam kabut.”
         Kata-kata Lokman membuatkan Feralina kembali bertenang dan menyelesaikan kerjanya dengan cermat.
         “Terima kasih. Datang lagi ya.”
         Kata Feralina setelah memulangkan baki duit kepada Lokman. Lokman mengangguk perlahan. Dia pasti datang lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         “Nah!..”
         Lokman menghulurkan bungkusan makanan yang dibawanya dari Love Cafe kepada Sayd. Sejak balik dari cafe tadi, senyumannya tidak pernah pudar. Sebab itu dia terus ke rumah Sayd. Mungkin Sayd tahu sedikit sebanyak mengenai gadis yang kelam kabut itu. Tapi dia harap gadis itu bukanlah smuffette yang dikatakan oleh Sayd sewaktu di bilik persalinan tadi.
         Sayd tersenyum lebar bila Lokman menghulurkan bungkusan makanan itu kepadanya. Dia terus berlari semula ke dapur untuk mendapatkan pinggan dan kemudian membuka bungkusan plastik yang pertama dan memindahkan ke dalam pinggan kosong yang diambilnya tadi. Lokman duduk di sofa berangkai tiga di ruang tamu milik Sayd tanpa dijemput. Sudah biasa keluar dan masuk rumah sahabatnya itu. Rumah Sayd kelihatan sunyi. Mungkin penghuni yang lain sedang menyelesaikan urusan masing-masing.
         “ Kenapa kau baik sangat hari ni? Siap bawa makanan yang banyak ni lagi.”
         Tanya Sayd yang sudah melahap makanannya.
         “Makanan tu tak terusik tadi. Eryn berdrama pula dekat cafe tu tadi.”
         Sayd terus berhenti makan.
         “Kau bawakan bekas makanan orang?”
         Tanya Sayd lagi dengan nada panik. Lokman tertawa lucu sambil menghumban bantal kecil ke arah Sayd. Takkanlah dia teruk macam tu.
         “Makanan tu baru sampai dari dapur. Ada pelayan tertumpahkan sikit kuah sup di baju Afid. Apalagi.., mengamuklah Eryn. Jadi sebab tak mahu membazir, aku suruhlah bungkus makanan tu.. Sayang kalau tinggal macam tu je.”
         Jelas Lokman sambil tersenyum bila dia menyebut perkataan pelayan. Ah! Dia dah angau dengan gadis itu ke? Sayd kehairanan melihat Lokman yang lebih pelik dari biasa. Tersenyum-senyum macam orang angau!.
         “Oh.. Clumsy ke?”
         Lokman membesarkan matanya. Sayd kenal?. Ertinya ada ‘can’ lah dia mengorek informasi berguna dari kawannya itu.
         “Aku tak tahu nama dia.. tapi perempuan tu agak kelam kabutlah.. Bila sup tu tertumpah, muka dia gelabah semacam je.”
         Sayd  mengangguk laju. Betullah tu. Dia kenal sangat dengan perangai wanita yang dipanggilnya clumsy. Bila habis sahaja kelas, dia selalu melawat Love cafe kalau tiada hal-hal lain yang perlu dibuat. Gadis itu selalu menjadi pelayannya. Kadang-kadang dia kelucuan melihat kecuaian yang dilakukan oleh gadis itu.
         “Clumsy lah tu. Dia memang macam tu. Aku tak tahu kenapa dia boleh cuai macam tu. Tapi dia seronok juga jadi geng berbual. dia tu keras hati sikit. Bos dia pun dah angkat bendera putih. Dah malas nak membebel dengan si clumsy ni.”
         Lokman tersenyum lebar. Mesti lucu kalau melihat gelagat gadis itu sepanjang hari. Kalau dia tahu ada daya penarik di cafe itu, sudah lama dia ikut Sayd melepak di sana.
         “Kau tahu jadual kerja dia? Maksud aku, setiap hari berapa dia bekerja.. dari jam berapa sampai jam berapa?”
         Tanya Lokman dengan terujanya. Sayd merenung kawannya itu seperti Lokman baru tumbuh kepala kedua. Manalah dia ambil tahu tentang semua itu. Dia datang ke sana untuk menikmati makanan yang disediakan oleh cafe itu sahaja.
         “Kau selalu jumpa dia di cafe tu kan? Setiap hari berapa?”
         Tanya Lokman lagi dengan ayat yang agak pendek. Supaya kawannya itu tidak menganggap dia mahu mengintip anak dara orang.
         “Dia selalu ada di cafe tu.”
         Kata Sayd dengan bingung. Manalah dia mengambil tahu tentang semua tu. Lokman mengeluh hampa. Tapi tak mengapa. Dia sudah bercadang untuk ke cafe itu setiap hari.
         “Besok kau pergi sana lagi tak?”
         Tanya Lokman. Sayd berfikir seketika kemudian mengangguk.
         “Kita pergi sama-sama.”
         Sayd menggeleng perlahan. Mat Romeo dah terlepas dari kurungan..
~~~~~~~~~~~
         Feralina tersenyum-senyum bila masuk ke pintu rumahnya. Dia teringat renungan dari pelanggannya tengah hari tadi. Jantungnya berdegup laju bila mengenangkan sepasang mata yang menikam kalbu dan bibir yang tersenyum manis itu.
         “hai... balik-balik je terus jadi angau. Tersenyum-senyum.. tersenyum-senyum..”
         Teguran Refa yang muncul entah dari mana mengejutkan Feralina dari lamunannya. Dia tersengih malu.
         “Ada story baru ke?”
         Tanya Refa yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah anak buahnya. Feralina tertawa kecil.
         “Eh.. Rahsialah.”
         Kata Feralina dengan nada nakal dan kemudian berlari ke terus ke biliknya. Cuba setiap hari ada pelanggan yang kacak seperti lelaki tadi. Pasti dia bersemangat untuk datang kerja hari-hari.
~~~~~~~~~~~~
         “Selamat malam.. boleh saya ambil order?”
         Afid mengangkat pandangannya dari buku menu cafe bila ada suara yang menegurnya. Dia mengeluh hampa bila melihat gadis yang mengambil pesanan makanannya bukanlah gadis yang dia harapkan.
         “Um... yang ambil pesanan tengah hari tadi dekat meja ni dah balik ke?”
         Tanya Afid perlahan sambil mencari bayangan gadis yang membuatkannya terbayang-bayang dari tengah hari tadi.  Gadis yang mengambil pesanan Afid kelihatan berfikir seketika kemudian tersenyum.
         “Ow.. Fera ke? Dia kerja shift tengah hari sampai petang je.. Baru balik tadi.”
         Kata gadis itu ceria. Berbeza dengan Afid yang kehampaan. Kalau bukan kerana terpaksa menuruti kemahuan Eryn membeli-belah petang tadi, pasti dia sempat untuk berjumpa dengan gadis itu. Dia cuma mahu meminta maaf dengan kelakuan Eryn tadi. Cuma itu.. Bisik hatinya. Dia berkali-kali meyakinkan hatinya yang dia cuma mahu berjumpa dengan gadis itu untuk meminta maaf. Walaupun dia tahu hatinya takkan berbohong. Tapi dia ada Eryn. Takkan dia mahu berlaku curang.
         “Takpelah kalau macam tu.. saya nak apple pie dengan kopi panas.”
         Kata Afid yang jelas kehampaan. Kenapa dengan hatinya itu. Dengan satu renungan sahaja, hatinya sudah memilih yang lain. Tidak! Dia takkan berlaku curang dengan Eryn. Dia cuma akan meminta maaf dengan gadis itu dan akan menjauhkan diri dari cafe itu. Ya.. Dia akan menjauhkan diri dari cafe itu.

Friday, August 17, 2018

No Drama in College 2

*enjoy,vote, and comment
Bab 2
         “Arrghh!”
         Feralina cepat-cepat menarik earphone yang sedang dipakainya bila terdengar jeritan berdekatan stadium kecil yang menempatkan kolam renang.
         “Oh my god.Oh my god!”
         Feralina mengerut dahi. Bila jeritan gadis-gadis kolej mula berselang seli seperti terkena histeria. Dia mengalihkan pandangan kepada kolam renang. Hah! The hot 4 guys.. patutlah banyak perempuan kena histeria. Bisik Feralina di dalam hati apabila melihat dari jauh 4 tubuh yang begitu mengiurkan mula masuk ke dalam kolam renang. Dia menyumbat semula earphone  ke dalam lubang telinganya dan menguatkan suara mp3 di telefonnya supaya tidak terpengaruh dengan jerita gadis-gadis itu.
         “fokus Fera..mesti fokus.”
         Katanya sendirian. Dua, tiga mata juga yang berhenti atau menjeling dirinya apabila mendengar Feralina memberi motivasi kepada dirinya sendiri. Dia mula menundukkan wajah. Tidak suka menjadi tumpuan walaupun hanya seketika.
~~~~~~~~~~~~
         “Lambat lagi....”
         Ena, rakan sekerjanya atau lebih tepat satu-satunya kawan yang Feralina ada buat masa sekarang ini menyerahkan apron yang berlogo love cafe kepada Feralina yang masih termengah-mengah kerana berlari untuk sampai ke cafe itu. Feralina mengambil apron itu dan menarik nafas panjang.
         “Lewat lima minit je pun.. mana bos besar?”
         Feralina berbisik perlahan. Takut kalau-kalau Encik Malik, bos mereka muncul tiba-tiba dari belakangnya.
         “Dia keluar beli barang. Kau ambil seksyen A hari ni. Meja kau dah ada pelanggan dah tu..”
         Kata Ena kemudian menghulurkan buku order kepada Feralina. Feralina menolak buku order itu kepada Ena.
         “Kau tolong ambilkan order. Aku nak tukar baju sekejap.”
         Ena menggeleng laju. Bukan dia tidak mahu menolak Feralina. Tapi dia tidak sanggup menjadi pelayan kepada budak dari kolej Angsana itu. Banyak sangat drama. Entah macam mana Feralina boleh tahan belajar di kolej itu. Kadang-kala, pandangan mata budak-budak kolej itu juga boleh meruntuhkan semangat. Mentang-mentanglah dirinya hanya seorang pelayan di cafe itu.
         “No..way!.. Itu budak-budak yang gedik tu.. Kau ambil jelah order diorang.. Bukan diorang kisah pun dengan baju kau tu. Diorang punya baju pun tak cukup kain. ”
         Ena cepat memberi alasan. Feralina mengeluh panjang. Dia pun tidak mahu melayan pelanggan yang baru masuk itu.Kalau budak-budak lain dari kolejnya, sudah tentu dia tidak kisah. Tapi bukan Kumpulan Hotgirls dari Angsana. Eya. Mereka dikenali sebagai hotgirls. Atau kumpulan skirt-skirt pendek dan gedik menurut Ena. Dia menarik nafas panjang dan mengambil buku order dari tangan Ena. Dia berjalan seperti menunggu hukuman gantung bila menuju ke meja hotgirls.
         “Hai, boleh saya bantu?”
         Tanya Feralina sambil tersenyum lebar. Hanya tuhan sahaja tahu betapa palsunya senyuman yang diberikannya ketika itu.
         “Apasal lama sangat nak ambil order?, Korang ni nak kerja ke atau tak nak?. Ni mesti belajar sekerat jalan..lepasan spm je kot.”
         Eryn. Salah seorang dari anggota Hotgirls. Bertindak seperti ketua kumpulan. Feralina hanya mengendahkan kritikan sinis itu. Mungkin Eryn terlalu sibuk melihat mukanya di cermin sehingga tidak sedar yang dia duduk betul-betul di belakang Eryn semasa kelas matematik.
         “Mungkin tak sempat ambil spm.”
         Dina yang sedang merenung cermin yang ada di compact powder menyampuk perlahan tapi cukup kuat untuk Feralina mendengarnya. Sandra dan anik tertawa perlahan mendengar kata-kata kawannya itu. Takde yang lucu pun... bisik Feralina di dalam hati. Dia cuba sabarkan hatinya.
         “Boleh saya ambil order sekarang?”
         Tanyanya perlahan dan penuh bersopan santun. Namun Eryn mengambil pertanyaannya sebagai sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Hotgirls itu. Buku menu yang sedang dibelek oleh Eryn dihempas ke permukaan meja. Feralina membesarkan matanya kerana terkejut.
         “Kau tak nampak ke aku tengah tengok menu ni?.”
         Okay... tadi nampak kelam-kabut sangat memanggil aku. Ingatkan dah sedia order makanan. Bisik hati Feralina yang mula bosan dengan ketua segala Drama Queen yang ada di depannya itu.
         “Maafkan saya cik.”
         Feralina cepat-cepat memohon maaf. Takut masalah kecil seperti baby semut itu menjadi besar pula.
         “Buat orang hilang selera je..”
         Kata Sandra pula seperti mahu menghangatkan suasana. Feralina menundukkan muka. Di kepalanya sudah terbayang macam mana dia tergelak kuat selepas merendam ahli-ahli Hotgirls dalam minyak panas yang menggelegak!. Bagusnya kalau aku dapat buat macam tu.. Kata Feralina di dalam hati lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~
         “Huh! Itulah aku tak suka kalau buat training waktu pagi.. langsung tak concentrate.”
         Kata Afid sambil memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sandang yang ditinggalkan di bilik persalinan sebelum latihan bermula tadi. Kafi menepuk-nepuk telinganya.
         “Aku rasa telinga aku ni dah nak meletup. Masih terngiang-ngiang jeritan budak-budak tu di telinga aku ni.”
         Kata Kafi yang masih lagi menepuk-nepuk perlahan telinganya. Sayd mengeluh perlahan sebelum mengigit biskut wafer yang diberikan kepadanya oleh salah seorang dari gadis-gadis yang menjerit tadi.
         “Aku rasa macam nak bunuh diri je tadi masa menyelam.”
         Kafi mengambil tualanya kemudian menyangkutkan di lehernya. Dia merenung Sayd dengan keliru.
         “Sebab budak-budak perempuan tu?”
         Tanya Afid yang sama-sama keliru mendengar statement Sayd sebentar tadi. Sayd mengeleng perlahan.
         “Sebab lapar.”
         Puk! Tanpa kata Sayd dilibas oleh Kafi dengan tuala yang dipegangnya  itu.
         “Aku tak tahu kenapa korang negatif sangat.”
         Afid, Kafi dan Sayd merenung Lokman yang baru selesai mandi. Lokman hanya bertuala dan sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala yang lebih kecil. Bila sedar dirinya direnung, Lokman mendepakan tangannya dan menampakkan tubuhnya yang seperti sangat mantap itu.
         “Aku ada otot and six packs! Takkan aku nak sembunyikan. Baik bagi budak-budak tu tengok.. Kan sedekah tu..”
         Puk! Sekali lagi Kafi melibas kawannya yang satu itu. Afid menggeleng kepala. Kalau ada tuala di tangannya, dia juga mahu melibas kawannya itu. Tapi sayangnya semua sudah di masukkan ke dalam beg sandangnya. Dia terlalu malas untuk mengeluarkan sehelai tuala. Biarlah Kafi sahaja yang melibas Lokman itu. Kadang-kadang terfikir juga, macam mana dia boleh berkawan dengan Lokman yang kepala agak gila-gila itu. Dan Sayd yang asyik makan apa yang boleh dimakan kemudian mengatakan dia lapar selepas beberapa minit dia menghabiskan 3 paket maggi. Kafi sahaja yang kelihatan normal. Dia cepat-cepat menjawab panggilan dari Eryn, kekasih hatinya apabila lagu penghujung cinta (Cliche, tapi Eryn yang menukar nada dering itu. Kononya supaya dia tahu siapa yang menelefonnya) mula kedengaran dari telefon bimbitnya.
         “Hello.. ya babe..tapi I.. I baru lepas habis..... okay.”
         Kafi tertawa kuat melihat muka kawannya yang kelihatan bingung selepas menjawab panggilan dari Eryn.
         “Belum kahwin kau dah tergagap-gagap macam ni.. dah kahwin nanti, kau langsung tak boleh bercakap.”
         Kata Kafi masih masih ketawa.
         “Afid takkan kahwin dengan dia...”
         Kata Sayd pula. Afid mengangkat kening.
         “Why not?”
         Kata Afid dengan muka seriusnya. Sayd yang menguyah biskut wafer yang ke tiga itu mula panik.
         “Sebab kau masih 19 tahun.. masa masih panjang nak fikir pasal kahwin.”
         Kata Sayd dengan cepat. Afid mengeluh marah.
         “Kalau aku tak serius dengan Eryn.. Aku takkan couple  dengan dia.”
         Kata Afid sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket.
         “lagipun, kenapa aku nak kahwin dengan orang lain. Eryn seorang yang sempurna. Pandai.. baik.. sopan santun bila bercakap., seorang yang begitu memahami aku. Semua pelajar di kolej ni suka berkawan dengan dia. Dan dia cantik. Itu korang boleh nampak sendiri.”
         Afid mengambil tempat duduk di sebelah Sayd. Dia tersenyum lebar bila bercerita mengenai kekasihnya itu.
         “Semua pelajar suka berkawan dengan dia?. Kolej mana yang dia pergi ni?”
         Bisik Lokman perlahan di telinga Kafi. Kafi menjungkit bahu. Malas mahu memanjangkan cerita.
         “Kenapa dia telefon kau?”
         Tanya Lokman. Afid menjungkit bahu.
         “Dia suruh kita pergi ke Love Cafe.”
         Jawab Afid. Sayd kelihatan ceria bila disebut mengenai makan. Kafi dan Lokman berpandangan. Baru pertama kali mereka mendengar nama cafe itu.
         “Love cafe? Clichenya nama.”
         Kata Lokman. Kafi tertawa kecil. Memang boleh agak Eryn akan menyuruh mereka pergi ke tempat-tempat sebegitu.
         “Tempat tu okaylah.. pan cake dia sedap.”
         Kafi menjungkit bahu mendengar komen Sayd. Memang tak terkejutlah. Kalau pasal makan memang semua Sayd tahu.
         “Ala.. aku kena ambil adik aku dari sekolah. Tapi kalau korang sampai sana.. sampaikan salam aku dengan cik smurfette.”
         Mereka bertiga sama-sama memandang Sayd.
         “OWWWWWWWWWwww”
         Sayd terkejut mendengar koir pendek oleh kawan-kawannya itu.
         “Sebab itulah kau selalu hilang ek.. kau mengurat pelayan di cafe..”
         Kata Afid sambil tertawa.
         “Eh.. takdelah..”
         Nafi Sayd.
         “Ah! Takde-takde.. Jom kita pergi love cafe tu. Aku tak sabar pula nak jumpa bakal adik ipar kita tu..”
         Usik Lokman pula. Muka Sayd makin merah. Menyesal dia cakap macam tu tadi!. Kafi tertawa berdekah-dekah bila melihat wajah Sayd yang kelihatan malu-malu miow itu.