Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, April 29, 2009

sekolah_cinta 17

Setibanya di tapak perkhemahan mereka diarahkan memasang khemah masing-masing dan Cikgu Trisya memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan dan di beri tugas masing2.

“Hah! Aku kena memasak?” Nieylla menunding jari ke padanya sendiri. Rasa tak percaya yang dirinya yang ditugaskan memasak. ‘jangan salahkan aku kalau semua kena food poisoning.’

“aku kena ambil air dengan Amy..” Nathalie berkata. Kemudian mereka berlalu melakukan tugas masing2.

Setelah berlatih satu jam dengan Syirah macam mana cara membuat sambal belacan. (di tengah2 hutan buat sambal belacan?) ‘Dah cikgu suruh.. aku buat jelah’ sekarang giliran ikan sardine pula untuk dimasak kari. Nieylla mengacau perlahan masakannya yang hampir masak itu sambil bernyanyi2 kecil.

“Kacau, kacau, kacau ikan sardine..Kacau, kacau , kacau perlahan2..” Nyanyiannya terhenti apabila menyedari Riz yang baru selesai mencari kayu api merenung tajam ke arahnya. ‘Ei…, Riz ni, janganlah tenung2 macam tu.. malu I..’ Nieylla bermonolog dalam hati.

Riz mendekati Nieylla kemudian duduk berhampiran dengan Nieylla, jarak mereka hanya seperti sebatang rokok saja. Nieylla merenung Riz di sebelahnya.. kemudian Riz pula merenung Nieylla..mata bertentangan mata. Dup dap dup dap bunyi jantung Nieylla.’aduh., lomah jantung oden ni.’. Kemudian Riz membisikkan sesuatu ke telinga Nieylla

“Lauk ni selamat di makan ke?” Tanya Riz selamba. Dan sebangai tindakan reflek Nieylla mengetuk kepala Riz dengan kuat.

“makan boleh sebarang makan, ini Nieylla chef terhandal, cakap tu jangan sebarang cakap.., nanti ku baling dengan tutup periuk ni!” ceh,, garang tu.. ‘suspen tul mamat ni.., ingatkan nak confess ke,, rupanya nak kutuk masakan aku ni..’

“Hehehe…, Riz tengok Nieylla macam baca mantera je tadi… mulut terkumat kamit.. tu yang nak tanya.. kang Nieyll letak ubat pengasih lak kat sardine ni.. walaupun sardine tu dah kehilangan rupa asalnya..” Start dari walaupun tu Riz memperlahankan suarannya dan ada sedikit nada sinis. Nieylla menjeling Riz.

“Yelah2.., Nieylla mengaku memang tak reti masak. Ikan sardine ni pun satu… cepat sangat hancur..” Ikan sardine yang tidak bernyawa disalahkan. Riz tersenyum.

“apa2 je lah… asal takkan ada yang kena food poisoning selepas makan ni..” Riz ingin beredar untuk membantu Dani menyusun kayu api.

“Emm.., yang itu Nieylla tak jamin..” Nieylla berseloroh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“wah.., cantiknya suasana pagi di hutan ni.. damai sangat..” Lulu keriangan.

“yup.., ni belum lagi kita naik bukit tu.. mesti lagi cantik pemandangan dari sana..” Syirah menyampuk.

“Okay murid2 aktiviti hari kita hari ialah mendaki bukit tu.. ia agak sedikit curam dan saya harap kau berhati-hati. Ada 2 orang guru pengiring yang menanti kamu di puncak bukit.. sepanjang perjalanan kami ada meletakkan kad Info.., jangan alihkannya.. cuma baca kemudian letak semula di tempatnya tadi.. faham? Atau ada apa2 pertanyaan?” Cikgu Trisya memberi taklimat sedikit. Mereka semua memgeleng tanda tidak ada sebarang soalan..(kira confidentla semua)

Kumpulan Delorita sesama pelajar2 yang lain mendaki bukit itu.., kemudian kumpulan Hairi, Kumpulan Dani dan akhir sekali kumpulan Nieylla. Mereka mendaki berpandukan kad Info yang telah di sediakan sampailah mereka tiba di puncak. Kelihatan pelajar lain sudah berehat atau menangkap gambar kenangan. Tidak lupa juga gambar secara berpasang-pasangan. (walaupun ada yang masih belum berdamai) hehe.

Nieylla and the geng memilih untuk mengambil masa yang lama sedikit di atas puncak itu.

“Eh kenapa aku dengar perempuan2 tu menjerit ya?” Lulu menegur selepas mendengar hingar bingar bunyi teriakan teman2 mereka. ‘macam parti je diorang kat bawah tu..’

“Entah.., gimik kot..” Nieylla masih leka melihat pemandang laut yang biru dari puncak bukit itu..

“Eh., jomlah turun.. nak makan tengah hari dah ni..” Syirah mengajak teman2nya..

“Yalah.., Jomlah turun..” Lulu menarik tangan Nieylla. Mereka berjalan perlahan sehingga sampai ke kad info yang terakhir. Tetapi kad info terakhir itu agak sedikit pelik..

“Jangan menjerit?” Nathalie kepelikan..

“Habis tu yang tadi diorang menjerit tu?” Amy bingung.

“Lantaklah.., jom turun cepat..” Nieylla pula yang menarik tangan Lulu.Dengan tertibnya mereka menuruni bukit tersebut sehinggalah Nathalie menjerit. Mereka semua memandang Nathalie..

“Tu…” Nathalie menunjuk kepada sesuatu.. Mereka semua terkejut dan seram sejuk..

“Kuburan…” Sejurus dengan itu ,mereka semua berlari terkoncoh2 dan terpaksa melalui kuburan lama itu

Sunday, April 26, 2009

sekolah_cinta 16

“Hai Nieylla..” Lulu yang baru sampai ke perkarangan sekolah menegur Nieylla.

“Hai…, banyaknya baju kau…” Nieylla terpegun melihat beg Lulu. ‘ni nak camping ke apa ni? Sampai 2 beg besar dia bawa.. padahal camping 3 hari je..’

“yelah… satu beg untuk baju..dan satu lagi untuk seluar dan mekap..” Selamba Lulu berkata…

“Ish2… dalam hutan kau bawa mekap apasal? Takkan nak ngurat orang utan kot?” Ek menyampuk.

“Diam lah kau Ek.. sibuk je..” Lulu menjeling.

“hah! Jeling2la.. aku simbah muka kau dengan air satu baldi kang.. biar bersih dan suci muka kau dari mekap tu” Ek mengugut.

“Kau buatlah kalau berani.. aku piat telinga kau, kalau kau buat begitu!” Lulu menjawab.

“Menjawab2… aku cakap sikit kau menjawab. Kang aku ikat mulut kau kang.. baru padan muka kau tak dapat bergincu..” Ek lagi membalas.. ‘dorang dah mula dah..’ Nieylla menggeleng kepala.

“Kau diamlah Ek.. sekali aku terajang kau.. sampai gunung Santubung kau terus tau..”Lulu berlagak berani.

“Ewah!Gunung Santubong kononnya..,Silap2 Bukit Titiwangsa pun tak sampai.. heh! Aku ada black belt tau.., sekali aku terajang kau.. boleh sampai ke Hollywood tau..tapi aku tak mainlah tendang2 perempuan ni..” nada2 seperti berlagak pun ada si Ek ni.


“Ala.. baru black belt dah berlagak.. aku ada belt warna biru, putih, dan pink pun ada.. tak juga aku nak berlagak..jangan kan warna tu.. belt warna warni pun aku ada tau..” Selamba Lulu bercakap. Nieylla berlalu dari tempat Ek dan Lulu.. ‘lantak korangla.. pening kepala aku.’


“Okay…semua dah ada ke? Kalau dah ada semua baiklah kita bertolak sekarang..”Kata Cikgu Trisya. Nieylla melihat2 di sekeliling.. mencari seseorang. ‘mana mamat ni? Takkan tak ikut kot..’ .. Mereka semua menaiki bas sekolah yang telah bersedia itu.. Lulu membuat muka cemberut kerana terpaksa duduk dengan Ek. Amy pula semestinya duduk kat Dani. Syirah duduk bersama Im kerana ingin berkongsi cerita sepanjang perjalanan. Dan Nathalie pula duduk bersama Ken kerana mereka di minta menangkap gambar sepanjang perjalanan dan Camping.. Dan Nieylla…

“Ciikgu stop the bus!” Kedengaran jeritan dari perkarangan sekolah.. semua pelajar melihat ke luar tingkap.. Riz dengan sengihannya. Kemudian bas yang baru mahu berjalan terhenti..

“Kamu ni Riz.. cikgu ingat kamu tak mahu ikut dah..” Cikgu Trisya membuka pintu bas untuk Riz.

“Sorry cikgu.., terlambat bangun tadi..hehehe” Kata Riz sambil mengaru kepalanya.

“Dah.. pergi duduk..” Kemudian Riz berlalu ke perut bas.. Rita yang memberi sudah menyediakan tempat untuk Riz memanggil Riz.. Kemudian Riz berjalan ke arah Rita.. Nieylla hanya menjeling kemudian memandang keluar tingkap. ‘Nak gak duduk dekat Rita..benci2’

“Emm Nieylla.. boleh duduk kat sebelah?” Nieylla terkejut melihat Riz sudah berdiri di sebelahnya. Kemudian dia hanya mengangguk.

“Kenapa tak duduk je kat sebelah Rita tadi?” Nieylla menyoal sinis.. (Dan nada cemburu sebenarnya.) Riz tersenyum.

“Riz nak tukar angin..” Riz menjawab ringkas.

“Kenapa? Angin kat sana tak sama ke dengan angin kat sini?” ( Percayalah yang Nieylla memang lemah dalam bahasa melayu bersastera2 ni) ‘tau takpe.hehehe’

“tak sama.. kat sana macam panas sikit.. kat sini angin dia menenangkan..” bercakap ala2 romantik sangatlah...hehe

“Menenangkan macam mana? Kan bas ni guna air cond..” Saja bertanya seperti itu walaupun dia sudah dapat meneka maksud Riz.

“emm…entah..” sambil menjungkit bahu.. kemudian dia melihat ke arah Nieylla yang sedang menguap.. “Eh? Dah mengantuk da.. bas baru mula berjalan..” Riz bertanya perlahan.

“Ya.. semalam tidur lambat sebab kemas beg..ngantuk sangat ni..” sedar tak sedar Nieylla mengadu dengan bekas musuhnya.

“Tulah.. tidurlah.. nanti kalau sampai Riz bangunkan..” Kata Riz kemudian menarik perlahan kepala Nieylla dan meletakkan ke bahunya..Nieylla kelihatan selesa menumpang tidur di bahu Riz..kemudian…

“Say cheese..” Ken dan Nathalie melakukan tugas mereka.merakam gambar kenangan.Nieylla dan Riz tersenyum malu.. Dani ikut tersenyum.. dia yakin yang Riz takkan melukakan hati adiknya. Manakala Delorita di tenangkan oleh kawan2nya. Perjalanan yang jauh di lalui dengan penuh gelak tawa….

Thursday, April 23, 2009

sekolah_cinta 15

“Nieylla.., kau dah kemas baju2 semua ke?” Nathalie memandang Nieylla yang blur sejak pengakuan Riz hari itu..(walaupun Riz tidak tahu yang Nieylla mendengar pengakuannya)

“Hah?” masih dengan muka blur. “Baju buat apa? Nak pindah rumah ke?” Nieylla membalas pandangan Nathalie dengan muka berkerut.

“His! Mamai betullah minah ni...” Lulu menyampuk..

“Untuk Campingla bakal adik ipar ku…” Amy mengingatkan Nieylla. (Dah brani mengaku jd kakak ipar ni..)

“Oo..camping.. belum.” Kata Nieylla dengan selambanya.

“Hah?! Belum? Kan besok nak pergi camping dah.. “ Nathalie terkejut dengan keselambaan Nieylla.

“Aku kemas malam ni la.. kan besok nak pergi..” masih lagi selamba.

“sempat ke? “ Lulu was2 dengan sikap kawannya sejak dua menjak ni.. ‘ minah ni okay lagi ke atau dah kena virus anggau ni? Ke kena heart attack sebab hari tu..

“Sempatla.. sebab aku akan kerahkan Abang Dani tolong aku…hehehe” Nieylla menunjuk ke arah abangnya. Dani yang mendengar kata2 adiknya mengangkat kening.

“Pembuli..” kata Dani.. Nieylla hanya tersengih.

“Ken kau ikut tak camping tu?” Dani bertanya pada Ken yang sedang bercerita bersama Im.

“Ikutla.. kalau Nathalie ikut aku pun mesti ikut..” Ken mengusik Nathalie..

“Ie… apa kaitan kau dengan aku pula.?” Nathalie menunjukkan wajah jengkel.

“Aik? Sudah gaharu, cendana pula. Kita kan pasangan paling romantis di abad ini..” Selesai saja Ken menghabiskan ayatnya, Pen marker terus saja melayang kearah Ken dan Im.. (slow motion..,) Pen itu melalui muka Im tetapi dengan tangkas Im menyelamatkan mukanya.., kemudian Pen itu hampir mengenai muka Ken tetapi dengan tangkas juga Ken menyembunyikan mukanya di sebalik buku.. Kemudian dengan tertibnya Pen Marker itu mendarat di depan Whiteboard..

“Huh! Selamat muka aku yang handsome ni..” Kata Im dengan coolnya.. Ken mengangkat kening kemudian memandang Nathalie..

“Hehe.., terernya kau Nathalie.. elok je Marker tu mendarat di whiteboard.. nanti senang2 ajarla aku..” Ken masih lagi ingin mengusik Nathalie..

“Diam lah!” Nathalie mencebik.

“Syyyy! Diam2.. aku tengah mengelamun ni..” Dengan lantangnya Nieylla berkata dan dengan muka yang takde perasaan.

“Aik? Dia yang mengelamun,., satu kelas kena suruh diam?.. betullah ada masalah dengan adik kau ni Dani..” selamba Ek berkata..

“Saudara Ek! Sila Diam..” kata Lulu sambil menjeling.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai…, hari2 tengok cerita The Nanny ni.. best ke?” Im menegur Syirah dengan ramah.

“Eh.., abang Im.. kenapa? Abang Im nak tengok channel lain ke?” Syirah terkejut dengan kehadiran abang angkatnya itu.

“Taklah.., nak cuba tengok cerita ni..” Im duduk berdekatan dengan Syirah.

“abang Im nak minum apa2? Syirah boleh buatkan” Tawar Syirah.

“takpelah…kalau Im nak ,Im boleh ambil sendiri..” Im sendiri tidak menyedari sejak bila dia mula berlembut bila bercakap dengan Syirah.

“Okay..” Suasana sunyi seketika kerana kedua-duanya kelihatn canggung untuk bercerita.sesekali kedengaran Syirah tertawa lucu bila saja adegan Niles the butler mengenakan Ms.Babcock dengan selambanya.

"So…Syirah dah kemas baju untuk bawa pergi camping besok?” Setelah puas mencari subjek yang sesuai.. ‘dah penulis yang takde idea… aku pun takde idea-lah nak cakap apa’ (Im tak mahu mengalah)hehe..

“Dah., Abang Im dah kemas?” Syirah memulangkan soalan semula setelah menjawab soalan itu,.

“Belum..” Im berkata perlahan..(ada unsur2 minta simpati)

“Nak Syirah tolong kemas kan?” Syirah dengan Baiknya menawarkan bantuan kecemasan.. ‘bukan bantuan pernafasan ya…hehehe’.. Im tersenyum lebar sampai ke telinga (hiperbola ni..) hehe

“Boleh gak kalau Syirah sudi.. Im tak tahu nak bawa baju apa..” Masih lagi dengan nada meminta simpati.

“Em.., nanti Syirah tolong kemas lepas habis cerita ni ya..” Syirah bercapak perlahan.. Dengan tekun Syirah menonton cerita kegemarannya tanpa gangguan dari Im.. Kemudian terdengan batuk2 nakal dari Mak Temah..(Nanny Im dan Syirah..,) Im tersengih.. dia tahu batuk2 nakal tu untuk dirinya.. kerana terlalu asyik melihat muka Syirah..

‘ala.., tak sporting Mak Temah ni..time nil ah sesuai pun nak skodeng muka Syirah… kang ibu dan ayah ada, terus kena suruh kawin..dorang ingat anak jantan dorang ni dah gatal sangat...’(memang pun) Im merungut di dalam hati.. Syirah berlalu ingin ke tingkat atas..

“Eh? Syirah nak pergi mana tu?” Im bertanya. Syirah memandang Im pelik.

“Nak pergi kemas baju abang Im lah..”

“Oo.. “ Im mengangguk.. setelah memijak tangga yang pertama tiba2 Syirah terfikir.

“Em..” Syirah malu2 bertanya..Im mengangkat kening.. “Seluar junior abang Im macam mana?” dengan muka innocentnya. Im tersenyum lebar.

“Hehehe.., tak nak kemas sekali?..” saja mengusik Syirah. Merah muka Syirah menahan malu.. “Memain je lah.. kemas baju je.. yang lain2 nanti Im masukkan sendiri..” Kemudian Syirah tersenyum sambil 'mendaki' tangga. Senang dengan perubahan sikap abang angkatnya…

#sorry takde idea…hehe…tu yang merapu je lebih…

Wednesday, April 22, 2009

sekolah_cinta...14

“Riz tak Boleh buat Rita macam ni!!” Rita menjerit seperti kerasukkan.

“Kenapa pulak Riz tak boleh buat Rita macam ni? Hah!” Riz mengetap bibir menahan geram.. awalnya dia ingin berpisah dengan Rita secara damai..tapi sikap Rita membuatkan dia kehilangan tahap kesabaran..

“ Rita sayang Riz..Riz tak boleh buat Rita macam ni! Riz kejam..Takde perasaan!” Masih lagi menjerit.. macam orang yang baru kena cerai la..

“Apa Rita cakap? Riz kejam? Takde perasaan? Jadi selama ni Rita sajikan Riz dengan cerita2 palsu?! Rita fitnah kawan Rita sendiri.., Rita tak rasa ke diri Rita tu kejam! Takde perasaan?! Hah?” Riz menengking Rita..kesabarannya hampir menipis.. ‘susah betul nak fahamkan Rita ni’..

“Rita buat semua tu sebab Rita sayang kan Riz! Riz tak faham ke?!” Kata Rita sambil menangis..’Dah aku pulak yang dia kata tak faham…’

“Sayang? Bina kasih-sayang atas kebencian? Siapa ajar kau ni hah!?” Tiada lagi berRita2…Riz terasa penat sangat melayan kerenah mantan pacarnya itu..

“Ya! Sebab kalau Rita tak buat macam tu Riz takkan pandang Rita.., yang Riz nampak hanya si Nieylla tu.. tapi walau berapa banyak kebencian yang Rita tanam di hati Riz…tak pernah sekali pun Riz pandang Rita like the way you look at her..” Rita meluahkan kesalnya.Riz meraup muka dengan kasar..

“I had enough with you!” Riz ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Rita.

“Kenapa? Kenapa dia?” Ritz memandang sedih muka Riz..

“I love her! Is that enough? “ Riz menjawap spontan dan sedikit sinis.. On the spot Rita melepaskan tangan Riz sambil memandang Riz…Di sudut lain pula…

“Nieylla.., Tutup mulut tu.. nanti masuk lalat..” Lulu berkata tanpa sebarang nada.. seperti Nieylla dia juga terkejut dengan pengakuan Riz. Ek mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum.

“Hebat gak kawan aku ni..” Ek berkata selamba..kemudian dia tersengih apabila mendapat jelingan maut dari Lulu..

“Diam lah kau..” Kata Lulu sambil menjelir lidah..

“Betul ke apa aku dengar ni?” Nieylla seakan baru tersedar..Lulu hanya menjungkit bahu manakala Ek pula mengangkat kening.


“Amy Please.., Dani minta maaf..” Dani merenung muka Amy yang berada di hadapannya itu..

“Hari2 minta maaf…Hari2 minta maaf.. lepas tu buat lagi… Dani tau tak yang hari2 juga hati Amy ni sakit macam kena blender je..” Amy berkata tanpa merenung muka Dani yang seperti meminta simpati itu.

“ kalau begitu…” Dani sengaja membuat Amy tertanya2.. “ Amy ambillah hati Dani., Blender sekali dengan hati Amy.., kita buat jus.,.” Dani melawak..Amy mengambil buku rujukan di tepinya kemudian menghempukkan ke kepala Dani..

“Orang serius dia boleh pulak memain! Tak lawak langsung..” Dengan muka serius sangat ni Amy berkata2..(cewah..hehehe) ‘Padahal aku tahan ketawa ni..si Dani ni tak boleh bagi muka sangat!’

“Siapa yang melawak.. Dani serius apa..” Sambil menayangkan muka serius tak jadinya.

“Serius? Pergi la panggil David Blaine suruh keluarkan hati Dani yang tak cukup lawa tu.. dengan senang hati Amy blender..macam Dani hancur lumatkan hati Amy!” nada sedikit marahla.. ‘memanglah tengah marah ni.. siapa tak marah! Orang tengah sakit hati dia tayang muka tak bersalah langsung tu!’

“His..mana ada Dani menghancur lumatkan Hati Amy.. Dani sentuh pun tidak tau.. jangan kan nak sentuh hati Amy.. tangan pun Dani tak sentuh tau..”kata Dani dengan muka tak bersalah + innocent..

“Ei! Geram betul dengan Dani ni!” Hanya itu yang boleh di katakan oleh Amy..

“Jadi Amy maafkan Dani tak ni?”

“Tak!”

“Ala…kenapa?”

“Tanya diri Dani sendiri..”

“Ala.. kalau DAni tahu jawapan dia, Dani takkan tanya Amy tahu..”

“Habis tu!”

“Sorry ya..”

“No!”

“please..”

‘Okay..kalau dua orang ni tak diam lagi aku akan buang dua2 kat kolam Ikan Pak seman tu!’ Ken tahan geram.. (p/s: Pak Seman tu leader tukang kebun sekolah la kiranya,,)

“ Please la Amy.., Dani janji tak buat lagi..”Masih memujuk

“Janji..janji..janji..” Amy berkata sinis..

“Okay kalau taknak janji., Dani promise takkan buat lagi..”

“No!”

“Please……” belum sempat Amy menjawab Ken dah menyampuk.

“Oh my god! For godshake, Please be quiet!” Ken kegeraman.. “Is this LoVe sChoOl?! “ Mereka berdua terkebil2 melihat Ken meninggikan suara. Kemudian kedua-dua tersengih tanda bersalah..

Saturday, April 18, 2009

sekolah_cinta 13

“Abang…..” Nieylla memanggil abangnya ala-ala gedik..

“aik? Kalau memanggil macam kucing nak mengawan tu ada la sebab tu..” Dani menaruh syak awal-awal lagi..

“His! Mana lak.. Nieylla ikhlas panggil abang tau… with all my heart..” Dengan ekspresi muka yang kononnya serius. Dani merenung tajam muka adiknya..

“Muka ni macam tak leh percaya je…” Dani berkata selamba.

“Ah! Never mindlah.., abang pergi ‘tuisyen ke hari ni, atau urusan lain2..” dengan muka confidentnya..’atau kelas dating bersama ulat buku ke..’ Nieylla menyambung di dalam hati.

“Takde lak., kenapa?” Dani mengambil tempat duduk di taman yang terletak di belakang sekolah. Nieylla duduk bersebelahan abangnya, manakala Lulu mengambil tempat duduk di hadapan Dani.

“Takde.., Tanya je..” sambil menggeleng kepala.

“eh! Dani kau ambil kelas tuisyen di mana ya? Aku rasa nak ambil tuisyen gak lah…..” Lulu memainkan peranan. Dani kelihatan panic.. ‘mampus aku.., aku mana pernah pergi tuisyen.., pergi dating dengan bakal kakak ipar Nieylla je selalunya..tuisyen tu alasan je supaya si Nieylla ni tak join sekali..’

“Yelah.., kan bang selalu pergi tuisyen.., Nieylla pun nak ikut abang tuisyen gak..” Dengan nada manja.

“Mana boleh dik.., kan abang selalu lemah dalam pelajaran..,kalau adik ikut tuisyen sekali mesti abang tak leh concentrate.” Dengan seriusnya.

“Tapi aku boleh kan Dani.., aku pun lemah gak pasal pelajaran ni.. bagitahu lah kat mana tempat tuisyen kau.., leh kita pergi sama-sama.” Lulu menunjukkan riak excited..

“Mana boleh.., aku nak aku sorang je belajar kat tempat tu.., kalau ada kawan2 mesti aku takleh belajar punya..” Dani masih lagi berdalih..

“Abang ni! Apa susah.. bagi tahu je lah nama tempat tuisyen abang.. itu pun susah..” Nieylla membuat riak kononnya merajuk..

“tengok.., Nieylla dah moody! Baik kau pujuk dia..” Lulu memainkan peranan sebagai rakan yang sejati kononnya…

“Adik…, janganlah moody2 ni.., sebab abang taknak nbagi tahu tempat tuisyen pun adik abang ni nak moody2 ke?”

“Abang tak sayang adik lagi.., sebab tu lah dah pandai rahsia2 dengan adik..” masih meneruskan rajuk palsunya..

“His! Siapa cakap begitu.., mana ada abang yang tak sayang dengan adik dia..” dengan lagak abang mithali..

“Ada…,” Nieylla menjawab perlahan.. Lulu jadi pemerhati.

“Siapa? Cuba cakap dengan abang.., biar abang kaunseling dia cket..” Ceh! Confident tu..

”Abanglah..” Nieylla menjawab selamba.. ‘kena aku sebiji.’ Dani mengomel dalam hati..

“Okay2.. abang bagitahu satu rahsia tapi adik janji jangan bagitahu mama and papa ya..” Dani mengalah..,mata Lulu dan Nieylla terus bersinar2 seperti bandar KL pada malam hari, selepas mendengar perkataan rahsia.. ‘skandal..hehe’

“Abang tak pergi tuisyen sebenarnya.., abang selalu pergi jamming dengan dorang Riz..” Dani meng’klentong’ adiknya dan Lulu sekali lagi.. Lulu dan Nieylla merenung sesama sendiri dengan muka yang kecewa.. ‘his…mesti guna cara ke dua ni..’

“okayla abang..,” Nieylla dan Lulu berdiri kemudian berjalan meninggalkan Dani.. ‘huh! Selamat rahsia aku..’ Dani kelegaan..tapi hanya seketika, kerana Nieylla datang kembali dan berdiri statik di tepinya.. dengan muka separuh samseng.. Dani mengaru kepala yang tidak gatal.

“Baik abang bagitahu yang sebenar!” dengan garangnya ni..

“Bagitahu apa lagi adik.?”

“Nieylla.., kau strait to the point..kau strait je…jangan belok2..” Lulu berdiri di sebelah Nieylla.

“betul ke abang ada skandal dengan Amy?” seperti gaya polis2 di gerak khas menyoal penjenayah..Dani agak terkejut.. kemudian membuat ketawa yang tak jadi.. tetapi sekejap je kerana pelik melihat Lulu ketawa sekali..Nieylla memandang temannya..

“Yang kau ni join sekali ketawa apa hal??” Dani dan Nieylla memandang Lulu..

“Hah? Aku support Dani je..” dengan muka blurnya..

“Okay.., berbalik pada abang Dani? Baik abang jawab dengan jujur..” NIeylla mengugut.

“Dari mana lah Nieylla dapat cerita karut macam ni.. takkanlah abang nak couple dengan ulat buku tu.. simpang malaikat 44 tahu..” Selepas je Dani menhabiskan ayatnya tiba2 dua buku rujukan tebal melayang ke kepalanya. Mereka bertiga terkejut.. ‘dari mana datang buku ni?’ Lulu mencari-cari sekeliling.. sehingga matanya memfocus kepada satu benda.. ‘Alamak! Amy’

“Simpang malaikat 44 juga saya nak maafkan awak!” Kemudian sambil menghempas2 kaki Amy berlalu pergi..

“Aduh! Amy tunggu..” Dani mengejar Amy sambil memegang kepalanya yang sakit itu..

“Peribahasa untuk hari ini ialah..”

“Kerana mulut santan binasa.., kerana mulut kepala abang aku yang binasa.” Nieylla menyambung ayat Lulu.. lama mereka terdiam di pondok itu dengan sunyinya.. seketika kemudian kesunyian itu terganggu dengan suara perempuan menjerit nyaring.. mereka berdua berpandangan..

“Lulu.., kau dengar apa yang aku dengar?” Nieylla bertanya perlahan.

“Dengar..” Lulu menjawab sepatah..

“Hantu ke?”

“His! Kau ni.. nama je lahir di zaman moden.. ada ke hantu siang2 hari ni.. logiklah sikit..” Lulu menafikan.. Nieylla berfikir sejenak sambil cuba mengecam suara itu..

“Aku rasa macam aku kenallah suara tu…” Nieylla memandang Lulu..

“Aku pun.., jom kita tengok siapa yang kena hysteria siang2 hari ni..” mereka berjalan ke arah suara itu kemudian skodeng di celah2 pokok2 bunga..ceh! dah macam private investigator dah dua orang ni…

“Eh.., Riz dengan Rita lah..”

“Apasal macam meroyan je si Rita tu?”

“Syy.., diam lah.. nanti dorang dengar..”

“Dorang gaduh ke? Macam bincang hal dunia je..”

“Mungkinlah kot.., mungkin si Riz tu nak ceraikan si Rita tu kot.. tu yang naik meroyan perempuan tu” Confident je Lulu meneka.

“His! Takkan lah kot.. Riz sayang sangat dengan Rita tu” tiba2 ada satu suara yang menafikan andaian Lulu..

“Apasal suara kau garau sangat Nieylla?” Lulu memandang ke arah Nieylla..sedangkan Nieylla memandang ke arah satu tempat.. melihat temannya begitu, Lulu turut memandang ke arah yang sama..’ his! Mamat ni lagi..

“Hoi Ek! Duduklah.. nanti dorang nampak?” Lulu menarik tangan Ek sehingga membuatkan jejaka itu terduduk sama di celah2 pokok bunga itu..

“Apasal aku pula kena join korang berdua ni.. banyak lagi kerja aku kat bilik pengawas ni..” Ek bingung..

“Syyy…nanti dorang dengar lah Ek.. senyap cket..” Nieylla menegur Ek yang ternyata kebingungan.. ‘hai…terpaksalah aku ikut kegilaan dua orang budak ni..tapi best gak skodeng ni orang ni’………

Thursday, April 16, 2009

sekolah_cinta 12


‘Betul ke abang Im senyum kat aku tadi?? Betul ke? Betul ke? Abang Im senyum kat aku?..’ayat itu terngiang-ngiang di kepala Syirah. Nathalie yang duduk berhadapan Syirah pula membuat muka asam kecut dan seperti tak bermaya. Kelihatan seperti balu untuk yang suami ke 3.hehehe

‘apasal minah 2 orang ni? Yang sorang termenung sampai boleh tembus bangunan sekolah ni..sorang pulak macam perempuan hilang suami pun ya jugak.. hai.. nilah remaja zaman sekarang..hehehe’ Nieylla mengomel sendiri. Kemudian dia melihat ke arah Amy yang sedang meramas2 kasar novelnya seperti melepaskan perasaan marah.. Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Lulu, kemudian mengangkat kening..Lulu menjongket bahu tanda tidak tahu kenapa 3 orang teman mereka berkelakuan seperti itu.Nieylla mendengus kuat.

“Okay! Cuba bagi tau kami apa masalah korang bertiga ni… sorang macam kucing hilang anak, sorang macam baru kena hysteria, sorang lak macam…” Belum sempat Nieylla menghabis kan ayatnya Lulu sudah tolong melengkapkan ayatnya.

“sorang lak macam balu yang tengah berkabung suami ke3..” Kemudian dia menghadiahkan sengihannya kepada Nieylla..tanda minta maaflah tu.. Nieylla merenung tajam ke arah Lulu..seperti bercakap menggunakan telepati. Bermaksudnya macam begini lah tu..’lain kali biar aku habis cakap dulu’ lepas tu Lulu pula membalas dengan renungan bersalah.. ‘hehe.., sorry’..

“okay, berbalik dengan korang ber3 ni.. Nathalie mulakan dulu.. apa masalah kau?” Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Nathalie..

“aku nampak si Azman dengan perempuan lain…” Nathalie berkata dengan nada geram + terharu – gembira = sedih sangat lah tu..

“jadi?” Lulu bertanya dengan wajah tanpa riak..

“Ya.., so?” Nieylla pula bertanya dengan wajah tanpa simpati.. Kesimpulannya Lulu dan Nieylla tak pernah bercinta..

“Korang boleh tanya lagi? Maksudnya Azman dah tinggalkan aku” Sayunya suara.. Nieylla dan Lulu berpandangan satu sama lain. Kemudian kedua2 mereka berkata..

“Ooo..” Dengan riak yang masih lagi tiada simpati..

“Hah! It je reaksi korang? Korang tak simpati ke dengan aku ni?” Nathalie memohon simpati dengan dua orang kawannya yang blur tentang cinta.

“wah.., simpatinya..” mereka berdua menjawab tanpa riak.. Nathalie mencebik.. ‘Korang lah kawan dunia akhirat..’ bercakap dalam hati dengan nada sinis..

“So what… patah tumbuh hilang berganti..,”belum habis Lulu bercakap, Nieylla memotong ayat Lulu..

“Patah hati carilah lain..” Lulu memandang Nieylla yang memandai2 potong ayatnya..Nieylla tersenyum bak kerang busuk.. ‘Revenge..hehehe’

“ya.., kau kan cantik Nathalie..” Lulu mengalihkan perhatiannya kepada Nathalie semula.

“Tapi Valentine’s day dah nak dekat.. takkan aku nak sambut sorang2” Nathalie meraung dengan nada yang kecil.. takut pelajar lain kata dia meroyan..

“Ala.., kami pun selalu sambut sorang2..” Nieylla berkata tanpa perasaan.. Nathalie mencebik sekali lagi..

“yelah2.. aku nak layan MSN ni jap.. ada cowok baru..” Nathalie kembali seperti biasa selepas meluahkan perasaan kepada orang yang sedikit takde perasaan cinta..

“Okay.., Syirah lak.. kau kenapa? “ Lulu memandang Syirah yang masih termenung.. soalannya tidak mendapat respond dari Syirah.. Lulu memandang Nieylla.. 'kenapa budak ni?’. Nieylla melambaikan tangannya di hadapan mata Syirah yang terbuka luas itu.. ‘Sah yang ini lagi teruk!’

“Assalammualaikum Syirah.!.” Nieylla memberi salam di telinga Syirah dengan lantang..

“Waalaikumsalam.. masuklah..pintu tu tak berkunci?” Syirah menjawab perlahan. Lulu mengerut dahi.. kemudian dia memandang sekelilingnya.. ‘mana pulak ada pintu dekat pondok cendawan ni’ …

“Woi Syirah! Kau ni sleep walking ke?” Lulu menolak lembut bahu Syirah. Kemudian Syirah seperti tersedar..

“Hah! Mana dah abang Im?” Tanpa kesedaran terkeluar nama Im dari mulut Syirah..

“Im! Apa dah dia buat dengan kau? “ Nieylla bertanya cemas..

“Dia buat apa Syirah?” Lulu pun bertanya cemas.. bermula dah kebudayaan kuning di otak mereka berdua.. Syirah memandang kedua2 temannya.. ‘hai kawan.. otak tu banyak sangat dah virus!’ kemudian Syirah mengambil buku rujukannya dan menghempuk lembut ke kepala temannya berdua..

“Dia tak buat apa2 lah.. dia cuma senyum..” Syirah menjawab selamba..

“Senyum???” Lulu dan Nieylla kehairanan..

“Ya! Senyum.. abang Im senyum” Syirah menegaskan perkataan senyum itu..

“kau okay ke Syirah? Demam ke? Kena cacar ke? Atau kena syndrome disorder ke?” Nieylla meletakkan tangannya ke dahi Syirah.. konon nak ambil suhu badanlah tu.. mana tau Syirah betul2 demam..

“apasal? Si Im tu tak pandai senyum ke?” Lulu bertanya blur..

“bukanlah! Abang Im senyum kat aku.. abang Im senyum kat aku” Syirah mengulang ayatnya supaya teman2nya itu faham.. padahal di hati Nieylla dan Lulu.. ‘aduhai,, kasihannya si Syirah ni..’

“Jadi?” Lulu dan Nieylla berkata serentak..

“ Abang Im tak pernah senyum dengan aku selepas kami membesar tau..”
Syirah dengan excitednya bercerita..

“ Ooo” itu saje lah yang keluar dari mulut Lulu dan Nieylla..Syirah tanyang muka sedikit menyampah.. ‘aku ni pun pintar sangat.. yang aku salah pilih tempat untuk meluahkan perasaan ni apasal…


“Kau lak Amy.. janganlah menghancurkan novel tu.. novel baru tu..” Nieylla menegur Amy pula..Amy memandang muka Nieylla lama.. (macam tak puas hati)

“Kenapa muka kau sama dengan Dani??” Amy bertanya selamba..

“Ek eleh.., soalan cepumas mana yang kau ambil ni.. budak tadika pun boleh jawab la tapi..biar aku bagitahu kau ” Lulu mahu menjawab bagi pihak Nieylla..

“takpe Lulu..biar aku terangkan dengan dia..aku gemar betul soalan cepumas ni… excited aku nak jawab..” Nieylla berlagak seperti kanak2 riang..

“Okay.., kau terang kan dengan dia.. aku pun excited nak dengar penerangan kau ni.. kau terangkan jelas2 kat dia..” Lulu mengikut kerenah Nieylla..

“sebab kami kan twin.. mestilah sama rupa…bengap..” Nieylla menghempuk lembut kepala Amy dengan novel yang dihancurkan Amy sebentar tadi.. (aku tak sampai hati suruh Nieylla hempuk kasar2 novel tu., naya anak orang..heeheh)

“Huh! Aku benci dia…” Amy berkata perlahan..

“Aik? Takde angin, takde ribut.. apasal?”Nieylla memandang Amy masih lagi mengosok kepalanya..kononnya sakit sebab kena hempuk novel.

“Dia tu keras hati! Keras kepala! Hati batu! Dan yang bersangkut paut dengannya..” Amy meluah rasa..

“Oo..kau ni ada skandal ya dengan si Dani tu ya..” Lulu cuba mengorek rahsia. Nieylla tumpang sekaki..Amy membuat muka masam..

“His! Rahsialah..” Amy mengangkat beg ingin berlalu ke kelas.. tetapi sempat menghadiahkan jeliran lidah kepada 2 orang temannya yang blur..

“Dorang ada skandal ya?” Lulu masih tak puas hati..

“Entah.., aku pun tak tahu..” Nieylla menjongket bahu..kemudian kelihatan Dani melintas di hadapan mereka.. Nieylla dan Lulu berpandangan.. muncul Idea jahat..

“Kau nak tahu dorang ada skandal ke tak?” Nieylla bertanya kepada Lulu.. Lulu hanya tersenyum ala-ala evil..Di fikiran mereka sudah terngiang2.. ‘Dani tak pandai simpan Rahsia’…hehehehe..

Monday, April 13, 2009

sekolah_cinta 11


" Hai, awal betul cik kak ni bersiap... nak pergi mana tu?" Puan Maria bertanya kepada anak daranya yang sudah bersiap.
" Nak pergi jalan jap... leh kan mama?" Nieylla membuat muka ala-ala anak manja..
"Macam mana mama nak kata tak boleh...adik dah bersiap bagai.. kang merajuk, muncung tu panjang 2,3 depa.." Dani mengusik adiknya. Engku Raziq hanya tersenyum melihat gelagat anak kembar dan isterinya.
"abang ni menyibuk je.. pergi main jauh-jauh.." Nieylla berkata selamba..
"Ewah.. tarik hidung tu baru tahu.." Dani mengancam adiknya..
"His! abang tarik hidung Nieylla, Nieylla tarik hidung abang.." Si adik pula tidak mahu mengalah..
"Dah, dah.. kang papa yang suka rela tarik hidung kamu berdua..tak baik bertelingkah di depan rezeki.." Engku Raziq menegur anak2nya..
"Nieylla nak jalan dengan siapa ni?" Puan Maria bertanya kepada anak bongsunya..
"Nieylla nak jalan dengan kawan jap.. dia nak belanja..Nieylla memang pantang dengar orang belanja, belanja ni. Kata orang2 tua.. rezeki jangan ditolak, maut jangan dia cari.." Nieylla tersengih ke arah mamanya.
"Yalah, dengan kawan. Tapi siapa namanya, lelaki ke perempuan." Engku Raziq pula bertanya perlahan.
"Oo.. Nieylla pergi dengan Riz.. anak uncle Syed Hariz..papa kenalkan?" On the spot air kopi yang di minum oleh Dani terkeluar dari mulutnya.. terkejut..
"Kamu ni Dani, cuba minum betul2.. ini macam budak2.." Puan Maria sudah membebel.
"No mama.. cuma terkejut.. adik keluar dengan musuh tradisi tu.. hari ini dalam sejarah.." Kata Dani sedikit kebanggaan..entah kenapa dia kebanggaan..aku pun tak tahu kenapa..hehehe..
"Tu menyindir ke apa tu?" Nieylla mengalihkan pandangan ke arah abangnya..
"Ada lah sikit2..hehehe..just curios.. why? peliknya.." Dani mengerut dahi..
"Dia nak belanja makan..kononnya tanda damai kami lah.." Nieylla menjawab selamba..
"Oo.., And why korang berdamai?" Dani seperti tidak puas hati..
"Aik? okaylah adik kamu tu berdamai.. yang kamu tak puas hati ni kenapa?" Engku Raziq bertanya..
"Tak lah papa.. tapi macam mimpi ni..kucing kat luar rumah tu dah bertanduk ke mama?" Dani bertanya selamba dengan mamanya..
"Belum bertanduk lagi..tapi mama mimpi bulan mendarat kat atas riba mama " Puan Maria turut melawak bersama anak sulungnya.
"Itu ertinya mama tak lama lagi nak sambut orang baru." Engku Raziq sengaja menghentikan ayatnya.
"Mama mangandung ke mama?" Nieylla memandang wajah mamanya..
"His! percayalah cakap papa kamu tu..." Puan Maria menafikannya.. Dia sendiri memandang suaminya dengan pandangan pelik. Engku Raziq tersenyum nakal..
"Aik? papa tak cakap pun pasal baby baru..." Engku Raziq seronok mempermainkan anak2 dan isterinya..
"Habis tu?" Si kembar tidak sabar.
"kan orang baru tu universal.., boleh juga adik, pekerja baru,.. mama baru.." Engku Raziq sengaja memperlahankan suaranya..Tetapi cukup didengari oleh Puan Maria..
"Nieylla, Dani.. kamu makanlah kat luar hari ni.. mama tak masak hari ni..." Puan Maria berkata sinis.. Dani dan Nieylla tahan senyum.. Engku Raziq tersenyum kelat.. 1..2..3..
"Auch!" Kedengaran suara Engku Raziq mengjerit kesakitan setelah mendapat cubitan manja dari isteri kesayangannya..
"Hari2 sebut topik tu.. nak tambah cawangan ke bang.." Masih lagi bersuara sinis..
"His! awak ni..orang nak joking, joking..kan twin?" Engku Raziq meminta sokongan dari anak2nya.. tetapi Dani dan Nieylla tidak mahu terlibat sama terus mengadap nasi goreng di pinggan mereka tanpa melihat ke arah papanya..Ceh..hampeh punya anak2.. tak nak tolong papa...papa bagi kurang belanja minggu ni..' Engku Raziq bermonolog dalam hati..
"Ehem.. kalau abang cakap pasal tu lain kali.., seminggu abang masak untuk anak2.. saya tak nak masak.." Kata Puan Maria berupa ugutan.. "Hari ni saya maafkan abang.. sebab abang nak belikan saya rantai di habib tu.."Puan Maria berkata selamba.
"Bila pula abang nak belikan?" Engku Raziq kelihatan blur..
"that means?" Puan Maria mengangkat kening style Ziana Zain..
"Okay2..denda untuk hari ni...untukmu sayang..bankrap pun aku tak kisah.." Engku Raziq bermadah..
"wuek! buruklah papa bermadah..hahaha...Dahlah.. Nieylla nak jalan dulu..." Engku Raziq tersengih bak kerang busuk mendengar kata2 anaknya.. memang mak borek anak rintiklah.. mak dia pun cakap begitu dulu..Engku Raziq tersenyum sambil menggeleng kepala.. Nieylla menyalami tangan mama dan papanya sebelum memulakan perjalanannya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sorry lambat sampai.." Nieylla menyapa Riz yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk mall itu.. nampak sahaja kelibat orang yang ditunggunya, Riz terus melemparkan senyuman..
"Takpe, so.. nak pergi mana dulu?" Riz bertanya perlahan..
"Dunno., kau nak pergi mana dulu? " Nieylla memulang semua pertanyaan Riz.. Kedua-duanya agak sedikit gugup.. macam datinglah pulak..
"I dont know too.. kita jalan2 keliling mall ni jelah.. mana tau ada benda nak di beli.." Riz gugup..
" Okay.." mereka berdua pun berjalan tanpa arah tujuan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"So Riz, boleh aku tanya satu soalan?" Nieylla bertanya perlahan..
"ofcouse, tanyalah.." Kata Riz
"Kenapa kita berdamai? selalunya kau pandang tengok muka aku yang cantik ni.."kata Nieylla memainkan straw di dalam gelas minumannya itu..
"Hemm" Riz mengeluh perlahan.. "Anggap je yang mata hati aku dah terbuka melihat kebenaran yang selama ini tertutup dari pandangan mata aku yang sempurna ni.." Riz berkata perlahan sambil meneguk air minuman di hadapannya..
"Maksud?" Nieylla merenung Riz, Riz menjongket bahu tanda tidak tahu..
"I have no idea.." Riz berhenti seketika.. "Kau kenal siapa Delorita?" Riz bertanya Nieylla walaupun pada hakikatnya semua orang sudah mengenali Delorita.. "I mean the real her.. kenapa dia sanggup buat kau begitu selama ni? " Riz pula yang memandang tajam ke arah Nieylla..
"Rita tu dari kecil tinggal bersama neneknya.. dia membesar dalam kemiskinan.. tapi selepas neneknya meninggal, ada keluarga yang agak berada mengambil dia sebagai anak angkat.. Waktu tu dia belum biasa dengan kemewahan tu, dia masih sedar diri.. dan dia melangkah ke sekolah kita dengan personaliti seorang gadis yang pemalu, lemah-lembut, merendah diri, menghormati orang.. tapi lama kelamaan dia mata dia dah kabur dengan kemewahan..thats why she act like that.. " Panjang sungguh jawapan Nieylla untuk membuat Riz sedar yang Delorita sekarang bukan Delorita yang dulu lagi..
"And kenapa dia benci kau sangat?"
"Sebab dia selalu kata yang aku ada segalanya. Dan dari kecil aku hidup dengan kemewahan dan kebahagian.. aku ada abang, parent.. dan she got nothing.. thats whyla aku tak pernah balas balik semua perbuatan dia.., dia sesat dalam diri dia sendiri.. dan aku harap kau jagalah dia baik2.. jangan sampai dia bertambah teruk lagi.." Nieylla menjawab dengan tenang..
" emmm" hanya itu yang keluar dari mulut Riz.. selepas sahaja dia tahu kebenaran., rasa cintanya terhadap Delorita seperti hilang dengan sekelip mata.. atau mungkin aku tidak pernah cintakan dia..dan gadis di depan aku ni?? Riz hanya meluahkan kegusaran hatinya di dalam hati sahaja sambil merenung Nieylla yang sedang termenung sambil memainkan straw dalam minumannya itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eh! Abang Im buat apa kat cafe ni?" Gadis di depannya itu kebingungan dalam senyuman..
"abang Im kata nak pergi rumah Ken tadi?" wajah di hadapannya itu kebingungan.. mungkin pelik kenapa Im berada di tempatnya berkerja.. ek.. kantoi! Im menggaru kepala yang tidak gatal itu......

Friday, April 10, 2009

sekolah_cinta 10

Picnic 2...

“Tengah berdating dengan makanan di tepi pantai ke cousin ku..” Dani menegur sinis Im yang membuat muka seperti asam kecut itu..Dani duduk di sebelah Im.

“Banyaklah kau punya dating..” Im sebal..

“Whats wrong? Kecewa sebab ego kau yang tinggi tu ke?” Masih lagi Dani bernada sinis..Im merenung wajah Dani dengan muka blur..

“Meaning??”

“tak payahlah nak sembunyilah Im.. aku tahu kau tu ada hati dengan Syirah.. aku dah lama jadi cousin kau.. membesar pun sama2.. aku cukup kenal dengan perangai kau tu..”Dani meneguk coca-cola yang baru dibukanya..

“aku tak faham apa kau cakap..” Kata Im selamba.. Dani terus meluku kepala Im tanpa rasa bersalah.

“tak faham, tak faham.. ego kau ni lebih tinggi dari KLCC tau.. cuba kau terus terang dengan Syirah.. Jangan samapai ada orang lain kebas baru kau nak sedar.. time tu kau telan liur je lah…” Dani mula berceramah..

“His! Dani.. kau ni dah mula jadi macam auntie Maria dan ibu akulah..” Im bengang..

“Kalau tak nak abang Dani membebel.. baik kau temankan Syirah kat tepi pantai tu.. mesti romantik..” Nieylla yang datang entah dari mana2 tiba2 menyampuk..

“tak naklah aku.. biarlah dia sorang2 kat sana tu..pandailah dia jaga diri..” Im masih lagi dengan keras kepalanya.

“Susah nak cakap dengan orang macam Im ni Nieylla..” Dani berkata sinis..

“Biarlah dia abang… ada gak boy handsome kat sana leh temankan Syirah..” Selepas sahaja Nieylla menoktahkan ayatnya.. Im terus berdiri dan melangkah ke arah Syirah… Dani dan Nieylla tertawa dengan gelagat Im..ego!


“Oh..hi abang Im… cantikkan pantai ni.. bersih je kan..” Syirah terus membuka cerita selepas saja Im mendekatinya.

“emmm..” Hanya itu jawapan dari Im..Im kononnya concentrate melihat pantai yang tenang itu..

“Abang Im.. kita buat istana pasir nak? Dah lama tak buat istana pasir kan..” Syirah mencuba mendapatkan perhatian dari abangnya..

“Mana ada bahan2 nak bentuk istana..” Im berkata berlahan..

“ala..kita pinjam je budak2 kecik tu punya…” Syirah menunjuk ke arah budak kecik yang lagaknya seperti engineer yang mencuba membuat bangunan.. Im melihat ke arah budak itu..kemudian dia tersenyum..takde nilai estetika langsung..
“Jom Syirah kita tolong budak tu wat istana pasir..”Im menghulurkan tangannya Syirah terpaku memdengar suara mesra Im..kemudian dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Im..


“Hah! Tu apasal dua2 pergi kacau budak kecik tu?” Dani yang melihat dari jauh pelik melihat Im dan Syirah mendekati budak kecik yang sedang mencuba membina istana pasir secantik mungkin..

“Biarla diorang abang..asal diorang bahagia..” Nieylla malas mahu mengambil kisah..Dia dengan enaknya menyumbat makanan ke mulutnya sambil berchatting di MSN melalui handphone.(Ceh.. ada unsur2 promote ni..belilah digi..hahaha) Dani hanya membiarkan adiknya hanyut dalam dunia chattingnya..

Syed_Riz : Wei.., kau kat mana?

Allysa_Nieylla: sibuk je kau! Suka hati akulah nak jalan pergi mana pun..

Syed_Riz: ewah! Kerek kau ye..

Allysa_Nieylla: suka hati aku lah.. kau tak payah nak susah2 amik tau pasal aku.. jaga je
cinta hati kau tu!!!

Syed_Riz: aik?! Banyaknya tanda seru…jeles ke? J

Allysa_Nieylla: Takde masa aku nak jeles dengan kau.. bukan handsome pun..

Syed_Riz: abis kau tu cantik sangat ke?

Allysa_Nieylla: mestilah.. tulah kau..aku suruh kau buat cermin mata kau tak nak.. kan
dah tak nampak kecantikan aku ni..

Syed_Riz: Susahlah cakap dengan orang yang masuk bakul angkat sendiri ni..

Allysa_Nieylla: Oo abang syed…sekang ni dah tak guna peribahasa tu lagi.. sekarang ni
kita guna masuk lif tekan sendiri..baru logic cket..

Syed_Riz: Banyaklah kau punya logic.. wei, besok kau ada plan tak?

Allysa_Nieylla: ada..

Syed_Riz: kau wat apa?

Allysa_Nieylla : Jaga anak.

Syed_Riz: Kan abang dah kata..anak2 kita bagi tinggal kat umah mak.. kita bolehlah
Pergi dating besok..hahaha

Allysa_Nieylla: wuek! Bila masa aku bersalinkan anak kau.. simpang malaikat 44..
Kau ni lupa makan ubat kawalan mental ya?

Syed_Riz: Wei..mental aku terkawal lagi la…aku nak belanja kau besok.. tanda
Damai antara kita.

Allysa_Nieylla: sounds great..jam brapa?

Syed_Riz: aku gtau kau nanti...

Allysa_Nieylla: okaylah.. Abang Dani dah tengok lain2 dah ni..

Syed_Riz: okay.. bye..,

Allysa_Nieylla: bye. –out-

Syed_Riz: -out-

Tuesday, April 7, 2009

sekolah_cinta 9

Picnic....

Deringan telefon rumah itu mengejutkan penghuni villa itu..
Syirah berlari-lari anak ke meja telefon itu..

" Waalaikumsalam.." Syirah tersenyum manis mendengar suara si pemanggil.."besok?..rasanya takde buat apa-apa.. kerja pun takde besok.." masih lagi dengan senyuman manisnya... Im yang duduk berhadapan dengan meja telefon itu geram melihat senyum manis Syirah.. " nak ajak jalan besok? nanti Syirah tanya ibu dulu..kalau ibu benarkan Syirah ikutlah..." lembut je suara Syirah.. tetapi kelembutan itu yang membuat Im kegeraman.. siapa lah pandai2 nak bawak anak dara orang jalan ni... setelah habis perbualan di telefon tadi Syirah mendekati ayah dan ibu angkatnya di ruang tamu.. Im yang duduk di sebelah ayahnya tengah membaca majalah dengan concentratenya (kononnyalah)..

" Ayah... besok Syirah nak jalan boleh tak?" Syirah bertanya perlahan..

"Apa pulak tak bolehnya.. tapi mesti balik awal tau..handphone jangan lupa bawa.. kalau ada apa-apa nanti senang ayah ibu nak contact nanti.. " Dengan senang Dato Ilham memberi kebenaran kebada Syirah..bukan tidak risau..tapi kerana percaya yang anak perempuannya boleh membawa diri dengan baik berbandingan anak lelakinya itu..Im yang mendengar jawapan dari ayahnya menghempas majalah yang dibacanya ke atas meja di hadapannya..tanda protes.. ibunya Datin Maryam hanya tersenyum..

"senang je bagi kebenaran...ayah tak tanya pun dia pergi dengan siapa..tah jantan mana dia nak ikut besok.." sedikit tidak puas hati..

"Aik? okaylah dia jalan dengan lelaki besok..ertinya Syirah dah ada boyfriend lah... senang hati ibu ada orang jaga Syirah.." Datin Maryam mengamit Syirah duduk di sisinya..

"betul tu... taklah ayah susah hati nak bagi Syirah keluar rumah..dah ada orang tolong tengokkan.."Dato Idham pula menambah..Im yang tidak puas hati terus berlalu ke tingkat atas kemudian menutup pintu biliknya dengan kuat..

"His anak awak ni..angin je.. tu tak puas hatilah tu.." Dato Idham mengomel..

"Ayah Ibu..Syirah mana ada boyfriend lah.. besok aunty Maria nak bawa pergi beach.. nak bawak abang Im sekali..tapi kalau dah taufan datang macam tu..ibu jelah tolong tanya dengan dia..dia nak ikut ke tidak.." Syirah memberi penjelasan agar ibu dan ayah nya tidak tersalah faham..

"Ow.. nak pergi beach..ala, Syirah pergilah ketuk pintu bilik dia tu...pergi tanya..tak makan orangnye anak ibu tu.." Dato Idham tersenyum mendengar kata-kata isterinya..

"yelah tu Syirah..tak makan orang..tapi taufan dia tu boleh runtuh villa ni tau..besok dia dah cool down cket Syirah tanya lah.." Syirah mengangguk mendengar kata-kata ayahnya.

"Okaylah ayah ibu.. Syirah naik atas dululah...naik tidur.." Syirah menyalah tangan Ayah dan ibunya..

"Sweet dream sayang.." Datin Maryam sempat mengusap lembut kepala Syirah..Syirah berlalu ke biliknya dengan tertib..sempat dia terhenti di depan bilik abang angkatnya. Kemudian Syirah tersenyum..

"Hah! anak2 dah naik tidur...yang awak ni tak nak tidur ke?" Kata Dato Idham ala-ala gatal.. Datin Maryam menjeling..

"His! tak kuasa nak layan awak mengatal malam-malam buta ni... anak awak si Im tu..bawa jumpa ustaz ke.. bomah ke..pawang ke... lembutkan sikit hati dia tu..macam awak juga.." Datin Maryam sudah mula berceramah..Aduh! dia dah mula da... Dato Idham menggeleng kepala..

"hai awak ni.. mulut tu macam tak boleh berhenti.. daripada awak pot pet pot pet..baik pergi berzikir ke... dapat juga pahalanya.. yang pasal Im tu janganlah risau sangat.. dah cukup umur kang nikahkan je dia tu.. mesti elok punya.." Selamba Dato Idham berkata-kata.

"kalau Im tu kena kawin, yang penyakit keras hati awak tu nak ubat macam mana?" Datin Maryam berkata sinis..

"itu pun awak nak tanya..kawinkan je lah...." belum sempat Dato Idham menghabiskan ayatnya.. kotak tisu yang tadinya di atas meja sudah melayang ketempatnya.. DAto Idham tertawa melihat isterinya yang sudah mencebik..

"Malas nak layan awak melalut ni..baik saya tidur.. ada gak faedahnya.." Datin Maryam berlalu sambil menghempas2 kaki..

"Aik..dah dari tadi saya bawa awak tidur awak taknak.. perangai awak tu menurun dengan si Im tu.. hempas kaki., pintu bilik pun di hempas.., majalah pun di hempas.. lama2 runtuh gak villa ni.." Kata Dato Idham sambil mengikuti langkah isterinya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat pagi abang Im.." Syirah menegur pelahan abangnya yang sedang enak menjamu selera di meja makan..

"aik? ada lagi rupanya..ingatkan dah berampus dengan jantan tadi.." Im membalas dengan nada sini..bercampur cemburu.. siapa kata aku cemburu.. aku tak cemburulah!...

"Sebenarnya semalam aunty Maria yang call.. dia ajak Syirah dengan abang Im pergi berkelah..kalau abang nak ikutlah.." kata Syirah perlahan..

"oh... pukul berapa?.." Masih lagi bersuara dingin walaupun sebetulnya dia agak sedikit lega..

"pukul sembilan nanti.. awal lagi ni.." Syirah mengambil tempat di hadapan Im kemudian menuang air di gelasnya..

"Kau tolong kemaskan baju aku sepasang.. mana tau nak mandi kat beach nanti.." Im dengan selamba menyuruh Syirah..

"Hah.. tak suruh mak nah? " Syirah bertanya perlahan..

"Aku suruh kau kan tadi? ada nampak mak Nah kat sini?" Im bertanya sinis.. Syirah menggeleng..

"Abis tu yang kecik tu??takkan Syirah gak yang tolong bagi masuk.." Syirah bertanya ragu2..

"Apa yang kecik?" Im blur

"ala yang seluar kecik tu.." Syirah berkata perlahan..

"Oh... "Im tahan senyum.. aduh..aku ni pun pintar sangat.. seluar kecik takkan nak suruh Syirah pegang..malu setahun aku.. "bagi masuk baju je.. yang lain aku bagi masuk.." dengan tegasnya..

"Okay.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Anic.. jom kita jalan2 kat tepi pantai tu.." Nieylla menarik tangan Anic.. sengaja dia berbuat begitu apabila melihat Anic yang kelihatan tidak berenggang dari Syirah.. aku macam suspect somethinglah dengan anic ni.. takkan dah jatuh hati kot..hehehe..

"Tak naklah..aku nak jaga makanan2 ni.." Im memberi alasan..

"Tak larinya makanan tu.. Syirah kan ada tolong jagakan.."

"tak mahulah..dia tu tengah baca buku mana sedar alam sekeliling.. kang makanan tu kena ambik orang.. bukan boleh harap sangat.." Im berkata selamba..Nieylla hanya mengangkat kening..

"Okay.. Syirah jom jalan-jalan.." NIeylla menarik pula tangan Syirah.. Syirah hanya mengikut saja sepupu angkatnya itu..

"Nak ikut juga.."Im seperti memprotes di tinggalkan keseorangan di sana.. Nieylla tersenyum sambil mengenyit mata kearah sepupunya..

"Tak boleh.. kau jaga makanan..nanti ada orang curi ke.. kau kan boleh di harap.." Nieylla tertawa.. kena aku sebijik.. Im membuat muka masam melihat Nieylla dan Syirah sudah jauh meninggalkan dirinya..Nieylla ni pun satu.. kalau nak suruh jaga makanan pun bagi tinggallah Syirah kat sini.. bersemangat juga nak jaga makanan ni..huhuhu..Im mengomel dalam hati..

to be continue..

Saturday, April 4, 2009

sekolah_cinta 8

Pemuda2x semakin berani...

"Rita, kau dengar tak cerita yang si Nieylla tu kena tampar oleh Riz.." Lina memandang Delorita yang tersenyum sinis.

"Padan muka dia... baru puas hati aku.."Lina hanya menggeleng kepala..

"Kau ni kan...apasal kau anti sangat dengan Nieylla tu.. aku tengok tak pernah pun dia kacau kau..jangankan kacau.. cuit pun tak pernah..kan korang kawan baik dulu.." Nina menyampuk..

"Aku benci tengok dia.." Delorita berkata selamba..

"yelah..aku tahu kau benci dia..tapi sebab apa?" Lina bingung dengan sikap kawannya itu..

"Sebab dia ada segala-galanya.." Delorita berkata perlahan..

"Tapi dia tak pernah sombong dengan apa yang dia ada kan.. kau yang lebih2 ambil hati...emosi terlebih.." Nina cuba membela Nieylla..Sebenarnya dia bukannya suka cari gaduh dengan Nieylla dan kawan2nya tapi sebab terpaksa mengikut cakap Deloritayang sengaja cari masalah tu..

"Aku benci tengok kesempurnaan dia..dulu masa aku baru couple dengan Riz.., Riz selalu puji dia.. selalu cakap pasal dia..macam perempuan tu sempurna sangat..dia dah ada segalanya.. dan aku tak mahu dia dapat Riz gak.." dengan nada yang sedikit angkuh... (evil sikitla..)

"emm...lantak kaulah.. tapi kalau Riz tahu pasal ni aku tak tahu... kau fikirlah baik2 kalau kau sayang Riz tu.." Lina menepuk bahu temannya, Delorita kemudian berlalu..Delorita hanya termenung kosong...tanpa mereka sedar..ada pemuda yang mengeluh panjang apabila mencuri dengar perbualan itu.. Rita..Rita..kemudian dia menggeleng kepala..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tengah asyik membaca novel yang dipinjam dengan Amy..tiba-tiba ada tangan yang terlalu baik mengesat lip glossnya menggunakan tisu..Kemudian Lulu memandang pemuda yang begitu 'budiman' itu..Kelihatan Ek tersenyum tanpa rasa bersalah..

"Kan aku dah kata jangan pakai benda2 ni kat sekolah..oleh kerana kau tak sampai hati nak cuci, biar aku tolong lap kan ye.." Kata Ek tanpa rasa bersalah..

"Terima kasih lelaki budiman..." Lulu melembutkan suaranya..membuatkan Ek tersenyum manis..

"SAma-sama gadis manis..aku memang budiman.." Ek sudah mula control macho..

"Cuma kebudiman kau tu salah tempat!!" Melayang buku novel yang tebal itu di kepala Ek..

"Aduh!! wei, aku tulis laporan pasal kau nanti.. selamba je mencederakan kepala aku..nasib kena kepala..kalau kena muka aku yang handsome ni aku denda kau.." Ek masih lagi memegang kepalanya..menahan sakit..

"ingat aku takut ke?" Lulu berkata selamba..

"Memang patut kau takut..sebab nanti kalau muka aku buruk..takde orang yang nak kat aku.. so, aku terpaksalah suruh mak aku pinang kau.." Ek berkata lagilah selamba..sekali lagi novel Amy menjadi mangsa keadaan melayang ke kepala Ek untuk kali ke-2..

"Simpang malaikat 444! huh!.." Lulu terus berlalu meninggalkan Ek yang masih tersenyum walaupun kepalanya menjadi mangsa dan Amy yang tercengang melihat novel barunya melayang2..Novel aku.....Sementara ahli kelas yang lain sudah tidak dapat menahan ketawa melihat ketua pengawas kalah dengan seorang perempuan..Ek memandang Ken yang ketawa begitu kuat dari yang lain..

"sebab kau lah ni.." Ek menyalahkan Ken merangkap Love tutornya..

"Eh! apasal aku pula..aku suru kau tegur je..bukan suruh kau lamar dia..." Ken menyambung ketawa melihat Ek yang sudah bermasam muka..

"Kau cakap tadi.. buat apa2 je.. lamar dia pun boleh.." Ek berkata dengan lurusnya..

"Lurus bendul!!!" Nathalie sudah berair mata menahan lucu.. nama je ketua pengawas..Ek hanya tersenyum malu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nieylla, aku nak cakap dengan kau kejap.." Riz berkata perlahan..

"Tak boleh..aku masih melancarkan perang dingin dengan kau.." Nieylla berkata sambil memalingkan kepalanya ketempat lain.. lagi baik tengok tingkap ni..boleh gak kira dah berapa inci habuk kat tingkap ni..

"Kejap je..5 minit.." Riz masih memujuk..

"tak mahu.." masih lagi tidak memandang muka Riz yang handsome itu..pembetulan..,bukan handsome sangat pun..handsome lagi pak guard sekolah ni..

"
4 minit?" masih lagi cuba menawar.. tapi dibalas dengan gelengan Nieylla..

"3minit?" jawapan Nieylla masih sama..

"2 minit?" jawapan masih lagi menghampakan..belum sempat menawar masa..Dani sudah mencuit Riz..

"Tak payah nak tawar2 lagi.. korang dua orang je tinggal kat dalam kelas ni..yang lain dah keluar.." Dani berkata selamba..Nieylla dan Riz melihat di sekitar kelas.. kosong..Riz tersenyum..Nieylla pula mencebik.. satu kelas dorang berkomplot bagi tinggal aku dengan mamat ni..tak patut betul!!

"okayla..korang bincanglah apa yang patut.. aku ada urusan seri paduka baginda,,bye adik ku..." tanpa ada perasaan bersalah meninggalkan adiknya di tangan Riz..Nieylla tercengang melihat abangnya berlalu.. jahat!!..

"Apa kau nak cakap...cakap cepat..aku busy ni..." Nieylla berkata dengan tegas..

"Aik? setahu aku takde kerja rumah hari ni..apa yang buat kau busy ni.. ada laki kat rumah nak jaga ke??" Riz sengaja mengusik Nieylla.. lama tidak bertikam lidah dengan Nieylla..

"A ah.. ada anak lagi berderet kat rumah nak bagi makan.." Nieylla berkata selamba.. dia sudah menyandang beg sekolah sambil melihat jam.. "Kau ada satu minit lagi..nak cakap apa? ambil isi penting je..cepat.."

"Isi penting je..aku nak cakap mukadimah lagi..penutup lagi.." Riz sengaja melambat waktu..

"kau bagi aku isi penting je.. yang lain tu kau cakap kat kerusi meja.. tak pun kau rakam..besok kalau ada masa aku dengar.."Masih lagi dengan nada selamba..

" rakam2 tak main lah.. aku nak kau duduk sini pastu dengar aku nyanyi.." Nieylla mengerut kening..di kepalanya sudah berlegar2 perkataan ini.. Riz dah gila..

"Gila." tanpa sedar perkataan itu sudah terkeluar dari mulutnya.. kemudian berlalu ingin meninggalkan Riz..tetapi langkahnya terhenti mendengar petikan gitar dari Riz..mendengar nyanyian dari Riz membuatkan jantungnya hampir luruh... tahan Nieylla..you can do it.. tahan...memberi semangat pada diri sendiri..


Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wei Syirah..kau nak pergi mana tu.." Kata Im ala-ala garang..

"Nak tunggu bas ... ada kerja hari ni.."Syirah berkata perlahan..

"ibu suruh aku hantar kau pergi sana.." Im berkata selamba..

"Ibu tak cakap pun kat Syirah.." Syirah kebingungan..

"Buat apa ibu cakap dengan kau.. aku yang bawa motor.. bukan kau.." Dengan muka yang seriusnya..

"Tapi selalu ibu bagitahu..." belum sempat Syirah menghabiskan ayatnya Im sudah memotong..

"Cepat!!.. ke kau nak melencong tempat lain ni.." Im sudah bersedia di motornya..

"tak..kan Syirah nak pergi kerja.." Syirah masih lagi menjawap perlahan..

"Nak pergi kerja naiklah cepat!.."

"okaylah..." Syirah mengalah..Im tersenyum lucu tanpa disedari Syirah..

"peluk kuat2..nanti jatuh..." Im berkata selamba kemudian terus memecutkan motornya.. Syirah yang agak terkejut dengan pecutan itu memeluk Im kuat..takut melayang seperti novel Amy tadi...


Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37