Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 8

Bab 8

Annisah termenung di hadapan laptopnya. Window Yahoo messenger yand terbuka sejak 1 jam yang lalu direnung lama. Icon smile yahoo Messenger tu pun dah malu agaknya bila ditenung lama oleh Annisah. Annisah mengeluh kasar. Dia mula kebimbangan. Tiada langsung.. Memang tak pernah.. bisik Annisah di dalam hati. Dia mula teringat-ingat perbualannya dengan Shazlin petang tadi.

“Kau buat apa tu?”

Annisah yang sedang menunduk merenung skrin laptop yang sudah gelap gelita merenung Shazlin bila ditegur oleh temannya itu. Shazlin menggerakkan mouse laptop milik Annisah. Window Yahoo Mesengger yang masih terbuka membuatkan Shazlin mengeluh perlahan.

“Siapa dia buat kau Ann.. dan Siapa kau buat dia? Dah nak hampir dua bulan dia menyepi.. kau masih tunggu dia..”

“Dia busy kot...”

Jawab Annisah. Jawapan untuk memujuk hatinya sendiri.

“Dua bulan tanpa berita.. Busy sangat la kot..”

Annisah membetulkan duduknya.

“Dia je.. dia je tempat aku berharap sekarang Shaz.. dah takde siapa-siapa lagi dah.. Dia janji dan dia akan tunaikan janji dia.. Dia jelah tempat aku bersandar.. Aku dah tak larat nak berdiri sendirian di dunia ni.. Aku yakin.. dia jodoh aku..”

“Aku?? Aku kan ada, mama ada, ayah ada.. kau tak bersendirian Ann..”

Annisah menggeleng perlahan. Memang, Shazlin dan keluarganya sentiasa ada untuknya. Tapi, hatinya mahukan seseorang yang akan terus berada di sisinya. Hatinya mahukan Iskandar.. Dia sudah terpaut kasih dengan jejaka itu.

“Aku sayang dia.. aku perlukan dia.. dia dah janji..”

“Dia pernah cakap yang dia sayang kau? Korang pernah declare hubungan kamu? Tak pernahkan? ”

Annisah sudah berpusing-pusing di sekeliling biliknya. Is... please, jangan buat saya percaya dengan semua andaian saya. Tolong jangan menyepi macam ni.. Rayu Annisah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Annisah bercekak pinggang sambil menahan geram. Baru saja hatinya mengalami kegembiraan yang begitu dahsyat sebentar tadi bila menerima mesej dari Iskandar. Kini dia begitu geram!.

“Kereta jalan macam biawak ni lagi!”

Annisah mengetap bibir. Otaknya seperti berpusing-pusing mencari idea macam mana mahu menghilangkan kereta jalan macam biawak di depannya itu. Dan kalau boleh menghilangkan kereta itu untuk selamanya. Asyik kereta itu saja yang membuli Mickeynya. Kemudian dia tersenyum. Kakinya cepat saja berjalan ke arah pusat informasi kolej. Microphone yang selalu digunakan untuk membuat pengunguman di capai cepat.

“Kepada pemilik kereta yang jalan macam biawak tak reti segan itu.. Silalah alihkan kenderaan anda yang sungguh tidak cantik itu secepat mungkin. Saya memberi anda masa 30 saat sahaja. Jikalau tidak.. terpaksalah saya membuat kebajikan untuk menelefon trak tunda supaya kereta itu tidak akan lagi menghalang lalu lintas. Terima kasih.”

Edil Hakeem tersenyum mendengar pengunguman itu. Dia yang berada di cafe kolej hanya merenung dari jauh saja keretanya yang menghalang kereta kura-kura milik Annisah itu. Dia sengaja membuat begitu. Saja mahu mencari gaduh dengan gadis itu. Annisah yang sedari tadi menunggu pemilik kereta di hadapannya mendengus. Benci!

Edil Hakeem tertawa bila melihat Annisah yang kelihatan begitu bengang dengan kehadiran keretanya itu. Sudah lama tidak melihat wajah Annisah sebegitu. Kelihatan seperti marah, tapi bila menatap wajah itu. Seperti ada sesuatu yang mengatakan gadis itu gembira. Tidak seperti beberapa minggu yang lalu. Mahu dibawa bergaduh pun tidak sanggup apabila melihat muka seposen milik Annisah.

“Fine!”

Jerit Annisah. Edil Hakeem mengekek perlahan. Kuatnya suara Annisah menjerit sampai dia di cafe pun boleh terdengar. Annisah kelihatan seperti mendail sesuatu ditelefon bimbitnya. Edil Hakeem masih tidak mengambil kisah. Nak mengadu dengan pakwe kot. Selepas beberapa minit, kelihatan trak tunda berwarna merah menyala menghampiri keretanya. Edil Hakeem mula cuak. Dia bergurau kan? Pemandu trak tunda itu mula mendekati kereta milik Edil Hakeem. Dia serius! Dengan tangkas Edil Hakeem berlari ke arah keretanya. Annisah yang melihat wajah cuak Edil Hakeem tersenyum kemenangan.

“Leave my grumphy alone!”

Annisah mula tergelak kuat.

“Your car name is grumpy??! Gosh! Biawak bernama grumpy! Kenapa tak goofy.. or scooby do. Or by the way.. the name is totally fit with your attitude”

“Ha.ha.ha. funny! And by the way, it G.R.U.M.P.H.Y not G.R.U.M.P.Y”

Balas Edil Hakeem dengan penuh sarkastiknya dan kemudian mengalihkan kereta sport miliknya. Opss.. ya, kemudian mengalihkan GRUMPHY dari menghalang lalu lintas.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37