Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 9

Bab 9

Keadaan di bandar kota kinabalu ketika itu sangat sibuk dengan pasar malam. Sambil melihat-lihat keronsang-keronsang yang dijual di pasar malam itu, Annisah sekejap-sekejap melirik jam dipergelangan tangannya. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 7.30 malam. Annisah merasakan yang masa terlalu lama berlalu. Da tidak sabar untuk berjumpa dengan Iskandar. Dia mahu membuat kejutan kepada Iskandar dengan menyambut lelaki itu di lapangan terbang Kota Kinabalu. Tapi abangnya awal-awal lagi memintanya untuk menjadi wakil dan berjumpa dengan salah seorang client syarikat mereka. Iskandar dijangkakan akan sampai pada pukul 9 malam. Mesyuarat pula akan bermula pukul 8.30 malam dan belum tentu akan mengambil masa berjam-jam. Sekali lagi Annisah mengeluh.

"Berapa ni makcik kalau saya ambil 10?"

Annisah bertanya kepada salah seorang penjual keronsang itu. Boleh dijual semula di 'shop online'nya. Selepas membayar keronsang tersebut Annisah berlegar-legar seketika untuk mencari tempat makan sebelum kembali ke hotel.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Annisah mengeluh lagi di depan tingkap itu.. telefon bimbit balik-balik diperiksa untuk memastikan jikalau ada mesej ada panggilan yang diterima dari Iskandar. Selepas menghantar mesej yang dia akan berada di sabah dua bulan lalu, Iskandar kembali hilang dari 'radar'.. Tapi Annisah tetap juga percaya yang Iskandar akan datang ke sana. Kerana itu dia terus menempah tiket untuk ke Sabah. Dari tingkap hotel itu kelihatan kapal terbang silih berganti mendarat.Sebab itulah hotel ini diberi nama Airport view, Annisah boleh melihat pemandangan lapangan terbang dari tingkap biliknya. Annisah berharap salah satu kapal terbang ada membawa jejaka kesayangannya itu,walaupun dia tahu yang Iskandar mungkin sudah lama sampai di bumi dibawah bayu ini, dan mungkin juga jejaka itu langsung tidak datang. Cuma ada dua kemungkinan, hati sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Iskandar. Annisah mengeluh lagi. Kemudian dia membuka laptopnya dan menulis entri terbaru di blognya.

Hari ni dan sekarang ni saya berada di kota kinabalu mencari stok barang untuk kedai online saya. Percaya tak? jangan percaya! ^_^ sebab saya di sini seperti yang dijanjikan oleh si dia dua bulan lalu. Dan walaupun saya tidak menerima sebarang berita selepas itu, saya dengan keras kepalanya tetap juga jejak kaki kat kota kinabalu ni, Sekarang saya menanti dia. Tengok kapal terbang datang dan pergi. Dia langsung tak mesej atau telefon. Tak tahu kalau dia datang atau tak -_-' ... Mr. Zarkashi,awaklah datang kat sini.. hiburkan hati saya yang sedang kecewa ni..

posted by Faye.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masih tiada mesej dari Iskandar. Annisah mengeluh, kemudian dia bersedia untuk berjalan-jalan di Bandar kota Kinabalu, Manalah tahu boleh terserempak dengan nanti. Manalah tau kan.. Pintu bilik ditutup perlahan, kunci bilik dimasukkan didalam poket seluarnya. Eh? Annisah hampir terlanggar beg pakaian yang tersadai di depan pintu bilik yang berhadapan dengan pintu biliknya. Pelancong kot.. Bisik hati Annisah.

“Yes Daddy.. I’m here.. already arrive..”

Annisah yang sudah berjalan beberapa langkah dari beg tadi mengundur kebelakangan semula bila mendengar suara itu. Suara itu yang selalu menjadi virus di dalam hidupnya kini. Tapi dia cuba menafikannya. Tidak mahu menipu dirinya. Bukan dia. Takkanlah. Kemudian bila pemilik beg mengambil begnya untuk dibawa masuk ke dalam bilik, mereka sempat bertemu pandangan. Annisah menarik nafas panjang. Sungguh terharu!

“Oh god...”

“Oo.. hell no!”

Balas lelaki itu pula. Annisah menggosok mata berkali-kali. Masih tetap wajah yang sama. Bertukarlah.. Bertukarlah.. Tapi masih wajah yang sama. Lelaki itu pula sudah bercekak pinggang.

“Wei! Kau ikut aku eh? Macam mana kau boleh sampai seberang laut China selatan ni??”

Annisah mencebik. Perasan!

“Hei... Apasal aku pulak?? Aku dah sampai dari semalam lagi tau! Kau tu kot yang ikut aku..”

Annisah merenung lelaki di depannya itu dengan pandang yang cukup suspicious sehingga Edil Hakeem rasa serba salah.

“Kau suka kat aku ek?? Sebab itu kau ikut aku..”

“Kurang ajar betul impian kau tu ek.. Takkan! Never in million year!..”

Sekali lagi Annisah mencebik. Macam bagus je jejaka di depannya itu. Annisah dan Edil Hakeem kemudiannya dengan serentak menjeling satu sama lain sebelum meneruskan ‘kehidupan masing-masing’.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37