Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, September 19, 2009

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 5

“Ken, dah beli perencah rendang tu?” Tanya Nieylla.. Ken mengangguk kemudian menyerahkan plastic di tangannya..

“Laa.. rending pun nak pakai perencah instant ke?” Tanya Amy pelik.. ‘Hancur masakkan’

“Kami dah dapat kelapa tua..” Kata Riz di muka pintu dapur. Berpeluh2 mendapatkan sebiji kelapa. Sungguh melucukan!

“Tapi siapa yang nak parut kelapa tu?” Tanya Syirah yang sedang memakai apron itu.. (Ketua chef kononnya)

“Aku sangka kau yang handle parut-memarut kelapa ni..” Jawab ek sambil menunjuk kea rah sebijik kelapa yang berjaya dikait mereka.

“Aku tak pernah pun parut kelapa.. selalunya beli yang dah siap parut je..” Nieylla mula menepuk dahi. ‘jadi ke tidak masakkan kitaorang ni..’yang lain tersenyum.. tiada seorang pun tahu cara memarut kelapa.

“Biar aku jelah yang cuba..” Ken meng’Offer’kan diri. Kelapa tua itu telah selamat di belah dan sekarang tinggal tunggu di parut oleh Ken. Mesin pemarut kelama sudah ligat perbusing.. Ken berdiri di hadapan mesin itu sambil memegang sebahagian kelapa itu dengan erat.. masih ragu2.. tiba2..

“Safety first!” IM menyarungkan helmetnya ke kepala Ken.. Yang lain memberi semangat. (Macam Ken tu mahu pergi berperang)

“Wei! Apa korang buat ni?” Tanya Lulu blur sedari tadi melihat telatah teman2nya.

“Dah2.. Ken, lagi selamat guna santan kotak ni.. takkan ada pengorbanan nyawa..” Tambah Nathalie pula.

“Laa.. Kenapa tak cakap dari tadi.. buat saspen orang je..” Kata Dani Kelegaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kita potong Ayam! “ Kata Riz terlebih semangat. Tetapi gerakan mereka terberhenti seketika sambil melihat ayam bulat yang di beli mereka di pasar itu.

“Macam mana nak potong ni.. nak mula dari mana?” Tanya Ek.. Syirah menggeleng kepala.

“Potong dua bahadian dulu ayam tu.. lepas tu baru potong kecil2..” kata Syirah menberi tunjuk dan ajar.

“Hah! Sekarang tugas korang pula basuh ayam ni.. “ Kata Ken selepas menyerahkan sebesen besar ayam kepada kaum wanita. Syirah dan Amy menyediakan ramuan. Nathalie,Lulu dan Nieylla mengeluh lemah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hisy! Ayam ni berminyaklah.. boleh tak cuci ayam ni dengan sabun Dove ke.. Mana tahu boleh hilangkan minyak..” Alah2 Innocence Nieylla memberi cadangan. Syirah yang mendengar mengetuk kepala Nieylla dengan senduk di tangahnya.

“Itu bukan minyaklah.. tu lemak ayam.. “ Terang Amy.. Nieylla mengosok2 kepalanya..

“Eh Amy, cuba kau tengok hati ayam ni..hitam dan corrodedlah..ni mesti terlampau terdedah dengan asap ni.nak hantar ke makmal ni.” Kata Lulu selamba..

“Tulah.. Orang tak suruh merokok.. nak juga merokok.. tengok, hati dah sehitam jubin dapur ni..” Tambah Nathalie pula.. Syirah hanya mampu mengeleng kepala melihat telatah temannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wah.. banyak juga yang datang pergi kelas terbuka kita ni kan.. “ Kata Lulu..

“Tengoklah siapa punya masakan..” Amy meninggi diri..

“Tengoklah Siapa yang basuh ayam tu..” Nathalie pula tak mahu kalah.

“Tengoklah Siapa yang potong ayam tu” Ken pula menyampuk tak mahu kalah juga.

“Sebelum kamu meninggi diri.. tengoklah siapa yang beli ayam tu..” Riz pula datang mempromote diri..

“Dah lah tu.. kang pak cik yang sembelih ayam tu pulak datang interframe.. Riz.. kekasih lama kau tu..” Kata Im perlahan.. menunjuk kea rah Delorita yang sedang menghampiri mereka. Nieylla menarik muncung..

“Assalammualaikum,”Rita memberi salam. Mereka semua menjawab.. (Dalam Hati)

“Ah..emm.. Korang semua.. aku nak minta maaf kalau aku ada salah dan silap.. semperna hari raya ni kan.. aku tahu aku banyak menyakitkan hati korang.. terutama sekali Nieylla.. minta maaf Nieylla..” Rita merenung kea rah Nieylla.. Nieylla tersenyum..

“Janganlah mention mengenai hal dulu2 lagi.. aku dah lama maafkan kau pun.. Cuma nak tunggu kau minta maaf je lagi..” Nieylla bergurau..

“Ya.. kami pun tak pernah simpan dendam dalam hati ni selepas je kami melangkah keluar dahi sekolah ni dulu.. Takde sebab kau nak minta maaf.. melainkan kalau kau buat fiil lama kau balik..” Tambah Lulu pun.. Delorita tersenyum.. senang dengan kemaafan yang diberi..

“Well.. thanks a lot.. anyway.. SELAMAT HARI RAYA..AND MAAF ZAHIR BATIN..” Rita melangkah pergi kerana bergegas mengejar flightnya untuk balik ke Sidney..memandangkan dia tidak mendapat cuti yang panjang.. Mereka berpandangan sesame sendiri.. kemudian tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa tak balik lagi?” Tanya Riz kepada teman2nya yang sedang melepak di pondok cendawan.

“Saja.. nak perhatikan sekolah ni puas2.. banyak kenangan di sini..” Jawab Nieylla..

“emm.. Pondok ni pun banyak kenangan.. tempat kita berkumpul selalu..” Kata Nathalie pula..

“Dan tempat bergosip..” Tambah Ken pula.. mereka tersenyum.. mengakui kebenaran itu,.

“Bagi aku pagar tu pun bagi kenangan..” Kata Lulu pula..Amy tersenyum..

“Tempat Ek selalu ceramah kau kan?” KAta Amy.. Ek tersenyum..

“Dan kelas kat tingkat atas tu..” Riz menunjuk kea rah kelas mereka..

“Sanalah tempat kami mendengar korang berdua bertekak selalu..” Sampuk Dani..

“ Library tingkat atas tu..” Nieylla menutup matanya.. cuba mengingati kenangan yang belum pernah di ceritakan kepada teman2nya.. Dia memandang Riz yang tersenyum.. Rahsia mereka berdua..

“Aku tak sangka pula kau suka library..” KAta Syirah.. Nieylla menjungkit bahu.

“ Indahnya kenangan waktu budak2.. kita cuma fikir tentang belajar je.. Dan sekaran kita kena fikir banyak benda lain..” Kata Kne..

“assignment,, prof yang suka di bodek.. nak handle duit PTPTN.. Huh! Too thing we need to think..“ Luah Amy pula..

“Ya.. terlampau banyak perkara yang menjadi beban.. tak macam dulu lagi.. sekarang kita yang mesti bertanggungjawab dengan diri kita.. Dan sekolah ni mengajar kita tentang asas kehidupan..” Yang lain mengangguk.. setuju dengan Nathalie

“Well.. we gonna miss this school..”Kata Dani pula...

“Always..” Tambah Riz pula..

“Dah lah.. Jom! Kita ada journey yang belum selesai..” Kata Nieylla dengan semangat.. Ya.. perjalanan hidup masih panjang dan masih terlalu jauh.. berusaha untuk terus ke depan..Jangan pernah toleh lagi ke belakang………….


The End

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 4

“Aline.. Mungkin kau lupa mention mengenai Scorpion besar yang ada kat Hutan ni..” Kata Lulu dengan sedikit terketar2 sebaik saja melihat labah2 besar di belakang mereka.. 7 protégé berpandangan sesama sendiri sebelum berpaling kea rah labah2 yang di maksudkan. Lenst Joeshua mahu mengeluarkan pedangnya tapi dihalang oleh Kyriell.

“ Nanti dulu.. Ini hutan Maya.. semuanya hanya khayalan..” bisik Kir Nadzi pula dengan perlahan ke telinga Lenst Joeshua.

“Macam mana ni?” Tanya Riz sedikit panic.

“Korang semua tumpukan perhatian.. itu bukan reality.. cuba keluar dari khayalan..” Bicara Kay Melissa dengan tenang.. cuba bertenang sebenarnya..

“Cuba keluar dari khayalan?” Tanya Amy pula..

“Tutup mata dan tumpukan perhatian.. bayangkan keadaan sebelum adanya labah2 itu..” Kata Indra Kurniawan pula.. Mereka semua mengikut.. cuba keluar dari imaginasi sendiri.. Sedikit2 demi sedikit keadaan mula tenang.. labah2 itu makin mengecil dan mengecil dan kemudiannya hilang.. mereka semua membuka mata memerhati sekeliling..

“Apa yang terjadi tadi?” Tanya Nathalie kebingungan..

“Nothing.. just kamu terperangkap dalam imaginasi sendiri.. mungkin sebab dah lama berpusing2 di dalam hutan ni..” Jelas Luke Idwarda pula.

“Mari kami tunjukkan jalan keluar.. hari dah nak gelap ni..” Kyriell memendekkan sesi soal jawab.. takut terbongkar pula rahsia mereka semua.. Riz dan kawan2 menurut walaupun di kepala mereka mempunyai 1001 tanda Tanya…

“Dah sampai..” Kata Im sebaik sahaja mereka samapi di tebing jalan raya..

“Well, anyway.. tha…” Ek pelik bila 7 orang yang menunjukkan jalan kepada mereka tadi sudah tidak ada.. “Thank you very much..”

“Mana dorang hilang?” Tanya Ken pula..

“Wei, bunian agaknya.. “Kata Lulu dengan nada seram.. Nieylla memukul perlahan kepala temannya itu..

“Mulut tu cover2lah sikit..” tegur Nieylla.. Tiba2 ada cahaya putih di sekeliling mereka dan kemudian….

“Eh! Kenapa kita ada kat sini?” Tanya Ek keliru..

“Bukan kita sesat kat hutan ke tadi?” Kata Ken pula… Mereka semua kebingungan.. seperti hilang ingatan.. Malas berfikir panjang mereka pulang ke rumah dengan membawah buluh2 yang mereka cari di hutan tadi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Maaf terpaksa memadamkan kenangan yang cukup menarik untuk kamu semua.. ia terlalu bahaya untuk kamu..” Kata Destiny Amanda..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Okay.. Ibu biarkan kamu berkerja kat dapur ni.. tapi lepas guna mesti bersihkan semula dan good luck.. “ Kata Datin Maryam kepada remaja2 itu.. Dia meninggalkan saja anak2 remaja itu memasak sendirian kerana permintaan mereka sendiri.

“Ken.. Pergi beli barang2 sikit.. boleh?” Pinta Lulu..

“Boleh.. Kau buat list dulu.. senang nak beli kang..” Kata Ken..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang,.. mana cantik.. yang warna biru ke atau hijau?” Tanya Adriana sambil membelek2 pelita di tangannya.

“Yang warna indigo tu..” Kata Mike selamba.. Penat menuruti kerenah isterinya.. ‘Pilih pelita pun nak ambil masa sejam.’

“Takde warna indigolah..”Kata Adriana blur..

“Habis tu?! Dana, pilih jelah warna apa2 pun asal pelita tu boleh menyalakan api..” Bebel Mike. Adriana memekakkan telinganya..

“Baju raya kita warna hijau.. so, beli yang warna hijau jelah..” Kata Adriana.. Mike mengeluh kelegaan.. Sedikit meter lagi jarak antara kaunter dan Adriana.. Adriana memberhentikan langkah.. “Tapi warna villa mama warna biru..”Tambah Adriana lagi. Mike menepuk dahi.. bengang!

“Akak, abang.. sebelum saya jadi patung liberty kat sini tengok kak dan abang bertengkar, boleh saya tumpang lalu..” Tiba2 Ken Interframe..

“Nak lalu? Lalu lah..” Jawab Mike selamba.. masih pening melayan gelagat Adriana.

“Tak sopan abang.. Mak saya kata, tak baik interframe dalam adegan orang lain..” Kata Ken like innocence boy. “Lagipun ni kisah kami bang.. kisah Dana Atau Adriana lain tahun..”

“Oh ye ke? Kita pulak yang tumpang cerita..” Adriana mengaru2 dahinya yang tidak gatal itu,

“Bolehlah saya lalu ni kan?” Tanya Ken seperti budak sopan..

“Ah..lalu lah.. jangan segan2..” Kata Mike pula.

“Sambung baliklah gaduh tu bang, akak.. teruskan..” Kata Ken setelah mendapat laluan dari pasangan yang terlebih ‘bahagia’ itu.Ken berpaling semula kea rah pasangan yang sedang berperang mulut itu. “Kak, Warna hijau lagi bagus.. warna selimut Nabi Muhammad S.A.W.. yelah.. semperna bulan puasa ni kan..” Sampuk Ken.. Kemudian dia terus meninggalkan pasangan yang hangat-hangat bergaduh itu.. ‘tak mahu amik kisah!’

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 3

“Firstly… Ek I Hate you!! Secondly… why the bloody mosquito keep biting me.. and thirdly..” Belum sempat Lulu menghabiskan ayat penuh kemarahannya Im sudah menyampuk..

“thirdly.., macam mana kita nak keluar dari hutan ni?” Tanya Im kepada rakan2nya..

“Wei.. aku tak tahu kenapa ni.. tapi aku dah hafal jalan masuk dan keluar dari aku kecil lagi.. macam mana boleh tak jumpa pulak hari ni..” Luah Ek.. Pening melihat hutan yang tebal itu..bersimpang siur tapi masih tiada jalan keluar.

“Ooh.. this creeping me out..” Kata Amy sambil melihat2 sekeliling tempat mereka berhenti.. Tempat yang sama mereka memotong buluh sebentar tadi.. kenapa mereka masih di sana.. sedangkan mereka sudah berjalan lebih 4KM dari kawasan itu.. Amy mula panic..

“Kenapa Amy?” Tanya Dani apabila melihat Amy sedikit panic.

“Tengoklah.. tempat yang sama kita cari buluh tadi..” Jawab Amy.. Mereka semua memerhati sekeliling..Sebahagian dari mereka mengeluh panjang.. yang selebihnya pula berfikir macam mana mahu lepas dari hutan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kay.. kau buat apa tu?” Tanya Kyriell apabila melihat Kay Melissa ralit memerhatikan sesuatu di kaki bukit. Kay Melissa menggeleng..

“Bukan aku yang buat..” kata Kay Melissa agak perlahan.. Dia kebingungan melihat sekumpulan remaja tidak dapat menjeri jalan keluar.. Yang pasti bukan dia yang bertanggung jawab.

“Dorang semua termasuk dalam hutan maya ke?” Tanya Indra Kurniawan sambil mengalihkan perhatian kepada Kay Melissa.. Kay Melissa mengangguk..

“Kau itu kerja Lye, kita mesti selamatkan dorang semua..” Kata Kir Nadzi.. Dia memandang ke arah Syakylla yang mengikuti mereka latihan di luar Destinyx castel. Khuatir dengan keselamatan gadis itu. Syakylla membalas renungan Kir Nadzi dengan tersenyum manis.

“Kylla boleh balik ke Destiny Castel sendiri.. No need to worry..” Kata gadis itu dengan senyuman.. Aline Eddina terfikir sesuatu.

“Mungkin the Clone..” Kata Aline Eddina lebih kepada monolog tapi masih boleh di dengari oleh teman2nya.

“The Clone?? ” Lenst Joeshua sudah mengeluarkan pedangnya.. Mereka semua memandang Lenst Joeshua dengan pandangan bingung.

“Kenapa mesti menggunakan pedang?” Tanya Luke Idwarda kepada Lenst Joeshua.

“Kita tak tahu dengan siapa kita berhadapan..” Belum sempat Lenst Joeshua menoktahkan ayatnya..

“Tapi Kamu semua mesti lindungi Identiti kamu kan? Mereka semua di bawah kaki gunung itu sedikit keliru dan kebingungan.. apa anggapan mereka bila nampak kau bawah pedang tu..” Sampuk Syakylla. Lenst Joeshua tersenyum.. Setuju dengan gadis itu.. mereka semua kecuali Syakylla berjalan kea rah sekumpulan remaja itu.

“Hati2..” Pesan Syakylla sebelum berjalan pulang ke Destiny Castel.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai.. Apa kamu buat kat hutan tebal ni?” Mereka semua terkejut dengan teguran itu.. Terkejut melihat 7 orang yang tidak di kenali.. ‘sesat jugak ke?’ bisik hati Riz.

“Kami cari buluh tadi.. tapi tersesat pulak..” Riz menjawab bagi pihak kawan2nya.. Lelaki yang bertanya soalan itu mengangguk..

“Mari kami tunjukkan jalan keluar..” Kata gadis yang agak cute itu pula..

“Ah..em.. Boleh percaya ke?” Tanya Lulu dengan selamba. Riz membesarkan matanya merenung Lulu.. menegur kelantangan Lulu bertanya soalan.. yang mungkin akan menguris hati strangers di hadapan mereka..

“Well.. You have too.. hutan ni banyak ular..” Kata seorang lagi gadis yang sedang mendukung seekor arnab putih..

“okay aku percaya..” mendengar saja perkataan ular terus saja Nieylla percaya.

“Anyway.. Aku Kyriell..” Kyriell memperkenalkan diri..

“Aline Eddina..” Kata si gadis pencinta haiwan itu.

“Kay Mellisa.”
“Aku pulak Lenst Joeshua..”

“Aku Indra Kurniawan..The faster one..” Kata Indra kurniawan dalam gurauan.. Protégé yang lain memandang Indra Kurniawan dengan pandangan mengancam!..

“Kidding!” Indra Kurniawan membetulkan membuat muka pelik.. ‘teman2nya ini sudah tidak pandai bergurau ke?’

“Kir Nadzi.. Indra suka buat lawak bodoh..” Kata Kir Nadzi menutup fakta.

“Korang boleh panggil aku Luke.. nama aku Luke Idwarda..” Mereka semua memperkenalkan diri.

“Oo.. Aku pulak Riz.. yang ni Dani, Ken, Im, dan Ek… Yang pompuan pula.. yang itu Nieylla,Lulu,Nathalie,Syirah dan Amy..” Riz memperkenalkan rakan2nya.. Seronok berkenalan tanpa menyedari yang mereka di perhati.. Gadis itu tersenyum…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kamu akan melihat apa yang aku mahu kamu lihat... “ Destiny Amanda duduk di dahan pokok sambil bermonolog sendirian.. Bosan berseorangan.. Jadi dia ingin berseronok dengan 7 protégé dan Remaja2 itu.. “Scorpion!”

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 2

“Wei! Apasal lambat sangat.. berjanggut aku tunggu tau!” Marah Ek.. Penat dia tercacak menunggu Lulu touch-up mekap kononnya.

“Lah.. apa pulak lambatnya.. sekejap je pun..” Lulu membela diri.. Dia dan Ek nak membeli baju raya yang sama warna, jadi terpaksalah mereka berdua keluar hari ni.BERDUA!

“Honey!Intan payung, mutiara, diamond, tah apa2 lagi kesayangan beta.. Awak masuk tadi dah jam 10.. awak keluar dari tandas yang maha wangi ni jam 10.30.. can you explain that?!” Kata Ek kegeraman.. memang mereka berdua tidak boleh keluar berdua.. Hilang semua tembok kesabaran..

“Well.. “ Lulu terdiam mencari alasan.. terkebil2 matanya mencari alasan yang sesuai.. “Perempuan memang begitu.” Itu saja yang terfikir oleh otak kecilnya..

“hisy,,, Lama2 boleh kena darah tinggi aku begini..” omel Ek sambil mengurut dadanya..

“Ala.. baru setengah jam.. baby janganlah marah..” Pujuk Lulu..

“Ni panggil baby2 ni mesti nak sesuatu..” Kata Ek dengan curiga. Lulu tersengih.

“Kita tengok satu butik lagi ya? Satu je lagi.. kalau tak jumpa jugak kita pulang lah..” Kata Lulu dengan nada memujuk..

“Aduh….. Perempuan memang macam ni ke kalau shoping.. keluar masuk butik.. tapi belum juga beli apa2..” Bebel Ek.. Tapi dikerahkan juga kakinya mengikuti Lulu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“waalaikumsalam..” Lembut je suara Amy menjawab salam Dani dihujung talian.. Dari tadi dia tersengih2 menunggu panggilan dari Cinta hatinya.

“Buat apa tu?” Tanya Dani..

“Tunggu Dani Call lah.. baru sampai ke?” Tanya Amy pula..

“A’aa.. baru je sampai rumah ni.. tengah berehat2..” Jawab Dani..

“Dani dah dapat surat dari sekolah ke?”

“Surat? Surat apa?”

“Surat jemputan.. RUMAH TERBUKA..”

“Rumah terbuka?”

“A’aa.. macam best tau aktiviti dia..setiap kelas buat rumah terbuka..terpulang dengan kreativiti kita sekelaslah macam mana nak menceriakan rumah tebuka di kelas kita. . jadi kita boleh berjumpa dengan kawan2 lama..” Excited Amy bercerita.

“Yeke.. Mungkin mama terlupa nak mention pasal surat tu kot.. nantilah Dani tanya Mama..”

“mungkinlah.. Eh.. Okaylah.. nak tolong mak masak ni..”

“Okay.. bye.. miss you..” Amy tersenyum manis di hujung talian setelah mendengar ucapan dari Dani.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aik? Surat dari sekolah..” Ken membuka sambul yang berwarna putih itu.. “Sambutan hari Raya di sekolah dot.dot.dot pada hari raya ke 2..” Ken tekun membaca surat itu..

“Apa tu Ken?” Tanya Areana(watak Lavine ship) sambil berjalan kea rah Ken.. Areana ialah kakak sepupu Ken.

“Eh.. bila kakak mendarat semula ke daratan ni?” Tanya Ken..

“Hari tu.. Apa tu?” Tanya Areana sambil mengambil surat di tangan Ken.

“Jemputan dari sekolah menengah Ken dulu.. Suruh memeriahkan lagi sambutan kat sana..”

“hurm.. jadi perosak lagi adalah..” Usik Areana.

“yelah tu.. So, apa cerita kat tengah laut tu?” Tanya Ken. Areana tersenyum.

“Akak jumpa Ikan Duyung Jantan yang lemas.” Ken memandang Areana dengan pandangan keliru+ blur….

“Akak.. Dah nama ikan kak.. boleh lemas pulak??”

“Adalah…” Areana masih tersenyum. Ken menggeleng kepala. ‘Terjumpa dengan penunggu laut kot akak sepupu kesygan aku ni..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“So,, apa kita nak buat semperna rumah terbuka kelas kita ni” Tanya Riz. Dia baru sahaja sampai beberapa jam yang lalu di tanah Melaysia ni..

“Cikgu cadangankan kamu bakar lemang kat sekolah ni.. special sikit.. boleh makan panas2” Cikgu Rose memberi idea.

“Tapi macam mana nak cari buluh? Bukan senang nak cari kat tgh2 bandar ni..” Komen Ken pula.

“Aku tahu satu tempat ni..” Kata Ek memecah kebuntuan.

“kat mana??” Tanya Nieylla pula..

“Kat hutan yang berdekatan dengan bukit DESTINY!” Ek bercakap dengan cara yang menyeramkan.. (Penulis: buat2 je seram)

“Aku tak pernah dengar pun..” Kata Amy pula. Lulu mengangguk.. setuju dengan Amy.

“Aku pun tak pernah dengar.. Fail geografi lah..” Tambah Im pula..

“ Ek, kau masih bercakap mengenai Malaysiakan? Asal tak pernah jumpa tempat tu kat dalam peta?” Nathalie pula menyatakan kekeliruannya.

“Ala.. Korang ready je pagi besok.. aku tunjukkan korang kang..” Kata Ek..

“Okay.. tapi kamu semua kena hati2 tau..” Kata Cikgu Rose.

RUMAH TeRBuKA SEKolaH CiNta 1

Rumah terbUka SekolaH CinTA!

“Assalammualaikum mama….”Jerit Nieylla di tengah2 KLIA itu.. Rindu dengan Mama dan papanya.. Dani yang membawa bagasi2 mereka berdua hanya mengikuti langkah lincah adiknya dari belakang.. Sayang sekali Riz tidak boleh pulang sekali dengan mereka kerana kehabisan tiket.. Jadi terpaksalah mereka berdua balik dahulu.


“Wah! Rindunya dengan anak2 papa ni.. “Kata Engku Raziq sambil menepuk bahu anak lelakinya.


“Aik? yeke rindu papa.. Ke tak ingat langsung dengan kami berdua ni.. yelah kan dik.. dah tinggal berdua je kat rumah..” Usik Dani.. Engku Raziq tertawa.


“Tulah.. puaslah honeymoon..” Nieylla menambah usikan abangnya.. Puan Maria menggeleng kepala.. tertawa mendengar usikan anak2nya yang nakal itu.


“Kamu ni.. bulan puasa tak leh nak nakal2lah..Auch” Engku Raziq membalas nakal usikan anak2nya..Dia terjerit kecil bila jemari runcing Puan Maria mencubit lengannya.


“Dah lah.. layan sangat cakap papa kamu ni.. jom kita balik.. mama nak masak special untuk berbuka puasa nanti..” Kata Puan Maria sambil menarik tangan anak2nya. Nieylla dan Dani hanya tersenyum melihat telingkah mama dan papa mereka.


“Emm.. Dani dah terhidu bau asam laksa.. “ Kata Dani sambil menepuk2 perutnya.


“Nieylla pulak dah tercium2 bau Ayam percik yang mama selalu buat tu..” Tambah si adik pula..


“Emm.. Orderlah banyak2.. kang tiga2 kita kena berkhidmat kat dapur..”Sampuk Engku Raziq.. Puan Maria tersengih.. ‘macam tau2 jelah papa ni..’ bisik hati Puan Maria.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Syirah buat apa tu?” Tanya Datin Maryam.. Syirah yang sedang mengisi beras ke dalam periuk nasi itu tersenyum.


“Syirah nak tolong ibu masak nasi lah..” Jawab Syirah.. Baru hari ini dia berpeluang berbuka puasa dengan keluarga Im.. yelah.. Dia dah pindah ke rumah saudaranya , sibuk lagi dengan aktiviti di universiti membuatkan dia tidak berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa dengan keluarga angkatnya.. Im pun dah merajuk dengan kesibukannya.


“Laa.. Hari ni kita tak payah masak.., Aunty Maria ajak berbuka puasa kat rumah dia..Kan Dani dan Nieylla balik hari ni.. Syirah tak tahu ke? “ Tanya Datin Maryam. Syirah menepuk dahi.. Kerana kesibukannya membuatkan dia terlupa yang Nieylla dan Dani balik hari ni..


“Terlupa pulak.. “ Jawab Syirah pendek.. Datin Maryam tersenyum melihat reaksi anak perempuannya..


“Tulah.. sibuk mengalahkan Perdana Menteri!” Sindir Im dari pintu dapur dengan wajah kelatnya. Masih merajuklah tu..


“Mana ada.. Perdana menteri lagi sibuk dari Syirah..” Jawab Syirah.. Sengaja mengusik Im. Im membesarkan matanya..


“Menjawab2.. dah berani menjawab sekarang.. tulah yang di belajarnya kat U tu..” Bebel Im.. Datin Maryam menggeleng kepala.. tidak mahu masuk campur.. Syirah tersenyum.


“ Itulah yang Prof hensem tu ajar kalau tak silap Syirah,abang Im..” Usik Syirah lagi.. Suka melihat wajah berang Im..


“ Ooo.. patutlah asyik sibuk 24 jam tak berenti.. Sibuk dengan prof ‘kerang busuk’ tu ya?” Selamba je Im menggelarkan tenaga pengajar di Universiti mereka sebagai kerang busuk… Salah Prof tu juga.. asyik tersenyum je bila nampak muka Syirah.


“No Comment.” Kata Datin Maryam dan terus melarikan diri dari dapur itu.. Terasa bahang panas memenuhi ruang dapur.. itulah yang terjadi bila buku bertemu ruas..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Nathalie.., kamu jangan lupa ajak Is datang buka puasa kat rumah.. dengan mak dia sekali..” Kata Datin Mile mengingatkan Nathalie..


“Ye mama.., Nathalie belum tua lagilah nak lupa.. “ Balas Nathalie bila menyedari ini kali ketiga mamanya mengingatkannya..


“Kamu tu memang belum tua.. tapi nyanyok.. Handphone dalam tangan pun boleh lupa.. apatah lagi nak fikir benda lain.. “ Balas Datin Mila.. Nathalie tersengih bak kerang busuk.. bukan lupa sebenarnya, tapi dia terlalu stress dengan tugasan yang diberi oleh prof nya dan menbuatkan dia mamai2 sikit.


“Tu nasib tak lupa dia dah jadi tunangan orang..” Usik Dato’ Kamal.. Nathalie tersenyum manis.. senyum bersalah pun dia jugak.. ‘Tunang tu ingat.. tapi kalau dah nampak lelaki hensem kat depan aku boleh terlupa juga dengan fakta tu.. Not available! Hehehe’


“hehehe.. tunang tu ofcouselah ingat daddy… ingat sangat2..” Kata Nathalie dalam nada bergurau.. Dato’ Kamal tersenyum sambil menggeleng kepala.. telatah anak perempuannya.. makin menjadi2.. nakal!.

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37