Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 10

Bab 10

Masih tiada apa-apa khabar dari Iskandar..Annisah meraup wajah. Poster mengenai pelancongan ke pulau-pulau di Sabah menarik minatnya. Untuk menghilangkan keharu-biruan hatinya kini, lebih baik dia menikmati percutiannya dengan sepenuh hati walaupun hatinya sudah tidak dapat ditenteramkan lagi. Pulau Manukan? Em.. Atau Pulau mamutik.. atau pulau mantanani.. Harga pergi balik pun murah je. Annisah berdiri lama di depan poster itu. Atau pergi Pulau Labuan terus. Boleh pajak coklat. Nak meleleh air liur bila teringat coklat-coklat yang menantinya di Labuan. Tapi sempat ke nak pergi balik. Pergi pagi, balik petang. Annisah berfikir-fikir disambil menggigit bibirnya. Hentam jelah.

“Kau tahu ke kau dah menjejaskan pandangan aku dengan ber’posing’ kat depan poster tu.”

Sarkastik sungguh nadanya. Annisah membuat muka bosan. Dia berpaling menghadap muka yang selalu membosannya. Macam kecik besar, kecik besar je dia nampak lelaki di hadapannya itu.

“You lagi? Seriously Malaysia.. takde muka lain lagi ke yang aku boleh nampak selain muka kau!”

Edil Hakeem menjungkit kening mendengar kata-kata sinis dari Annisah itu.

"And Seriously Malaysia, takde cerita lain ke yang nak ceritakan selain hero yang kacak lagi handsome ni asyik terserempak dengan watak wanita sampingan ni.."

Edil Hakeem tidak mahu mengalah dan memaksudkan Annisah sebagai watak sampingan. 'Reader.., Annisah watak utama okay!' Edil Hakeem menolak Annisah ke tepi menggunakan jari telunjuknya. Kemudian dia memberi tumpuan kepada poster pelancongan di depannya tanpa menyedari Annisah sedang berusaha sesungguh mungkin untuk mengUp Grade kesabarannya.

"Kau nak ikut jalan pergi Labuan ke?"

Annisah yang baru mahu menyerang mengerut dahi kehairanan. Dipandang juga kiri dan kanannya kalau-kalau Edil Hakeem bercakap dengan orang yang mungkin ada di sekitar situ selain dirinya.

Edil Hakeem yang tadinya ralit melihat poster pelancongan itu mengalihkan pandangan. Pelik bila tiada jawapan dari Annisah. Bila mereka bertemu pandang, Annisah menunjuk ke arah dirinya.

"A'aa lah.. aku tanya kaulah.. takkan poster bisu ni kot.. kau je pandai berkomunikasi dengan benda yang tak hidup"

Annisah mencebik.

"Hai... nama je amik law, tapi perkara asas pun tak tahu.. Cakap berdasarkan buktilah Encik Driver Kereta biawak.."

Annisah masih dapat mengawal tahap kemarahannya.

"Habis tu? Mickey yang awak selalu bawa bercakap tu bukan bukti? "

Edil Hakeem pula seperti tidak mahu menamatkan perang. Memanglah wei, berdosa besar kalau lari dari medan perang!.

" Awak ni makhluk dari planet apa ek? Jumpa dengan saya mesti nak ajak gaduh.. Pendendam kelas atasan juga awak ni kan? takkanlah awak masih tak boleh maafkan Mickey sebab langgar Kereta Biawak awak tu?"

Laa... apa pulak tiba-tiba ungkit pasal eksiden Mickey dengan kereta aku ni.. Lari dari tajuk sangat-sangat gadis ni.

“Awak ni.. juah betul melencongnya.. Jauh sangat! Saya tanya, awak nak ikut ke pergi Labuan? Saya nak pergi ni..”

Annisah mencebik. Dia tanya aku rupanya tadi tu. Ingatkan ada manusia lain yang ditanyakan soalan itu. Nak jalan dengan dia?? Dengan dia? Annisah membuat muka seperti tengah berfikir masalah negara. Berkerut berdouble-double dahinya. Edil Hakeem sabar menanti.

“Cepatlah decide..”

Gesa Edil Hakeem. Annisah masih lagi memikir baik buruk berjalan dengan si Baran di depannya itu. Walaupun sekarang ni Edil Hakeem dah tak sebaran dulu. Tapi ada kemungkinan untuk dia dan Edil Hakeem bergaduh sehingga ada yang tercedera nanti..

“awak betul ke nak bawak ni? Ke nak prank kan saya?”

Edil Hakeem menggeleng kepala. Kuat betul kuasa imaginasi perempuan ni.. Orang nak berbuat baik dengan dia.

“Kalau nak.. ikutlah.. kalau taknak.. hah! Tinggallah sini sorang-sorang.”

Kata Edil Hakeem kemudian berjalan meninggalkan Annisah yang masih berfikir panjang.

“Wei..awak nak pergi mana tu?”

Tanya Annisah lagi.

“Pergi Jesseltonlah..”

Annisah mengejar langkah Edil Hakeem.

“Buat apa nak pergi Jesselton. Kata nak pergi labuan.”

Adoi! Edil Hakeem menghentikan langkahnya.

“Abis tu?! Nak pergi labuan naik apa? Sampan? Terminal ferri kat sanalah..”

“Laa.... katalah Jesselton point.”

Balas Annisah. Edil Hakeem mencebik. Annisah ni macam bebal tambah blur pulak hari ni. Selalunya dia yang blur disebabkan gadis ini. Edil Hakeem menggeleng kepala.

No comments: