Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, March 29, 2011

Dana atau Adriana??, 19

Bab 19

Dana mengeluh sekali lagi.. Angin yang datang menyapa dirinya seakan tidak dapat membendung perasaannya dari berasa takut dan gentar pada malam itu. Ya.. Malam ini.. Dana mengeluh untuk kesekian kalinya. Terasa mahu saja dia terjun dari beranda bilik Mikhail itu. Astagfirullah al azim.. mujur dia masih waras. Dana menarik nafas panjang. Majlis pernikahannya petang tadi berlalu dengan cepat. Dia mengharapkan sesuatu akan berlaku petang tadi.. Kekasih Mikhail membuat onar ke, untuk memberhentikan majlis yang tidak logic itu atau Mikhail melarikan diri ke macam cerita runaway bride. Tapi semua itu tidak berlaku.. Dengan sekali lafaz saja Mikhail sudah menjadi suaminya yang sah! Dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.. Harap-harap seorang lelaki yang memegang pangkat suaminya kini sudah lupa jalan masuk ke bilik!.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Oh My god! Dah malam!”

Jerit Marina bila saja dia keluar dari lapangan terbang Antarabanga Kuala Lumpur. Illina di sebelahnya membuat muka bingung.

“Memanglah dah malam.. Dah pukul 10 ni kan..”

Jawab Illina. Entah kenapa hatinya terasa berkecamuk sekarang. Padahal dia tidak mengalami apa-apa kesukaran pada ketika ini kecuali kehilangan kakaknya. Tapi hal itu tidak begitu membimbangkan sangat sebab dia tahu kakaknya itu selamat tak kira di mana dia berada sekarang ini. Dia boleh rasakan itu. Kakaknya ada masalah ke?? Rasa macam tak tenang je hati ni..

“Ertinya abang aku dah selamat kawin... aduh! Malangnya gadis yang menjadi isteri abang aku tu.. sungguh malam.. Aku belum jumpa lagi dengan kakak ipar aku tu.. Tapi aku dah menyimpan seribu perasaan simpati buat dia..”

Illina mengerut dahi. Teruk sangat ke abang Marina ni? Bisik hatinya apabila melihat aksi yang melebih-lebih tu.

“Kesian kakak aku...”

Marina pula kebingungan.

“Kenapa kakak kau pulak tiba-tiba ni?”

Tanya Marina. Illina menjungkit bahu.

“Entah.. tiba-tiba aku terasa macam kesian je dengan dia..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan dia betul! Suaminya itu tidak ingat jalan balik ke bilik. Buktinya, wajah dan suara Mikhail yang selalu membuatkan jantungnya bagai berlari laju tidak ada di dalam bilik yang serba lengkap itu. Dana kelegaan. Dia selamat!

Selesai saja membersihkan diri dan menyiapkan diri di dalam bilik air kerana khuatir dengan kehadiran Mikhail secara mengejut, Dana menjengukkan kepalanya di sebalik pintu bilik air.. memerhati sekeliling bilik itu sebelum dirinya tersentak hebat.

“Apa yang kau terjenguk-jenguk tu! Ingat kau je nak pakai bilik air tu berjam-jam!”

Dana menggigit bibir. Tak sanggup mengalihkan pandangannya ke arah Mikhail yang sedang duduk di atas katil sambil merenungnya tajam. Itu sudah pasti!. Renung tajam itulah yang membuatkan jantung Dana berdegup kencang. Bukan disebabkan dirinya jatuh hati dengan wajah sememeh Mikhail yang baru bangun tidur itu, tapi disebabkan seribu satu perasaan takut yang menghuni hatinya kini.

“Woi! Yang kau berangan lagi disebalik pintu tu apa hal! Aku nak mandi lah!”

Dana cepat-cepat mengeluarkan dirinya dari bilik mandi itu apabila Mikhail sudah berjalan mendekatinya. Jelingan tajam buatnya sebelum Mikhail masuk ke dalam bilik air sudah cukup membuatkan hatinya menghantar maklumat ke otak untuk melarikan diri secepat mungkin.

“Hah Mike... mana Dana? Kamu tak bawak turun bawah ke?”

Tegur Datin Rafeah apabila melihat hanya Mikhail saja yang menghadirkan diri di meja makan. Marina yang baru saja sampai semalam tidak mengendahkan perbualan ibu dan abangnya. Tumpuannya seratus peratus diberikan kepada Nasi Lemak di atas meja makan itu. Sudah berminggu-minggu tidak menjamah makanan Malaysia. Mikhail pula mengerut dahi. Setahunya Dana sudah awal-awal melarikan diri dari biliknya ketika dia masuk ke bilik mandi.

“Dah lari kot..”

Jawab Marina perlahan kemudian menunduk kembali merenung makanan apabila ibunya melontarkan pandangan tajam buat dirinya. Kalau dia di tempat isteri abangnya, memang dia dah lari beribu batu dah.. Semalam selepas saja sampai ke rumah, dia dan abangnya bercerita sampai ke pagi.. Baru dia tahu yang Mama mereka yang memaksa abangnya kahwin. Itu pun disebabkan perangai buruk abang dia nil ah!..

“Hah... tu pun Dana...”

Marina yang sedang keenakan meneguk air tehnya tersedak kemudian terbatuk-batuk apabila merenung kakap iparnya itu. OMG!!!!!

4 comments:

korro suffian said...

ahahahahhaa.... lucu2....
hrm... sekarang marina dah tahu dana tu org yang dicari selama ni...
wah... kalu2... tambah problem lah ni..

WITHOUT A SOUND said...

smbung..smbung..huhuhu
nak tau reaksi Mike, biler dia dpt tau Dana tur siapa sbnarnya..

nursya said...

sambung..sambung cpt..
x sbr nk tau aper reaksi dana nti...

pinkpurle amie said...

waaaa.... sambung2 cepat!!!! hahaha.. skung marina dah tau... mesti pas nie mike .. malu kan bila dpt tau spew dana yg sebenarnyew kan..kan..kan??? hahahaha....
cepat sambung!!!! ngeeee~