Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 13

BAB 13

“Ann,,, Oo Ann... Kau okay ke tak kat dalam bilik tu? Dah jam 7 lebih dah ni.. nak memonteng kerja ke?”

Annisah mengelap air mata yang membasahi pipinya. Kenangan itu datang lagi. Kenangan yang mematangkan dirinya. Pernah terdetik dihati untuk merisik khabar. Apa khabar dengan si dia? Dia masih bahagia? Dan Edil.. Dia mana dia sekarang?

“Annnn......”

Annisah tersentak. Isyrina sudah mengeluarkan vocal high pitchnya.

“Aku lambat masuk kerja.. Bagitahu dengan boyfriend sehati sejiwa kau tu..”

Jawab Annisah dari dalam bilik. Isyrina mengerut dahi. Boyfriend sehati sejiwa?! Pasti Annisah memaksudkan bos mereka. Isy! Tiada masa aku nak berkasih- kasihan dengan bos separuh nerd tu. Bisik hati Isyrina.

“kau okay ke?”

“Okay.”

Jawab Annisah pendek tapi padat!

“betul-betul okay?”

Usik Isyrina lagi..

“Ya rina.. Okay.. Kunci pintu tu kalau kau keluar pergi kerja. Terima kasih, jasa mu dikenang..”

Uik! Menghalau!.

“Yelah-yelah.. jangan lambat datang pulak.”

“Ya..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Syafiq... sorry I lambat...” Jam ditangan dipandang seketika. “2 jam.”

Kata Annisah sambil tersenyum tanda bersalah. Syafiq, merangkap bosnya disapa apabila melihat lelaki itu seperti mencari-cari dokumen di atas mejanya.

“Eh... I fikir you tak dapat datang. I dah suruh Isyrina mesej you supaya bagitahu yang akan I handle meeting hari ni.”

Kata Syafiq sambil membelek-belek dokumen yang tadinya dicari bagai nak rak!.

“Nah... Saya boleh uruskan mesyuarat tu. cuma nak awak tandatangan kat sini. Saya dah terlewat 5 minit untuk meeting tu..Tak gunalah kereta tu..”

Annisah menyerahkan beberapa dokumen yang memerlukan tandatangan bosnya.

“Oo.. Ah! Hampir terlupa pulak, abang awak minta awak gantikan dia selama seminggu di syarikat induk. bulan madu dengan keluarga dia. Kereta apa?”

Kata Syafiq sambil menyain dokumen yang diberi oleh Annisah sebentar tadi. Annisah mengeluh.

“Ada kereta ambil petak parking I.Then I terpaksa cari parking lain.Driver tu tak nampak ke nama aku kat sana.. Dan, saya baru je nak ambil cuti minggu depan.”

Syafiq membuat muka serba salah.

“ Imran dah bagitahu 2 minggu lalu. And you Cuma kena handle satu meeting saja semasa ketiadaan dia. Family help one another right.”

Syafiq mengumpan. Kalau bukan Imran Fadhillah yang beria-ia meminta bantuannya untuk memujuk Annisah, tidak mahu dia berbuat begitu. Sebab dia tahu minggu depan sememangnya tarikh Annisah sepatutnya bercuti dan merehatkan fikirannya. Dia sudah maklum hal itu.

“What he know about family anyway?”

Balas Annisah sinis. Syafiq Cuma menjungkit bahu kemudian memberikan dokumen-dokumen yang siap disainnya. Selepas keluar dari bilik Syafiq, Annisah cepat-cepat mendail nombor telefon abangnya.

“No.. Abang dah tempah tiket.”

Belum sempat berkata apa-apa, Annisah membuat riak terkejut.

“Really?? Abang berkeras juga nak Ann handle the big meeting? Sampai sanggup nak bawak keluarga abang semua lari ke luar Malaysia ni?”

“Ya.”

Annisah terasa seperti kekurangan oksigen ketika ini.

“I dont want to..”

Kata Annisah dengan nada seperti meminta simpati.

“Why?” Tanya Imran. “Sebab ‘dia’ akan ada?” sambung Imran lagi.

“What you mean by ‘dia’? Apa yang abang tahu?!”

Tut..tut..

Talian diputuskan. Annisah merenung lama telefon bimbitnya.

“Imran, mungkin kelihat seperti abang yang tidak mementingkan keluarganya, tapi dia bukan macam tu.. Dia upah berpuluh orang hanya untuk menjaga adik tunggal dia.”

Annisah memandang Syafiq yang sudah berada di depan pintu biliknya. Annisah tersenyum.

“Ya, Salah seorang darinya pernah merasa asap hitam Mickey.”

Balas Annisah sebelum berlalu ke bilik mesyuarat. Annisah tersenyum. Dia tahu abangnya menngupah beberapa orang untuk mengekorinya setiap masa. Cuma sebagai remaja pada waktu itu, dia terlalu mengikut perasaan. Dia mahukan perhatian abangnya setiap masa.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37