Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, July 27, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 26

First Anniversary

Dahlia merenung jauh ke langit yang gelap itu.. Sesekali terdengar keluhan panjang dari gadis itu. Berfikir dan terus berfikir.. Apa sudah jadi dengan hidupnya? dia sendiri sudah tidak dapat kawal kehidupannya lagi.. semuanya berlaku dan terus berlaku tanpa menghiraukan dirinya yang terpinga-pinga. Dan Paied, Paied semakin menjauh.. Ah! kenapa Paied? kenapa mesti mempersoalkan tentang kasih sayang sedangkan Paied sendiri tidak tahu apa maknanya.., mestikah Sayang itu di ucapkan dengan kata-kata sedangkan Irah dah penat meluahkan dengan perlakuan, segala perkara yang Irah buat semestinya Paied dulu yang Irah terfikir..Dahlia menongkat dahu di balkoni asrama perempuan Angsana 2. Bulan dan bintang di langit di tenung Dahlia.

“Kenapa mesti hero novel atau drama semua mesti yang kaya, handsome, berpendidikan, sedap mata memandang?” Kelly tiba-tiba mengganggu Dahlia yang sedang termenung jauh sambil membawa sebuah novel di tangan.

“Sebab takde orang yang akan membaca novel tu kalau awal-awal lagi penulis dah labelkan watak utama seperti penagih dadah..” Dahlia menjawab juga soalan Kelly yang hanya boleh di anggap soalan ‘kosong’ itu..

“Em… betul juga tu.. Tapi kalau penulis tu boleh buat watak yang pada awalnya negative kepada watak yang positif dengan nama cinta..” Jawab Kelly sambil tersenyum-senyum. Dahlia merenung sebelah mata temannya yang hampir anggau dengan hanya membaca novel.

“Tak semua boleh berubah menjadi positif atas nama cinta.. “ Jawab Dahlia perlahan. Dia mengambil novel di tangan Kelly dan membaca sinopsisnya kemudian mengembali semula kepada temannya itu..Malas mahu membaca novel dan tenggelam di alam fantasi seperti yang dia selalu lakukan sedangkan kehidupan reality sedang terumbang-ambing di atas lautan masalah.

“Kau betul-betul dah break up dengan Paied ke?” Tanya Kelly perlahan. Takut menyentuh hati si kawan yang sedang gunda-gulana. Dahlia menggeleng.. Senyap sebentar.. Kemudian dia menjungkit bahu.

“Tak tahulah.. Apa lagi perlu aku buat Kelly., Paied tak faham.. Bukan aku tak mahu berkongsi masalah dengan dia tapi..entahlah..” Kata Dahlia sedikit marah.. Tertekan sebenarnya.Terfikir juga, kenapa mesti dia saja yang menjaga hati orang lain.. sedang hatinya terluka dan terus terluka dengan lebih dalam lagi..

“Dahlah tu.. just cheer up.. Paied akan sedar juga silap dia. Tapi tengok dia dengan budak baru tu.. kau tak cemburu ke?” sempat lagi Kelly bertanya soalan sensitive itu. Dia mahu tahu juga apa di hati kawannya itu apabila melihat gerak-geri mesra Paied dan budak bernama Rina petang tadi..

“Itu pun masalah juga..” Dahlia duduk sambil merenung temannya.. “aku tak rasa apa-apa.. Aku tak cemburu., aku tak marah..” Kata Dahlia keliru dengan hatinya..

“Kau tak sayang Paied lagi ke? atau kau dah memang ada orang lain?” Tanya Kelly turut melabuhkan punggung bersebelah dengan Dahlia.

“Sayang tu memang sayang.. Tapi budak Rina tu baik.. aku tak jumpa di mana salahnya yang dorang berdua tu tak boleh bersama.. kenapa mesti aku cemburu..” Kata Dahlia seperti budak yang kebingungan..

“Sebab kau girlfriend Paied... Mesti tu salah sebab untuk kau cemburu..” Kelly berkata sinis..Dahlia menongkat dagu..

“aku girlfiend dia ek?.. emmm., nantilah aku fikirkan cara macam mana untuk cemburu..” Kata Dahlia dalam gurauan.. Kelly tahan hati dengan ragam temannya itu.. Irah Cuma nak yang terbaik untuk Paied.. Irah dah lukakan hati Paied.. Apa hak Irah untuk cemburu kan?.. sesekali timbul juga rasa rindu pada Paied.. Tanpa sedar airmatanya mengalir tanpa di pinta.. Kelly menepuk perlahan bahu temannya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Para pelajar kolej Angsana semuanya sedang sibuk mengatur gerai masing-masing. Malam itu mereka mengadakan malam Pesta Angsana dan semua pelajar membuka gerai mengikut aliran masing-masing. Dahlia, Poly dan Fie berjalan-jalan melihat suasana di sekitar padang Angsana yang kian sarat dengan gerai-gerai dan para pelajar yang sedang menyiapkan gerai masing-masing..Mereka masih mempunyai masa beberapa jam lagi untuk menghias dan menyediakan barang-barang yang ingin di jual mereka. Poly menarik tangan Dahlia untuk singgah sebentar melihat persiapan kelas Paied, dengan berat hati Dahlia mengikut langkah temannya itu.

“Eh! Kak Irah, Kak Poly and kak Fie..Hai… Gerai kakak semua jual apa ek?” Tanya Rina mesra dengan senyuman.Memandangkan dia lebih muda setahun dari Dahlia, Fie dan Poly jadi dia lebih senang memanggil mereka dengan panggilan kakak. Dahlia tersenyum.. Gadis jurusan Automotif itu memang terkenal dengan sikap manjanya dan tidak sombong dengan semua orang.. Dia senang dengan sikap gadis itu..

“Gerai dorang kak Irah jual novel terpakai dan penanda buka kreatif.. nanti Rina jalan-jalanlah pergi kedai kakak..” Jawab Dahlia.. Paied tidak mengendahkan perbualan mereka. Ya, dia kecewa melihat keadaan itu.. sepertinya dia bukan sesiapa bagi Paied..Mungkin dia masih sibuk.. bisik hati Dahlia yang semata-mata ingin menyedapkan hati sendiri.

“Wah! jual novel.. Mestilah Rina nak pergi.. Rina nak borong semua novel tu..” Rina gembira apabila mendengar mengenai novel. Dirinya sudah terbayang-bayang begitu banyak koleksi novel yang akan di jual di gerai Dahlia.

“Hantu novel.. Gerai kak Poly jual Soto..Datanglah nanti.. Kakak bagi free limau sebiji..” Rina tertawa mendengar promosi dari Poly itu. Belum pernah lagi orang membuat Promosi sebegitu.. Fie turut tertawa mendengarnya.

“Limau memanglah free.. Gila berkira betul gerai korang ni..Gerenti aku tak pergi..Sanggup aku stay kat gerai kami je..” Jawab Fie. Poly buat muka..

“A’aa.. Staylah kat gerai korang tu.. kenyanglah sangat makan novel tu..” Rina dan Fie tertawa melihat muke cemberut Poly. Dahlia lebih menumpukan perhatian terhadap koleksi Kad kreatif yang di jual di gerai Automotif itu.. walaupun kad itu bukanlah tumpuan pertamanya. Paied tetap tidak mengendahkan dirinya.. Dia sudah penat memulakan perbualan yang tidak akan mendapat perhatian dari Paied.. Jadi hari ini biarlah mereka tidak bertegur satu sama lain..Bisik hatinya yang sedikit marah dengan keegoan Paied.

“Eh, Jomlah kita gerak.. nak ambil barang lagi kat Hostel..” Kata Dahlia yang tidak tahan lagi terpacak di depan kedai itu sambil menunggu perhatian dari Paied.
tiba-tiba mata Dahlia di tutup erat dari belakang.. Dahlia terkejut dan cuba membuka tangan yang gatal itu. Dia tidak tahan dengan kegelapan paksa itu. Poly dan Fie menggeleng apabila Dk tergelak kecil kerana melihat kepanikkan Dahlia yang cuba mengalihkan tangan Dk yang erat menutup pandangannya.. Dahlia mendengar gelakkan itu.. dan dia kenal siapa yang sungguh nakal membuat pandangannya menjadi gelap seperti itu.

“Dk.., aku tengah mengalami masalah kawalan kemarahan sekarang ni.. Baik kau buka tangan gatal yang membutakan pandangan aku ni..” Kata Dahlia serius. Mendengarkan-kata Dahlia, Dk melepaskan Dahlia dari kegelapan sambil tertawa kuat.. Dahlia menggosok-gosok matanya.. Pandangannya berpinar-pinar melihat wajah Poly, Dk, dan Fie di depannya.. Kemudian dia terlihat dua orang lelaki bersama mereka.. Pandangannya masih kelam dan tidak boleh mengecam kedua-dua lelaki itu..mungkin teman-teman Dk dari kolej Angsana 3..kata hatinya.

“Aku memain jelah Irah.. itupun nak serius..ke datang bulan?” Tanya Dk nakal dan masih lagi tertawa.. Dahlia menarik muka keruh.. Rasa mau di flying kick temannya yang seorang itu.. Langsung tidak perasaan kekeruhan di wajahnya.. Semua ni di sebabkan Paiedlah! marah hati Dahlia lagi.

“Kau selamba je nak menjatuhkan reputasi aku yang tinggi melangit ni.. Ada ke cakap aku datang bulan di tengah-tengah padang dataran ni.. aku saman malu kau nanti baru tau..” Jawab Dahlia pantas.. Mukanya sudah memerah bila Dk mengatakan dia datang bulan.. Di hadapan Paied dan di hadapan lelaki dua orang yang matanya masih belum dapat mengenal pasti.. Tangannya masih mengosok-gosok mata..

“Habis tu.. Serius je.. ada masalah penstabilan hormon ke?” Tanya Dk dalam gurau lagi.. Hah sudah! Dk mula mendiagnos penyakit-penyakit yang tidak berkenaan. Dahlia memuncung mendengar pendengar pertanyaan dari Kawannya itu.. Tidak nampakkah Dk, betapa mesranya Paied dan Rina sehingga langsung tidak melayan dirinya.. Tidak perasankah Dk yang dia tengah tertekan dengan sikap Paied?.. Bisik hati hampa Dahlia. Matanya mulai terang seperti sedia-kala.. Dia melihat kembali dua orang yang di bawa oleh Dk itu.. Oh.. Rafiq dengan Dannial..Bisik hatinya selamba.. kemudian otaknya berfikir semula.. Dahlia merenung tajam muka Dannial.cuba membuktikan yang matanya itu salah..Dannial tersenyum manis melihatnya.. Dahlia menarik tangan Dk jauh dari yang lain..

“Aku ajak kau datang sini dengan kawan-kawan kau..KAWAN-KAWAN KAU! yang kau bawa laki aku pergi sini buat apa?!” Tanya Dahlia keras sambil menekan perkataan kawan-kawan itu..supaya Dk faham maksudnya. Dk membesarkan matanya.. terkejut..

“Hah!! Laki kau ada kat sini ke? mana dia?” Dk langsung tidak mengetahui siapakah suami Dahlia. Dia mencari-cari di sekeliling siapakah yang menjadi lelaki paling malang kerana mengahwini sahabatnya itu. Dahlia ternga-nga mulutnya.. terkejut yang Dk langsung tidak mengetahui siapakah lelaki yang dia bawa ke Pesta Angsana itu.

“Dannial suami akulah!” Kata Dahlia sambil menampar kasar bahu temannya itu.. Dk mengosok-gosok bahunya.. pedas sungguh tamparan Dahlia..

“Aku mana tahu.. aku ajak Rafiq, then dia bawa Dannial..” Dk membela diri.. semua salah Rafiq! marah hatinya pula..Tidak pasal-pasal dia pula menerima tamparan wanita milik Dahlia..

“Huh! takpelah.. Paied pun dah buang aku.. kalau bocor rahsia hari ni.. aku tawakal jelah..” Kata Dahlia seperti orang putus harapan. selepas perbincangan 5 minit itu mereka kembali ke gerai Paied di mana Dannial, Rafiq dan teman-teman Dahlia menunggu dengan penuh hairan.

“Tak kata pun korang nak datang sini? bila sampai?” Tanya Dahlia melihat kepada Rafiq, tapi sebenarnya dia bertanya kepada Dannial.. Rafiq mengangkat kening.. Melihat Paied memandang curiga, dia seperti memahami rentak Dahlia.

“Dk cerita pasal pesta ni.. Kolej pun cuti sabtu dan ahad ni.. kami ambil kesempatanlah nak melawat Sabah balik.. Aku bawalah kawan aku ni, Dannial.. Nial, ni Dahlia.. and tu Paied.. kawan dari sekolah rendah..” Rafiq sengaja menyebut nama Paied supaya Dannial tahu apa yang berlaku sekarang.. Dannial yang faham dengan renungan dari Rafiq mengangguk.. Dia tahu yang isterinya belum bersedia memberitahu status diri mereka kepada Paied.

“Ooo.. nice to meet you all..” Dannial turut berlakon sama dan bersalam dengan Dahlia kemudian Paied..Dahlia memperkenalkan pula Dannial kepada Rina, Poly dan Fie..

“Sampai bila kau kat sini Fiq?” Baru kedengaran suara Paied di telinga Dahlia.. Dahlia memandang Paied seketika.. Dannial pula memandang kehampaan yang hadir di raut wajah isterinya... Terdetik rasa marah di hati Dannial.. kenapa mereka masih perlu berpura-pura sedangkan Paied dan Dahlia sudah tiada hubungan..

“Malam besok pulang dah.. saja je datang sini nak melawat korang..Kau pun langsung tak calling-calling aku kat sana..” Rafiq dapat merasakan sesuatu yang lain antara Dahlia dan Paied.. apa yang terjadi?.. dia menghantar pandangan kepada Dahlia.. Dahlia menjungkit bahu..

“Busy sikitlah..Aku ingat kau dah tak nak berpijak di bumi Sabah lagi sebab budak Dk tu..” Dk menarik muncung apabila Paied mengaitkan dirinya dengan Rafiq.. Rafiq tersenyum.. Hubungannya dengan Dk memang tidak boleh di jangka.. sekejap baik, sekejap berperang.. tapi tidaklah sampai dia mau berpatah arang untuk menjejak kaki di bumi di bawah bayu ini.

“Takdelah.. awek baru ke?” Tanya Rafiq memaksudkan Rina di sebelah Paied.. Paied tersenyum.. Dahlia nampak senyuman itu.. Dannial nampak kekeruhan di wajah Dahlia.. Rafiq mula kesian dengan sepupunya.Dan juga Dannial..

“Yup..” jawab Paied.. Dia pun tidak tahu sama ikhlas atau dia sengaja mahu menyakitkan hati Dahlia yang kian sakit.. Melihat reaksi Dahlia, hatinya rasa bersalah.. bersalah sangat.. Bagi Dahlia tiada guna lagi di berada di sana..

“emm.. Ah.. Irah.. aku nak pergi toilet.. mana toilet ek?” Tanya Dk kononnya cemas.. Dia tahu yang Dahlia tidak mahu berada di sana.. Dan dia juga tidak mahu Dahlia berada di sana.. Sampai hati Paied berbuat begitu setelah Dahlia lebih memilih dia berbanding Dannial..

“Tandas kat surau tu yang paling dekat.. marilah kami tunjukkan..” Kata Fie sambil menarik tangan Dahlia.. Dahlia hanya mengikuti saja langkah temannya. Dannial memberi isyarat kepada Rafiq agar supaya mereka boleh mengikut Dahlia..

“Paied.. acara ni start pukul berapa? sebab kami nak cari hotel lagi ni.. tadi sampai je terus gerak pergi sini..” Tanya Rafiq walaupun dia sudah tahu waktu perasmian pesta itu.

“Lepas solat isyak..” Jawab paied perlahan. Dia tahu Rafiq mahu mengejar Dahlia. Kalau tidak di ikutkan hati yang ego itu, dia juga sudah mengejar dan memujuk Dahlia.. betapa bodohnya dirinya.. Paied memarahi dirnya sendiri..

“Okaylah kalau begitu.. kitaorang cari tempat penginapan dulu.. gerak dulu ek..” Kata Rafiq meminta diri.. Dannial hanya merenung tajam Paied sebelum berlalu..

Dahlia yang menahan tangis terduduk di kaki lima bangunan fakulti mereka. Dannial yang baru sampai di tempat itu kemudian memeluk isterinya erat.. Barulah terdengar esakan kecil dari Dahlia.. Dia membalas pelukan Dannial itu.. Setelah beberapa minit Dannial merenggangkan perlukannya dan melihat mata isterinya yang merah itu.. perlahan-lahan tangannya mengelap air mata yang bersisa di wajah isterinya..

“Are you okay?” Tanya Dannial walaupun dia sudah nampak Dahlia teresak-esak di dalam pelukannya.

“Im not okay..Mesti Nial marah dengan Lia.. sebab Lia ni cakap tak serupa bikin...” Sedaya upaya Dannial cuba memahami ayat yang di ucapkan oleh isterinya.. kerana Dahlia masih lagi teresak-esak..

“Its Okay.. Nial faham.. susah nak lupa cinta pertama.. Nial faham..” Seperti memujuk budak-budak berumur 5 tahun.. begitulah Dannial memujuk Isterinya.. Perlahan-lahan Dannial menarik tangan isterinya agar berdiri.. Dahlia masih menutup mukanya di bahu Dannial..

“ Aku bawa kereta Dk, kau bawalah Irah naik kereta yang tu..” Kata Rafiq memaksudkan kereta yang mereka sewa sewaktu di berada di air port selepas sahaja sampai di tanah di bawah bayu itu. Dannial mengangguk.. Perlahan-lahan dia membawa Dahlia berjalan ke arah kereta proton waja itu dan membukakan pintu buat isterinya. “Kitaorang ikut dari belakang..” Kata Rafiq lagi..

“So, korang nak ikut tak? kita cari makan kat luar dulu..Lepas makan kita balik kat sini semula..” Kata Dk kepada Poly dan Fie.. Mereka berdua memandang satu sama lain.. bertanya pendapat dalam bisu. Kemudian kedua-duanya menggeleng..

“Kitaorang nak bagi chance kat korang berdua.. walaupun kami tak tau apa hubungan kamu berdua dan hubungan diorang berdua..” Kata mereka memaksudkan Dahlia dan Dannial.. semestinya banyak tandanya yang berlegar-legar di kepala mereka ketika ini. “ And Dahlia Zahirah owe us an explanation..” Kata Fie sebagai wakil.. Poly mengangguk setuju. Dk tahan senyum.

“Trust me., kalau korang tahu kebenaran.. mata korang akan terbeliak and mulut korang akan terbuka besar sebab terkejut..” Sempat lagi Dk berkata sebelum mengejar Rafiq yang sudah berjalan kea rah keretanya..Tentunya Dahlia dan Dannial sudah jauh di depan. Fie dan Poly hanya menjungkit bahu tanda tidak faham dengan situasi itu.

13 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

wahh..nk lagik...
biar reveal je hubungan dorang nie..
make it clear..dah alang2 nial ade niee..
nak lgik..please.

Anonymous said...

whoaaaaaaaaaa ! suspense gila nie . cpt la smbungg ! i really addict to noe next post . good job hajar ! :)
-farrah-

thir said...

me too...... me too........
next n3 plezz....

MaY_LiN said...

mmmm...
semakin hampir terbongkar segalanya..

Anonymous said...

lagik lagik!!!
nak nak nak...
lia pun dah dah la ngan paeid tu..
kan da ad Daniel...

>>niCk<<

nursya said...

dahlia lupakan je la si paied tuh...
dannial kan ader...
mmg cinta pertama ssh nk lupa...
tp cinta slps tu x semestinya x sempurna kan...

Anonymous said...

takutlah nanti chill buat hal...
for sure die buat cerita yg daniel dah tido dgn cie...
bodo lah budak tue...

alreinsy said...

x sabar nk tau kisah seterusnya... biar reveal cepat2... nk tau camne paied tu... x yah lia nk rahsia2 lagi... alamak, chill gedik la pulak... sila sambung yea

Anonymous said...

bez gler...
x sbar nk tnggu ctew strusnye..

Mrs. Cuppycake said...

your idea is superb!

eija said...

xnk sbg ke cite nie..

IVORYGINGER said...

Bila nk samb lg ceta ni???
Dannial mmg suka dahlia dr kecik ya.
Sbb dia tau dahlia ada someone special tu dia jd playboy sat. Tp Dahlia pun satu dia just kesian sama paied la. tu bukan cinta. Cinta akan bt kt rasa selamat. Cam bila dahlia dekat ngan dannial dia rs lebih tenang. xde rs bsalah. tu la cinta. Bila la nk sedar. Sal Chill tiruan tu, jgn dilayan sgt. Wlaupun dia tuduh danial tidor ngan dia. tp reality nya x, so dannial can fight it. sbb dlm minuman dannial minum ada drug. dannial tido ja. klu dia tuduh dia pregnant bt ja DNA. Jgn takut. Berani kerana benar ya dannial. ge... ;D

Anonymous said...

Writer bila nk sambung......
Nk tahu apa kesudahan lia ngan nial...