Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, June 19, 2018

Sumpahan Untuk Si Puteri Bab 9

Bab 9
            Tubuh yang sudah dimamah usia aku paksa untuk berjalan.
            Kembali ke Melaka, bumi berdaulat.
Puas aku mencari semula cinta yang hilang..
            Tetapi si puteri bagaikan hilang dari muka bumi ini..
            Bagaikan tidak pernah wujud di bumi Melaka ini..
             Tiada seorang pun mengakui kewujudannya..
            “Kenapa?”
            Aku datang semula ke rumah agam itu. Aku mengajukankan soalan sebaik sahaja pintu dibuka. Kelihatan Mak Darul tersenyum apabila mendengar soalan aku yang agak terburu-buru itu. Aku terdiam seketika.
            “Ibu Aisya.”
            Aku mengeluh perlahan. Rahsia yang tersimpan selama ini bukan lagi rahsia.
            “Sudah lama kita tidak berjumpa. Selepas pemergian mama, ibu Aisya hilang tanpa jejak.”
            Aku tersenyum sebelum meneguk air teh yang terhidang dihadapanku.
            “Saya mesti pergi sebelum ada yang bertanya. Menganjak usia ‘30’ tahun pada waktu itu bukanlah mudah. Apatah lagi kalau memiliki wajah remaja berusia 23 tahun. Saya bertahan dikampung itu hanya kerana mama kamu. Dialah kawan baik saya selepas Puteh.”
            Terasa pelik bila bayi yang aku jaga dari kecil kini sudah kelihatan lebih tua dariku. Senyuman manis yang terukir di wajah masih sama seperti dahulu. Malangnya aku terpaksa pergi walaupun tahu dia memerlukan aku selepas pemergian ibu kandungnya. Tapi hati aku sudah cukup terluka. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Sementara aku terpaksa hidup dengan sumpahan yang aku sendiri mahukan. 
            “Mulanya saya marah. Kenapa Ibu Aisya pergi ketika saya masih memerlukan kekuatan dari ibu. Tapi selepas berkahwin dengan abang Din, saya ternampak satu potret yang dilukis pada kurun ke-15, wajahnya seiras dengan ibu Aisya. Saya teringat yang kecantikan ibu Aisya menjadi tajuk perbualan orang kampung. Mulut-mulut mengatakan yang ibu Aisya gunakan jin untuk kekal muda.”
            Aku tertawa kecil bila teringat pengalaman aku di kampung itu. Sudah bertahun-tahun berlalu. Mungkin generasi dulu sudah ramai yang tiada lagi di dunia yang fana ini.
            “Sudah terlalu lama saya berjalan di muka bumi ini. Entah bila akan ada akhirnya.”
            Ya. Aku merindui kematian. Namun aku tidak terfikir untuk meragut nyawaku sendiri. Biarlah masa yang menentukannya.
            “Hah.. Tun Amina.”
            Ayah Darul, Din Fitri berjalan mendekati kami berdua dengan membawa sekeping potret dan sebuah lagi buku catatan lama. Aku tersenyum kelat. Sudah lama aku tidak mendengar nama itu disebut. Sudah beratus tahun. Malah aku sendiri mempersoalkan kewujudan Tun Amina Aisya.
            “Satu-satunya potret yang disimpan dengan selamat sehingga hari ini. Ia diberikan dari generasi tua ke generasi muda keluarga Dahari.”
            Aku tertawa dalam tangisan. Aku masih ingat dengan potret ini. Potret terakhir yang dilukis oleh Dahari untukku. Dia berjanji akan menyiapkan potret ini dan memberikan kepadaku jika sudah menyiapkan potret itu.
            “Pesan arwah kepada anaknya supaya mencari kembali puteri yang hilang, dan berikan potret, keris dan juga catatannya kepada si puteri. Tapi malangnya, Tun Amina hilang selamanya dari bumi Melaka, malah nama pun tidak tercatatan di dalam sejarah.”
            Aku perlahan-lahan membuka keris yang diletakkan di hadapanku. Air mata berderai lagi apabila melihat satu-satu tulisan nama aku dan dia di atas tulang keris. Keris itu aku bawa ke dalam pelukan bersama potret tadi. Ini sajalah bukti yang aku ada untuk membuktikan aku pernah mencintai seseorang dengan sepenuh jiwaku. 
            “ Dan ini?”
            Tanyaku sambil menunjuk ke arah buku catatan yang masih terletak cantik di atas meja. Zahra, mak Darul dan Din berpandangan sesama sendiri. Din mengeluh perlahan
            “Mungkin catatan ini akan menjawab semua persoalan yang mahu diajukan tadi.”
            Aku perlahan-lahan menyelak buku yang hampir reput itu. Mujur buku itu diperlihara dengan begitu baik. Aku masih boleh membaca setiap patah yang tertulis di dalam buku itu.
            3 Syarat untuk membuat membuat permintaan pada perigi.
1.      Mestilah berdarah diraja.
2.      Korbankan sesuatu yang berharga pada dirinya.
3.      Mestilah Dara sunti
Aku mengangkat pandangan. Tidak memahami isi kandungan buku itu. Din menyuruh aku meneruskan pembacaan. Aku selak halaman sebelah buku itu.
  Aku masih menanti agar hajatku tertunai. Dia begitu bodoh. Tidak sedar diri dipergunakan.
Dahiku semakin berkerut membaca tulisan di buku itu.
“Catatan siapakah ini?”
Tanyaku. Malas mahu berteka-teki.
  “Puteh.”
  Kata Din perlahan. Masa seakan terhenti. Aku cepat-cepat menyelak beberapa halaman terakhir di buku itu.
Aku terdengar perbualan Sultan dan dia. Sultan seperti memperkecilkan dirinya. Memang betul. Mereka tidak layak untuk bersama.
            Hati aku semakin geram. Halaman buku aku selak dengan kasar.
            Dia begitu berazam untuk menunaikan 6 syarat yang diberikan oleh Sultan. Jadi aku katakan kepadanya, Puteri yang naif itu telah menambah syarat ke tujuh sebelum dia berangkat bersama-sama rombongan peminangan puteri di gunung ledang.
            Aku mengetap bibir. Tiada satu pun bukti bahawa Puteh yang menulis semua ini. Aku yakin yang Puteh takkan sanggup menulis sesuatu yang agak kejam seperti ini. Dia tidak akan menikam aku dari belakang.
            “Saya pasti ini bukan tulisan Puteh. Kalau dia mahu melakukan kejahatan, kenapa dia menulis semuanya di dalam buku ini dan menyerahkan buku ini kepada keturunannya.”
            Kataku dengan tegas.
            “Buku catatan itu dijumpai selepas Puteh meninggal dunia.”
            Kata Din pula.
            “Pada pendapat saya, ‘dia’ yang dimaksudkan di dalam catatan ini adalah Dahari. Kerana mereka berdua telah berkahwin sehinggalah Puteh meninggal pada usia 40 tahun. Dan selepas itu,barulah Dahari kembali ke Melaka untuk mencari puteri hatinya.”
            “Setiap orang punyai impian tuan puteri. Impian hamba adalah untuk mendapatkan cinta sejati.”
            Satu persatu memori muncul kembali.
            “Semoga apa juga permintaan Puteh akan termakbul.”
            Aku cepat-cepat membuka halaman pertama buku itu.
            3 Syarat untuk membuat membuat permintaan pada perigi.
            Aku memaksa kepalaku untuk mengorek kembali memori lampau.
            Raja Melaka darah berdaulat. Pintalah sesuatu padaku.
            Syarat pertama, darah Diraja.
            Memetik satu bunga melor putih yang sekian lama menjadi kegemaran ku.
            Melor putih, bunga yang amat berharga bagiku.
            Biar aku jatuh ke dalam perigi itu
            Nyawa.
            Syarat kedua, korbankan sesuatu yang berharga pada dirinya
            Syarat ketiga, mestilah dara Sunti. Aku mengeleng kepala perlahan. Aku memang naif. Rupa-rupanya Puteh sudah rancang semuanya. Hitam sungguh hati kau Puteh.   
Klik untuk Bab seterusnya  👉 Bab 8 👈  👉 Bab 10👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37