Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Thursday, February 4, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 7

BAB 7

Sly:Boleh saya minta gambar awak?

Chill:Tak boleh.. Nanti cair awak bila tengok gambar saya.. boleh2 awak datang kat cni sebab dah naik angau dengan saya..

Sly:Tak mencair.. tapi mencari..

Chill: Cari apa ek??

Sly:Cari awak..

Chill:Ala.. kalau ada jodoh kat tepi jalan pun boleh jumpa..

Sly:Boleh pakai ke teori tu? saya belum lagi tengok gambar awak.. macam mana nak tau itu awak kalau kita terserempak kat tepi jalan?

Chill: bergantung dengan jodoh.. hehehe

Sly: ala, kita tukar gambarlah.. saya bagi gambar saya kat awak and awak bagi gambar awak kat saya..

Chill: EnCek Sly,. mana boleh gtu, nanti harga duit hantaran saya kurang la kalau bakal mak mentua saya tau saya bagi gambar kat lelaki..

Sly: Aik?? boleh gtu pulak ke?? Takpe lah.. gurau je tadi tu..

Chill: Emm.. awak, saya kena gerak dulu,, cadang nak outing ngan kawan2 jap lagi..

Sly: Ala,, dah tak mahu bagi gambar… temankan saya kejap lagi ya..

Chill: Eh.. tak boleh.. kawan saya dah meraung2 dari tadi ajak jalan.. buat pencemaran bunyi je kat asrama ni.. nanti saya balik kita sambung lagi ya..

Sly; okay sayang.. janji ek?

Chill: Janji.. sepa sayang awak? ngigau di siang hari! heheh.. –Out-

Sly: Awak la.. heee.. –out-

“Irah.. Paied dah tercegat kat depan pagar tu dari tadi tau..” Kata Poly.. Dahlia turun dari katilnya sambil mengepit laptop pinknya..

“Hah? Paied siapa?” Blur sebentar. atau lebih tepat. angau.. Fie mengetok kepala Dahlia menggunakan bukunya..

“Paied boyfriend kaulah.. siapa lagi yang sudi menunggu kau kat depan pagar asrama ni..”Kata Fie.. Dahlia tersedar dari lena..

“Hahh..” Dahlia berlari ke balkoni sambil tangannya cekap mengambil towel untuk menutup kepalanya..

“Paied!!” Jerit Dahlia.. Paeid yang menunggu di depan pagar mendongak ke atas.. dia melambai tangan untuk Dahlia..

“Sorry.. tunggu jap.. Irah bersiap kejap..” Paied mengangguk.. Dahlia kelam kabut menyiap kan dirinya dan turun ke tingkat bawah dengan kecepatan berganda. Ieyna yang berselisih dengan Dahlia menggeleng kepala..

“Ieyna.. tolong simpan laptop aku..” Sempat lagi dia berpesan..

“Yelah..” jawab Ieyna yang baru selesai mencuci kain.

Dahlia tergelak mendengar komen Paied mengenai wayang yang di tonton mereka tadi. Hero tu tak padan berlakon dalam filem tu? apa2lah Paied ni.. Kalau mengkritik filem memang dialah nombor satu.. Dahlia menghabiskan garlic bread yang masih tertinggal di atas meja mereka. Paied pula sibuk meletakkan sepotong lagi pizza buat kekasih hati..

“Hai.. tak lama lagi gemuklah Irah ni..” Kata Irah.. Tapi di jamah juga makanan itu..

“Bincang apa hari tu dengan DK?” Paied menarik straw yang ada di gelasnya dan memasukkan dalam mulutnya untuk menyedut pepsi yang berbaki..

“Emm.. Takde apa2.. Cuma cerita pasal Irah kena denda dengan Cikgu Que je..” Dahlia mengalihkan pandangan matanya apabila Paied merenung matanya meminta kepastian.

“Nampak macam something….” Kata2nya terhenti apabila mendengar bunyi telefon bimbit yang membingit dari poket baju kurung asrama Dahlia.

Sekali lagi Dannial merubah postur badannya.. Baru sejap tadi dia berdiri.. berulang alik dan duduk di setiap kerusi yang ada di rumahnya.. Aidil pula sibuk dengan Peka civil Engineeringnya yang belum selesai dari semester lalu.. Tinggallah dia seorang menghadapi kesunyian.. Nak berbual di alam maya.. tiada penyeri.. Akhirnya telefon bimbitnya di capai dan membuka phonebook.. Di lihat senarai nombor yang ada di handphonenya.. ‘ek? Dahlia? apa cerita dia ek? bosan ni.. Ah! Call dia je lah..’

“Assalammualaikum..” Katanya memberi salam..

“Walaikumsalam.. Boleh tau siapa ni?” Suara di hujung talian cuba mengingati suaranya.

“Nial ni.. Lia ke tu??” Diam sebentar..

“A.. A’aa.. ada apa ya?” Tanya Dahlia perlahan.. seboleh yang mungkin.

“Takde.. saja nak tanya khabar.. Sihat ke?” Concerned.

“A’a.. sihat.. emm.. awak?”

“Alhamdullilah..Sihat jugak.. lama tak dengar cerita.. Ingatkan dah menghilang kat mana..” ‘Aku sendiri pun tak bagi berita’..

Ada ni.. tak hilang pergi mana2..Emm.. awak.. kita ada hal kejap.. nanti kita call balik boleh..” Suara lembut saja meminta..

“Okay.. sorry mengganggu..”

“Takpe.. awak ada hak..” Makin perlahan suara di hujung talian..

“See you ini august holiday.. hope so.,”

“Okay.. I’ll be there.. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam..” Danniel menekan punat merah.. Matanya masih merenung skrin gelap handphonenya.. Dia sibuk macam Aidil tu kot..’

Dahlia mengawal ekspresi muka dengan mengekalkan ekspresi yang selamba.. Selepas saja Dannial memperkenalkan diri.. Dia sudah merangka jawapan yang bakal di tanyakan Paeid yang sedang merenungnya tajam.. penuh dengan tanda tanya.

“Hem.. Ciku.. Ex ketua kelas temberang kita dulu.. ingat tak??” Tanya Dahlia perlahan..

“Oo.. Ciku.. Apasal.. nak ngorat kekasih Paied ni ke?” Paied juga mengawal perasaan.. Dia tahu Dahlia cuba menipunya.. Dahlia tidak berani mengangkat pandangan untuk bertentang mata dengannya.

“Eh.. macam tak biasa dengan dia tu.. takkan jeles kot..” Dahlia cuba bergurau.

“Tak.. Paied tau hati Dahlia Zahirah hanya untuk Paied..” Balas Paied pula.

“Penuh keyakinan tu.. bagus2..” Dahlia cuba menelan kepingan pizza di pinggannya walaupun terasa seperti menelan pasir..,

‘Tapi keyakinan tu semakin pudar Irah..’ Bisik Hati Paied..

‘Maaf Paied..Terima kasih sebab faham’ Dahlia pula berlawan dengan emosinya……

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hurrmm..
paied baek..
nial?
adeh..smbung2..

alreinsy said...

hmmm.. paied baiknya... bila la nk tau hal yg sbnr... biala la nial & lia nk tau yg sbnrnya mereka ber2 ni dh lama berkwn dlm alam maya... smbg2... makin best la pulak...

Anonymous said...

huhu...paied sngat baik...nial pun cam ok...huhu...x tau nak pilih mana tau..hahahahaha...bajet ak dahlia...