Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, August 22, 2011

Dana atau Adriana??, 33


Bab 33
“Yna.. kita nak pergi mana ni?”
 
Tanya Dana apabila kereta yang dinaiki mereka melencong ke sana dan ke sini. Ke mana agaknya Marina mahu membawanya. Marina pula sedari tadi tidak berhenti-henti bercakap di telefon bimbitnya. Entah apa yang dirancangkan oleh wanita itu. Dana hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi.
 
“Kita dah sampai..”
Dana tersedar dari lamunannya. Kereta Marina sudah berhenti di hadapan sebuah banglo mewah dua tingkat. Di halaman banglo itu pula penuh dengan bunga-bunga yang mekar. Rumput juga boleh diibaratkan sebagai tilam. Lembut sahaja rasanya bila memijak. Dan sebuah gazebo yang agak mewah ditengah-tengah bunga yang mekar itu. Kelihatan Marina sedang mengumpil pintu depan banglo. Dana yang melihat perbuatan Marina terus berlari kea rah gadis itu.
 
“Yna!... nak buat apa ni?”
 
“Aaa.... Yna tertinggal kunci rumah!.”
Laju sahaja jawapannya.
 
“Tertinggal kunci tapi ingat pula nak bawa tuil besi. Yna janganlah... Nanti sia-sia kita kena tangkap sebab ceroboh rumah orang..”
 
“Takkanlah.... ini rumah kawan Yna... Cuma terpaksa masuk guna benda ni je..”
Kata Marina tanpa rasa bersalah kemudian meneruskan usahanya.
 
“Let me..”
Tenang saja Dana berjalan ke arah pasu bunga kertas di tepi pintu besar itu. Menguis-nguis tanah yang ada di dalam pasu itu. Kemudian dia tersenyum apabila menjumpai apa yang dicarinya.
 
“Ceh... old fashion juga Rya ni..”
Bisik Marina perlahan.
 
“Hah?”
Dana memandangnya dengan pandangan keliru.
 
“Em.. takde apa-apa..”
Jawab Marina pantas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
“Suatu hari nanti.. Rya nak retire.. Rya nak duduk rumah je. Jadi suri rumah sepenuh masa.”
Adriana tersenyum lebar melihat rumah di hadapannya itu. Ikhwan disebelahnya dipandang lama. Tidak sangka Ikhwan begitu serius dengan perhubungan mereka. Malah sudah menyediakan sebuah rumah untuk mereka berdua selepas berkahwin nanti. Rasa tidak sabar menjalani kehidupan sebagai isteri Ikhwan.
“Yakin ke nak pencen? Suatu hari nanti.. em.. ertinya Ikh kena tunggu Rya bertahun-tahun lagilah.”
Rya menarik nafas panjang.Dia memalingkan badan untuk berhadapan dengan Ikhwan. Cerita yang sama juga yang mereka bincangkan.
“Kalau boleh.. Rya nak lepaskan semuanya sekarang juga. Tapi Adria Holding hasil titik peluh arwah papa. Dan abang masih belum bersedia. Takkan Rya nak biarkan je Adria Holding jatuh kat tangan orang lain.”
Ikhwan tersenyum tawar.
“Susah tau nak terus berada dekat dengan Rya ni.. Seribu satu perasaan menyerbu di hati Ikh ni tau. Tergugat, cemburu, sunyi, gembira.. macam-macam lagilah..Kalau.,”
Adriana tersenyum.
“Kalau Ikh tak cintakan Rya.. dah lama Ikh angkat kaki kan??”
Ikhwan tertawa kecil bila Rya memotong ayatnya. Sudah hafal dengan ayat power dia tu. Hidung mancung Adriana dicuit perlahan.
“Rumah ni.. Ikh bagi dengan Rya.. suatu hari nanti, rumah ni jadi rumah kita.”
“Rumah kita...”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pak...
Dana dan Marina berpandangan apabila pasu bunga kecil di depan pintu berderai pecah apabila mereka selamat melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dana kelihatan kebingunga.
“Dana terlanggar..”
Kata Dana perlahan kemudian mahu menunduk mengutip pecahan pasu itu. Tetapi dihalang oleh Marina.
“Dana!...”
Marina terus menjauhkan Dana dari pecahan pasu bunga itu.
“Nanti Yna panggil orang suruh bersihkan.”
Dana mengangguk sambil matanya berkeliaran di segenap ruang rumah itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Eh! Ke kiri sikit la..”
Adrian dan Ikhwan yang sedang mengangkat sofa mengeluh lagi. Ini sudah sepuluh kali mereka terpaksa mengangkat sofa itu kerana Adriana tidak puas hati dengan kedudukan sofa itu. Akhirnya sofa itu kembali kepada kedudukan asalnya. Ikhwan mengelap peluh sambil berpandangan dengan Adrian. Kemudian keduanya menggeleng kepala apabila melihat Adriana mula membuat reaksi seperti berfikir apabila melihat susunan meja makan pula.
“Somebody, help me.”
Kata Adrian.
“Kill me please.”
Kata Ikhwan pula dengan sarkastiknya. Adriana mula menarik muncung mendengar komen dari kedua-dua jejaka itu. Illina dan Marina cuma tersenyum.
“Ala.. bukan selalu pun.. Nilah rumah pertama Rya tau.. Rya nak juga rumah ni Nampak perfect.”
“Perfect bukan dari segi hiasan dalaman rumah sayang.., Rumah ni perfect bila kita berdua ada bersama di dalam rumah ni.”
Jawab Ikhwan dengan senyuman manisnya.
“So sweet.. Itu ayat zaman moden kak.., sama ertinya dengan ayat ni.. ‘Makan pasir pun sanggup kalau ada you..’”
Sampuk Illina. Adrian dan Marina tergelak mendengar kata-kata Illina itu. Bukan mahu memprovok Ikhwan, cuma mahu mengusik. Illina tahu yang Ikhwan akan tetap bersama dengan Adriana. Dan dia tahu yang Ikhwan takkan cuba untuk membuat onar... lagi.
“I’ll never hurt Adriana Illyana. Dialah matahari di dalam hidup aku.”
Kata Ikhwan dengan serius. Adrian menepuk tangan mendengar pengakuan Ikhwan itu. Tak lama lagi Adriana bukan milik mereka lagi. Hidup Adriana hanya untuk Ikhwan selepas saja dia mewalikan adiknya itu. Adrian tersenyum panjang.
“Dah-dah.. Hari-hari dengan Ikh cakap macam tu takut Rya bosan pulak.. Jom minum dulu.”
“Jom minum...”
Illina berdiri disebelah Ikhwan.
“Dont ever hurt my sis again.”
Ikhwan tersenyum tawar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Assalammualaikum..”
Dana mengerut dahi. Tuan rumah ke yang bagi salam? Habislah kalau mereka dituduh menceroboh rumah orang. Dana mula tak senang duduk.
“Hah.. mungkin diorang semua dah sampai kot.”
Dana mengerut dahi.
“Siapa?”
Marina tersenyum penuh makna.

1 comment:

pinkpurle amie said...

Assalamualaikum.... bila nak sambung cter nie? dah lama tunggu next n3 dia tapi x de.. ke enovel nie dah dibukukan?

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37