Skip to main content

Dana atau Adriana??, 29

Bab 29
Cahaya matahari yang menyinari dari celah-celah langsir yang masih tertutup mengganggu lenanya. Mata yang masih mahu pejam terpaksa juga dibuka. Tangannya mengosok mata yang masih mengantuk berulangkali. Memujuk mata agak terus tersedar. Mulut ditutup menggunakan tangannya apabila diri menguap untuk kesekian kalinya. Duduk bersandarkan kaki sofa, dan separuh kaki masih lagi di dalam selimut. Rambut yang kusut masai apabila bangun dari tidur cuba dirapikan.

Dia merenung kembali keadaan dirinya. Masih terduduk di atas lantai. Ingatannya menjadi kelam kabut seketika ini. Cuba untuk mengingati apa yang berlaku. Di mana dia sedang berada sekarang ini. Ruang ini kelihatan terlalu kecil untuk dijadikan ruang tamu.Mungkin ini biliknya. Mana langsir berwarna emas yang ditempah khas dari dubai? Dan sofa ni? Kenapa kelihatan seperti sofa yang senang dijumpai di mana-mana kedai perabot. Walaupun mahal, tapi sofa yang sepatutnya ada di penglihatannya sekarang ini ada sofa yang direka khas untuk bilik tidurnya. Di mana ni?

“Woi! Bangun!”

Mikhail yang sedang menikmati kenikmatan air kopinya berkata selamba...dalam nada yang agak tinggi dan mungkin membuatkan gadis yang kebingungan di depannya itu tersentak seketika. Rambut yang dirapikan sebentar tadi mulai kelihatan berserabai semula kerana tangan mula keliru dengan mengaru kepala yang sememangnya bersih dari serangga kecil bernama ‘kutu’.

“Apa dah jadi?”

Soalannya dengan penuh kebingungan. Mikhail mencebik. Mujur Dana pengsan sebelum dia sempat membuat apa-apa dan mujur dia sedar apa yang cuba dia lakukan terhadap gadis itu. Kalau saja dia tidak sedar akan perbuatannya dan ‘benda’ itu berlaku. Tentu gadis didepannya itu tertawa kemenangan. Itulah kali pertama dan terakhir dia menyentuh air syaitan itu. Mungkin kerana terlihat Elina malam tadi membuatnya hilang kawalan dan meneguk sedikit air syaitan itu. Dan dia pula tidak pernah menjadi hamba arak, membuatkan dia mabuk dengan cepat walaupun hanya seteguk, dua.

“Jangan risau, semabuk-mabuk aku atau terlalu mabuk sekali pun, aku takkan sentuh kau.”

Gadis itu menggeleng kepala. Bukan itu yang dia maksudkan dengan pertanyaannya. Dia masih dalam keadaan separuh sedar. Kepalanya terlalu sakit. Dia di mana? Dan siapa lelaki di depannya itu?! Mata mula mahu tertutup semula. Mengantuk dan pening. Persekitaran di hadapannya mulai berpusing-pusing. Dia cuba berdiri. Cuba berpaut pada kepala sofa. Mikhail hanya memandang dengan pandangan pelik. Cuma dia atau Dana sedikit pelik hari ni? Well, hello?! Mikhail di sini dan Dana macam tak takut atau mengeletar tapi Dana tidak mengendahkannya.

Pintu depan rumah dibuka dan ditutup dengan kelam kabut. Marina tersengih bak kerang busuk. Agak bangga dengan dirinya pabila dia terlepas dari intipan Illina tanpa henti. Oleh kerana tiada satu pun baju yang menarik di rumah mamanya untuk dia pakai kerana mamanya sudah mengemas semuanya dan hantar ke rumah Mikhail, terpaksa dia mengambil risiko untuk pulang mengambil bekalan pakaian untuk beberapa hari di rumah abangnya itu. Dia keliru bila masuk di dalam rumah. Dana dan Mikhail ada di ruang tamu tapi dia rasakan rumah itu terlalu sunyi. Dana dilihatnya sedang cuba berdiri dengan berpaut pada kepala sofa. Dan sekarang Dana sedang memandangnya dengan pandangan lega.

“Thanks god! Akhirnya ada sesuatu yang boleh diterima akal sekarang. Marina, di mana aku sekarang ni?”

Marina terkaku di hadapan pintu. Mikhail kehairanan mendengar soalan dari Dana itu. Apa kena dengan minah ni. Marina seperti tergagap-gagap mahu menjawab soalan dari Dana....... Marina? Dana panggil aku Marina atau aku salah dengar? Bisik hati Marina.

“Never mind. Marina, boleh kau belikan aku kopi with extra-extra kafien. Pening sangatlah kepala ni. And please call Laily.. Ask she to bring my clothes.”

Marina ternganga besar. Apa dah jadi? Apa dah jadi? Someone tell me?!!! Mikhail mula membesarkan anak matanya merenung Marina.

“Ah! So sleepy.. apasal ni.. Maybe I should take a nap. Bagitahu Laily yang aku tak masuk kerja. And suruh mamat ni keluar. Kenapa dia ada kat sini..”

Dan Marina memegang kepalanya. Dana atau Adriana yang dia sedang lihat di depannya sekarang. Tanpa sebarang pesanan lagi, gadis itu berjalan menuju ke pintu bilik Mikhail. Tidak kisahlah bilik sesiapa pun bisik hatinya. Asal boleh melelapkan mata seketika dan semuanya akan kebali seperti sediakala.

“Thats my room!”

Kata Mikhail tapi tidak diendahkan oleh gadis itu. Terdengar pintu dikunci dari dalam. Mikhail menarik nafas panjang. Cuba menahan amarah bila Marina lekas menyuruhnya bersabar.

“Apa yang sedang berlaku ni?!”

Tanya Mikhail sambil mengetap bibir.

“I have no idea!”

Jawab Marina dalam kebingungan.

“Abviously.”

Tekan Mikhail. Marah bercampur geram!.Marina menggigit bibir. Well, mungkin sekarang abangnya sudah jumpa lawan yang sesuai. Mungkin.....

Comments

Anonymous said…
Nak lagiiiiii!!!!

yey.. dana dah ingat! mcm mne agknya nasib mike.. ekkeke..

tapi, dia tak ingat pasl mike.. ha3...

~bieyla

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …