Trapped!
Chill yang sedang meniarap di atas katilnya sambil membaca majalah terganggu seketika dengan bunyi mesej dari telefon bimbitnya. Chill tersenyum melihat nama penghantar mesej itu. memang itulah yang dia tunggu-tunggu.. Namun..
Maaf, saya belum sedia untuk ke peringkat yang seterusnya..
Harap awak faham..Sebab masih terlalu awal untuk kita..
bagi masa sedikit untuk kita berkenalan dengan lebih rapat.
SLY..08.20 pm.
Telefon bimbit di tangannya di hempaskan di dinding.. Chill begitu marah. Padahal dia sudah menggunakan bermacam-macam cara untuk mendapatkan lelaki itu..
“Sialan! Apa lagi yang kau mahu aku buat ni?! Tak guna punya jantan! semuanya sama!” Jeritnya marah. sungguh marah. Kemudian dia tersenyum.. Satu rancangan terlintas di kepalanya. Telefon yang terburai di kutip semula dan membetulkan telefon malang itu. Melihat saja telefon itu masih boleh digunakan, tangannya cekap menaip mesej.
Saya faham.. maaf sebab rushing nak jalinkan hubungan yang
lebih serius dengan awak tanpa fikir perasaan awak.. sebab
saya dah terlalu tertarik dengan awak.. kidding!..
Awak dah reject saya, jadi kenalah blanja saya makan
malam ni..boleh??
CHILL.. 08.45 pm
“Aku dah penat guna cara baik.. nasib kaulah malam ni..” Katanya sambil tertawa. Pil berwarna putih yang berada di tangannya di tenung tajam. sambil memikirkan strateginya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dannial berasa serba salah melihat riak sedih di wajah Chill. Kelihatan seperti perempuan didepannya itu sedang Cuma mengukir senyuman.Dia menarik nafas panjang. Chill yang melihat raut Dannial yang serba salah. Dalam hati dia tersenyum lebar melihat jejaka di depannya itu serba salah.
“Kenapa tak makan nial?” Tanya Chill dengan lembut. Dannial mengangkat muka memandang wajah Chill. Dia serba salah. Dannial merenung wajah wanita di depannya itu. Tertanya-tanya pada hati kenapa tiada rasa aneh seperti yang dia rasa pada Dahlia dan Chill yang selalu dia kenal ketika di alam maya?. Benarkah jelitawan di depannya itu adalah Chill yang di kenal di Eternity room.. Ah! hati, kenapa mesti ragu… bisik hati Dannial.
“Nial.. Are you okay?” Chill beriak risau. Dannial mengeluh. Chill merenung meja. “Nial.. it okay.. bukan I tak pernah kena reject pun..” Kata Chill sayu. Entah kenapa hati terasa sebak. sesebak-sebaknya. apalagi harus dia buat untuk mendapatkan cinta sejati. Hanya berusaha dan terus berusaha.. tetapi hati tetap tertarik dengan jejaka yang telah menjadi milik orang. Diri terasa penat. Hati terasa sakit. Dan dia terus bersendiri.
“Im so sorry.. Cuma I tak boleh nak tentukan apa-apa pada masa sekarang.. I terikat.. So sorry sebab bagi you terlalu banyak harapan.” Kata Dannial. Bukan harapan, tetapi itulah yang dirasakan. Cuba memberi apa yang tinggal di hatinya. Tetapi siapa tahu yang semua ini akan terjadi. Hatinya terikat pada yang satu. malah semakin terikat. tetapi dirinya tidak mahu melepaskan jelita yang memohon kasih. Ya! dia tahu itu semua salahnya.Kata orang, jika kita mempunyai dua cinta dan kita tidak dapat memilih satu antara dua, itu bererti kita belum mencintai sesiapa pun lebih dari diri kita sendiri. Dan dialah orang itu, manusia yang mementingkan diri.
“It’s okay Nial.. I tak salahkan you pun.. You tak terima I pun mungkin sebab kekurangnya I..And I pun tak tahu apa kekurangan I..” Ya! Selama hampir 20 tahun hidup di muka bumi ini. Dia terlalu di manjakan dengan kata-kata pujian. Sehingga dia tidak tahu mana letak kekurangannya. Tiada seorang pun yang ada masa menegur salah silapnya. Malahan ibu bapanya.. Tiada masa untuk mengajarnya hidup dengan baik.
“Bukan sebab kekurangan You.. You perfect.. I yang selfish.. Tak dapat decide apa-apa pun..” Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit di poket Dannial berbunyi riang.. Nama Dahlia tertera di kaca skrin. Dannial teru memandang Chill kemudian meminta diri seketika. Chill merenung langkah Dannial.. Kemudian merenung suasana sekeliling.Bila dia pasti yang dirinya tidak diperhatikan. Dia membuka paket putih yang mengandungi pil yang sudah di hancurkan menjadi serbuk kemudian mencampurkan di dalam minuman Dannial..Chill tersenyum manis apabila Dannial tiba kembali di meja mereka. Tanpa sebarang curiga Dannial menghirup minumannya.
“So Chill., are you finish? dah lewat ni.. takut your parent risau tunggu you tak pulang-pulang..” Kata Dannial ingin menamatkan perjumpaan mereka pada malam ini.
“My Parent takde kat rumah.. Outstation..” Jawab Chill pendek. Matanya tajam melihat Dannial sekali lagi menghirup minuman dalam gelas yang mengandungi serbuk pil tidur itu.
“Oo.. tapi kita mesti pulang juga kan.. tak elok bawa anak dara orang jalan sampai larut malam..” Kata Dannial memanggil pelayan untuk membayar makanan mereka.
“Okay…” Kata Chill menunggu tindak balas pil tidur itu. setelah membayar makanan mereka berjalan menuju ke kereta dan Dannial mula terasa matanya terlalu berat.. Berkali-kali matanya di gosok.. Chill yang duduk di kerusi penumpang sedang tersenyum girang di dalam hati.
“Dannial.. kenapa? tak sihat ke?” Tanya Chill sambil mukanya kelihatan risau dan cemas. Dannial menggeleng.. “Biar Chill je yang pandu kereta ni.. Nial pindah kat sebelah sini..” Kata Chill menyuruh Dannial pindah ke kerusi penumpang. Dannial hanya menurut. mana mungkin dia memandu dalam keadaan sungguh mengantuk sebegitu. Chill membawa kereta dalam senyuman. Dannial yang duduk di sebelahnya sedang melawan rasa mengantuk. tertanya-tanya kenapa dia terasa begitu mengantuk malam ini.
Sesampai saja di villa kepunyaan ibubapa Chill, Dannial yang sedang berada di ambang sedar dan mimpi hanya mengikut saja kemana Chill membawanya.. Chill membawa Dannial ke biliknya dan menyuruh Dannial berehat di katil miliknya.. selepas itu Dannial langsung tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah pagi..
Cahaya matahari yang menerangi seluruh bilik membuatkan Dannial terjaga dari lena. Dannial memerhati di sekeliling bilik. Bilik itu agak asing baginya. Kemudian pandangan matanya terhenti apabila terlihat Chill yang sedang tidur di atas sofa berdepan dengan katil tempatnya berbaring. Dannial meraup muka, cuba mengingati apa yang terjadi semalam.
“Chill..” Panggil Dannial perlahan. Chill yang sedang menyembunyikan mukanya tersenyum. Dia sengaja berpura-pura tertidur. Ingin melihat reaksi Dannial. Chill berpura-pura terjaga dari tidurnya. mengosok-gosok matanya.
“Nial.. you dah bangun..” Kata Chill sambil berjalan mendekati Dannial. Dannial memerhati dirinya.
“What happen last night?” Tanya Dannial antara pasti dan tidak pasti. Seperti orang yang kebingungan.
“You tertidur semalam., Baju you pembantu rumah I dah cuci.. You muntah semalam.. And I tak tahu kat mana rumah you..Jadi I bawalah you datang ke rumah I” Lancar saja mulutnya menutur dusta. Dannial memandang wajah Chill yang seperti menyimpan sesuatu. Cuba membaca air muka gadis itu.. Dia betul-betul tidak tahu apa dah jadi semalam.
“Kenapa muka you macam serba salah? kita ada..ada buat apa-apa ke semalam?” Tanya Dannial ragu-ragu. Chill sedaya upaya menahan senyum. bodoh!
“Nothinglah… Um.. your mum dah balik-balik called.. baik you pulang sekarang.. mesti dia risau.. I nak jawab handphone you tadi.. tapi takut your mum salah anggap pulak..I ambilkan baju you.. mungkin dah kering..” Chill meninggalkan Dannial yang sedang kebingungan. Di sebalik pintu, dia tersenyum puas.. Handphone di tangan direnungnya dengan senyuman sinis.. Aku takkan mengalah Dannial, aku akan dapatkan kau walau dengan cara apapun.. jangan harap kau boleh mengelak lagi..
Tiada Drama di Kampus
Iklan
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Dia Sesekali begini, aku terasa tenang. Duduk di kedai kopi, sambil bercerita tentang kisah lalu bersama kawan-kawan. Aku tiada ramai k...
-
Prolog “Awak… saya ikut awak ya..” Dya mendekati kekasih hatinya. Entah kenapa, sejak dari tadi kekasihnya itu tidak banyak bercakap, m...
-
Open House Sekolah Cinta part 1 “Encik Taqiuddin Qawi.. awak memang tak boleh tinggalkan kerja awak walaupun untuk makan tengah hari ke...
5 comments:
stupid lah si danial tue... boringlah macam nie...malas lah nak baca lagi...kesian dahlia... harap harap mereka tak bercerai...
waaaa..
cpt2 laaa kasik taw
yg dahlia uh sbenanya
chill..huhuhu
sye pon setuju gak..
xde feel nk bce..
harap2 xde pe yg brlaku
kalu bleh..
nak danial dgn dalia plak..
hehe~
pela c chill nak buat pasni..
cian dahlia
eeii..sengal sengal ubi la si danial tue..xmo kawan lagi
Post a Comment