Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, March 19, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 13

“Assalammualaikum Mak Uteh..” Kata Dahlia riang apabila sampai ke kampungnya..

“Waalaikumsalam, Hah.. baru sampai.. Masuk le.. Lambat sampai? Kata bertolak awal dari Kuala Lumpur tu.” Dahlia bersalam dengan Mak Utehnya. Kemudian di ikuti oleh Dannial. “Hah! Dannial.. masuk2.. baru pertama kali datang kampung ni.. dulu mak bapa kamu selalu datang sini..” Kata Mak Uteh.

“Sibuk Uteh.. Bila Nia kata nak balik kampung saya pun ikutla.. rindu sangat suasana kampung ni..” Jawab Puan Safiah kemudian bersalam dengan Mak Uteh. Dannial menolong ayahnya mengangkat beg ke dalam rumah.

“Kereta siapa tu Uteh, Achik balik ke?” Tanya Puan Dahnia yang sudah meneliti meja makan yang sudah terhidang banyak makanan.

“Achik kamu.. Tapi dorang pergi teluk Intan kejap bawa budak2 tu.. Dah ramai sangat mengikut, abang uteh kamu suruhlah depa bawak van Abang Uteh kamu tu..” Jawab Mak Uteh sambil tangannya cekap mengatur pinggan-pinggan di meja makan. “Marilah makan., Dengar je kamu nak balik.. terus je Uteh masak makanan kegemaran orang KL ni..” Kata Mak Uteh memaksudkan Puan Safiah. Puan Safiah tersenyum girang melihat makanan yang terhidang di atas meja.

“Nasib baik tak makan banyak tadi.. Kalau tak kempunanlah nak makan semua ni..” Kata Puan Safiah yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah temannya, Puan Dahnia.

“Memang dah tahu dah Mak Uteh masak banyak ni.. tu yang ikat perut tadi..” Jawab Dahlia yang masih berdiri sebelah Mak Utehnya.

“Dah kamu ni jarang pulang ke sini.. Dah jadi orang Sabah.. sesekali pulang ni Mak Uteh masaklah banyak-banyak.. Nanti Mak Uteh datang rumah kamu, kamu pula yang jamu Mak Uteh..Makan-makan Sabah..” Dahlia tersenyum.

“Boleh, ditanggung beres.. Asal je Mak Uteh boleh makan jeruk bambangan kira bolehlah tu makan-makanan Sabah..”

“Hah? Jeruk Bambangan? apa tu?” Tanya Dannial yang baru selesai angkat beg.

“Tulah Dannial tak tahu.. belum pernah pergi lagi.. Asal je mama rancangan nak pergi sana bawa Dannial, Dannial mesti busy..” Sampuk Puan Safiah yang sudah menjamu selera..

“Nantilah bila ada cuti lagi Dannial melawat sana pulak..” Kata Puan Dahnia pula..

“Pergi sama-sama dengan Mak Uteh lah.. Ramai-ramai serang rumah Irah ni.. Eh, Dannial.. mari makan.. Irah kamu hidanglah laki kamu makan pun..ajak makan..kata penganti baru..” Usik Mak Uteh.. Muka Dahlia sudah kelihatan seperti terlebih pakai blusher. Dannial yang tersenyum duduk di sebelah tempat Dahlia berdiri..

“Serve…” Selamba dia berkata sambil berpeluk tubuh.. sengaja mengusik Dahlia..Dahlia anpa berfikir panjang, mencubit perlahan tangan Dannial yang hampir dengannya.

“Mengada..” Tapi tangannya cekap juga mengautkan nasi ke pinggan Dannial.

“ha.. gitulah.. makan dulu, lepas ni Dannial bawa masuk beg kat dalam bilik. Dannial dengan Dahlia bilik depan tu.. Fiah dengan Harris kat sebelah… Uteh dah siapkan bilik..” Kata Mak Uteh turut duduk sama dengan tetamu.

“ Habis saya Uteh?” Tanya Puan Dahnia buat muka sedih.

“Di bilik kamulah.. macam duduk rumah orang..” Kata Mak Uteh selamba.. Puan Safiah tertawa.

“Habis dorang Achik tidur kat mana?” Tanyanya lagi..

“Achik dengan Fatimah tidur kat atas dengan anak2 diorang yang kecik.. Yang bujang-bujang tu tidur kat rumah usu..”Puan Dahnia mengangguk..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keriuhan suara-suara di luar mengganggu lena Dannial. Dia membuka mata dan merenung sekeliling bilik. Cuba mengingati di mana dia berada. Dahlia yang sedang berjalan kea rah pintu di tegurnya.

“Nak pergi mana tu?” Katanya sambil menggosok mata. Dahlia memandang suaminya yang baru bangun dari tidur.

“Nak keluar pergi ruang tamu., Dorang Pak chik dah balik tu.., sekali dengan Mak Anjang dan keluarga dia..” Jawab Dahlia.
“Ramainya balik kampung, riuh je kat luar tu..” Dannial duduk bersandar di kepala katil.

“Anak Pak Usu nak bersunat hari sabtu ni, tu yang ramai balik.. Bangunlah, kita keluar sama-sama.. Nial belum jumpa keluar Mak Anjang kan?” Kata Dahlia sambil menghampiri Dannial yang sedang mamai..

“Belum, Hari tu majlis kita diorang tak dapat datang kan sebab anak dia sakit..” Dannial berdiri menuju ke bilik air, sempat lagi dia mencium pantas pipi Dahlia.. dengan pantas tangan Dahlia mencubit Dannial.. Geram!Dannial tertawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hah, Ni pengantin baru ni, mana suami kamu? “ Tanya Pak Anjang bila saja nampak kelibat Dahlia.Dahlia bersalam dengan Pak Achik dan Pak Anjangnya yang sedang berbual bersama Pak Uteh dan bapa mertuanya.

“Ada, dia pergi bilik air kejap, baru bangun tidur..” Jelas Dahlia kepada Pak Anjangnya..Pak Anjang mengangguk kemudian menyambung bercerita kembali. Dahlia menghampiri Kaum ibu pula yang rancang bertukar-tukar cerita.

“Mak Chik,Mak Anjang” Dahlia bersalam dengan kedua2 wanita itu.

“Maaflah tak dapat pergi Majlis Irah hari tu, macam mana?” Tanya Mak Anjang dengan nada sedikit nakal. Dahlia berkerut kening..

“ Macam mana apa Mak Anjang?” Tanya Dahlia kembali.. Tertawa semua yang ada di meja bulat itu.

“Dah ada isi ke kamu ni?” Mak Achik pula menyampuk.. Puan Dahnia dan Puan Safiah hanya tersenyum mendengar pertanyaan Achik.

“Isi?” Bingung!

“Hey, budak ni.. macam mana kamu boleh dapat tawaran pergi mesir dalam bidang Medic hari tu.. Kamu tu dah ada orang ke dalam perut?” Mak Uteh pula menerangkan.. Merah muka Dahlia ditanya sebegitu..Kepala yang tidak gatal pun di garunya.

“Belum ada rezeki lagi..” Jawapannya pendek. “ Dorang Killa mana? tak nampak pun.. Pergi ke rumah Usu ke?” Ubah topik!

“Dorang ada kat bawah pokok tu.. berkumpul kat laman..” Jawab Mak Chik. Dahlia cepat-cepat minta diri untuk pergi bersapa dengan sepupu-sepupunya sebelum keluar lagi soalan-soalan cepumas yang bernilai berbilion ringgit..

3 comments:

alreinsy said...

hehehe... sweet... smbg2...

MaY_LiN said...

alahai~
nak bermanja lak danial ni..

Anonymous said...

best sgt2 citer kalo wat pnjg2...smbil2 tu nk promote blog saya jgk utk shawl murah2...

Harga Promosi: beli 3 (RM28)
Free Postage

http://www.indahshawls.blogspot.com