Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Dana atau Adriana??, 25

Bab 25

“Saya nak awak ubah sikit dengan rekaan hotel ni, dan fikirkan cara nak mengurangkan kos ni.. this is nonsense! Client kita pun akan terkejut kalau tahu pasal pengiraan kos keseluruhan ni.. Saya tak nak pekerja saya ambil kesempatan dengan projek besar ni.. sengaja menambahkan kos projek untuk menguntungkan pihak2 tertentu..” Merah padam muka Adriana menahan marah. Siapa yang tidak terkejut bila pengiraan kos projek lebih dari yang sepatutnya. Dia paling tidak suka pekerjanya mencuba2 untuk membelot kepadanya. Dua orang pekerja di depannya hanya menundukkan kepala.. Ikhwan yang duduk di sofa yang ada di pejabat Adriana menjungkit kening.

“Awak berdua boleh keluar sekarang.. tengok betul-betul rekaan yang awak buat ni.. saya nak laporan besok pagi!” Kata Adriana dengan tegas.

“Baik Cik Adriana..” Jawab kedua pekerjanya kemudian mengambil kembali pelan hotel yang telah mereka siapkan. Ikhwan menghampiri Adriana selepas kedua pekerja itu keluar.

“Garangnya Cik Adriana ni..” Usik Ikhwan. Dia duduk di hadapan Adriana.. Adriana tersenyum kecil..

“Geram betullah.. macam tak cukup gaji yang Rya bagi, sampai nak ambil kesempatan dengan projek ni.. buat kerja langsung tak ikhlas,.. Makan rasuah je..” Bebel Adriana sambil mengemas mejanya.. Kesian Ikhwan terpaksa menunggu lama untuk lunch dengannya.. memang akhir-akhir ini dia terlalu sibuk sampai kekasihnya itu terbiar untuk seketika..

“Dah nama dia manusia Rya.. bertuhankan nafsu semata2.. So, nak lunch kat mana?” Dia merenung wajah mulus Adriana. Memang dia rindu dengan kekasihnya itu.. Mereka berdua terlalu sibuk dengan urusan masing2 sampai tidak ada waktu untuk berjumpa.. hanya telefon sebagai penghubung.

“Nak makan kat tempat hari tu,. Tom yam dia sedaplah.. kecur air liur Rya kalau ingat tu,..” Kata Adriana sambil merenung jauh.. bagai terbayang Tom Yam yang disantapnya tempoh hari, Ikhwan tertawa..

“Untukmu Princess..” Ikhwan menarik lembut tangan Adriana.. Adriana tersenyum.. ‘Tuhan.. biarlah kami terus bersama…’ Doa Adriana di dalam hati…

‘Ikhwan Munir??’ Khayalan Dana terganggu apabila Mike seperti terjaga dari lenanya.. takut menerima maki hamun Mike, Adriana pecut keluar dari bilik itu dan terus meloloskan diri masuk ke dalam biliknya kemudian mengunci pintu.. Dia terus berfikir mengenai nama yang Marina katakan itu.. Terus berfikir hingga terbawa dalam lenanya….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam di dashboard keretanya sudah menunjukkan pukul 3 pagi.. Ikhwan menghentikan keretanya di hadapan sebuah condominium mewah. Dia keluar dari keretanya kemudian menyandarkan tubuhnya di kereta itu..menghirup udara segar malam itu..teringat kenangannya ketika tertangkap basah dengan Nazirin di waktu dia mencuri pandang ke arah Adriana.

“Kalau kau nak tahu yang Adriana tu soulmate kau atau tak.. kau cuba pejamkan mata kau.. dan panggil nama dia dalam hati.. kalau dia pandang, ertinya dia dapat baca hati kau ni..” Kata Nazirin.. Ikhwan menggeleng kepala.. tanda tidak percaya dengan pendapat temannya itu. Tapi dia mencuba juga..

Adriana!’ Panggilnya di dalam hati.. Tanpa disangka Adriana yang berjalan laju di hadapannya menghentikan langkah dan melihat ke arahnya.. Ikhwan tergamam..Nazirin tersenyum bangga..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ikhwan tersenyum mengingati kenangan itu.. Dia memejamkan matanya.. cuba memanggil nama Adriana walaupun dia tahu itu mustahil..

Lena Dana terganggu.. seperti ada seseorang yang menyeru semangatnya.. Dana mengeluh apabila tidak dapat menyambung kembali lenanya.. Dana membawa dirinya ke balkoni.. menghirup udara malam yang segar.. Dia terlihat seorang lelaki yang bersandar tenang di kereta yang di parking berhadapan Condominum itu.. Dahinya berkerut.. mungkin lelaki itu ingin bersendiri di malam hari ini.. Lama Dana merenung jejaka itu.. mencuba menghilangkan rindu kepada seseorang yang dia sendiri tidak mengingatinya.. Oleh kerana kegelapan malam..Dana tidak sedar yang pandangan mereka bertaut mesra.

Ikhwan merenung ke arah balkoni sebuah condominium di hadapannya.. Dia melihat seorang wanita. Bila diamati lama wajah itu, seiras dengan Adriana.. Ikhwan tersenyum.. mungkin dia terlalu mengharapkan kehadiran Adriana di hadapannya.. Dia masuk semula ke dalam kereta dan memandu laju keretanya.. walaupun hatinya berat meninggalkan condominium itu.. Seperti ada sesuatu yang istimewa di comdominium mewah itu..

Dana melihat jejaka itu pergi dari pandangannya. Tanpa mengetahui sebabnya air matanya berjuraian di pipi.. Lemah longlai tubuhnya apabila melihat kereta sport itu memecut laju meninggalkan dirinya..Dia terasa seperti keseorangan dan kesunyian di malam itu.. hatinya seperti di bawa pergi.. jauh darinya..

Bum! Dana tersentak mendengar dentuman pintu itu. Ah, Mikhail.. Entah apa yang Marina katakan pagi tadi kepada Mikhail sehinggakan Mikhail sanggup memohon maaf atas perbuatannya. Dana mengeluh. Tapi dia tahu Mikhail tidak ikhlas mengakui kesilapannya itu.

“Kenapa kau tak tidur lagi ni?”

Sekali lagi Dana tersentak. Mikhail mengejutkannya.

“Saya tak dapat tidur. Encik nak apa-apa ke?”

Bersuara dengan takut-takut.

“Buatkan aku kopi. Nak buat kerja.”

Dana menurut perintah walaupun dia sedang kehairanan dengan kelembutan Mikhail berkata-kata tadi. Ah! Mungkin Mikhail malas mahu bergaduh dan marah-marah di pagi buta ni.

Sunday, May 29, 2011

Dana atau Adriana??, 24

Bab 24
“Kau dah berani sekarang ya?”

Dana yang sedang membasuh pinggan terkejut dengan teguran dari Mikhail itu. Mikhail belum pergi kerja?, hisy! Mana Marina pergi ni? Mesti sambung tidur balik. Time ni jugalah nak sambung tidur. Tunggulah sampai abang kesayangan dia ni pergi kerja. Bebel Dana di dalam hati. Tiada Marina, ertinya tiada pelindung. Mikhail sudah bercekak pinggang memandangnya. Tangan sudah menggigil apabila menerima renungan tajam dari Mikhail.

“Maaf.”

Mikhail makin mendekati. Kononnya tidak dengar dengan apa yang Dana katakan itu.

“Apa dia? Ayunya suara kau...”

“Ma..maaf.. saya tak sengaja nak melawan.”

“Oooo.. Tak sengaja? Em.. Jadi bila kau tak sengaja aku mesti maafkanlah..”

Dana menunduk. Gerun dengan pandangan Mikhail itu.

“Pandang aku!”

Masih lagi dengan nada perlahan. Khuatir Marina akan terdengar. Mikhail memaksa Dana memandang wajahnya.

“Semua perempuan sama je.. Dari muka pun boleh nampak. Semua pembohong! Kenapa? Kau dah bosan berlakon jadi baik?”

Dana menelan air liur. Kesat. Bibir digigit perlahan. Takut terlepas cakap seperti tadi. Biarlah dia berdiam diri. Sebenarnya dia cuba sedaya upaya mehana diri dari melontarkan kata-kata. Bimbang kemarahan Mikhail akan bertambah. Dia tidak mahulah Marina melihat abangnya mengamuk kerana memarahinya.

“Kenapa diam?? Hah! Perempuan penipu!. Kau jangan berlagak baiklah. Semua perempuan sama je!”

Dana menarik nafas panjang. Di dalam hati, berkali-kali dia memujuk dirinya agar tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun. Tapi bila terdengar ayat yang keluar dari mulut Mikhail membuatkannya panas hati. Semua perempuan sama? Habis? Marina dan ibunya bukan perempuan?!. Dana cuba bertahan.

“Habis Marina dengan mama tu bukan perempuan?”

Opps.. Dana menggigit bibir. Bodoh punya mulut! Apasal kau bercakap juga. Aku dah suruh jangan bercakap. Degil! Mikhail nampak begitu tegang! Suasana di dapur bisu seketika. Pap! Tamparan kuat hinggap di pipi Dana. Sehingga gadis itu tersungkur di atas lantai. Dana memegang pipinya yang ditampar sebentar tadi. Sakit!. Mikhail menarik rambut Dana.

“Jangan samakan Marina dan mak aku dengan perempuan murahan macam kau ni? Kau tak layak! Dan aku harap kau ingat tamparan tu sampai bila-bila. Jangan cuba melawan sepatah pun kata-kata aku!”

Mikhail meninggalkan Dana yang sedang sedaya upaya menahan airmatanya dari terjatuh. Dia mesti kuat. Tidak mahu menangis lagi. Namun airmata itu tetap juga jatuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marina yang baru siap mandi berjalan ke arah dapur. Selepas membasahkan tekak dengan jus oren yang sudah tersedia di dalam peti sejuk, Marina mengerut dahi. Kenapa dapur begitu sunyi ditengah hari ni. Selalunya Dana sudah sibuk-sibuk menyiapkan makanan tengah hari dengan selonggok buku resepi di kaunter dapur. Marina ke ruang tamu mencari Dana. Sekali lagi Marina kehairanan. Dana sedang duduk membelakanginya di balkoni rumah. Marina berjalan mendekati Dana. Dari jarak yang tidak sampai beberapa inci, barulah Marina perasan yang Dana sebenarnya tengah mengelap airmata. Dana menangis? Dana? Atau ADRIANA menangis?? Marina terkebil-kebil. Tidak percaya dengan kejadian itu. Temannya itu jarang menangis.

“Rya.. Eh.. Dana..”

Dana berpaling menghadap Marina. Dahi berkerut sedikit bila mendengar Marina memanggilnya dengan nama Rya? Siapa Rya?. Tapi dia malas mengambil kisah. Mungkin Marina tersasul.

“Ah.. Yna.. Dah lapar ke? Dana belum masak. Kejap ya..”

Dana berdiri mengadap Marina. Mahu ke dapur. Marina terperasan sesuatu. Pipi Dana bengkak. Dana cepat-cepat menutup pipinya.

“Kenapa tu?”

Marina bertanya. Dana cuba tersenyum sambil menggeleng.

“Dana jat....”

“Jangan cakap jatuh.. Takkan bengkak kat pipi kalau jatuh pun. Tak logik.”

Kata Marina. Tegang.

“Abang yang buat?”

Dana cepat-cepat menggeleng.

“Habis tu? Takkan bangla-bangla kat stesen minyak depan rumah ni yang datang sini tampar Dana..”

Marah Marina.

“Dana nak masak.”

“Tak payah. Yna nak jumpa abang kat pejabat.”

Dana tidak sempat menghalang apabila Marina dengan cepat masuk ke biliknya untuk bersiap. Beberapa minit selepas itu Marina terus menghilang di sebalik pintu rumah. Dana mengeluh perlahan. Mesti Mikhail ingat di mengadu dengan Marina. Dana meraup wajah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Mimi, saya nak jumpa dengan Mike.”

Kata Marina kepada setiausaha Mikhail. Mimi yang sibuk menyelesaikan tugasnya mendongak memandang wajah Marina yang kelihatan tegang. Dia cepat-cepat memaklumkan Mikhail tentang kedatangan Marina.

“Yna.. ada apa? Kata nak masuk besok?”

Marina menarik nafas panjang. Tidak menjawab soalan abangnya.

“Kenapa abang tampar Dana?”

Mikhail merenung wajah adiknya. Dia tersenyum sinis.

“Oo.. so, dia mengadu dengan adiklah ni?”

Marina menggeleng.

“Tak payah dia mengadu, Dari jauh pun boleh nampak lebam di pipi dia. Kalau nak cakap dia jadi, itu sesuatu yang mustahil kan?”

Mikhail membetulkan duduknya.

“Mungkin betul dia jatuh.”

Kata Mikhail selamba.

“Kenapa abang buat Dana begitu? Abang buat Dana macam dia yang hancurkan hati abang. Abang buat Dana macam tempat lepaskan dendam abang tu.”

Mikhail masih selamba di atas kerusinya. Dia membiarkan adiknya bercakap meluahkan rasa geram.

“Dah habis?”

Sindir Mikhail perlahan. Tambah mengelegak geramnya mendengar Mikhail bertanya sebegitu.Dia terasa yang dia membazir air liur je sedari tadi memberi ceramah dengan abangnya.

“Abang tak patut buat Dana begitu! Selama Marina kenal dengan Dana, satu orang pun tak pernah buat dia begitu! Tak pernah buat dia menangis. Bila dia bersama dengan abang, Dia ditampar! Dia menangis! Dan walaupun begitu dia tetap cuba sembunyikan perbuatan abang. Abang tak layak untuk dia”

Mikhail tertawa. Adiknya berkata seperti sudah kenal lama dengan Dana. Macam dah bertahun kenal. Aku tak layak untuk perempuan tu?! Perempuan tu yang tak layak untuk aku! Perempuan penipu. Sampai adiknya pun turut tertipu dengan lakonan super innocent Dana itu.

“Selama Yna kenal? Berapa lama? Seminggu yang lepas maksud Yna? Dan Yna dah percaya sangat dengan perempuan tu? Entah-entah boyfriend dia datang rumah dan tampar dia.. Yna tu yang tak sedar kot.”

Marina mengurut dada. Abangnya itu memang boleh membuatkan orang kena darah tinggi! Boyfriend Dana datang rumah. Ikhwan maksudnya? Ikhwan pijak semut pun tak mati kalau dengan Rya. Inikan pulak nak tampar Rya sampai macam begitu sekali.

“Hisy! Nasiblah abang tak betul-betul kahwin dengan Dana tu!”

Mikhail tersentak.

“Bukan betul? Maksud?”

Marina menutup mulutnya. Terlepas cakaplah. Apa boleh buat. Dah terlepas cakap, terus jelah cerita yang sebenarnya.

“A’aa... Dana tu bukan isteri abang yang sah. Jadi, lepaskanlah Dana tu.Yna cadang nak bagitahu Dana mengenai hal ni lepas tu hantar Dana tu ke balai polis. Mana tahu kaum kerabatnya sudah pening kepala mencari Dana. Dia bukan isteri abang juga.”

Mikhail mula tak senang hati. Mana boleh Dana senang-senang je terlepas dari dia. Tak boleh jadi ni. Marina tersenyum senang melihat kegusaran yang terlukis di wajah abangnya.

“Jangan. Dana takkan senang-senang terlepas dari abang. Dia tu penipu, lepas dia tak dapat tipu abang, mungkin dia akan tipu orang lain lagi. Abang nak beri dia pengajaran sikit.”

Marina mengecilkan matanya. Suka hati dia je nak cakap kawan aku penipu.

“Pengajaran? Dengan mendera dia?”

Sindir Marina.

“Okay-okay.. Silap abang sebab tampar dia. Sorry.”

Mikhail mengalah. Adiknya kalau mula mengugut. Memang tak boleh nak ambil mudah.

“Laa... apasal minta maaf dengan Yna pulak.. Minta maaf dengan Dana.. Kalau tidak..”
Kata Marina sambil memberi senyuman mengugut buat abangnya. Mikhail mengeluh kasar.

“Ya. Lepas pulang kerja nanti.”

“Abang akan berbaik dengan Dana?”

“Ya..”

Jawab Mikhail malas!

“Takkan cakap ya je..”

“Ya.. Mulai hari ni abang berbaik-baik dengan Dana”

Siaplah kau Dana.. Bila Marina takde, kau tengoklah nasib kau nanti.. Bisik hati Mikhail yang seperti sedang merancang sesuatu.

“Dan takkan sentuh-sentuh Dana.”

Mikhail mengerut dahi. Hairan dengan sambungan ayat yang diberi adiknya itu.

“Apasal pulak?”

“Dia bukan isteri abang!”

“Yelah...”

Jawab Mikhail mengalah. Tunggulah Dana... Macam mana nak jauhkan budak Marina ni ya.. Mikhail mula mereka-reka rancangan.

Monday, May 23, 2011

Dana atau Adriana??, 23

"Lambat bangun... kata nak ikut abang pergi pejabat hari ni."

Marina yang tengah mengosok mata dan berjalan dengan keadaan mamai ke meja makan terkebil-kebil seketika. Bila masa pulak dia berjanji dengan abangnya yang dia mahu ikut ke pejabat. Teringat kejadian beberapa malam lalu...

"Hai abang.."

Ingatkan siapalah yang mengetuk pintu ditengah malam buta. Rupanya adik dia. Mikhail mengeleng kepala. Apalah budak ni buat.. Dilihat pulak ada beg besar di sisi adiknya.

" Hai Yna.... mama dah halau kau keluar ke?"

" Em.. tak. Yna nak duduk sini."

Terkebil-kebil Mikhail mendengar alasan adiknya itu. Habislah kalau budak ni duduk kat rumah aku. Terpaksa buat baik depan dia lagi. Tak dapat nak buli perempuan penipu tu!Hisy! menganggu rancanganlah adik aku ni.

"Bagi abang 10 sebab kenapa abang mesti benarkan Yna tidur sini?"

Marina mengeluh. Sebab mama, sebab mama, sebab mama dan begitulah sehingga sepuluh kali. Marina melabuhkan punggung di sofa empuk milik abangnya. Membiarkan abangnya mengangkat beg pakaian yang dibawanya tadi.

"Yna nak berkerja, tolong-tolong abang di pejabat."

Mikhail menahan gelak. Macam terasa ada tangan je yang mengaru-garu hatinya sekarang. Adiknya mahu bekerja? Dia bermimpi ke apa ni??

"Kerja?? kau yakin kau tak bermimpi ni Marina."

Tanya Mikhail mahu kepastian. Marina tanpa teragak-agak mengangguk kepala. Itu jawapan yang disediakan oleh ibunya. Pandai-pandailah dia mahu melepaskan diri esok lusa..

"Marina.. tak duduk, makan?"

Teguran Dana membuatkan Marina tersedar. Dia menarik kerusi di depan abangnya. Sempat terlihat jelingan tajam abangnya untuk Dana. Uiks! abang ni, konon tak sukalah tu dengan Dana. Bisik hati Marina. Dia tahu yang Dana dan abangnya berlainan bilik. Lega sikit hatinya. Teringat perbualan dengan ibunya sebelum dia dihalau keluar dari Villa Damai untuk tinggal bersama abangnya.

"Eh, beg siapa ni mama? macam nak pindah rumah je.. Beg Dana ek?"

Mungkin semasa pindah beberapa hari lalu ke rumah abangnya, Dana belum membawa kesemua barangnya. Dana.. Adriana, bercuti dua tiga hari pun sudah penuh satu beg besar seperti itu. Apatah lagi pindah rumah.. mestilah banyak barang yang perlu dibawa. Sangka Marina.

"Beg dana apa pulak. Barang dia sikit je.. Barang kamu yang banyak sangat."

Marina mengerut dahi. Tidak faham dengan isi tersurat dan tersirat dari kata-kata ibunya itu.

"Apa pulak kena mengenanya dengan barang-barang saya pulak ma..."

Datin Rafeah mengerut kening. Sah anaknya itu tidak faham.

"Mama nak kamu tinggal di rumah abang kamu mulai hari ni."

"Hah! apa pulak nak tinggal tempat abang pulak?"

"Takkan nak biar abang kamu dengan Dana je berdua."

Marina mengerut dahi.

"Kan abang dan Dana dah kahwin.. Eh.. cakap pasal kahwin kan mama.."

"Em.."

"Perkahwinan abang dengan Dana tu sah ke tak mama.. sebab kita pun tahu Dana tu hilang ingatan.. Nama dia pun belum tentu betul, dan mama.. manalah tahu Dana tu isteri orang ke, tunang orang ke..Mana nak sah mama.."

Datin Rafeah menegakkan duduknya.

"Memang tak sah pun..."

Marina terkebil-kebil mendengar jawapan dari ibunya itu. Fuh! selamba badak mama aku ni berkata-kata.

"Apasal mama yakin pulak.."

"Yna.. susah tau nak jadi ibu kepada anak yang sungguh licik macam Mikhail tu.. dan kamu juga.. jadi, mama terpaksa menjadi lebih licik dari abang kamu tu untuk mengajar dia apa erti kehidupan yang sebenarnya."

"Maksud mama?"

"Mama bayar penjual air tebu kat kampung sebelah untuk jadi tuk kadi palsu."

Marina memegang jatungnya. macam nak tercabut dengan ayat yang masih selamba dari ibunya.

"Jadi??? Mama! kalau diorang berdua tu buat 'macam-macam'.. macam mana.. sia-sia dapat dosa free.."

"Huh! mananya nak buat macam-macam.. Macam mama tak kenal abang kamu tu.. Kucing bandar.. Ikan besar kat depan mata pun tak akan di ngap! ego dia lebih tinggi dari gunung kinabalu.. Penyiasat mama bagitahu yang diorang tinggal bilik asing-asing.. sebab itulah mama nak kamu tinggal sana.. Supaya tak berlaku masalah 'macam-macam' tu."

Marina mengurut dahi.

"Ma,.. mama tahu tak Dana tu siapa ma.."

"Hem... Apa pulak tak tahunya.. sebab itulah mama pilih Dana jadi isteri pura-pura abang kamu. Biar ego abang kamu tu runtuh macam runtuhnya bangunan PWTC di Amerika Syarikat tu."

Marina berfikir seketika. Logik juga ek? memang bertemu buku dengan ruaslah bila Dana dah ingat semula.

"Yna...."

Sekali lagi Marina tersedar dari khayalannya. Muka bengang abangnya direnung. Mesti abangnya sudah puas memanggilnya yang terkhayal seketika tadi.

"Yna masuk pejabat besok jelah bang.."

Pujuk Marina dengan muka memohon simpati. Mikhail mengeluh. Dah agak dah. Dana meletakkan sepinggan roti bakar di atas meja.

"Kau takde benda lain ke nak letak atas meja ni masa sarapan. roti bakar! roti bakar! roti bakar.. Cubalah masak mee goreng ke,nasi goreng ke."

Dana pulak dimarahnya. Marina mengerut dahi. Selalu, kalau Mak Timah masak Nasi goreng apa semua, abangnya bising.. nak makan roti bakar je.. nilain pulak faktanya.

"Tak bagus makan berat pagi-pagi.. Otak pun jadi malas."

Marina dan Mikhail merenung wajah Dana. Marina terkebil-kebil. Berani pula menjawab hari ni. Dana yang direnung terfikir seketika. Dia menjawab ke tadi?

"Maaf."

Belum sempat Mikhail berkata apa-apa, Dana sudah menyelamatkan diri masuk kembali ke dapur. Sambil memukul perlahan mulutnya. Apasal hari ni berani pula mulutnya melawan.. Aduh! habislah kalau Marina takde nanti.. mesti Mikhail mengambil kesempatan itu untuk memarahinya, Habislah! hisy! mulut ni.. tak pandai berkerjasama dengan tuannya.

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 15

Bab 15

“Obviously, kereta awak yang salah. Dan pemandu kereta tu jugak!"

Edil Hakeem tersenyum. Dia sengaja membuat begitu.

“Well.., Cuma mencuba nasib kalau-kalau cara tu masih berkesan.”

Jawab Edil Hakeem. Annisah membuat muka ingin tahu.

“Cara untuk apa?”

Edil Hakeem meneguk air minumannya. Gadis yang duduk disebelahnya di pandang. Annisah masih setia menanti jawapan.

“Memikat awak.”

Annisah tersenyum.

“Awak ada janji sesuatu dengan saya.”

Annisah memandang Edil Hakeem.Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Edil Hakeem.

“Tak mengapalah.”

Kata Edil Hakeem lagi apabila Annisah masih membuat muka bingung.

“Saya dah tamatkan hubungan tu.”

“Bila?”

“Selepas keluarganya sudah sempurna. Selepas saya tahu yang dia bahagia. Saya menarik diri. Percubaan kali kelima untuk menarik diri akhirnya membawa hasil. Sampai sekarang.”

“Awak cuma putuskan hubungan. Hati awak?”

Pertanyaan Edil Hakeem membuatkan Annisah tersenyum tawar.

“Ada apa dengan hati saya?”

Annisah berkata perlahan. Edil Hakeem merenung ke arahnya

"Dan saya sentiasa tunaikan janji,".

Sambung Annisah lagi tetapi cuma perlahan seperti berbisik.

“Awak macam cakap sesuatu.”

Kata Edil Hakeem apabila melihat hanya bibir Annisah sahaja yang bergerak.

“Tunggu saya”

Pinta Annisah. Edil Hakeem tersenyum.

“Penantian lagi...Hebat!.”

Jawab Edil Hakeem dengan sarkastiknya. Annisah tertawa kecil.

“Penantian terakhir.”

Biarkanku bersandar.., Epilog

Epilog

Dear Faye..

Terlalu banyak persoalan di anatara kita yang masih belum terjawab, terlalu banyak perasaan yang telah terguris, terlalu banyak air mata yang telah tertumpah akibat perhubungan kita. Terima kasih. Untuk segalanya. Dan maafkan saya atas perasaan awak yang berkali-kali terguris dengan sikap saya. Maafkan saya terhadap airmata yang mengalir di pipi awak disebabkan saya. Maaf sebab tidak boleh bersama awak. Maaf dengan janji-janji yang telah ditaburkan.

Posted comment by Mr Zarkashi.

Eleven years ago.

Faye to Mr Zarkashi.

Kita tidak bersembunyi lagi di dunia yang sempit ni lagi. Saya seorang wanita yang tabah (^_^). Saya takkan terluka lagi. Saya takkan menangis lagi. Saya akan cari kebahagian saya sendiri. Saya tak perlukan perlindungan dari sesiapa lagi. Berhenti lindungi saya dari terluka. Jangan lari lagi dari saya. Please datang. Saya dah sedia untuk berjumpa dengan awak.

Posted comment by Faye.

Annisah merenung komputer ribanya. Dia tidak pasti akan ada balasan dari Mr Zarkashi atau tidak. Iskandar. Annisah menyandar di kerusi kerjanya. Setiausaha abangnya menyampaikan berita yang syarikat Alina Holding menarik diri dari mesyuarat yang akan berlangsung besok. Annisah mengeluh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Annisah masih menanti di bilik pejabatnya. Blognya dicek berkali-kali. Barangkali ada komen baru dari Iskandar. Alisa, setiausaha abangnya mengetuk pintu.

“Cik Ann.. Semua wakil syarikat dah menunggu di bilik mesyuarat.”

Annisah menegakkan duduknya.

“Semua sekali?”

Alisa tersenyum.

“Semua.”

Annisah berdiri mengambil kotnya. Cuba menahan debaran. Berkali-kali dia menarik nafas panjang bertujuan untuk menenangkan jantungnya yang tidak berhenti berdegup kencang. Here we go...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“You way you handle the meeting.. it is very impresive.”

Annisah tersenyum. Dah bertahun. Dia hampir terlupa rupa jejaka di depannya itu. Dah nampak tua. Annisah tergelak kecil. Lucu mendengar bisikan hatinya sendiri. Iskandar mengerut dahi.

“You dah tua.”

Kata Annisah dalam gurauan. Iskandar turut tersenyum.

“how is your daugther?”

Iskandar merenung ke dalam mata Annisah. Ada air mata yang bertakung.

“I see her picture... with her mother.. She so cute. Dia ikut rupa siapa? Mak dia ke atau ayah dia?”

Tanya Annisah sambil cuba tersenyum.

“You dah nampak gambar dia. You tak boleh teka dia ikut rupa siapa?”

Annisah tertawa kecil.

“Saya tak berani nak tengok lama-lama.”

Iskandar tersenyum tawar.

“Im happy if you happy.”

“kata-kata yang mengarut.”

Jawab Iskandar. Annisah tergelak mendengarnya. Karut. Sememangnya karut. Walaupun sebaik mana pun perempuan tu. Dia tetap terluka melihat kegembiraan orang yang disayangnya bersama orang lain.

“Im happy.. now.”

Annisah seperti cuba menyakinkan Iskandar. Air mata di pipi terus mengalir.

“Air mata awak mengatakan sebaliknya.”

“Ini air mata gembira.”

Iskandar tergelak kecil.

“Dulu.. saya seperti seorang yang sedang merantau.. Dan bila saat hujan, saya cuba menumpang berteduh seketika di sebuah rumah. Saya tak pernah terniat untuk memecah masuk ke dalam rumah tu.. Cukuplah saya dapat bersandar di tiang rumah dan menunggu sehingga hujan teduh. Dan sekarang, hujan yang kuat sudah berhenti.. Izinkan saya berlalu pergi meneruskan perjalanan saya.”

Annisah mengusap perlahan pipi Iskandar. Kucupan terakhir di pipi Iskandar sebelum Annisah meninggalkan Iskandar tanpa sebarang kata pamitan.

~~~~~~~~~~~

“Ann.. you crying.”

Edil Hakeem mengelap air mata yang masih mengalir itu.

“Awak.. pinjam bahu awak..”

“Untuk?”

Edil Hakeem kebingungan.

“Biarkan saya bersandar seketika..”

Edil Hakeem menarik Annisah ke dalam pelukannya.

“Untuk selamanya pun saya tak kisah..”

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37