Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, July 23, 2011

Dana atau Adriana??, 32

Bab 32

“Kerja di pejabat saya!”

Dana mengeluh lagi sambil tangannya lekas mengelap meja kayu yang ada di dalam bilik Mikhail itu. Sedikit terganggu apabila mata Mikhail terus melekat ke arahnya. Sudah hampir sejam dia di dalam bilik pejabat Mikhail itu. Ada saja yang tidak kena dengan kerjanya. Meja terlalu berkilat dikomen, meja terlalu melekit dikomen juga,tingkap terlalu bersih dia juga yang disindir, kain lap warna jingga pun buat Mikhail tak senang duduk. Dia lebih rela terkurung di dalam rumah milik Mikhail berbanding berkerja di depan Mikhail!.

Ini semua mulutnya punya pasal!. Dia boleh terima kalau kadang-kadang dirinya terlalu lancang di hadapan Mikhail. Terlalu menjawab pun dia boleh terima. Tapi dia seperti mahu gantung diri di bawah pokok tauge bila menyedari dia mengutuk proposal yang sedang diteliti Mikhail semalam di hadapan Mikhail!.

‘Saya nak tengok juga kehebatan awak tu..Berani-berani mengutuk proposal yang company saya buat!’

Mujur Marina sampai tepat pada masanya. Tidaklah sempat dia merasa sepak terajang anak Datin Rafeah itu. Seram tengok muka Mikhail bila dia ingat semula peristiwa malam tadi. Siap dikoyakkan proposal yang sudah siap.

“Apasal lembab sangat kau buat kerja hah! Cleaner syarikat ni mengemas bilik ambil masa 5 minit je tau!.. Kau ni sampai sejam tak siap-siap lagi.. Inilah orang yang mengutuk proposal yang syarikat saya buat. Proposal tu adalah yang terbaik di antara yang terbaik tau. Seluruh syarikat bertungkus lumus menyiapkan proposal tu. Dan orang macam kau yang tak tau apa-apa , baru baca suku dari proposal tu dah sesedap rasa nak mengutuk.”

Pot..pet... Mikhail masih membebel mengenai perkara yang sama sejak sejam yang lalu. Dana menunduk sambil membersihkan meja kayu itu. Kesal dengan kelancangan mulutnya. Lagipun, manalah dia tau yang Mikhail ada di belakangnya. Kalau dia tau memang dia puji memanjang proposal yang dimaksudkan itu. Tapi takkan nak nafikan pula.., proposal tu banyak lubang-lubang yang perlu di tutup. Terlalu banyak kelemahan. Budak tingkatan 5 pun boleh mengesahkannya. Resort yang berkonsepkan rumah. Pelanggan akan terasa seperti berada di rumah? Buat apa menginap di resort kalau macam tu. Baik duduk rumah je.

“Hah! Tengok mimic muka kau pun dah tau.. Mengutuklah tu!”

Mikhail menekan intercom di atas mejanya.

“Ya Encik..”

“Mimi.. hantar semua benda yang berkaitan dengan proposal Adria Holding dekat saya.”

Dana masih berdiam diri di tepi sudut mendengar perbualan Mikhail dengan setiusahanya. Bila renungan tajam Mikhail singgah ke arahnya, Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

“Okay.. Itu saja.. awak siapkanlah kerja awak..”

“Saya keluar dulu Encik Mikhail.”

“Em..”

Seminit selepas Mimi keluar.. Mikhail berjalan mendekatinya dan kemudian menghempaskan satu fail di atas meja yang dia sedang bersihkan itu. Dana tersentak. Barulah dia berani mengangkat muka.

“Semua tentang Adria Holding dan proposal tu ada di dalam fail tu. Aku nak tengok juga kehebatan kau tu.. Buat balik proposal tu sendiri!.”

Dana menelan air liur kesat. Manalah dia tahu apa-apa mengenai bidang ni. Itu yang dia rasakan sekarang ini. Macam mana mahu membuat proposal pun belum tentu dirinya itu tahu. Macam buat buku skrap masa tingkatan lima ke? Memori semasa dia tingkatan lima pun dia tak ingat. Minta-minta marina boleh membantunya. Minta-mintalah.

“Bila encik nak proposal ni..”

Ceh! Tanya macam yakin sangat boleh buat ni. Mikhail tersenyum sinis mendengar pertanyaan itu.

“Dua hari dari sekarang. 20 haribulan dah nak hantar proposal tu. Dan kalau kau tak siapkan................”

Mikhail mendekatkan mukanya dengan muka Dana. Dana yang kecut hati menjauhkan perlahan-lahan wajahnya dari Mikhail.

“Siaplah kau!”

“em..Ehem...”

Mikhail tersenyum lebar dengan sindiran batuk nakal dari adiknya itu. Sesuka hati masuk bilik orang tanpa bagi salam!.

“Lain kali kalau masuk ketuk dulu.”

Kata Mikhail sambil berlalu kembali ke mejanya.

“ Kalau ketuk tadi.. takdelah Yna dapat tengok scene yang hebat tadi.”

Balas Marina pula. Dia berjalan ke arah Dana yang sudah mula membelek fail yang diserahkan oleh Mikhail sebentar tadi.

“Abang cuma nak bagi dorongan yang gitu buat Dana ni. Yelah.. walaupun abang tahu yang dia ni hebat sangat. Setakat proposal resort untuk Adria Holding bukan susah sangat. Syarikat ni je yang tak hebat macam dia.. terpaksa buat proposal berulang kali. Jadi kali yang ketiga ni biarlah Dana yang siapkan. So, tu yang abang bagi dorongan dan semangat tadi tu.”

Jawab Mikhail dengan penuh sindiran. Dana menggigit bibir. Tahu semua salahnya. Tapi.. tiga kali?? Memang patut pun. Katanya di dalam hati.

“Hisy.... abang belum cuba, belum tahu tau.. Mana tau bila Dana siapkan je proposal ni, CEO syarikat Adria Holding terus tutup mulut.. Tak tahu nak komen apa dah..”

Marina membalas sindiran abangnya semula. Mikhail tertawa mendengar jawapan adiknya itu. Aduh.. nak membela pun tengoklah kiri kana.. ini si Dana tu nak dibela dan puji melangit.. kena sampuk sawan ke Yna ni.. Bebel Mikhail di dalam hati.

“Okay kalau macam tu. Kita tunggu dan lihat jelah.. Tu pun kalau boleh siap dalam dua hari ni.”

Kata Mikhail lagi. Marina membesarkan matanya melihat Mikhail dan kemudian Dana.

“Dua hari?..”

Bisiknya perlahan kepada Dana. Dana mengangguk lemah. Dana.. you really need your army to fight this evil plus ego brother of mine!.

“Fine!.. kita betting?”

Mikhail merenung adiknya dengan penuh keyakinan.

“Okay..”

“Kalau Dana berjaya.. Abang kena sponsor percutian kami pergi mana-mana pun. “

“Okay..”

Kata Mikhail setuju dengan nada riak.

“Dan kalau Dana tu fail?”

Tanya Mikhail dengan tersenyum sinis.

“Dana takkan gagal.”

Kata Marina pula dengan penuh yakin dan kemudian menarik Dana keluar dari pejabat abangnya. Mereka mesti memulakan kerja sekarang. Dana takkan biarkan Dana gagal! Itu dia pasti. Opss.. silap. Adriana yang takkan biarkan Dana gagal. Biar terpadam senyuman sinis abangnya itu. Hisy!! Dia pula yang menggelegak darah menengok senyuman itu. Dana buat dek je!.

1 comment:

wardah humaira' said...

npe sume cite yg best2...sume tergntung....xsabar nk tau smbungan...ade novel dia x?

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37