Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, January 8, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 2

BAB 2

Dahlia yang baru membuka mata terkejut dengan kehadiran Dannial di sisinya.. Dan tangan jejaka itu melingkaru pinggangnya.. Cepat2 Dahlia baru dari pembaringannya.

‘Apahal mamat ni boleh ada kat atas katil?’ Bisik hatinya yang cemas. Pakaian yang di pakainya di renung. ‘complete lagi.. takde yang terbuka.. Alhamdullilah..’ Dahlia merenung kembali wajah suaminya itu.. masih nyenyak.. ‘ Handsome juga suami aku ni.. kalah Paied.. Tapi..entahlah… mesti dia dah ada girlfriend kat sekolah dia.. entah2 bukan sorang je.. mesti ramai ni..’ Sedang elok Dahlia menilik muka suaminya, Dannial yang nyenyak sedari tadi sudah menunjukkan riak2 mahu bangun dari tidur.. kelam kabut Dahlia mengambil tualanya dan masuk ke bilik air.. belum bersedia untuk berdepan dengan Dannial.

Dannial yang baru bangun dari tidur merenung ruang kosong di sebelahnya. ‘Pergi mana pulak budak ni awal2 pagi?’ Soalan hatinya terjawab apabila kedengaran bunyi pancuran air dari bilik mandi. ‘Nasib dia tak marah aku tidur kat sebelah dia.. eh! apalah aku ni.. mana boleh dia marah.. aku kan suami dia..’ Dannial mengosok matanya yang baru terbuka dari tidur itu. Tiba2 dia terfikirkan sesuatu.. yang nakal!

Dahlia mendengar pintu bilik mandi diketuk dari luar. Khayalannya terganggu.. ‘siapa pulak yang ketuk2 ni? dah tahu ada orang kat dalam, lagi mahu ketuk ka??’ Dahlia mengomel dalam hati.

“Kenapa?” Tanya Dahlia yang hanya memunculkan kepalanya, sedangkan tubuhnya berselindung di balik pintu. Dannial tersenyum manis.

“Boleh share bilik air tak?? nak mandi juga….” Kata Dannial dengan gaya manja. Tanpa memberi jawapan kepada suaminya. Dahlia terus menutup pintu bilik air sambil mulutnya terkumat-kamit mengutuk suaminya.. Dannial tertawa..

“Wei… Bolehlah.. kita main air nak?” Usik Dannial lagi..

“Boleh… boleh jalanlah..” Jawab Dahlia dalam bilik air..

“Dahlia.. tugas seorang isteri ialah patuh kepada perintah dan permintaan suami selagi ia tak bercanggah dengan hukum syarak tau?” Dannial memberi ceramah sebagai pembuka hari.. Dahlia terus memunculkan diri dengan hanya memakai jubah mandi..

“ Saya tak mahu dapat dosa free..Tapi saya belum sedia lagi.. saya kan masih bawah umur..” Dengan muka jujur Dahlia berkata.. Dannial tersenyum.

“Nial main2 jelah.. pergilah mandi dulu.. lagipun kalau tengok Lia yang tengah pakai jubah mandi ni lama2.. boleh jatuh iman Nial..” Dannial berpeluk tubuh dan mengahantar renungan yang mengerunkan Dahlia… Cepat2 Dahlia masuk ke bilik air dan mengunci pintu.. Dannial tertawa lagi..’tau takut..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ira,.. pergi salam dengan suami kamu tu dulu.. minta izin dengan dia.. mana boleh pergi maca begitu je..” Puan Dahnia menegur anaknya yang berlagak seperti remaja yang tiada tanggungjawab. Dahlia memandang ibunya.. Kemudian dia berjalan kearah Dannial yang sentiasa tersenyum.. ‘sebab dia nak bagitahu semua orang yang dia ada lesung pipit macam preety zinta kot..’ sempat lagi Dahlia mengutuk suaminya.

“Nial.. Lia nak balik dulu..” Dahlia akur perintah ibunya. Ya, dia juga ada belajar agama.. Izin suami tu penting.. Dannial mengangguk.

“Lia jaga diri baik2.. kalau ada apa2 masalah Lia call lah Nial.. Dah ada nombor telefon Nial kan?” Tanya Dannial.. Dahlia mengangguk..

“Nial pun jaga diri..” Dahlia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya.. dia tunduk mengucup tangan suaminya. Tanpa kata, Dannial mengucup dahi isterinya.. Ibubapa mereka hanya tersenyum melihat perlakuan Dannial.. Dahlia tunduk malu2..

“Jangan selalu main2 mata dengan orang lain tau..” Sempat lagi Dannial berpesan sebelum isterinya bertolak ke balai berlepas.. Dahlia hanya tersenyum mendengar pesanan Dannial.. sempt dia melirik wajah Dannial.. berat kakinya mahu melangkah meninggalkan jejaka itu.. Dan dia mengeluh….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 comment:

nursya said...

lor pendek sgt...
x smpt nk feel...
he he he...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37