Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, January 7, 2010

Biarkanku bersandar 5

Si baran, Edil Hakeem (SB)

“Hey! “Jerit Edil Hakeem apabila melihat kereta mewahnya dengan selamba di langgar oleh kereta kura2..(Kancillah.) Annisah di dalam kereta kancil sudah menggigit jari.. ‘nilah akibatnya sebab bawa kereta dalam keadaan emosi tidak stabil, alamat masuk bengkel baliklah Mickey aku ni..’

“Alamak… keciannya Mickey.. dah remuk sikit..” Annisah yang baru keluar dari kereta melihat hasil karyanya sambil mengosok2 remuk di keretanya.

“WEI! kereta kura2 kau tu yang kau kisah! kereta aku ni? mahal tahu nak hantar pergi repair!!” Edil Hakeem bengang melihat perlakuan Annisah yang tidak rasa bersalah dengan perlanggaran itu.

“Kereta kura2? hey! at least aku beli kereta ni pakai duit sendiri tau? cash lagi! daripada kereta kau tu? harap duit mak bapak je..” Marah Annisah apabila Mickeynya di hina.. Padahal dia susah bersusah payah menguruskan perniagaan online untuk membeli Mickeynya itu..

“Eh! aku tak kisah lah kalau kau beli kereta tu cash kea pa?! yang penting sekarang kereta aku ni..ni!!!” Edil Hakeem menunjuk2 keremukan yang ada di keretanta.. semestinya lebih teruk dari kereta Mickey Annisah..

“So? aku tahulah itu kereta kau.. hantarlah pergi repair kalau rosak pun..” Annisah berkata selamba sambil mengambil handphonenya di dalam kereta.. mahu menelefon Benjy, mekanik yang selalu membaiki keretanya. Edil Hakeem mengetap bibir. geram! ‘minah ni selamba badak dia je nak cakap gitu!!’

“Hoi! kalau kereta kura2 kau tu memanglah senang.. Hantar pergi mekanik, atau buang je kat kedai besi terpakai! ni kereta sport!! tau? mahal nak repair! kau senang2 je langgar kereta aku ni.. “ Edil Hakeem bengang.. sudahlah duit elaun yang di beri ayahnya hampir habis untuk meng ‘upgrade’ keretanya itu.. Edil bercekak pinggang melihat keretanya itu.. pipinya di kembungkan.. menahan marah..

“Dah tau kos repair dia mahal, apasal beli kereta sport macam tu.. orang yang beli kereta sport ni, orang yang mampu membayar kos penyelengaraan.. Dah awak tu masih belajar, buatlah macam pelajar.. nak eksyen sangat.. itulah jadinya..” ‘Amboi.. membebel pulak minah ni..’bisik hati Edil Hakeem yang geram mendengar syarahan free dari Annisah yang sangat selamba..

“Jadi ni sekarang macam mana? awak nak ganti rugi ke tak?!” Edil Hakeem tidak mahu memanjangkan hal.. Tengok dari gaya gadis itu.. Keretanya.. handphonenya yang…emm.. menyedihkan.. memang dia terpaksalah meminta elaun lebih dari ayahnya…

“Takpelah! Saya bagi halal je..” Rimas Edil Hakeem menunggu jawapan dari Annisah yang bermuka selamba sambil merenung kereta sport yang sudah cacat itu. Edil Hakeem mahu berlalu meninggalkan Annisah apabila melihat jamnya tepat2 pukul 10.. kelas pertamanya di kolej Putra itu.. dan dia tidak mahu terlambat walaupun kebenarannya dia memang sudah terlambat..

“Nanti.., Saya akan bayar ganti rugi.. awak hantar je kereta awak kat workshop mana yang awak prefer.. then call saya.. saya akan bayar kesemua kos penyelenggaraan..” Kata Annisah dengan tenang sambil mengunjukkan kad namanya kepada si jejaka.. Gayanya bercakap sejibik macam gaya daddynya bercakap ketika menyelesaikan permasalah..

“EH? “ Edil Hakeem hairan.. sekali lagi di renung wajah gadis itu.. tak percaya yang gadis itu sudi membayar ganti rugi.. ‘Di lihat pada orangnya biasa2 je.. takdelah macam orang kaya.. tapi tenang je dia cakap nak bayak ganti rugi?’ Edil Hakeem bermonolog dalam hati. belum sempat dia bertanya dengan lebih lanjut, Annisah sudah meletakkan keretanya di tempat yang di sediakan dan berlalu tanpa mengendahkannya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Maaf, saya terlambat masuk prof!” Annisah merenung Edil Hakeem yang termengah2 di depan pintu..

“Morning Encik Edil.. sila ambil tempat duduk awak..” Prof Ravish yang menulis di white board sempat memandang kea rah Edil Hakeem.. Edil Hakeem yang melangkah masuk ke kelas itu sempat bertentang mata dengan Annisah sebelum Annisah menundukkan wajahnya. ‘Edil rupanya nama dia.. angin semacam je mamat ni.. baru aku terlanggar kereta yang berjalan macam biawak tu.. (Jenis kereta yang dada tiarapla tu..’) belum lagi aku terlanggar dia..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Opps.. so sorry.. nak cepat sangat tadi..” Iskandar yang memakai suit Armani dan tersenyum kepada Annisah sehingga menampakkan lesung pipitnya memberi penjelasan apabila terlanggar Annisah..

“Eh! Tak apa2 Encik Iskandar.. saya yang terlanggar Encik... sepatutnya saya yang minta maaf.” Jawab Annisah selamba. Mereka berdua sudah berjanji yang mereka akan berlagak seperti biasa apabila di kolej.


“Fikiran melayang ke mana sampai saya yang besar2 ni pun tak nampak? “ Perlahan Iskandar bertanya sambil tersenyum manis.. Mahu saja di usap pipi Annisah yang sudah mula memerah itu apabila dia menyindir Annisah..mujur sahaja mereka berada di kolej pada masa ini. Annisah tersengih..

“Tu yang sampai terlanggar kereta orang tadi pagi ek?” Tanya Iskandar lagi.. Annisah terkejut..

“Eh? mana tahu? “ Tanya Annisah pula tanpa menjawab soalan Iskandar yang berada terlalu dekat dengannya.. mujur tiada warga kolej yang berkeliaran di kawasan taman pada tengah2 hari begini.

“Is akan selalu nampak Annisah.. Dia minta ganti rugi berapa tadi? biar Is bayarkan..” Kata Iskandar menawarkan duitnya.. dia berfikir yang mungkin Annisah bermuram di sebabkan duit ganti rugi yang di minta oleh pemuda yang dia lihat pagi tadi.

“Eh! tak payahlah.. Dia tak minta ganti rugi pun.. dia kata dia ikhlas.. saja nak bersedekah di bulan muharam ini..” Jawab Annisah.. Dia rasa tidak selesa bila Iskandar juga mula mahu memanjakannya dengan duit..

“Betul ke ni?” Tanya Iskandar tidak percaya.. Annisah mengangguk.. Iskandar mula tersenyum..

“So, apa yang merunsingkan hati princess Is ni?.. “ Tanya Iskandar tanpa sedar dia mengusap lembut wajah gadis di depannya itu yang mula mendiami hatinya kini. Annisah cepat menarik tangan Iskandar.. khuatir jika ada mata2 yang memandang..

“Sorry.. Tindakan reflek bila tengok muka Ann yang dah blush ni..” Jawab Iskandar kemudian memasukkan tangannya di dalam poket kot hitam yang di pakainya..

“Ann Cuma fikir pasal mummy, daddy.. rindu dengan dorang berdua.. abang pun sama.. busy je memanjang..” Annisah mengadu. riak wajahnya sepeti budak2 yang menahan sebar..

“Ciannya.. Ann call lah Mummy Ann.. Suruh balik sini.. “ Pujuk Iskandar..

“Dorang tak balik juga.. dorang tak sayang dengan Ann,,,” Annisah menundukkan wajahnya.. mahu menyembunyikan air matanya dari Iskandar..

“Ann….” Perlahan Iskandar memanggil sambil mengangkat wajah Annisah yang sudah dibasahi dengan air mata.. “Tak orang tua yang tak sayang anak tau, dorang Cuma mahu yang terbaik buat Ann.. Dorang pergi jauh2 pun untuk cari duit.. untuk Ann juga.. Nak belajar betul2.. dah habis belajar Ann pergilah tinggal dengan dorang,, Ann nak menyendeng di bawah ketiak mummy Ann pun tak pe..” Pujuk Iskandar sambil berseloroh di akhirnya..Annisah menampar dada Iskandar perlahan..

“Is ni.. sempat lagi main2,,” Annisah menarik muncung..

“Ala.. itu pun nak merajuk.. anak manja ni..” Iskandar mencubit pipi Annisah perlahan… sehinggalah gadis itu tertawa semula…

1 comment:

Hafia Hana said...

siapa bf dia yg sbnrnya?

is nk sweet je ngan ann

+_^

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37