Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, February 15, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya

Bab 1
Dya berjalan mendekati suaminya yang sibuk meliar ke sana ke sini seperti mencari sesuatu di dalam bilik mereka. Semua benda dibongkarnya.

“Abang cari apa tu? Nak Dya tolong?”

Fahmi mengeluh hampa dan geram. Seingatnya, dia tidak pernah mengalihkan dokumen-dokumennya dari dalam bilik itu. Ke mana pula perginya? Sudah sehari suntuk dia mencari masih tidak jumpa. Mesti Dya pandai-pandai mengubah kedudukannya.

“Saya cari dokumen-dokumen lama dan nota-nota masa saya belajar dulu, nak buat rujukan.. awak ada nampak?”

Dingin. Begitulah keadaannya walaupun mereka akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Fahmi masih enggan menerima Dya sebagai isterinya. Dya cuba tersenyum.

“Dya simpan dekat stor hari tu.. ingatkan abang tak mahu guna lagi..”

Dya menjawab perlahan. Fahmi mendengus.

“Lain kali jangan terlampau rajin!”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hisy! Mana satu kotak ni.. dah terlampau banyak kotak dalam stor ni.. Menyusahkan betul.. nak tunjuk rajin tak bertempat.. ni aku yang susah mencari..”

Rungut Fahmi sambil menyelongkar kotak-kotak di dalam stor itu. Pandangannya terhenti apabila ternampak kotak tertulis Dya dan Idh. Fahmi mengerut dahi. Dia menurunkan kotak itu ke lantai kemudian menyelongkar isi di dalamnya.

“Diari Dya? 2004,2005,2006 and 2007? Empat je ke? Pandai pulak si Dya ni menulis diari.”

Fahmi membelek-belek 4 buah buku di dalam kotak itu. Timbul rasa ingin tahu apa isi di dalam setiap buku itu. Pasti semuanya adalah luahan hati isterinya. Fahmi menyelak halaman pertama diari Dya sewaktu tahun 2004.

Assalammualaikum..
Saya mulakan coretan saya dengan lafaz ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيمبِسْــــــــــــــــــمِ ا (Bismillahirrahmanirrahim)..


Fahmi tersenyum. Dia mencapai kotak yang sudah dilipat di tepi-tepi dinding dan menjadikan alas untuknya duduk di atas lantai. Dia mula menyelak halaman sebelah diari isterinya.

Hari ini saya mula menulis semua kisah hidup saya di dalam buku ini..andai sesuatu terjadi, atau saya terlupa, saya boleh merujuk semula di dalam buku ini dan mengenang kembali kisah sedih dan gembira yang pernah menyerikan hidup saya.

Pembacaannya terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri. Pasti isterinya. Cepat-cepat Fahmi menutup diari itu dan memasukkan di dalam kotak semula.

“abang dah jumpa dokumen tu?”

Dengan lembut Dya bertanya. Fahmi cuba berlagak selamba.

“Em... belum.. awak letak kat mana?”

“Kat atas tu..”

Dya menunjuk ke arah kotak coklat di atas almari di dalam stor itu.

“Oo... dah la.. awak keluarlah dulu.. nanti saya ambil sendiri.. kat stor ni banyak habuk.. tak baik sangat untuk awak tu..”

“Em... Dya dah siapkan makan tengah hari.. nanti bila dah siap kerja abang, abang turun lah makan..”

“Yelah.”
Fahmi menurunkan kotak yang ditunjukkan Dya sebentar tadi kemudian menyapu habuk dan sawang-sawang yang menyelubungi kotak itu sebelum melihat isi di dalam kotak itu. Sebelum Fahmi membawa kotak itu keluar, sempat dia memasukkan 4 buah buku diari isterinya.

3 comments:

Orkid Edyliyne said...

permulaan yang baik...
sambunglah... best...
(n_n)

nursya said...

ala pendeknyer n3 nie...
nk lg..
dr mula da best nie...
hihihi...

MaY_LiN said...

xbaek tau bace dairi org..
hihihihi

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37