Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, November 26, 2010

Dana @ Adriana 7

Bab 7
Doktor Helmi datang lagi untuk melihat keadaan dirinya.. Sudah berkali-kali dia menghadiri terapi yang dicadangkan doctor muda itu.. Namun memorinya masih lemah untuk mengingati siapa dirinya yang sebenar.
“Hai... Macam mana hari ni?”
Tanya Doktor muda itu selepas saja Dana menuang air kopi di cawannya.
“Macam begitu juga.. Sihat tapi tak sihat..”
“Takpelah.. Nanti-nanti ingat juga tu,, tak payah rushing..sunyi je, Mana Auntie Rafeah?”
“Ada kat atas tu.. tengah solat mungkin.. Mak Timah kat dapur.. tengah siapkan makan tengah hari,, Encik Mikhail pula tak tahu kat mana.. Tadi pagi ada..”
Doktor Helmi mengangguk.Tiada sebab sebenarnya kenapa dia bertandang di villa itu.. Selalunya dia akan datang untuk membawa Dana menjalani terapi tapi tidak untuk hari ini.. Walaupun baru dua hari tidak bertemu dengan gadis itu, hatinya mula berasa kehilangan.
“Doktor nak jumpa Datin Rafeah ke? Atau encik Mikhail?”
Pelik melihat kehadiran doctor Helmi pada hari ini.. rasanya hari ini dia tidak ada temujanji dengan doctor Dewi untuk menjalani terapi.. Untuk apa Doktor Helmi ke mari? Mesti ada urusan penting dengan tuan rumah.
“Tak.. saja datang nak tengok keadaan Dana...”
Dana sedikit terkejut dengan pengakuan jujur itu. Namun dia bersyukur ada orang lain yang mengambil berat tentangnya. Doktor Helmi juga terkejut dengan bicaranya sendiri.. Macam mana boleh terlepas bicara.. Padahal dari rumah lagi dia sudah memikirkan berbagai alasan untuk sampai ke Villa ini.
“Ah? Em.. terima kasih..Dana sihat..”
Doktor Helmi tersenyum melihat senyuman dari bibir Dana yang menampakkan lesung pipit di pipi kiri gadis itu. Bukankah dulu ia berada di pipi kanan? Ingatannya kabur.. Sudah lama memori itu berada di dalam ingatannya.
“So., ada kerja tak? Tak busy?”
Dana menggeleng.
“Saya nak bawa Dana jalan-jalan kejap.. Mungkin makan kat luar....”
Lama berdiam..
“Kalau Dana tak sudi takpe.. Saya Cuma terfikir yang Dana mesti bosan juga terperap kat rumah.. Kalau keluar pun Dana pergi terapi dan pasar je.. Ingat Dana nak bersiar-siar dekat luar.. release tension..”
Panjang penjelasan yang diberi.. Khuatir gadis itu dapat menbaca hasrat hatinya..
“Saya bukan tak sudi.. Tapi apa pula kata Auntie Rafeah nanti.. Saya kan pekerja dia..”
Sebenarnya dia takut akan dihujani sindiran-sindiran sinis dari Mikhail kerana jejaka itu masih ada di Villa Damai.. Datin Rafeah tentu saja membenarkannya keluar.. Tapi Mikhail mesti menganggapnya sudah ‘naik tocang’.. Apalagi keluar dengan lelaki seperti Doktor Helmi..
“Saya boleh tanyakan dengan Auntie kalau Dana takut..”
“Tak.. mungkin besok jelah kita keluar.. Besok kan ada sesi terapi juga.. Lepas tu bolehlah keluar jalan-jalan..”
Sebab esok Mikhail mesti sudah kembali ke rumahnya..
“Besok?..emmm..Okaylah.. Saya ambil Dana macam selalu.. Then lepas terapi kita boleh jalan-jalan..”
Doktor Helmi berdiri dari duduknya.
“eh.. Tak minum kopi tu dulu ke?”
Doktor Helmi tersenyum malu.. terlampau teruja agaknya mendengar persetujuan Dana sehinggakan dia terlupa dengan secawan kopi yang dibawa oleh Dana sebentar tadi.
“Terlupa pulak..”
Dana tersenyum. Dia senang dengan Doktor Helmi..Lebih dari senang.. Dia suka bila bersama doctor Helmi.. Sebab jika dibandingkan Mikhail dan Helmi.. Dia lebih rela bersama Doktor muda itu.

1 comment:

luv' said...

wow repost eh~~~
pmulaan ceta da lain(^_^)
tpi still best~~
msti dr.helmi pnh jumpe twin dana ke sblum ni eh???~~chyiok~