Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Monday, January 17, 2011

Dana @ Adriana 12

Sebelum korang baca en3 yang kedua ni.. saya nak curhat cket la... Saya pun tak tahu kenapa saya post en3 DAA sampai dua kali hari ini.. nak kata dah siapkan full DAA tak juga.. tapi.. lantakla ek.. jangan lupa komen. (menulis dalam keadaan separuh stabil)

Bab 12
“Sedap tak ABC tu?”

Dana mengangguk pantas sambil tersenyum.

“Di restaurant saya selalu pergi dulu kan, Kurang sikit ingredient dalam ABC.. Tapi yang buat dia jadi special tu gula yang di kisar dan dicampur pewarna serta perisa di letakkan di atas ais tu.. Selalunya air gula kan?”

Lancar mulutnya bercerita. Helmi sedikit kehairanan.

“Dulu??”
Dana baru tersedar sesuatu. Dia juga kebingungan.

“Saya teringat yang....”

Kepalanya sakit seperti ada jarum-jarum halus yang menusuk ke dalam kepala. Kesakitan itu memotong bicaranya. Kemudiannya dia terimbas kenangan yang masih samar-samar.. Seorang lelaki dan seorang wanita.. Dialah wanitanya.. Sedang bergembira dan tertawa bersama.. siapa?? Siapa lelaki itu?

”Aaaaa...”

Menahan kesakitan yang makin menjadi-jadi.

“Dana... Kenapa ni? Kita pergi hospital sekarang..”

Sempat dia meninggalkan tiga keping not 10 ringgit di atas meja dan kemudian memapah Dana yang kelihatan terseksa menahan sakit itu.

“Helmi.... Kita pulang jelah.. tak payah pergi hospital..”

Pujuk Dana apabila sudah duduk selesa di dalam kereta. Entah kenapa hatinya terasa sedih dan menderita sekali.. Entah.. Apa yang terjadi sebenarnya.. Mungkin dia sedang merindui seseorang atau dia sedang terluka..

“Tapi kan Dana sakit tu.. Kita mesti check kat hospital.. Takut lebih parah lagi kalau bertangguh-tangguh nak pergi hospital..”

Sebagai seorang doktor dia langsung tidak setuju dengan permintaan Dana itu. Baru sekejap tadi dia melihat Dana memegang kepala menahan sakit.. Dan sekarang gadis itu tidak mahu di hantar ke hospital pula.

“Dah tak sakit da ni.. mungkin kena brain freeze je tadi sebab makan ABC tu..”
Dana memberi alasan. Dia sangat-sangat tidak selesa dengan keadaan sekarang. Tiba-tiba tanpa sebab musababnya dia terasa seperti ingin memarahi semua orang di sisinya.. Dia mahu cepat-cepat sampai ke Villa Damai dan menguncikan diri di dalam bilik.

“Tak.. Kita periksa dulu kat hospital..Bila doktor Dewi kata takde apa-apa.. Then baru saya hantar Dana pulang..”

Dana menahan rasa melihat Helmi berkeras mahu menghantarnya ke hospital. Dia tahu doktor muda itu baik kepadanya.. Tapi dia tidak memerlukan kebaikan Helmi pada ketika ini.. Dia takut kelak Helmi yang menjadi mangsa amarahnya yang terpendam itu.

“Kita pulang please.. Kita pulang sekarang..”

Dana masih lagi memujuk dengan lembut.. Mengharap Helmi memahaminya ketika ini..

“Tak.. Kita pergi hospital dulu.. saya takut nanti makin teruk sakit kepala Dana tu..”

Helmi pula tetap dengan keputusannya..

“Kita pulang!!!! Faham tak saya cakap! Saya nak Pulang! Tu pun susah ke? Atau Biar saya pulang sendiri!”

Dana tidak lagi dapat mengawal amarahnya. Dia terasa begitu marah bila ada orang tidak mendengar arahannya.. Kemudian dia melihat muka Helmi yang terkejut.. Itu Helmi.. Bukan orang-orang yang menyakitkan hati dari masa silamnya.. Dia mula berasa bersalah.. Mulut yang begitu lantang tadi di tutup menggunakan tangannya.. air mata mula membasahi pipi..

“Saya minta maaf.. saya Cuma nak pulang..”

Perlahan.. Air mata yang membasahi pipi gadis itu melembutkan hati Helmi.. Dia turut terasa sakit di dada melihat tangisan gadis itu.. Perlahan-lahan tangannya menggosok kepala Dana yang sedang menangis.. Memujuk gadis itu.

“Okay.. Maafkan saya.. Saya hantar Dana sekarang ya..”

Dana mengangguk pantas.. Dia mahu pulang.. Mahu bersendirian..

2 comments:

lurun nauzzi namzar said...

knp DAA epi 11 xder link yer...
smbung2 cecepat yer...

Emaharuka said...

Best best...
Nak lg kak,he..
Rindu sama Mike...he