Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, January 14, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 5

BAB 5

“Assalammualaikum!!!” Kedengaran suara Aidil mengganggu ketenangan hari minggunya.. Dannial berdiri dan membukakan pintu untuk Aidil..

“Kau ni.. sejak Che Meen buat rumah kat seberang sana tu.. hari minggu aku langsung tak tenang tau..” Bebel Dannial kemudian duduk kembali di sofa sambil meneliti laptop di depannya..

“Kau buat apa tu?” Kata Aidil tanpa segan2 lagi menuangkan kopi yang ada di meja makan ke dalam mug dan duduk di sebelah Dannial sambil turut meneliti skrin yang kecil itu.

“Chatting…” Jawab Dannial pendek sambil tangannya lincah menggerak2kan mause di tangan..

“Chatting? macam main game je? ada orang2 lagi..” Kata Aidil sambil mengunyah kuih yang di buat oleh mak ciknya, Mak Dannial.

“Ni chat 3D.. Macam kita , ada rumah.. shopping complex.. beach.,Cuma dia dunia maya la..” terang Dannial sambil tekun menggerakkan avatarnya mencari seseorang..

“macam best.. apa nama Chat ni?” Aidil mula memberikan perhatian kepada skrin kecil itu.

“IMVU.. mana dia ni?” Dannial klik di perkataan chatroom..

“Eh! wait.. ni tempat chatroom kan? apa lovehotel tu?” Aidil mula bertanya nakal..

“Hotel untuk avatarlah..” Kata Dannial tak melayan kenakalan yang mula bersarang di minda Aidil.

“Apa kata kau bawak isteri kau main sekali kat sini.. leh pergi honeymoon di dunia maya.. but still, tak boleh sentuh2..hahaha” Dannial menghumban bantal kecil ke muka Aidil..

“Siot betullah kau ni..” Dannial pura2 marah.. padahal Di otaknya boleh menerima cadangan tak senonoh Aidil itu.

“Kau cari siapa kat Chatroom ni?” Aidil mula bertanya apabila avatar Dannial sedari tadi merayau2 di sekeliling seperti mencari orang..

“Aku cari awek ni.. janji minggu lalu nak jumpa kat chatroom ni..” Aidil menggeleng dalam senyuman..

“Kat sini pun kau boleh ada hati mengoda orang ek.. blind date kat dunia maya ke?..” Dannial membiarkan dirinya di tertawakan oleh Aidil.. Dan kemudian dia tenggelam dalam dunia Maya itu..

Di Eternity Chatroom..

“Hai.. lama tunggu?” Avatar bernama Chill menegur avatar Dannial yang bernama Sly..

“Dah lama.. nak tumbuh janggut dah menunggu.. Outfit baru nampak?..” Tegur Sly apabila melihat Chill nampak lain dari biasa..Rambutnya mula panjang.. tidak pendek seperti minggu lalu..

“ Yup.. baru lepas shopping.. banyak baju2 rekaan terbaru.. geram pula kalau tak beli.. nampak lagi perbezaan lain tak?” Tanya Chill.. Kelihatan Sly mengangguk.

“Rambut dah panjang.. fesyen baru ke?” Tanya Sly.. Chill buat muka shy2 cat..

“A’aa.. tengah simpan rambut panjang.. jadi avatar pun kenalah guna rambut panjang..” Jawab Chill..

“Jom pergi Chatroom beach..”Ajak Sly..

“emm.. dah penuh kot chatroom beach.. tadi dah check..” Chill duduk di salah sebuah kerusi di taman itu.. Sly turut sama..

“Kita dating kat sini jelah..” Kata sly.. Chill tertawa perlahan..

“Dating kat Eternity Chatroom ni? boleh juga.. atau kita pergi main bowling.. nampak tadi macam sikit je orang kat room tu..” Chill memberi cadangan..

“Atau kita pergi main kayak ke.. main kat candyland chatroom ke..” Sly tidak ketinggalan memberi cadangan.. “Lagi romantic..” Tambahnya lagi..

“Hisy.. romantiknya.. anak teruna siapalah ni.. mesti banyak girlfriend ni kan?” Chill serkap jarang..

“taklah.. awak satu2nya kat dunia ni.. saya berani bersumpah tau??” Sly buat muka serius..

“Kat dunia maya memang saa sorang je kan? kat dunia betul entah2 dah ada isteri..” Chill masih mengusik sly..

“Eh! mana tau ni.. dah ada anak pun.. 3..4 atau 5 kot..” Sly tidak mahu mengalah mengusik Chill..

“Em.. kalau anak kucing nak buat apa..” Chill terawa.. Sly tertawa sekali..

“Tau takpe..” Sly tersenyum..

Dahlia tertawa melihat skrin komputernya.. tertawa melihat avatar yang dikenalinya sebagai Sly buat puppy eyes untuk memujuknya online lagi minggu hadapan.. Dia bula menggunakan avatar bernama Chill.. sebenarnya itulah nama orang yang paling di anti olehnya kerana sering cuba menggoda Paied setiap hari walaupun dia ada di sebelah Paied.. Entah kenapa ringan hatinya untuk menggunakan nama Chill itu..

“Ira.. apa ketawa sendiri tu?”Puan Dahnia menegur anaknya yang bersendiri di dalam bilik computer sedari tadi..

“Takdelah Ma, Ira tengah tengok you tube tadi.. wayang ni lucu cket..” Bohong sunat Dari Dahlia..

“Oo.. Ah! ni.. Ira ada call Dannial ke?” Tanya puan Dahnia.. Dahlia cuba mengawal riak wajahnya..

“Dah…minggu lalu” Sekali lagi dia mencari dosa.. selepas menjejak kaki di bumi di bawah bayu ini belum pernah lagi dia mendail nombor telefon suaminya itu.

“Ira dah cakap ajak dia datang sini.. tapi dia kata dia busy sebab banyak lagi PEKA yang belum siap.. so dia tak boleh datang..” Dengan yakin Dahlia mereka cerita..

“Oo.. takpe.. Mak mentua kamu pun ada kata pasal tu.. Yang minggu lalu Dannial call kamu dan bagitahu kamu dia busy cuti ni..” Dahlia membesarkan matanya.. ‘Pandai pula aku menipu.. tak bercanggahan fakta langsung dari penipuan Dannial’

“em.. Takpelah..” Dahlia buat muka takde perasaan..

“Tapi mak dah tempah tiket untuk cuti bulan lapan ni.. kita balik KL seminggu..”Puan DAhnia berlalu meninggalkan Dahlia yang bagai terjerat dan mengalami kesesakan nafas.. sambil otaknya ligat memikir idea untuk di jadikan alasan.. ‘matilah aku!!'


Chill, What wrong with this girl??

“Woi perempuan! Kau boleh tak jangan terlampau berkepit dengan Paied tu.. Sakitlah mata aku tengok.. Macam kau sorang je yang berBoyfriend..” Dahlia yang sedang tekun menaip assignmentnya di taman Hostel terkejut dengan kehadiran Chill yang tiba-tiba muncul di sebelahnya..

“Bila masa aku berkepit dengan Paied selalu ni.. Kau ada nampak Paied kepit aku sekarang ni? Mamai betullah jelly fish ni..” Sambil menyambut kerjanya yang terhenti tadi.. Chill menarik kasar bahu Dahlia.

“Kau jangan kerek sangatlah.. Ingat dah terror sangatlah dah dapat Paied tu..” Tambah berkerut dahi Dahlia mendengar kata-kata Chill.. bingung sebenarnya..

“Kau ni apasal? dah nak kiamat ke sampai kau nampak Paied sorang je lelaki kat dunia ni? Dah kekurangan popilasi kaum lelaki ke sampai kau terdesak sangat nak Paied tu?” Masih lagi berlembut tapi agak tegas nada percakapan Dahlia.. Dia memang tidak suka di ganggu apabila sedang membuat kerjanya.. Ilham yang mencurah2 pun boleh terhenti dengan gangguan Chill itu.

“Kau jangan buat muka angkuhlah depan aku.. Aku pun tak tahu kenapa Paied ni boleh melekat dengan kau.. entah-entah dalam diam kau pakai ubat guna2.. Muka je innocent, tapi perangai macam Syaitan…” Dahlia mengurut dada menahan sabar..Bila pulak aku buat muka angkuh depan budak ni..

“Astaghfirullah al azim.. Kau ni kenapa? Dah kehilangan kesopanan? Wey! kita kat Kolej ni nak belajarlah sis.. bukan nak mengurat lelaki, nak tunjuk boyfriend siapa paling handsome.. Sampai tuduh orang guna ubat guna2 segala.. Kalau aku ni pakai benda2 begitu.. Paied ni dah tak pandang perempuan semua tau! lagi2 kau ni..” Dahlia mengucap panjang.. Inilah akibat tertalu di manjakan.. Sehinggakan dia fikir semua yang dia nak mesti dapat.. Sekali lagi Dahlia menggeleng kepala..

“Kau jangan berlagak baiklah depan aku.. Aku akan pisahkan kau dengan Paied tak kira dengan cara apa pun apa pun..Kau ingat tu..” Sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke muka Dahlia. Dahlia mengemas barang2nya..

“You know Chill.., Kalau pun aku tak bersama Paied tapi aku tetap sahabat dia.. Dah hubungan itu takkan putus walau dengan cara apa pun.. Dan aku akan pastikan dia akan dapat penganti yang terbaik antara yang terbaik.. Kau bukanlah penganti aku..” Dahlia terus meninggalkan Chill yang sedang melepaskan berangnya kepada kerusi2 di taman.. Habis semua di tendangnya.. Dahlia melihat perilaku Chill yang mengila hanya menggeleng kepala..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai.. cepat naik bilik.. selalunya kalau buat assignment tu berjam2 tak naik bilik..” Tegur Fie yang juga sedang menyiapkan assignmentnya..

“Parasit datang mengganggu.. tiba2 je angin dengan aku.. kata aku selalu berkepit dengan Paied..” Dahlia meletakkan barang2nya di atas katil dan membuka semula laptopnya.. Ingin menyambung semula kerja yang tertangguh..

“Chill?” Tanya Fie..

“Emm.. siapa lagi..” Jawabnya pendek sambil meneliti kembali nota2nya.

“Terlalu dimanjakan ibubapa… begitulah jadinya.. mengamuk kalau tak dapat apa yang dia nak..” Komen Fie..

“Entahlah Fie.. Dia tu dah macam extreme sangat penyakit yang dia ada tu.. Karang tak pasal2 meroyan pula.. tu yang menakutkan tu.. silap2 sampai membunuh…” Fie terus memusingkan kerusinya menghadap Dahlia..

“Kau ni.. takkan extreme sangat macam tu..” Fie kata dalam senyuman yang takut2..

“Aku pun tak pernah fikir begitu.. Tapi bila tengok cara dia tibai kerusi2 di taman tadi buat aku terfikir pasal benda tu.. Aku pun pernah mengalami situasi di mana emosi terganggu sekejap.. Tapi taklah sampai musnahkan kerusi di taman tu macam begitu sekali.. tendang pun agak-agak lah.. kang sendiri yang rasa sakit.. ini dia tendang langsung tak fikir apa2 dah.. tu yang aku gerun tengok tu..” Kata Dahlia sambil menanda point-point penting dalam buku rujukannya.. Fie mengangguk..

“Kau kena hati-hati dengan orang jenis tu Ira.. memang menakutkan.. silap2 nanti dia jadi ular lidah bercabang pula nak buruk2 kan kau depan Paied..” Kata Fie lagi..
“Insya_allah selagi Paied masih anggap aku sebagai sahabat dia.. cakap2 Chill tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.. Macam kau juga kan.., kau percaya kat aku..” Dahlia tersenyum..

“Emm.. yelah.. Danisa Butter Cookies aku apasal kurang?” Gurau Fie kononnya marah..Dahlia tersengih

“Kucing masuk bilik malam tadi Fie.. dia ambil biskut kau tu..Aku dah halau tapi dia tetap mencuba juga sampai dapat makan biskut kau tu..” Selamba Dahlia buat alasan.. Fie buat muka tak percaya.. Pony yang baru selesai mencuci kain duduk di katilnya,, “Hah! Pony lagi nampak aku halang kucing tu dari merampas biskut mentega kau tu..” Pony yang tidak tau apa2 kebingungan seketika..

“A’aa.. Sepuluh kali dia menjerit.. Pulangkan…pulangkan..” Kata Pony sedaya upaya buat nada seram.. “Fie tahan senyum..

“hah! yelah.. tu yang riuh satu Hostel ni menjerit ada pontianak malam semalam..” Tambah Dahlia lagi.. Fie menggeleng kepala.

“Korang kalau suruh merepek dan mereka-reka cerita memang juaralah.. pening kepala dengar cerita yang tak masuk akal ni.. cakap je korang dua yang bantai malam semalam..” Dahlia dan Pony tersenyum sumbing..

“Kitaorang laparla.. kau best-best malam semalam ada orang ajak makan malam.. Kami ni kebulur kat dalam bilik ni..” Pony buat muka kesian..

“Tu lah.. orang dah ajak buat muka tak mahu.. Sediri yang rugi..Dahlah.. buat assignment lagi bagus..” Fie mengadap laptopnya semula..

“Dateline minggu depan… nak pecah kepala aku nak siapkan benda ni..Eh batu bata ada berapa jenis??” Fie terus menghumbam pen di tangannya kea rah Dahlia.. Benda senang itu pun boleh tak ingat.. nilah akibatnya buat kerja last minit.. Dahlia tertawa…Saja mengusik temannya..

9 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haha..dah agak dah..
mesti dorang terserempak dlam alam maya..
ngaaaa..suke2..smbung2..

fzm2 said...

eeeeeee..
dah agk!heeee
k0mpem ter fall
in luv r nih!

MaY_LiN said...

huhu..
chating2 yea..
pandai je..

ceritaku MEMORIKU said...

comel je
jumpe kat alam maya
ne tao honeymoon kt alam maya
ahakzzzz
-na'dz

Anonymous said...

ermm...nmpknya jth cinta kat alam maya la dia org nie...
hihihi..comey btl dia org nie..
honeymoon...eham....

sinichies_girl88 said...

a ha....
cinta siber hehehe...
pasni comperm tangkap cintan diaorang ni...
ermmm bestnya diaorang bersama...
hehehe...
sambung lagi...

Aie said...

smbung...
smbung....
best lah yg nie..

Anonymous said...

emmm...sye nk cite BIARKU BERSANDAR....plaezzzzzzzz...cite tu syok sgt...cite yg len pown not bad...
ten q...

nursya said...

blm fall in luv in reality...
but already fall in fantasy...
nice job...
hehehe...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37