Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, December 11, 2018

Novel Siapa Diriku Terbitan Suara Hati Publication


Author: Akhirnya watak Adam dan Alia menemui pembaca. Bertahun juga peram buku ni hehe.. Synopsis boleh baca kat bawah..

Jom! Layan blurb di bawah dulu dan boleh Pm/Whatsapp SH di 0143471989 untuk maklumat lanjut ðŸ˜‰ðŸ˜˜❤️💙
——————————————————
Tajuk : Siapa Diriku
Penulis : Hajar Ahmad
Harga Semenanjung : Rm24.00
Harga Sabah Sarawak : Rm27.00
Isbn : 9789671620984
Jumlah Mukasurat : 390
Pada zahirnya, hubungan Alia dan Adam sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Saling menyayangi dan saling melengkapi. Namun, apa yang tersimpan di hati mereka hanya mereka sendiri yang tahu.
“Kita berdua menderita. Alia tak sedar ke? Kita tak pernah bahagia. We should stop this. Sampai bila kita nak bohong?”- Adam
“Jadi? Abang nak cerai?”- Alia
Kemunculan Q, menyebabkan Alia menjadi keliru. Bukan keliru untuk memilih cinta, tapi dia lebih keliru dengan dirinya sendiri. Kerana bila bersama Adam dia perlu menjadi Alia, seorang yang sempurna dan terbaik demi reputasi Adam. Tapi jika bersama Q, dia akan menjadi Aza, seorang yang aktif, gila dan lebih bebas.
Alia semakin tertekan. Pil antidepressant menjadi penawarnya.
Adam pula menjadi tamak. Dia mahukan syarikat dalam masa yang sama dia tak mahu Alia pergi kepada Q. Ditambah dengan muslihat Jannah, makin menjarakkan lagi hubungan Alia dan Adam.
Alia atau Aza, mana satu pilihan seorang Alia Azalea?
Quzie Holding atau Alia, mana satu pilihan Adam Ziqri akhirnya?

Siapa nak order boleh klik 👉 SUARA HATI PUBLICATION 👈




Sunday, July 15, 2018

Sekolah Cinta Open House 2018

Watak- watak Utama

Mukhriz + Nieylla = Sekolah Cinta Series.

Lana + Taqiuddin (T) = Cerpen DIA

Amira / Amina + Adam = Sumpahan Untuk SI Puteri


Watak-watak Sampingan

Kyriell , Syakilla = Dunia Destini

Nathalie, Amy, Syirah & Lulu = Sekolah Cinta Series

Dani, Imran, Farek, Ken = Sekolah Cinta Series

Fikri, Dina, Aida, Fira, Wati = Cerpen DIA


Klik 👇 untuk Baca Sekolah Cinta Open House 2018

Sekolah Cinta part 1

Sekolah Cinta part 2

Sekolah Cinta part 3

Sekolah Cinta part 4

Sekolah Cinta part 5

Sekolah Cinta part 6

Sekolah Cinta part 7

Sekolah Cinta part 8

Sekolah Cinta part 9



Open House Sekolah Cinta 2018 Part 9

Open House SekolahCinta part 9

Nieylla menjeling tajam ke arah Mukhriz apabila lelaki itu hampir membuatkannya terduduk ke lantai apabila lelaki itu menarik kerusinya apabila dia mahu duduk.
“Apa?” tanya Mukhriz sambil mengerut dahi.
Nieylla menarik nafas panjang sebelum menarik semula kerusi miliknya.
Mukhriz menarik semula kerusi Nieylla.
“Mukhriz!” Nieylla mengetap gigi.
“Nampak tak lubang tu.. lubang!” kata Mukhriz menunjuk ke bawah.
Nieylla menjeling lagi sebelum menarik kerusinya ke kiri untuk mengelak lubang yang dimaksudkan oleh Mukhriz.
“Aku kahwinkan juga budak berdua ni” bisik Ken sambil mengeleng kepala.
“Wali dia pun dah ada” tambah Farek pula yang sedang menyuap kuih raya yang diambil dari pinggan anaknya.
Oh no.. aku tak nak ada kena mengena dengan diorang berdua. Nampak diorang berdua macam tu pun dah buat aku pening kepala” kata Dani pula yang duduk di sebelah Amy.
Diorang memang sejak zaman sekolah macam tu. Patut kita kurung je diorang berdua ni kat stor buku teks macam kita buat dulu” kata Imran dengan selamba.
Ken, Dani dan Farek mula pucat.
Mukhriz dan Nieylla membulat mata sambil memandang ke arah Imran.
Amy tersedak.
Lulu mengelak dari memandang ke arah mata Nieylla.
Syirah sahaja yang kelihatan selamba menyuap kuih raya dan kelihatan tidak tahu apa yang sedang berlaku di meja itu selepas mendengar kata-kata Imran.
Guys.. terima kasih sebab datang” kata Nathalie yang baru lepas beramah mesra dengan tetamunya yang lain. Kyriell setiap berada di tepinya.
Korang yang kurung kami di stor tu!” kata Mukhriz dan Nieylla serentak.
Mendengar kata-kata Nieylla membuatkan Nathalie melangkah setapak sambil menarik tangan suaminya. Namun Lulu dengan cepat menarik tangan Nathalie.
“Kau yang cakap dulukan, sama-sama mati kalau Nieylla tahu pasal ni. Kau nak pergi mana?” kata Lulu sambil mengetap bibir.
“Siapa yang berani buat rancangan bodoh tu?!” tanya Nieylla cuba mengawal keayuan dengan menarik nafas panjang.
Semua di meja itu memandang ke arah pengantin yang cuba melarikan diri. Nathalie terkebil-kebil kemudian tersipu-sipu memandang Nieylla.
“Eh, korang dah cuba lemang ke? Sedap tau. Teringat waktu kita buat rendang waktu raya kat sekolah dulu” cubaan mengubah topik dari Nathalie.
Mukhriz mengecilkan mata.
“Jangan nak ubah topik” Mukhriz memberi amaran.
“Ingat tak waktu kita cari buluh” Nathalie tergelak paksa, “sampai tersesat,” kata Nathalie sambil memandang ke arah Kyriell untuk meminta bantuan supaya mereka boleh lari dari situasi itu.
“Ya, korang sampai berpusing-pusing dalam hutan dan masih di tempat yang sama biarpun berjam-jam korang jalan. Sampai terserempak dengan labah-labah besar dari hutan maya” kata Kyriell seronok bercerita tanpa menyedari pandangan kini menghala ke arahnya.
“Apa yang kau cakap ni?” tanya Mukhriz sambil mengerut dahi.
Kyriell menggigit bibir.
Korang tak ingat pasal tu” katanya dengan perlahan.
“Macam mana kau tahu pasal labah-labah besar?” Tanya Imran pula sambil mengerut dahi. Walhal bagi Imran, labah-labah besar selama ini bermain dalam memorinya hanya sekadar mainan perasaan sahaja.
I tak pernah ceritakan pada you pasal kami sesat waktu cari buluh. Macam mana you tahu?” tanya Nathalie pula.
Kyriell mula cuak dan memandang ke arah kawan-kawannya yang sedang berkumpul di meja di hujung khemah. Syakilla, Kir Nadzi, Luke dan semua bekas protege.
“Hah! Dah ingat, awak yang kitorang jumpa waktu tersesat mencari buluh tu kan?” kata Syirah sambil menunjuk ke muka Kyriell.
Kyriell terundur selangkah dan tergelak untuk menutup resah hati.
“Em.. Selamat Hari Raya semua biarpun dah akhir raya, jemput makan, minum..” kata Kyriell sambil melangkah perlahan-lahan sebelum berlari ke meja kawan-kawannya.
Nathalie dan kawan-kawan yang lain terkebil-kebil melihat Kyriell yang melepaskan diri.
“Kylla… padam memori diorang.. padam cepat!” kata Kyriell kepada seorang wanita yang duduk di sebelah Kir Nadzi.
Syakylla yang sedang mengunyah ayam rendah melambaikan tangan ke arah yang dimaksudkan oleh Kyriell.
~~~~~~~~~
“Wali dia pun dah ada” tambah Farek pula yang sedang menyuap kuih raya yang diambil dari pinggan anaknya.
Oh no.. aku tak nak ada kena mengena dengan diorang berdua. Nampak diorang berdua macam tu pun dah buat aku pening kepala” kata Dani pula yang duduk di sebelah Amy.
Farek dan Dani berpandangan.
Dejavu!” kata Farek dan Dani.
Diorang memang sejak zaman sekolah macam tu. Patut kita,” Ken yang duduk di sebelah Imran terus menekup mulut Imran. Seperti tahu apa yang bakal keluar dari mulut Imran akan menimbulkan masalah.
“Eh, laki aku pergi mana?” kata Nathalie sambil memandang sekeliling.
“Lemang ni sedaplah Nathalie” Syirah menyuap sepotong lemang ke dalam mulut.
Mukhriz dan Nieylla berpandangan. Seperti ada sesuatu yang lain.
“Apa pandang-pandang!” kata Nieylla dengan tiba-tiba sambil menjeling.
“Eleh.. pandang pun tak boleh. Hari raya ni, tak baik cari gaduh” balas Mukhriz pula.
“Eh! Raya dah habislah. Suka hati la nak cari gaduh ke apa.” Servis dari Nieylla pula sebelum sama-sama berpaling dari memandang sesama sendiri. Rakan-rakan yang lain hanya mampu menggelengkan kepala.
“Patut kita kurung je diorang berdua ni kat stor buku teks macam kita buat dulu” kata Imran selepas beberapa saat Nieylla dan Mukhriz berperang mulut.
“IM!” jerit semua di meja itu.

'Sometime, sometimes, two people need to fall apart to realiza how much they need to fall back together'
Tamat

Klik untuk kembali ke PART 1

Open House Sekolah Cinta 2018 part 8

Open House SekolahCinta part 8

'If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. if it doesn't, then it was never meant to be'

“Riz, saya balik dulu. Ada hal sikit. Sampaikan salam dengan Kyriell” kata Amira selepas menerima panggilan telefon dari Zahra yang mengatakan Din Fitri, suami kepada Zahra dimasukkan ke dalam hospital.
“Eh, kenapa? Awak nak saya hantarkan?” kata Mukhriz yang terus berdiri.
“Eh.. no, tak apa. Saya naik grab car  je. Nanti apa pula kata Kyriell kalau awak balik awal. Saya balik dulu” kata Amira sambil tersenyum. Cuba menenangkan hatinya yang risau mengenai Din Fitri.
Sure?” kata Mukhriz yang berat hati.
“Ya” kata Amira sebelum berlalu.
~~~~~~~~~
Adam tidak jadi membuka pintu kereta apabila melihat Amira sedang berdiri di tepi jalan bersama telefon di tangan. Kelihatan dahi wanita itu berkerut-kerut sambil memandang skrin telefon.
Amira mengeluh perlahan. Mahu pusing balik dan meminta pertolongan dari Muhriz tapi dia malu. Skrin telefon dipandang semula, bingung kerana ini kali pertama dia menggunakan aplikasi Grab. Dia menggaru tepi kepala. Kenapa terlalu sulit. Bisik hati Amira tanpa sedang Adam sedang mendekatinya.
“Assalammualaikum” tegur Adam dari belakang dan sempat melihat skrin telefon Amira, “nak pergi hospital tu ke? saya pun nak pergi sana. Kebetulan tempat kerja berdepan dengan hospital tu” kata Adam tanpa mengendahkan Amira yang terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.
“Eh, tak apa. Saya naik grab ni je” kata Amira cuba berlagak pandai sambil menekan-nekan skrin telefonnya. Kemudian dia mengangkat pandangan dan hanya untuk memandang senyuman perlian dari Adam.
“Dapat tak?” tanya Adam sambil tersenyum.
Amira mengeluh dan menggelengkan kepala.
“Kan sini memang susah nak dapat grab. Tak ramai lagi pemandu di sekitar sini” kata Adam, “dah, jom saya hantarkan” Adam terus melangkah ke arah keretanya yang diletakkan di bahu jalan.
Dengan muka redha, Amira mengekori Adam dari belakang.
~~~~~~~
“Macam mana dengan pakcik awak?” kata Adam sambil cuba mengemaskan pejabatnya.
“Dia dah sihat. Gastric kata doktor” jelas Amira sambil memandang ke sekeliling pejabat Adam. Selepas melawat Din Fitri dan Zahra, Amira teringat yang Adam mengatakan pejabat lelaki itu berdekatan dengan hospital.
“Awak seorang ilmuwan? Atau sejarawan?” tanya Amira selepas melihat pelbagai koleksi buku-buku dan kertas kajian di seluruh pelusuk pejabat milik Adam.
“Saya lebih berat kepada Sejarawan. Tapi kadang-kadang saya akan dipanggil juga ke institusi pengajian untuk perkongsian ilmu” jawab Adam sambil menyediakan kerusi kepada Amira.
Amira terpandang salinan lukisan wajahnya di atas meja. Kemudian dia memandang ke arah Adam.
Adam menggaru belakang leher.
“Itu, lukisan yang diberi oleh salah seorang dari rakan saya” kata Adam.
Amira meletakkan lukisan itu bersebelahan dengan wajahnya.
“Serupa?” tanya Amira sebelum tersenyum dan meletakkan lukisan itu semula di atas meja.
Adam terdiam sambil memandang lukisan itu. Sangat serupa, bisik hatinya.
“Saya percaya yang ini adalah lukisan nenek moyang awak” kata Adam. Amira berdiri dan berjalan di sekeliling bilik. Saja-saja membuka buku-buku sejarah yang ada di dalam bilik itu.
“Sebab itu awak selalu muncul di depan saya?” kata Amira sambil memegang buku sulalatus salatin tulisan Tun Sri Lanang.
“Pada mulanya” kata Adam, “awak tahu pasal ni? Mengenai nenek moyang awak? Keturunan awak?” Adam seakan teruja ingin mencungkil rahsia.
“Sangat tahu” kata Amira sengaja membiarkan Adam tertanya-tanya sementara dia membelek helaian demi helaian catatan sejarah yang ditulis melalui perspektif Tun Sri Lanang.
“Siapa dia? Tun Amina Aisya?” tanya Adam.
Amira tersenyum.
“Seorang wanita yang mempunyai kisah yang sangat panjang” kata Amira sebelum meletakkan buku Sulalatus Salatin di atas rak semula dan Amira mendekati Adam.
“Ianya bermula dari…”
~~~~~~~~
“Lana, Adam dah balik?” tanya Dato Kamal apabila berhenti ke arah meja di mana kebanyakan pekerjanya sedang berkumpul.
“Dah balik dah Dato, dia ada kerja sikit” kata Lana yang duduk bersama rakan sekerjanya. Selepas Dato Kamal berlalu, Nadia Alisya rakan sekerjanya menepuk bahu Lana.
“Lelaki kat meja sana tu dari tadi tengok kau” kata Nadya yang lebih dikenali sebagai Dya oleh rakan pejabat.
Lana memandang ke arah Taqiuddin. Kelihatan lelaki itu sedang berbual dengan seorang wanita.
“Mengarutlah, dia renung orang lain kot” kata Lana yang cepat melarikan pandangan apabila Taiquddin mula berdiri dari kerusi.
~~~~~~~
“Jadi? Saya balik dulu?” kata Taqiuddin sambil memandang ke arah Nieylla.
Nieylla mengangguk laju.
“Ya, saya boleh balik ikut abang nanti” kata Nieylla sambil memandang ke arah Dani, abang kembarnya yang masih berborak dengan rakan-rakan.
Sure?” kata Taqiuddin.
Absolutely,” kata Nieylla sambil mereka berjalan seiringan ke arah kereta milik Taqiuddin.
Okay, dah sampai rumah nanti, awak bagitahu saya” kata Taqiuddin sebelum membuka pintu kereta.
Okay bos” kata Nieylla sambil mengangkat tabik hormat.
Taqiuddin hanya mampu tersenyum dan menggeleng melihat kerenah Nieylla.
~~~~~~~~~
“Aku balik dulu” kata Lana kepada rakan sekerjanya. Lana melambai ke arah Dya.
Dya sempat melambai ke arah Lana sebelum mengejar anak kecil yang berlari-lari di sekeliling meja. Kelihatan suami Dya sedang mengawasi seorang lagi anak mereka.
Lana menghidupkan kereta dan memandu keluar dari kawasan itu sehinggalah keretanya tiba-tiba tersemput-semput dan berhenti di hadapan lampu trafik. Lana cuba bertenang. Mujur kereta tidak banyak di kawasan itu. Sekali lagi Lana cuba menghidupkan keretanya. Percubaan pertama, tidak berjaya. Sekali lagi, Lana memutarkan kunci kereta. Tidak juga berjaya sehinggalah ada seseorang yang mengetuk cermin keretanya.
Lana tergamam melihat wajah di tepi cermin.
Taqiuddin memberi isyarat supaya dia menurunkan cermin kereta.
Lana memandang ke arah Taqiuddin tanpa berkelip namun tangannya bergerak dan cuba memutarkan kunci sekali lagi. Bunyi kereta seperti kuda kehausan. Lana mengeluh dan menurunkan cermin.
“Buka bonet depan” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke depan kereta.
Lana menekan tuil yang ada di dalam kereta untuk membuka bonet depan. Kemudian tidak bergerak dan keluar dari kereta sehinggalah dia melihat Taqiuddin bergerak ke kereta belakang.
“Dah okay ke?” Lana bermonolong sendiri apabila melihat Taqiuddin masuk ke dalam kereta lelaki itu tanpa berkata apa-apa kepadanya, “Dia nak gerak macam tu je” kata Lana lagi apabila melihat kereta Taqiuddin mula bergerak.
Taqiuddin memberhentikan kereta di tepi kereta Lana. Dia mengeluarkan jumper dari bonet belakang sebelum bergerak ke arah bonet depan kereta miliknya. Taqiuddin kemudian menyambungkan jumper kepada kedua-dua kereta sebelum menghidupkan keretanya. Sesekali dia menekan minyak untuk mengecas bateri kereta milik Lana.
Setelah beberapa minit, Taqiuddin melangkah ke arah pintu kereta Lana dan terus membuka kereta Lana. Tanpa kata dia membuka pintu untuk Lana.
Lana seperti faham yang dia dihalau dari kereta sendiri terus melangkah.
Taqiuddin menghidupkan enjin kereta sebanyak dua kali percubaan sebelum berjaya menghidupkan enjin kereta.
“Kena tukar bateri kereta lepas ni” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke bonet depan kereta Lana untuk mencabut jumper.
“Erm.. terima kasih, T” kata Lana berdiri di tepi kereta, “kat sebelah cafe kawan saya ada satu bengkel” Lana menundukkan pandangan bila Taqiuddin memandang ke arahnya, “awak tak nak pergi sekali ke? Boleh singgah cafe..” Lana menelan air liur. Hatinya masih berdebar melihat Taqiuddin di hadapannya, “minum-minum.. “ sambung Lana dengan nada perlahan.
“Awak nak ke minum dengan saya, Lana.. Jumpa saya pun awak lari” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke arah keretanya.
“Kalau kereta saya berhenti tengah jalan lagi?” tanya Lana sambil memandang Taqiuddin yang sedang menutup bonet depan kereta milik lelaki itu.
Taqiuddin mengeluh.
“Lagipun, awak dah tolong saya. Apa salahnya saya belanja awak minum” tambah Lana lagi.
Taqiuddin memandang ke arah Lana kemudian mengeluh.
“Cafe Dina tu kan?’ kata Taqiuddin selepas mengemaskan jumper dan masukkan ke dalam bonet belakang, “saya ikut awak dari belakang” kata Taqiuddin sebelum masuk ke dalam kereta. Kemudian Taqiuddin keluar semula dan menutup bonet depan kereta Lana yang masih terbuka apabila melihat Lana masuk ke dalam kereta tanpa menyedari keadaan itu.
“Kecuali kalau awak pandai bawa kereta sambil tutup mata, bolehlah biarkan tu terbuka” kata Taqiuddin kepada Lana sebelum masuk ke dalam kereta miliknya.  
Lana mengigit bibir menahan malu sambil menghantuk kepalanya pada stereng kereta sebelum teringat yang Taqiuddin boleh melihat gelagatnya dari kereta sebelah. Lana pandang ke kanan, Taqiuddin sedang tergelak di kereta sebelah. Lana menutup mata dan menarik nafas panjang sebelum menekan pedal minyak. 


Open House Sekolah Cinta 2018 Part 7

Open House SekolahCinta part 7

'Sometime, saying I love You no longer can conceal the emptiness in heart'
Kereta yang dipandu oleh Taqiuddin akhirnya berjaya menemukan tempat letak kereta. Biarpun kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan dan berharap agar keretanya tidak menganggu lalu utama.
Nieylla sekali lagi membuka bedak solek dan memandang wajahnya dari cermin bedak solek tadi. Kemudian memandang ke arah Taqiuddin dan membetulkan butang baju melayu yang kelihatan senget di baju Taqiuddin.
“Nieylla.. cuba bertenang. Saya boleh betulkan sendiri” kata Taqiuddin sambil cuba membataskan pergerakan tangan Nieylla dengan memegang lengan baju wanita itu dan menurunkan tangan Nieylla, “kenapa awak gemuruh sangat ni?” tanya Taqiuddin yang sedikit kelucuan dengan tingkah Nieylla pada hari itu.
Nieylla memandang Taqiuddin. Matanya berkelip tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.
“Saya tak ada jawapan untuk soalan awak” kata Nieylla dengan jujur setelah beberapa saat membiarkan Taqiuddin menanti jawapan darinya.
Taqiuddin mengerut dahi dan hanya mampu menggeleng dengan keletah Nieylla.
“Dah lah. Jom, nanti awak tak sempat tengok majlis angkat nikah kawan awak” kata Taqiuddin sambil menolak pintu kereta.
It’s okay.. kita datang ni pun dah cukup” kata Nieylla sebelum keluar dari kereta.
“Pengantin perempuan kan kawan awak, mesti dia nak awak datang awal” kata Taqiuddin sebelum mengunci kereta. Sebanyak lima buah kereta di harus dilalui mereka sebelum sampai ke pintu utama rumah pengantin.
“Ya, kawan waktu sekolah menengah” Nieylla menjongket bahu apabila Taqiuddin mengangkat kening sebelah bila mendengar responnya, “selepas sekolah menengah, semua sibuk dengan jalan masing-masing” kata Nieylla tanpa memberi penjelasan yang panjang.
“Oh… by the way, awak jangan percaya dengan alkisah tiga suku bila jumpa mana-mana kawan saya. Semua tu tipu belaka. Sumpah” kata Nieylla sambil membulatkan mata ke arah Taqiuddin.
Taqiuddin tersenyum menahan gelak.
“Ada apa-apa yang saya patut tahu ke?” tanya Taqiuddin sambil memberhentikan langkah.
“Um… tak” jawab Nieylla tanpa keyakinan, “tak ada” tambah Nieylla lagi yang cepat-cepat meneruskan perjalanan.
~~~~~~~~
“Jadi inilah rumah pengantin perempuan tu?” Amira memandang ke arah rumah besar di tepi mereka melalui cermin kereta.
Kereta yang dipandu mereka masih lagi berjalan dengan perlahan untuk mencari tempat meletakkan kenderaan.
“Inilah kot. Kyriell kata dia dan keluarga dalam perjalanan. Kita masuk dulu atau tunggu rombongan pengantin lelaki?” tanya Mukhriz sambil mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta.
“Mungkin kita patut tunggu Kyriell dan rombongan” cadang Amira.
Mukhriz menganggukkan kepala sambil perlahan-lahan meletakkan kereta di bahu jalan. Mujurlah perumahan itu mempunyai jalan yang besar dan tidak sibuk. Kebanyakan tetamu terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan.
“Dua puluh lima tahun lalu, majlis kahwin tidak semudah ini. Majlis berlangsung selama seminggu sebelum majlis persandingan” komen Amira selepas mereka berdua lama terdiam sambil menunggu di dalam kereta.
“Dua puluh tahun lalu awak baru berusia dua tahun.. ” kata Mukhriz sambil mengerut dahi.
Amira terkebil-kebil.
“Saya tahu mengenai bacaan dan artikel sejarah” jawab Amira dengan tenang.
Mukhriz menggelengkan kepala.  
“Awak pelik” komen Mukhriz.
Amira memandang ke arah Mukhriz.
“Awak selalu bercerita pasal perkara yang berlaku lebih dari usia awak macam awak sendiri melalui zaman tu” kata Mukhriz sambil memandang ke arah Amira, “sama ada awak mendalami apa yang awak pelajari? Atau..” Mukhriz terpandang pasangan yang melalui kereta mereka.
“atau?” tanya Amira.
Mukhriz mengalihkan pandangan dari pasangan itu.
“atau.” kata Mukhriz tanpa mengulas lanjut.
“Atau apa? Cakaplah” kata Amira lagi.
Mukhriz menggaru tepi kepala.
“Ini teori Kyriell” tegas Mukhriz sebelum berkata lebih terperinci.
Amira menganggukkan kepala.
“Kyriell kata yang awak lebih tua dari usia yang tertulis di kad pengenalan awak” kata Mukhriz sebelum tersenyum tepi sambil menggelengkan kepala, “teori yang sangat tak masuk akal” tambah Mukhriz.
“Kenapa tak masuk akal?” tanya Amira sambil memalingkan sedikit tubuhnya agak bertentangan dengan Mukhriz. Belakang badan disandarkan sedikit pada pintu kereta.
Mukhriz mengerut dahi.
“Awak berguraukan?” tanya Mukhriz dengan nada sinis, “wajah awak hampir tak kelihatan macam orang yang berusia 27 tahun. Tua dari itu? Mungkin awak patut mula menjual petua kecantikan” jawab Mukhriz.
“Mulut awak terlalu manis” komen Amira.
Mukhriz tergelak.
“Jujur,” Mukhriz mengangkat tangan seperti ingin mengangkat sumpah, “saya cakap dengan jujur” kata Mukhriz dengan yakin.
Amira tersenyum nipis sambil membetulkan semula duduknya. Cermin tepi tingkap dipandangan dengan keluhan. Pujian Mukhriz membuatkannya resah. Semakin takut jika wajah dan umurnya akan kekal seperti bertahun-tahun lalu.
~~~~~~~~~~~~
So sorry. saya lambat sampai. Lepas tu berbual dengan bos awak sekejap tadi” kata Adam sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Lana.
“Tak apa. Saya pun baru sampai” jawab Lana sambil menawarkan lemang yang baru diambil olehnya.
Adam mengambil garfu dan menyuapkan lemang yang dicicah dengan kuah kacang ke mulutnya. Terangguk-angguk kepalanya bila mengunyah lemang yang begitu lemak itu.
“Sedap” kata Adam sambil mengelap tepi bibirnya.
“Kan..” kata Lana sebelum matanya membulat apabila terpandang wajah yang amat dikenalinya. Beg tangan yang diletakkan di atas pangkuannya terus diletakkan di atas meja untuk menutup wajahnya.
“Awak nak tambah apa-apa ke? Saya nak ambil makanan” kata Adam.
“Erm.. tak apa, awak ambil dulu. Saya habiskan lemang ni dulu” kata Lana perlahan. Seleranya hilang berganti dengan rasa berdebar. Jantungnya seakan mahu terkeluar.
“Awak tak jumpa lontong ke tadi? Selalu awak yang hantu lontong” kata Adam yang baru kembali ke meja bersama sepinggan penuh ketupat dan lontong yang mempunyai pelbagai isi.
“Ah.. em. Tak apa. Awak makanlah dulu” kata Lana sambil cuba mengangkat garpu di dalam pinggannya. Matanya meliar mencari bayangan tadi. Mungkin dia tersalah pandang. Mungkin bukan dia. Bisik hati Lana.
“Kenapa? Tak ada selera?” tanya Adam sebelum menyuap ketupat ke mulut.
“Lemang pun tak habis lagi. Rambang mata tengok makanan banyak sangat” kata Lana. Hatinya mula tenang sedikit. Mungkin betul, dia tersalah pandang.
“Oh, lupa ambil air” kata Adam sebelum berdiri semula dan berjalan ke arah meja buffet.
Adam mengambil air mineral untuk Lana dan air sirap untuk dirinya. Meliar matanya mencari straw untuk air mineral. Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan bungkusan straw belum di buka.
“Nah” kata Amira sambil menghulurkan straw kepada lelaki yang berpusing-pusing di meja minuman. Kebetulan dia melihat kotak air mineral di tepi meja dan menjumpai straw minuman.
“Oh, terima kasih” kata Adam sebelum menatap wajah pemberi straw. Adam mengerut dahi, “Awak..” mata Adam membulat. Agak terkejut melihat kehadiran wanita itu di sini.
Amira terkebil-kebil. Mulanya dia tidak perasan yang lelaki tadi adalah Adam.
“Awak?” Amira juga terkejut. Sejak akhir-akhir ini dia sering terserempak dengan lelaki itu.
“Arghh!”
Tumpuan mereka terlari apabila seorang lelaki tanpa sengaja membasahkan lengan baju seorang wanita di tepi mereka.
You!” Nieylla merenung tajam ke arah Mukhriz sambil mengelap lengan bajunya dengan menggunakan kain lap kering yang dihulurkan oleh lelaki itu.
“Sorry, okay. Aku tak sengaja” kata Mukhriz kepada Nieylla selepas menyerahkan kain lap yang dijumpai di tepi meja.
“Oh…macam aku percaya sangat dengan kau. Aku tahu kau sengaja buat macam tu” Kata Nieylla sambil menunding jari ke arah Mukhriz. Nieylla cuba mengawal suara agak tidak menarik perhatian tetamu lain.
“Ei.. berbulu je aku dengan tuduhan gila kau ni. Apasal aku sengaja nak tuang minuman di baju kau? Kau ada dosa dengan aku ke?” kata Mukhriz pula dengan nada sinis dan perlahan.
Nieylla mengetap gigi.
“Dosa apa yang aku buat dengan kau? Kau tu yang tak habis-habis nak berdendam” balas Nieylla pula.
“Ehemm” tegur satu suara di tepi mereka.
Nieylla dan Mukhriz pandang ke arah Ken, salah seorang dari rakan mereka.
Korang kalau nak bergaduh bukan kan sini.. aku nak ambil air pun susah” kata Ken sebelum menyelit di antara Nieylla dan Mukhriz.
Nieylla dan Mukhriz terdiam sementara menunggu Ken mengambil air.
Ken pandang Nieylla dan Mukhriz.
“Tok Kadi masih ada kat dalam rumah tu. Kalau korang tak berhenti bergaduh lagi, aku suruh dia nikahkan je korang berdua” kata Ken sebelum berlalu bersama segelas air.
Nieylla memandang Mukhriz dengan muka geli.
“Ei.. Simpang Malaikat 44” kata Nieylla sebelum berlalu pergi namun sempat melanggar bahu Mukhriz dengan kuat. Biarpun bahunya juga berdenyut selepas melanggar lelaki itu, namun dia terasa puas hati sedikit selepas lelaki itu membasahkan lengan bajunya.
“Tak guna betul” marah Nieylla lagi sambil mengorek beg tangannya untuk mencari tisu.
“Kenapa?” tanya Taqiuddin yang baru mengambil makanan, “laa.. kenapa lengan baju awak tu?” tanya Taqiuddin apabila melihat lengan baju Nieylla sudah berwarna lain dari sebelumnya.
“Ada orang gila tumpahkan air di lengan baju saya” kata Nieylla sambil mengelap lengan bajunya menggunakan tisu basah.
“Dia yang gila” kata Mukhriz kebetulan lalu di meja Lana.
Nieylla mengetap gigi bila mendengar kata-kata perlahan dari Mukhriz yang lalu di tepinya.
“Takpe, sikit je. Lepas ni kita balik teruslah kalau awak tak selesa.” Pujuk Taqiuddin yang tidak terdengar perlian dari Mukhriz tadi.
“Yelah, lagipun dah tak ada nak pergi mana-mana lagi kan” Kata Nieylla sambil mengumpulkan tisu-tisu yang telah digunakan di dalam plastik kecil agar tidak bersepah.
“Oh ya, tadi dorang Amy dah pergi jumpa pengantin tadi. Kalau awak nak masuk rumah, pergilah. Saya tunggu kat luar je” kata Taqiuddin.
“Ye ke? Saya nak jumpa Nathalie sekejap” Nieylla mengangkat beg tangannya. Sempat juga menhadiahkan jelingan tajam bila terpandang ke arah Mukhriz, “tak apa kan awak tunggu sini? Kalau bosan, awak duduk dengan geng abang” kata Nieylla merujuk ke arah meja yang diduduki oleh abang kembarnya bersama rakan-rakan lelaki yang lain termasuk Mukhriz yang datang bersama seorang wanita.
Okay, pergilah jumpa kawan awak” kata Taqiuddin.
“Ops,” kata Lana yang hampir tersadung selepas terlanggar kaki kerusi namun sempat berpaut pada kerusi di tepinya. Gelas di tangan Lana terjatuh dan tergolek di atas tanah. Mujur gelas plastik. Bisik hati Lana. Kalau gelas kristal? Mahu dipotong gajinya oleh bos. Tapi dia tahu bosnya tidak seteruk itu.
“Gelas awak” kata seorang lelaki yang bangun dari kerusi dan mengambil gelasnya.
“Terima kasih,” Lana tersenyum dan mengangkat pandangan. Jantungnya berdegup laju, selaju train ekspress ERL di Putrajaya.
“Lana” kata Taqiuddin sebelum terkaku di hadapan Lana.
“Erm.. terima kasih” Lana mengambil gelas di tangan Taqiuddin sebelum terus berlalu dari situ dengan hati yang masih berdebar-debar. 


Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37