Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, December 28, 2020

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu 7

 

..yang tak terucap

Bila kau sentiasa mencari kesempurnaan, kekecewaan akan menemani di setiap langkah yang kau ambil - Nadya. 

"For F**king sake Ashrul,  Why? Why can't you just pay attention to your kids!" Nadya mengetap gigi namun cuba memperlahankan suaranya. Matanya memandang Ashraf dan Afiq yang sedang menanggalkan kasut dan menyusun kasut mereka ke dalam rak kasut. Kelihatan dahi Afiq yang diletakkan pembalut luka walhal sebelum keluar tadi anak-anaknya itu baik-baik sahaja. 

"I'm sorry.. but benda tu jadi terlalu cepat. Salah seorang budak di taman tu tertolak Afiq" Ashrul menarik nafas panjang bila melihat Nadya seakan tidak mahu mendengar penjelasannya. 

"Bye papa.."  jerit si kembar sebelum masuk ke dalam rumah. 

Ashrul melambaikan tangan kepada si kembar sebelum memandang semula ke arah Nadya. 

"Cuma calar sikit.." kata Ashrul sambil memandang Nadya. 

"Cuma calar sikit? oh jadi you akan tumpukan lebih perhatian you kalau luka tu lagi teruk dari sekarang ni? You boleh tak, tolong bagi masa you untuk anak-anak? boleh tak jangan terlampau leka dengan benda-benda lain!" 

"Nad, diorang anak juga.. you fikir nak benda tu jadi dengan Afiq? tak sangka boleh jadi macam tu dan minta maaf sebab buat you susah hati tadi" 

Nadya mendengus marah bila mendengar alasan yang diberikan oleh Ashrul. 

Ashrul mengeluh perlahan.

"You know what.. whatever, apa-apa pun yang cakap you takkan dengar dan you takkan percaya. penat Nad.. sangat penat" katanya sebelum melangkah ke keretanya semula. 

"Oh sure.. Inilah yang you rasa sebenarnya kan? You penat, dan you rasa terbeban dengan kami kan?" 

Ashrul menggenggam pintu kereta.

"Stop that Nad.." 

"Stop what?  Itu yang sebenarnya kan? Itu yang you rasa selama ni.. yang kami membebankan you.." 

Ashrul menutup mata dan menarik nafas panjang. 

"Berhentilah Nad.. tolonglah berhenti. You tolak semua orang yang dekat dengan you sebab perangai youYou tak pernah sekali pun tanamkan kepercayaan dengan orang lain Nad. sentiasa cuba buat yang terbaik, untuk anak-anak kitauntuk you dan you pun tahu tentang tu" 

Kini Ashrul mengetap gigi. Nadya sentiasa berjaya membuatkan kesabarannya menipis. 

"But you selalu kecewakan I Ash..!" 

"Nad, minta maaf tapi  tak nak bergaduh pasal benda yang sama setiap kali kita berjumpa. I'm so sorry.."  Ashrul terus masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah Nadya. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mama jangan marah papa..." Ashraf datang mendekatinya yang sedang duduk di bawah gazebo.  

Nadya meraup muka dan cepat mengukir senyuman. 

"Mama tak marah papa.." kata Nadya sambil tersenyum dan mengamit Ashraf agar anaknya itu mendekatinya. 

Afiq mengekori di belakang abang kembarnya.  Kelihatan Afiq menundukkan kepala dan menyembunyikan wajah dari pandangan Nadya. 

"Afiq ada nak cakap apa-apa dengan mama ke?" Tanya Nadya sambil cuba untuk melihat riak wajah Afiq yang masih cuba menyembunyikan diri di belakang Ashraf. 

"Afiq tak sengaja" kata Afiq dengan perlahan. Masih tidak berani menatap wajah mamanya. 

"Afiq tak dengar cakap papa ke?" Nadya perlahan-lahan mendekati Afiq dan memegang tangan kecil itu tanda memujuk. 

"Afiq cuma nak main dengan kawan..." 

Nadya menarik nafas lemah dan kemudian mengukir senyuman. Tangannya mengusap perlahan kepala Afiq. 

"Mama dah pesankan, Afiq kena dengar cakap papa kalau papa bawa jalan pergi mana-mana. Kesian papa risaukan Afiq tadi" 

Afiq menundukkan kepala sambil memegang tangan abang kembarnya. 

"Ashraf dan Afiq janji dengan mama.. lepas ni mesti dengar cakap mama, papa, atok pa dan nek ma.." Nadya memandang kedua-dua anaknya, "boleh janji dengan mama?" 

Si kembar cepat-cepat menganggukkan kepala. 

"Lepas ni call papa and minta maaf dengan papa. Okay?"

"Mama pun?" 

Pertanyaan Ashraf membuatkan Nadya terkebil-kebil bagai baru tertelan tulang ikan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kau takut Nad! sebab tu kau jauhkan diri dari semua orang!.. Nad, ini aku.. Andi. Orang yang selalu dengan kau dan akan selalu dengan kau. Aku janji!" 

Nadya meletakkan telefon di atas meja solek. Mesej yang baru diterima dibiarkan tidak berjawab. 

"Janji? sampai bila Andi? besok lusa kau pun akan bosan dengan aku"

"Nad.. benda yang di dalam kepala kau tu semua tak mungkin akan terjadi Nad.. Kita bukan baru kenal Nad.. dari zaman tadika lagi, aku takkan mampu hidup tanpa kau" 

"Maaf Di... Aku tak percaya. Aku tak boleh percaya dengan semua janji. Janji yang modal hanya air liur dan mulut manis. Bila-bila je boleh terlerai" 

Andi meraup muka dengan kasar. Dadanya turun naik dengan agak laju dan kemudian kakinya mula melangkah ke hulu dan ke hilir. 

"Kalau macam tu.."  Andi memandang tepat ke wajah Nadya dan perlahan-lahan kaki kanan melangkah setapak ke belakang...

Nadya terduduk di atas katil dan mengeluh panjang. Perlahan-lahan tangannya cuba mengapai telefon bimbit dan kemudian laju jari-jemari menaip sesuatu. 

                Nad mungkin tahu dia kat mana sekarang ni, ibu jangan risau. 

Nad akan cari Andi 

- Nadya, 0934 PM

Klik Sini 👉 CYASAR 6 | CYASAR 8

Sunday, December 20, 2020

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 6

 

Detik Itu

Aku sendiri lupa bila kali terakhir aku mengungkapkan kata cinta.. rasa itu sentiasa ada, tapi mulut sentiasa kaku untuk meluahkannya - Nadya

Masa seakan terhenti bila telinga Nadya mendengar kalimah yang dilafazkan oleh Andi. Memang itu bukan kali pertama dia mendengarkannya, tapi itu kali pertama selepas bertahun-tahun lalu. Hatinya yang sejuk terasa seperti disimbah dengan air yang panas. Menenangkan. 

"Sebab hanya dia, gadis yang aku cinta"

Ayat itu masih terngiang-ngiang dikepala Nadya biarpun Ferris Wheel sudah membawa mereka ke bawah. Nadya mengekori langkah Andi. Sejak dari tadi, tiada kata yang terlafaz di antara mereka. Mungkin Andi faham dan memberi ruang untuk Nadya menghadam apa yang terluah di atas tadi. 

"Aku cabar kau" 

"Dan kau akan terima aku lepas tu?" 

"Ya" 

"Dengar semua!!! Aku cintakan Nadya Hj Farouk! Aku janji akan jaga dia"  Andi memandang ke arah Nadya, "seumur hidup aku" sambung Andi dengan perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.  

Nadya tergelak sendiri sambil memandang Ferris Wheel. Kini hanya dia seorang sahaja yang menyimpan memori pada malam itu. 

Andi mengerut dahi sambil menjongket kening sebelah. 

"Nothing" kata Nadya sambil berjalan mendahului Andi. Sesekali dia menjeling ke arah Andi yang kini berjalan seiring dengannya. Andi, wajah lelaki itu kelihatan lebih matang. Susah untuk dia percaya yang memori lelaki itu terhenti pada usia mereka 18 tahun. 

"Oh kejap" Andi berhenti pada satu gerai makan. 

Nadya mengerut dahi bila melihat Andi membeli cotton candy  berbentuk bunga. 

"Kau suka ni kan?" 

"Oh.." ya, years ago..bisik Nadya di dalam hati namun tetap mengambil cotton candy dihulurkan oleh Andi, "thanks" .

"Kenapa? kau dah tak suka?" 

Nady tersenyum lebar. Andi.. dia terlupa tentang kehebatan Andi yang sangat arif membaca dirinya. Tiada ada satupun yang dapat disembunyikan dari Andi. 

"Aku dah jarang makan manis" 

Andi menjongket kening sebelah. Bukan Nadya kalau tak suka makan makanan yang manis.

"Aku terpaksa jaga makan minum aku trying to conceive the twin..dan lepas tu terus jadi habit.." Nadya terhenti bila melihat perubahan di wajah Andi. 

"Twin?"

Nadya tersenyum nipis. 

"Ya, Twin. Tujuh tahun. Boys" Kata Nadya sambil memberhentikan langkahnya. 

"Wah." 

Jeda. Seolah-olah funfair yang penuh dengan orang tiba-tiba sunyi. 

Andi mengaru kepala. Otaknya masih memproses data yang baru diterimanya. Berulang kali dia ingatkan pada diri yang 15 tahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia dan Nadya berjumpa. Mestilah Nadya punyai hidup sendiri. 

"Takde cincin" kata Andi bila ternampak jari manis milik Nadya. 

Nadya terus memandang ke arah tangannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuknya untuk membuka cincin sebelum berjumpa dengan Andi. 

"Ya" Nadya tersenyum nipis, "takde cincin" sambungnya. 

~~~~~~~~~~~

"Nad.. kejap," Andi meletakkan semula helmet di atas motor yang masih bertongkat, "tu bukan.." dahi Andi berkerut sambil memandang seorang polis wanita yang berjalan keluar bersama seorang polis lelaki. 

"Tu bukan budak kelas sebelah kitakan?" tanya Andi.

"Um, ya" 

"Sophia dan A'an kan? Kejap aku nak sapa diorang.." 

Nadya memegang lengan Andi. 

"Better not"

Andi mengerut dahi. 

"Why?" 

"Why?" Nadya menyoal kembali, "Kau masih ada feeling dengan miss perfect tu?" Soal Nadya sambil menjongket kening sebelah. Tiba-tiba rasa cemburu menyulam hati. Dia belum lupa rasa geram dan cemburu bila Andi sentiasa bercakap mengenai 'gadis kelas sebelah' idaman kebanyakan lelaki dari kelasnya termasuk Andi. 

Andi tergelak. 

Nadya seakan tersedar dengan tingkahnya. Wajahnya mula terasa panas. 

"Untuk sekejap tadi, aku terasa yang aku dah dapat semula Nadya aku yang dulu" kata Andi sambil tersenyum lebar. 

Nadya terus menarik tangannya yang masih memegang Andi. 

"Sorry"  Nadya terus menyarungkan helmet. 

Senyum Andi semakin melebar. 

"You're so cute Nady.. " kata Andi sambil mengusap helmet di kepala Nadya. 


#StayHomeStaySafe gais.. Together we #FightCovid19 !


Aku sendiri lupa bila kali terakhir aku mengungkapkan kata cinta.. rasa itu sentiasa ada, tapi mulut sentiasa kaku untuk meluahkannya - Nadya

Masa seakan terhenti bila telinga Nadya mendengar kalimah yang dilafazkan oleh Andi. Memang itu bukan kali pertama dia mendengarkannya, tapi itu kali pertama selepas bertahun-tahun lalu. Hatinya yang sejuk terasa seperti disimbah dengan air yang panas. Menenangkan. 

"Sebab hanya dia, gadis yang aku cinta"

Ayat itu masih terngiang-ngiang dikepala Nadya biarpun Ferris Wheel sudah membawa mereka ke bawah. Nadya mengekori langkah Andi. Sejak dari tadi, tiada kata yang terlafaz di antara mereka. Mungkin Andi faham dan memberi ruang untuk Nadya menghadam apa yang terluah di atas tadi. 

"Aku cabar kau" 

"Dan kau akan terima aku lepas tu?" 

"Ya" 

"Dengar semua!!! Aku cintakan Nadya Hj Farouk! Aku janji akan jaga dia"  Andi memandang ke arah Nadya, "seumur hidup aku" sambung Andi dengan perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.  

Nadya tergelak sendiri sambil memandang Ferris Wheel. Kini hanya dia seorang sahaja yang menyimpan memori pada malam itu. 

Andi mengerut dahi sambil menjongket kening sebelah. 

"Nothing" kata Nadya sambil berjalan mendahului Andi. Sesekali dia menjeling ke arah Andi yang kini berjalan seiring dengannya. Andi, wajah lelaki itu kelihatan lebih matang. Susah untuk dia percaya yang memori lelaki itu terhenti pada usia mereka 18 tahun. 

"Oh kejap" Andi berhenti pada satu gerai makan. 

Nadya mengerut dahi bila melihat Andi membeli cotton candy  berbentuk bunga. 

"Kau suka ni kan?" 

"Oh.." ya, years ago..bisik Nadya di dalam hati namun tetap mengambil cotton candy dihulurkan oleh Andi, "thanks" .

"Kenapa? kau dah tak suka?" 

Nady tersenyum lebar. Andi.. dia terlupa tentang kehebatan Andi yang sangat arif membaca dirinya. Tiada ada satupun yang dapat disembunyikan dari Andi. 

"Aku dah jarang makan manis" 

Andi menjongket kening sebelah. Bukan Nadya kalau tak suka makan makanan yang manis.

"Aku terpaksa jaga makan minum aku trying to conceive the twin..dan lepas tu terus jadi habit.." Nadya terhenti bila melihat perubahan di wajah Andi. 

"Twin?"

Nadya tersenyum nipis. 

"Ya, Twin. Tujuh tahun. Boys" Kata Nadya sambil memberhentikan langkahnya. 

"Wah." 

Jeda. Seolah-olah funfair yang penuh dengan orang tiba-tiba sunyi. 

Andi mengaru kepala. Otaknya masih memproses data yang baru diterimanya. Berulang kali dia ingatkan pada diri yang 15 tahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia dan Nadya berjumpa. Mestilah Nadya punyai hidup sendiri. 

"Takde cincin" kata Andi bila ternampak jari manis milik Nadya. 

Nadya terus memandang ke arah tangannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuknya untuk membuka cincin sebelum berjumpa dengan Andi. 

"Ya" Nadya tersenyum nipis, "takde cincin" sambungnya. 

~~~~~~~~~~~

"Nad.. kejap," Andi meletakkan semula helmet di atas motor yang masih bertongkat, "tu bukan.." dahi Andi berkerut sambil memandang seorang polis wanita yang berjalan keluar bersama seorang polis lelaki. 

"Tu bukan budak kelas sebelah kitakan?" tanya Andi.

"Um, ya" 

"Sophia dan A'an kan? Kejap aku nak sapa diorang.." 

Nadya memegang lengan Andi. 

"Better not"

Andi mengerut dahi. 

"Why?" 

"Why?" Nadya menyoal kembali, "Kau masih ada feeling dengan miss perfect tu?" Soal Nadya sambil menjongket kening sebelah. Tiba-tiba rasa cemburu menyulam hati. Dia belum lupa rasa geram dan cemburu bila Andi sentiasa bercakap mengenai 'gadis kelas sebelah' idaman kebanyakan lelaki dari kelasnya termasuk Andi. 

Andi tergelak. 

Nadya seakan tersedar dengan tingkahnya. Wajahnya mula terasa panas. 

"Untuk sekejap tadi, aku terasa yang aku dah dapat semula Nadya aku yang dulu" kata Andi sambil tersenyum lebar. 

Nadya terus menarik tangannya yang maih memegang Andi. 

"Sorry"  Nadya terus menyarungkan helmet. 

Senyum Andi semakin melebar. 

"You're so cute Nady.. " kata Andi sambil mengusap helmet di kepala Nadya. 


#StayHomeStaySafe gais.. Together we #FightCovid19 !


Klik Sini CYASAR 5 | CYASAR 7

Monday, December 14, 2020

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu 5

 

Kita

Terlalu banyak yang ingin aku ucapkan setiap kali menatap wajahnya, namun melihat senyuman di bibirnya membuatkan aku ikut sama tersenyum dan terlupa apa yang ingin diucapkan.  - Andi. 

Pemandangan dari Ferris Wheel terasa sangat indah. Kelihatan lampu-lampu dari setiap rumah menerangi pekan kecil itu.  Andi memandang wanita yang sedang sibuk menaip sesuatu di telefon bimbit. Tidak sampai beberapa saat, telefon itu berbunyi lagi. Sesekali terdengar keluhan dari bibir wanita di sebelahnya. 

Kemudian Andi tergelak kecil.

Nadya mengangkat kepala.

"Apa dia?"

"Nothing." 

Nadya mengerut dahi dan tidak puas hati dengan jawapan Andi. 

Andi pandang Nadya. 

"Aku teringat waktu Cikgu Maria denda kau lepas telefon kau berbunyi di kelas" Andi menahan gelak. 

Nadya mengerut dahi. 

"Cikgu Maria suruh kau berdiri di atas kerusi dan baca mesej yang kau baru dapat tu" Andi menjongket kening sambil tersenyum nakal. 

Nadya perlahan-lahan menggelengkan kepala. Wajahnya masih berkerut. 

Senyuman Andi mengecut. Tiada tanda-tanda yang Nadya mengingati peristiwa yang melucukan bagi Andi. Malam itu tiba-tiba terasa sunyi. Entah kenapa sosok yang duduk di sebelahnya terasa seakan asing sekali. Sunyi.. kerana tinggal dia sendiri yang berenang di dalam kenangan lalu yang dia sendiri tidak sedari semuanya telah lama berlalu. Baginya, semua itu semua itu baru berlaku semalam.

"Kenapa kau takde waktu aku bangun?" Sosok pertama yang dicarinya setelah bangun dari koma adalah Nadya. Tapi sayang sekali, hanya ada ibunya dan adik beradiknya. Lama dia tunggu namun Nadya masih tidak kunjung tiba. 

Nadya yang sedang menaip mesej terkaku. 

"Setakat apa yang aku masih ingat.." Andi memandang Nadya, "Kita okay.."

Nadya merenung ke depan dan menarik nafas pendek sebelum memandang Andi. 

"Banyak yang berlaku Andi dan kalau kau ingat semua kenangan yang  dah hilang dari memori kau" Nadya memandang Andi, "kau mesti dah tak nak jumpa aku".

"Mustahil" 

Andi memandang tajam ke arah Nadya. Jelas riak tidak puas hati tergambar di wajahnya. 

"Hati aku dah tertulis nama Nadya Hj Farouk..Mustahil untuk aku mengelak dari berjumpa dia dan mustahil untuk aku lupakan dia" Andi tersenyum nipis, "Sebab hanya dia, gadis yang aku cinta" kata Andi dengan serius. 

Wajah Nadya menjadi merah. Malu, terkejut? 

Andi tergelak kecil. Terasa lega bila dapat meluahkan apa yang terbuku dijiwanya. 

"Berbulan aku berlatih nak cakap macam tu.." Andi memandang Nadya yang masih mendiamkan diri, "sebab itu aku beria-ia nak bawa kau datang sini" katanya ingin menjelaskan rancangan yang telah dirancang olehnya berbelas tahun yang lalu. 

~~~~~~~~~~~~~

"Woah! cantiknya pemandangan pekan kita dari atas ni" Nadya mendekatkan muka pada pagar Feris Wheel. 

Andi beberapa kali berdehem dan mengelap tangan yang berpeluh di seluarnya. 

"Oh! Tu kedai Apek Jason" Nadya menunjuk ke arah satu bangunan yang kelihatan begitu kecil bila dilihat dari atas Feris Wheel. Roda berhenti seketika, kelihatan kakitangan Funfair membukakan pintu untuk pelanggan lain. 

"Nad.." 

"Oh tu bukit tempat kita selalu joging" 

Nadya masih teruja dan masih tidak sedar yang Andi sedang melutut dibelakangnya. 

"Nady..." panggil Andi lagi. 

Nadya berpaling menghadap Andi. Matanya terkebil-kebil bila melihat Andi yang sedang melutut. 

"Nadya Hj Farouk.. Aku kenal kau sejak kita darjah satu. Kau jahat dan selalu buli aku sebab dulu aku lebih rendah dari kau. Kau selalu makan bekal yang aku bawa dan suruh aku beli macam-macam bila waktu rehat. Aku benci bila kau guna pemadam aku dan rosakkan sudut yang bersih. Aku sangat tak suka bila kau tak susun balik pensil warna yang kau pinjam..." 

"Aku harap kau ada point penting yang kau nak cakap..." kata Nadya sambil bercekak pinggang. 

Andi tergelak. 

"My point is, Nadya.. kita dah lama kenal. Aku tahu buruk dan baik kau, kau tahu baik dan buruk aku.. Aku tahu yang kita masih lagi muda, masih banyak yang belum kita terokai di dunia ni. Tapi setiap kali aku terbayang hidup aku selepas SPM, setiap saat pasti ada kau. Di mana saja aku pergi lepas ni, aku nak kau ada dengan aku. Sebab aku tak boleh bayangkan hidup tanpa kau..." 

Andi mengorek poket seluar dan mengeluarkan sebentuk cincin berwarna putih. 

"Nadya Hj Farouk, be my girl?" 

~~~~~~~~~~~~

"Telefon siapa yang berbunyi?" 

Nadya menutup mata dan mengetap mulut. Terasa getaran handphone dari poket baju kurung sekolahnya. 

"Malaun mana yang tak berhenti hantar mesej ni" bisik Nadya perlahan sambil menyeluk poket baju dan menekan-nekan punat telefon supaya telefon itu berhenti berdering. Silapnya kerana terlupa meletakkan telefon dalam mood senyap. 

Cikgu Maria semakin mendekat. 

"Nadya!" 

Perlahan-lahan Nadya mengangkat kepala. Sedaya upaya mimik mukanya dibuat menjadi muka sepuluh sen. Mengharap agar Cikgu Maria tidak mengambil telefon bimbitnya. 

Kedengaran bunyi ketawa yang cukup Nadya kenali. 

Di barisan hadapan, sebelah kiri kelas.. kelihatan Andi tergelak dengan kawan-kawannya yang lain. Tangan Andi berada di dalam laci meja. 

Pasti angkara Andi! Jerit hati Nadya. 

"Keluarkan telefon bimbit kamu" arah Cikgu Maria. 

Dengan muka berserah, Nadya perlahan-lahan meletakkan telefon bimbit di atas meja. Ini mesti  angkara Andi yang ingin membalas dendam. Dia menyembunyikan kasut Andi pagi tadi sehingga lelaki itu pergi ke medan perhimpunan dengan hanya memakai stokin. 

"Buka mesej tu dan baca kuat-kuat. Biar kawan-kawan awak dengar" 

Darah Nadya seperti berhenti mengalir ke muka. Pucat! Namun dia lagi pucat bila menerima renungan tajam dari Cikgu Maria. 

"Dear Nadya, entah apa yang mengganggu aku malam tadi. Semakin aku cuba untuk tidur, semakin mata aku terbeliak" Nadya cuba untuk tidak menjulingkan mata bila membaca mesej itu. 

Kelas mereka mulai riuh. Andi semakin galak ketawa. 

"Dear Nadya," Nadya mengetap bibir. Serba salah. Patutkah dia baca atau tidak. 

"Baca sampai habis" kata Cikgu Maria. 

"Sesungguhnya tiada tandingan lagi kecantikan yang ada pada kau.. tidak Juliet dan tidak juga Cikgu Maria yang dapat melawannya"  Dengan perlahan Nadya menyebut nama Cikgu Maria sambil di dalam hati berbakul makian buat Andi, " Kecuali Makcik Bedah, sungguh kecantikan Makcik Bedah tiada tandingannya."  Gila! bisik hati Nadya. 

Seisi kelas ketawa dengan kuat. 

"Sebenarnya siapa yang dia rasa cantik ni? Makcik Bedah ke kamu? Kasanova sangat" Komen Cikgu Maria membuatkan ketawa yang hampir surut mencanak naik.

Nadya mencebik. Memang kasanova!

"Tapi jangan bimbang, hati aku, si Romeo tetap pada kau, Bedah eh Nadya.. sincerely yours, Romeo idaman malaya, yang hensem lagi tampan." Sepanjang masa Nadya memandang tajam ke arah Andi yang sedang menggelakkan dirinya. 

"Siapa Romeo Idaman Malaya yang hensem lagi tampan tu" tanya Cikgu Maria. 

"Saya Cikgu!" Akui Andi tanpa segan silu sambil terus berdiri tegak. 

Pelajar yang lain bertepuk tangan apabila Andi mengaku tanpa segan silu. 

"Suruh masuk pertandingan puisi taknak.. tapi mengarang mesej cinta laju pula kamu. Dua-dua pergi pusing padang seround sekarang juga!"

"Di padang ya Andi.. kamu jangan pergi kantin untuk stalk makcik Bedah pula" tambah Cikgu Maria sebelum Andi dan Nadya keluar dari kelas. Murid lain mula bersorak bila mendengar komen dari Cikgu Maria. 

Klik Sini  CYASAR 4 | CYASAR 6

Thursday, December 10, 2020

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu 4

 

Dulu...

'Aku berulang kali mengucapkan selamat tinggal buat masa lalu, tapi berulang kali juga aku kembali ke masa itu. Masa yang menyimpan seribu satu cerita' - Nadya. 

Nadya memberhentikan kereta di hadapan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam. Dia memandang jam di tangan. Tetap pada waktu yang dijanjikan. Dia mengerut dahi bila sebuah motosikal berhenti di tepi keretanya.

Andi membuka helmet dan mengetuk tingkap kereta Nadya. Sebelum berhenti, dia memandang no.plat kereta Nadya untuk memastikan no.plat yang sama seperti yang tertera di pesanan ringkas dari Nadya. 

"Hi," kata Andi apabila Nadya menurunkan tingkap kereta. Dia tersenyum biarpun hatinya berdegup kencang apabila melihat Nadya. Biarpun telah berusia, Nadya tetap cantik di matanya. 

"Hi," jawab Nadya hampir tidak terkeluar suara. Gugup bila memandang lelaki di hadapannya. Sebahagian dari minda sedarnya menyangka yang sekarang ini adalah mimpi. 

Lama mereka berpandangan sebelum Andi menghulurkan helmet kedua untuk Nadya. 

Nadya yang masih duduk di dalam kereta terkebil-kebil memandang helmet yang dihulurkan oleh Andi. Bagaikan helmet itu agak asing baginya. 

Andi mengerut dahi bila Nadya tidak menyambut helmet yang dihulurkannya. 

"Kita tak naik motorsikal.." ayat penyata yang terkeluar dengan rasa penuh keraguan. Nadya tidak boleh membayangkan dirinya yang sudah berusia 30an membonceng motosikal. 

"Ya. Kita kena naik motorsikal, kat sana takkan ada parking" jawab Andi dengan nada selamba tanpa jemu menghulurkan helmet kepada Nadya. 

"Um.. tak. Kita naik kereta. Awak boleh letak je motorsikal kat sini" 

Andi mengerut dahi. 

"Nad, kalau kita jumpa parking pun kita kena jalan dari kedai Apek Jason sampai ke tempat Funfair. " 

Nadya menggigit bibir. Dia akui kebenaran kata-kata Andi tadi. Tapi, sudah bertahun-tahun dia tidak membonceng motosikal. Dia memandang ke arah Andi yang masih setia menghulurkan helmet kepadanya. Akhirnya Nadya mengeluh dan terus mematikan enjin kereta. Dompet yang diletakkan di kerusi pemandu digapai sebelum dia perlahan-lahan membuka pintu kereta. 

"By the way, kau yakin ke kedai Apek Jason masih wujud?" kata Nadya sebelum menyarungkan helmet. 

Kerutan berlapis-lapis kelihatan di dahi Andi sambil memandang ke arah Nadya. 

Nadya yang perasan perubahan di wajah Andi tiba-tiba teringat sesuatu. Berjumpa dengan Andi semula membuatkan dia terlupa mengenai keadaan lelaki itu sekarang ini. 

"Apek Jason dah 60 lebih tahun waktu kita masih sekolah" 

Mulut Andi membentuk O. Dia terlupa yang zaman persekolahan mereka sudah bertahun-tahun berakhir. 

Nadya mengenggam kuat baju Andi. Sesekali menyembunyikan muka di belakang Andi kerana tidak selesa bila ditiup angin kencang. 

"Andi, slow!" 

"Kereta tu nak berhenti!" 

Andi tersenyum. 

"Orang nak melintas tu!" 

Senyum Andi bertambah lebar bila mendengar teguran Nadya biarpun dia sudah mula  perlahankan motosikal untuk mencari tempat meletak motor. Kelihatan beberapa keluarga berjalan ke arah pintu gerbang Funfair . Andi memutarkan kunci motor. 

Nadya terpinga-pinga di atas motosikal apabila Andi sudah berdiri di sebelah kanannya. Dia memandang kiri dan ke kanan. 

"It's okay, aku pegang motor ni" Kata Andi bila Nadya masih lagi tidak turun dari motorsikal. Selalunya gadis itu yang melompat dulu dari motorsikal. Ah! Andi terlupa lagi yang wanita di hadapannya bukan lagi gadis yang dia kenal beberapa tahun lalu. 

Nadya memegang lengan Andi yang sedang menahan motorsikal daripada terbalik, kaki kirinya diangkat perlahan dan dialihkan ke kanan sebelum melompat turun dari motorsikal berkuasa tinggi itu. 

Andi tersenyum apabila jarak Nadya dengannya hanya beberapa inci sahaja. 

Nadya tersipu bila tersedar yang dia sekarang terperangkap di antara motosikal dan Andi yang sedang memegang motosikal. Dia dapat melihat wajah Andi dengan lebih dekat lagi. Semua tentang Andi bagaikan sama seperti kali terakhir mereka berjumpa. Cuma sekarang, wajah Andi kelihatan lebih matang, ada sedikit kedutan di tepi mata lelaki itu. Mata Andi masih menyimpan seribu ketenangan seperti dulu. Mata yang selalu membuatkannya hilang dalam lamunan. 

Andi berdehem dan mengangkat kening sebelah bila Nadya  mengelamun di hadapannya. 

"Ambillah gambar.. boleh tengok lama-lama" kata Andi sambil tersenyum nakal. 

Nadya terkebil-kebil dan wajahnya terasa panas. Terus hilang semua lamunan masa lampau dan yang tinggal hanyalah rasa janggal. Perlahan-lahan dia menundukkan badan melintasi di bawah tangan Andi. 

Andi menongkatkan motorsikal sebelum berjalan seiring dengan Nadya ke arah pintu masuk Funfair. 

"Finally..dapat juga bawa kau ke sini" 

Nadya memandang ke arah Andi dan kemudian ke arah lampu-lampu yang berwarna warni menghiasi kawasan itu. 

"Kita dah pernah ke sini" 

Andi memandang ke arah Nadya. Mereka berpandangan seketika sebelum Nadya melarikan pandangan. 

"Malam sebelum gerak gempur SPM, kita ada datang ke sini" Ulang Nadya lagi sebelum memasukkan tangan ke dalam poket baju jaket yang tersarung di badannya. Mana mungkin dia lupa, hatinya masih berdegup kencang bila teringatkan peristiwa di malam itu. Kenangan termanis sewaktu zaman remajanya. 

Andi tersenyum lebar. Masih jelas diingatannya, tujuan sebenar dia membawa gadis itu ke Funfair adalah untuk meluahkan rasa hati. Mereka telah berkenalan sejak dibangku sekolah rendah, namun status mereka hanyalah sebagai kawan rapat. Andi memandang ke arah Nadya yang masih memerhatikan keadaan sekeliling. Adakah dia sudah berterus terang dengan Nadya pada hari mereka berjanji untuk berjumpa di Funfair?  Malangnya terasa di hati bila dia tidak ada memori tentang hari itu. 

"Nad.." 

Nadya memandang Andi. 

"Kau muntah lepas naik tu" Nadya menunjuk ke arah permainan yang dinamakan Top Gun Discovery yang berayun bagaikan pendulum. 

Senyuman Andi mengecut. Hilang macho! bisik hatinya. 

"So kita start dengan Merry Go Round atau Go Fish?" Kata Nadya menunjuk ke arah booth yang dikerumuni  budak-budak dan ibu bapa sambil menyimpan senyum bila perasan Andi memandangnya dengan pandangan tajam. 

"Ha.Ha.Ha.. Funny!"

Nadya tergelak kecil. 

"It's okay Andi.. Aku ada sediakan plastik" kata Nadya sambil mengeluarkan plastik kecil dari poket jaket, "you know.. just incase" sambungnya sambil tersenyum lebar. 

Nadya sendiri tidak sedar yang plastik itu ada di dalam poket bajunya. Mungkin sudah kebiasaannya untuk sediakan plastik untuk kegunaan si kembar. 

"Eii..." Andi tidak terkata apa-apa. Hanya mampu menggosok kepala Nadya sehingga rambut wanita itu berselerak bagaikan baru bangun tidur. 

Klik Sini  CYASAR 3  |  CYASAR 5

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37