Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, November 27, 2011

diary isteriku, cerita cintanya 8

      Fahmi melajukan sedikit langkahnya. Apabila melihat pintu lif mahu tertutup, Fahmi berlari-lari anak berkejar ke arah lif.

     “Wait!”

     Jerit Fahmi. Termengah-mengah dihadapan pintu lif. Fahmi mengangkat pandangannya. Mahu berterima kasih kepada orang di dalam lif itu kerana sudi menunggunya. 

      “Terima kasih.” 

      Kata Fahmi sambil berjalan masuk ke dalam lif. Terasa hairan juga bila orang itu masih memerhatikannya dengan dahi yang berkerut. Fahmi cuba melihat sekilas penampilannya, takut ada yang tak kena. Tetapi semuanya sempurna. Seluar masih ada di tempatnya.. Kot pula masih bersarung di tubuhnya. Apa yang tak kena? Bisik hati Fahmi.

      “Fahmi..”

       Fahmi mengerut dahi. Kenal pula orang tu dengan dia. Fahmi menoleh ke arah orang itu. Kelihatan wajah serba-salah,senyum tawar, dah kesedihan di mata orang itu. Fahmi mula meneliti semula wajah orang itu. Ya! Tak salah lagi.. wajah itu sentiasa ada dalam fikirannya. 

        “Fea....” Orang itu, atau lebih tepat lagi, gadis itu tersenyum lebar bila Fahmi mula mengingatinya. 

         “Fea.. you look different..” 

Kata Fahmi dengan hati yang berbunga-bunga. Dia sudah lama mencari dan menanti kehadiran wanita ini.. terlalu lama.

          “Berbeza dari segi positiflah harapnya..” 

 Kata Sofea dengan senyuman. Fahmi tertawa kecil mendengar kata-kata wanita itu. 

“Tentulah.. awak makin cantik.”

Sofea tersenyum lagi. Dia selalu mendengar pujian dari mulut-mulut orang disekelillingnya. Tapi pujian dari Fahmi berbeza.. Ah!.. sungguh selama dia menghilang, dia cuba membina benteng dihatinya untuk lelaki yang bernama Fahmi ini.. Tapi sekarang, dalam sekelip mata benteng itu jatuh berderai. Bunyi lif mengganggu tumpuan mereka. Sofea memandang sekilas skrin kecil di lif itu sebelum memandang ke arah Fahmi semula.

“Hentian saya dekat sini.. saya minta diri dulu..” 

Sofea yang baru mahu memulakan langkah terhenti apabila tangannya ditarik perlahan oleh Fahmi. Kemudian tanpa kata, Fahmi menekan butang G untuk turun semula ke lobby bangunan itu.

“Banyak perkara yang nak cakap dengan awak, Fea.. kita cari tempat makan dulu.. Lama tak berbual dengan awak macam dulu-dulu.” 

Sofea tersenyum kecil. 

“Saya tak suka keluar dengan orang yang saya tak kenal..” 

Jawab Sofea bertujuan untuk bergurau.

“Then...”

Fahmi kelihatan seperti berfikir. Kemudian menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sofea. Sofea menyambut huluran itu dengan kerutan di dahi.

“Saya Fahmi Izkandhar, bukan lagi junior jurusan civil engineering, dan bukan lagi ahli group 20 untuk minggu orentasi Angsana college, nombor telefon saya 016 jalan-jalan sampai terjunam..Kalau berminat, awak dah tak boleh jumpa saya di makmal binaan, sebab saya dah lama graduate dari sana, awak boleh jumpa saya di pejabat saya.”

Sofea tertawa. Teringat kenangan bila pertama kali bertegur sama dengan Fahmi, panjang sungguh mukhadimah Fahmi semata-mata mahu berkenalan dengannya. Masa itu terlalu cepat berlalu. Senyuman Sofea mula mengendur.

“Saya masih ingat ayat awak tu. Saya Fahmi Izkandhar, junior jurusan civil engineering, ahli group 20 untuk minggu orentasi Angsana College, nombor telefon saya 016 jalan-jalan sampai terjunam, kalau berminat awak boleh jumpa saya di makmal binaan dan..”

Fahmi tersengih bila Sofea berjaya mengingati ayat yang pernah diucapkannya suatu ketika dulu. Sofea ragu-ragu mahu menyambung ayatnya. Takut merosakkan senyuman yang ada diwajah Fahmi sekarang. Dan dia juga takut mengulang rasa sakit di hatinya. 

“Dan?”

Tanya Fahmi. Sofea tersenyum tawar. 

“Dan saya masih single ketika ini..”

Perlahan Sofea menyambung. Ketika itu.. Sofea menyambung di dalam hati. Bukan saja dia, Fahmi turut kehilangan senyuman. Pintu lif terbuka sekali lagi.

“Saya masih macam dulu Fea.. takkan pernah berubah..”

Kata Fahmi sambil menggenggam tangan Sofea.


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37