Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, March 19, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 3


Bab 3

“Kau macam mana?”

Dya yang sedang membancuh kopi tersenyum tawar walaupun wajahnya tidak dipaling ke ke arah Farina. Farina yang sedang mencuci pinggan mangkuk di singki mengerling ke arah temannya.

“Macam mana apa pulak?”

Pertanyaan Farina sebentar tadi dibalas kembali dengan pertanyaan dari Dya. Farina mengeluh. Setelah semua pinggan mangkuk habis dicucinya, Farina duduk di kerusi meja makan dapur sambil memerhati Dya yang masih membancuh kopi.

“Benda ni tak perlu diterangkan dengan lebih mendalam lagilah Dya.. Kau pun faham soalan aku. Kau okay ke? Dia layan kau masih dingin atau dah okay? Ada perkembangan atau tidak?”

Bukanlah dia mahu masuk campur atas urusan rumah tangga temannya itu. Tapi dia tidak mahu Dya terluka dengan lebih teruk lagi. Cukuplah luka yang dulu.. Luka yang masih belum sembuh atau tidak pernah sembuh sedikit pun.

“ Okay je...”

Jawab Dya pendek. Farina mengeluh lagi.

“Dalam beberapa bulan lagi, korang dah jadi mummy and daddy tau! Takkan nak terus macam ni.. Susah-susah kau terus terang jelah dengan dia..”

“Nak terus terang apa benda.. useless..”

“Terus terang semuanya! Pasal kemalangan tu... pasal cerita dulu.. semuanya..”

Fahmi yang sedang mengangkat pinggan kotor ke dapur menghentikan langkahnya. Dia cuba mendengar di sebalik ruang masuk dapur apabila terdengar suara isterinya berbual dengan Farina.

“Supaya dapat simpati dari dia? Atau supaya dia layan aku dengan baik? Macam Iz layan aku?...”

Farina menggigit bibir bila terdengar nama itu keluar dari mulut Dya. Sudah lama sangat nama tu tidak disebut Dya.

“Rasanya baru semalam dia ketawa dengan kita.. Baru semalam kita konvoi ramai-ramai dengan kita... Aku dah rindu sangat suasana macam tu.. Tapi... benda dah berlalukan.. Sekarang kehidupan aku dengan Fahmi.. Aku tak kisah macam mana dia layan aku... Yang penting aku menjalankan tugas aku sebagai isteri dia..”

Belum sempat Farina membalas, perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Fahmi di depan dapur. Fahmi cuba membuat muka selamba. Seperti tidak mendengar apa-apa.

“Ni ada lagi pinggan kotor.”

Farina dan Dya berpandangan. Takut pula Fahmi mendengar perbualan mereka sebentar tadi.

10.00 am

Hari ni berlaku perkara yang tidak pernah diduga...

~~~~~~~~~

“Geng... bolehkan aku ajak roomate aku yang handsome sikit ni ikut kita?”

Sebaik saja Sofian menghabiskan ayatnya, mata Dya terus tertumpu kepada jejaka yang di sebelah Sofian itu. Jejaka itulah yang selalu mengganggu tidur malamnya. Dan sekarang jejaka itu ada di depannya. Mamat Pathway! Bisik hatinya. Jejaka itu tersenyum manis dihadapannya. Memang malam ni tak tidur lenalah... bisik hati Dya.

“Dya... Dya..ooo Dya...”

Sofian melambai-lambaikan tangan dihadapan mata Dya. Okay ke tak budak ni. Dya yang baru tersedar dari lamunannya tersenyum malu. Merah padam mukanya bila diusik. Rupanya sudah lama jejaka yang diminatinya itu menghulurkan salam persahabatan. Dia saja yang mengelamun tak ingat!

“Nama saya Izhar..”

Izhar memperkenalkan diri sambil tersenyum manis. Cair mak oi! Bisik hati Dya.

“Izhar je ke?”

Adush! Kenapalah kau mesti berlagak macam perempuan gediks kuasa 2 ni Dya.... Laju pulak tu mulut ni bertanya. Dya memukul perlahan mulutnya. Izhar tertawa kecil.

“Tak adilkan kalau saya bagitahu nama saya panjang-panjang kalau awak langsung tak bagitau nama awak.”

Jawab Izhar pula. Dya menunduk menahan malu.

“Nama saya kan Dya..”

“Pendeknya... Nama panjang?”

“Nama panjang Mak Cik Dya yang cantik lagi vogue dan beautiful!......”

Dya kelam kabut masuk ke dalam van tanpa mengendahkan Izhar yang sedang menahan gelak mendengar jawapannya.Izhar menggelengkan kepala melihat telatah gadis yang kini menjadi virus dan cuba mendominasi hatinya.

Sepanjang perjalanan itu, hati saya tidak berhenti berdegup kencang.. dan seperti tidak mahu mengakhiri perjalanan itu..Biar kami terus berada di dalam van yang sempit itu.. Biarlah van tu berjalan sejauh mana yang dia mahu.. asal perjalanan ini tidak berakhir.

9.00 pm

Nadia Alisya.

“Oit!... Mana hubby kau...”

Fahmi kelam kabut menyembunyikan diari isterinya itu dibawah bantal apabila mendengar suara Farina dan Dya diluar pintu biliknya.

“Dah tidur kot.. apahal?”

Terdengar suara Dya membalas. Fahmi menarik selimut apabila mendengar pintu dibuka dari luar. Sebelum masuk ke dalam bilik mereka, Fahmi terdengar lagi perbualan Dya dan Farina walaupun kedua-dua wanita itu separuh berbisik. Mungkin Dya membuka pintu bilik mereka tadi untuk memastikan yang dirinya sudah tidur. Bisik hati Fahmi.

“Apa benda yang kau nak cakap hari tu..”

Tanya Farina perlahan.

“Diari aku.. aku nak suruh kau simpan.. Tapi hilang la.. semua pulak tu.. tak tau kat mana aku simpan..”

Kata Dya perlahan.

“Diari? Diari yang kau simpan semua cerita yang lalu-lalu tu??”

Tanya Farina lagi.

“A’aa lah... tak tahulah macam mana kalau Abang Fahmi jumpa benda tu...”

Kata Dya risau.

“Laa... kau ingatlah betul-betul kat mana kau letak benda tu.. manalah tau tertinggal kat rumah sewa kau dulu ke.. ala biarlah.. Fahmi bukan minat nak baca buku-buku Diari ni... “

“Em... nantilah aku cari.”

Fahmi menutup mata apabila pintu bilik mereka dibuka sekali lagi. Dia terasa rambutnya seperti dibelai perlahan.

“ Dya sayang awak...”

Dya mengelap airmata yang semakin membasahi pipi. Rindu itu semakin mencengkam.. Tapi dia sendiri tidak tahu macam mana mahu hilangkan perasaan itu.. Mahu mencari Izharnya dimana lagi?... Adakah lagi peluang untuk dia meleraikan rasa rindu itu.....


4 comments:

MeGa_Lisa said...

Tak tahu kenapa font dia jadi besar gadabak mcm ni.. so sorry ek kalau terganggu dgn font yg besar sewaktu membaca,,,

MaY_LiN said...

nak lagi..
fahmi ni..
xbaik tau baca diari org..

nursya said...

adoihai...

beria sggh fahmi nk tau citer pasal dya nie..

xbaik baca dairi org len...
privasi tuh..

Ava Bryan said...

Loved reading this thank you

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37