Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, February 9, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 8

Bab 8

“Hai.. macam ada sesuatu yang pelik berlaku dalam bilik ini.. something different.. kenapa ya?” Chika dari doom sebelah muncul di depan pintu.

“Aku pun rasa begitu cik Chika.. kenapa ya? macam pelik..” Pony yang sedang bersantai di dalam lockernya menjawab.. Kebetulan pula lockernya terletak bersebelahan dengan pintu.

“Selalu bilik kamulah paling kecoh time2 malam sebelum bercuti ni..” Chika sudah duduk di sebelah Ieyna yang sedang berkemas.

“Entah apa masalah si Irah tu.. selalunya dialah yang kecoh suruh satu li-techs ni packing barang..” Ieyna menjawab sambil melipat bajunya.

“Kau kenapa Irah? emo je, gaduh dengan Paied ya?” Clara menegur Dahlia yang sedang mengemas bajunya dengan senyap sekali.

“Takdelah gaduh2 dengan Paied.. Cuti ni aku kena balik kampung..” Dari air mukanya saja sudah kelihatan riak ‘aku-tak-mahu-pulang-sana’ atau ‘aku-terpaksa!’

“Aik? banyak duit tiap kali cuti pulang kampung..” Syana pula menyampuk dari atas katilnya.. dia juga sedang sibuk mengemas pakaian.

“Terpaksa..” Belum habis ayatnya, telefon LG chocolate sudah menyanyikan lagu cun saja dari sleeq. Dahlia keluar ke balkoni untuk menjawapnya.

“Assalammualaikum.,” Paied memberi salam dari hujung talian..

“waalaikumsalam.. Sorry tak dapat jawab call tadi..” Dahlia menyandarkan tubuhnya di balkoni dan matanya sempat menangkap gerak geri sebahagian dari penduduk aspura yang masih berlegar2 di kaki lima. Ada juga yang bermain gitar di belakang bangunan aspura yang menghadap ke arah aspuri. Selalunya pelajar lelaki bukan saja bermain gitar, tetapi juga mengadakan aktiviti mengecas handphone beramai2 kerana sesetengah bilik mereka tidak mempunyai suis untuk mengecas benda alah itu.

“Kenapa? busy mengemas ke? Tahulah orang tu sentiasa excited kalau balik bercuti..” Suara Paied ceria di hujung talian.

“Takdelah.. Ada perhimpunan malam kejap tadi lepas prep.. Alah, pasal ada budak aspura yang ponteng sekolah dan bersembunyi dalam bumbung hari tu..” Paied tertawa..

“Ni mesti semua kena marah ni..” Teka Paied.

“Mesti yang amatlah.. boleh cikgu Idris bariskan budak2 yang ponteng tu lepas tu sebat sorang2.. kalau tak serik lagi tak tahu la..”

“Hum.. memang tak serik punya tu.. Paied yakin 100%..” Dahlia tersenyum. Kedengaran suara terkejut+gembira= bahagia Kelly dari dalam bilik apabila dia terjumpa kertas A4 yang juga surat cinta dari Fie yang mahu di tujukan buat abang AA. Seketika kemudian kedengaran pula suara Fie turut menjerit sambil bergegas mengambil surat itu yang masih berselindung semula di bawah bantal. Kelly tertawa panjang.. Suara Pony juga kedengaran meriuhkan suasana Q-17.

“Apa tu? kecoh je?” Tanya Paied.. Dahlia tertawa.

“Fie mengarang surat petang tadi..” Sengaja Di kuatkan suara agar Fie mendengarnya..Pony dari petang tadi menyindir Fie apabila melihat teman mereka itu penuh konsentrasi mengarang sekeping surat ibarat membuat karangan yang Cikgu Winney tugaskan.. “Lepas tu dia letakkan di bawah bantal di bantal Pony.. terlupa nak simpan kot.. lepas tu apalagi bila Kelly ternampak surat tu.. kecohlah.. tak terlompat si Fie mengambil surat tu..” Cerita Dahlia dalam gelak.,

“Ketawa kau sana!” Marah Fie dari dalam bilik.. Paied yang mendengar turun tertawa..

“Garangnya..” Komen Paied..

“Memang.. jahat betul..” Tambah Dahlia lagi..

“Okaylah.. pergilah sambung mengemas.. saja je nak dengar suara tadi..” Kata Paeid.

“Okay.. Good night.. sleep tight.. miss you..” Dahlia bersuara perlahan.. Tapi cukup untuk di dengari oleh seluruh penghuni Q-17 yang mencuri dengar dari pintu belakang..

“Miss you too.. muah! muah!” Ejek mereka.. Paied tertawa.. Dahlia menjelir lidah buat teman sebiliknya.. ‘Sibuk!’

“You too.. tidur awal..rasanya Paied tak payah cakap lagi.. dah ada wakil kat bilik tu tolong cakapkan untuk Paied..” Dahlia tertawa. faham maksud Paied. Dia memutuskan talian selepas tamat perbualan mereka.

“Wah3.. Asyik benar berbual.. “ ‘Pony jeles.’ Dahlia masuk semula ke dalam bilik dan mengemas barang2nya..

“Wei, Kita karaoke malam ni?” cadang Clara setelah habis berkemas..

“Sound great.. Siapa main gitar?” Tanya Syana.

“Siapa lagi.. Kelly la..” Fie pula muncul dari locker.

“Nyanyi?” Pony pula..

“Ramai2 la..” Dahlia pula menyampuk..

“Tinggal kenangan versi original..” kedengaran pula suara Ieyna..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wei! Bangun2.. dah pukul 5.. habislah.. kita ada 1 jam untuk bersiap..” Pony membangunkan seluruh penghuni bilik yang masih bermimpi.. Inilah padahnya bila lambat tidur.

“Hah! pukul 5? ala,.. aku belum seterika baju lagi ni..” Dahlia mengaru kepalanya yang tidak gatal.. sebaliknya rambutnya pula kusut masai..

“Mesti dah penuh bilik air kat bawah tu.. tak boleh ke kita pakai bilik mandi senior?” Ieyna baru bangkit dari tidur..

“Karang kena marah lagi.. terpaksalah berbaris.. macam dalam cerita P.Ramlee tu..” Kelly sudah bersiap untuk turun mandi.. berus gigi di gigit di mulut sambil tangannya mengapai tuala,

“Kenapalah aku boleh terfikir untuk tinggal di sekolah berasrama..” Komen Syana dari katil.. masih belum bangun dari pembaringannya..

“That make two of us..” Ujar Fie pula..

“Boleh ke tak payah mandi.. pakai minyak wangi je.. bau sabun masa mandi kelmarin masih ada lagi ni..” Kata Clara seperti orang mamai..

“ Dah2.. cepat bangun.. ramai2 serang bilik air..” Fie sudah sedia mengangkat baldinya. Dalam pada mengeluh.. dikerahkan juga tenaga untuk turun ke bawah dan bersiap sebelum di kunci di dalam aspuri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hei…. bangunlah.. semua orang dah kelam kabut balik da ni…” Ujar Paied lembut.. cuba membangunkan Dahlia dari lena..

“Bagi Irah 5 minit please,,,.” Ujarnya.. Paied tersenyum.. Kelas 4 PKA2 sudah kosong dan hanya tinggal mereka berdua sahaja.. kecian melihat Dahlia yang kelihatan kepenatan, dia sudi menunggu sehingga si gadis bangun dari lena.

“Okay…walaupun dari tadi irah kata 5 minit..” Bisik Paied kelucuan.. macam mengantuk sangat gamaknya.. Haryani rakan sekelas Dahlia sempat memberitahunya yang Dahlia berani melabuhkan tirai mimpi walaupun masa terakhir tadi adalah kelas cikgu Jimmy.. ‘ni mesti escape kelasla ni..’ Tiba2 kedengaran bunyi getaran handphone dari poket baju kurung Dahlia..

“Irah.. handphone bunyi tu.. incoming call kot..” Paied cuba mengejutkan Dahlia sekali lagi..

“Emmm.. orang ngantukla.. tolong jawabla..” Dahlia menjawab dalam keadaan mamai dan menyerahkan handphonenya kepada Paied.. Paied menggeleng sambil menekan punat ‘answer’

“Hello.. siapa ni?” Tanya Paied kerana nombor telefon itu tidak tercatat dalam buku telefon Dahlia..

“Dannial.. siapa ni? ni telefon Dahlia kan?” Tanya Dannial takut tersalah nombor.

“Ya.. Phone Dahlialah ni.. saya tolong jawab.. awak siapa?” Paied pula bertanya soalan yang belum dijawab olehnya.

“Saya…saya cousin dia..” Dannial menepuk dahi.. ‘apasal aku pula yang gabra, padahal aku suami dialah.. ni siapa pula lelaki yang pegang handphone dia ni..’

“Ooo.. saya Paied.. kawan dia.. kenapa ya, emm.. Irah tengah berehat sekarang ni..” Terang Paied.. Dia kedengaran bunyi orang mengeluh kelegaan di hujung talian. Dannial pula tak tahu kenapa dia kelegaan.

“Emm.. Parent dia called dia dari tadi.. tapi dia tak angkat.. flight dia pukul 6 ni.. sekarang dah pukul 3 tapi dia tak pulang rumah lagi parent dia kata.. dia okay ke?” Tanya Dannial risau juga bila ibunya beritahu yang Dahlia tak angkat handphone dan yang paling merisaukan, cerita itu sampai ke pendengarannya.. Dia berfikir Dahlia melarikan diri sebab tidak mahu balik ke kampung.

“Okay.. Cuma ni masih tidur lagi ni.. Dia tidur dalam kelas tadi.. ni mesti enjoy dengan roommate dia sampai tengah malam.. tu yang mengantuk sampai sekarang ni.. Beginilah.. Suruh je parent dia ready kat airport.. nanti saya hantar dia kat sana.. sebab tengok dari gaya dia tidur ni.. gempa bumi pun tak bangun ni..” Ujar Paied panjang lebar..

“Oo..” Balas Dannial pendek.. tak senang hati mendengar Paied bercerita panjang lebar. “Okaylah kalau begitu.. assalammualaikum..”

“Waalaikumsalam..” Paied merenung Dahlia yang sedang lena.. “Siapa Dannial Irah? Paied yakin dia bukan cousin irah..” Namun Dahlia tetap lena tanpa sedar Paied dilanda kelukaan……

1 comment:

nursya said...

aloh2...
frustnyer...
cian Paied

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37