Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 2, 2011

Dana atau Adriana??, 22

Dana memulakan tugas hariannya, menyapu, membasuh,.mengemas Kadang-kadang terfikir juga.. apa pekerjaannya selama ini sehingga menyebabkan dia sungguh mahir dengan kerja-kerja itu.Kecuali memasak.. Bercakap pasal memasak, Dana teringat lauk asam pedas yang dimasaknya pertama kali tengah hari tadi dan pertama kali jugalah Mikhail tergamam bila merasa lauk yang susah payah dimasaknya. Ingatkan sedap, hampanya bila Mikhail meluahkan semula makanan yang sudah selamat dikuyahnya.

"Pahit!!!!!!!"

Dana terpejam celik kerana terkejut mendengar jeritan dari Mikhail. Kaki seperti rasa ringan saja kakinya ingin berlari masuk ke biliknya, namun dia seperti lumpuh tidak dapat menggerakkan apa-apa anggota melihat renungan tajam dari Mikhail.

"Apa yang kau masak ni?? kau nak racun aku ke apa??!"

Dana menelan air liur. Tu dia.. baru mukhadimah tu... Belum lagi isi-isi penting sebanyak 6 isi berserta pantun-pantun dan tidak lupa, penutup yang begitu bebisa. Manalah dia tau Mikhail mahu makan dia rumah hari itu. Siap menempah macam dekat restaurant lagi tu, nakkan asam pedas ikan pari kononnya. Baru je mahu memberi alasan..

"Bahan-bahan takde Tuan.."

Belum terkeluar lagi dari mulutnya, sudah kelabu asap matanya melihat bahan-bahan mentah yang baru diberi Mikhail. Kelam kabut dirinya mencari buku resepi yang dibekalkan oleh Mak Timah, orang gaji Datin Rafeah.

"Dah! hancur selera aku! Macam dah hilang minat terus dengan asam pedas disebabkan masakan kau ni!"

Mikhail kemudiannya mengambil kunci keretanya dan kemudiannya menghilangkan diri disebalik pintu depan rumah mereka. Dana mengeluh lega bila tidak lagi melihat bayang Mikhail. Boleh kena heart Attack bila hari-hari macam ni. Dana merasa sedikit masakannya yang ditinggalkan Mikhail itu. Puih!!! memang patut pun kena marah!.

PUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUTTTTTTTTTTTTTT....... Bunyi cerek yang membingitkan suasana mengejutkannya dari lamunan yang hadir seketika cuma. Bila teringat rasa asam pedas masakannya, memang tidak akan dia akan lagi masak asam pedas! Terlupa pula seorang watak lagi ketika tengah hari tadi. Marina sudah pindah masuk ke rumah mereka. Rumah Mikhail sebenarnya. Entah apa sebabnya, Dana sendiri malas mahu mengambil tahu. Dan yang peliknya.. Marina tidak mengambil port merasa masakan 'kakak ipar atas kertas'nya itu. Macam tahu-tahu je benda tu tak sedap.

Marina yang baru bangun dari tidur petangnya melangkah ke dapur. Melihat Dana yang sedang sibuk menyediakan makan malam membuatkannya tersenyum. Teringat peristiwa tengah hari tadi. Mahu tidak naik angin kus-kus abangnya bila merasa asam pedas yang dimasak oleh Dana itu. Tukang masaknya juga tidak sanggup merasa air tangannya sendiri.

"Yna.. apasal tengok je? cedoklah lauk tu.. tadi kata lapar sangat."

Tegur Mikhail apabila adiknya kelihatan serba salah di hadapan makanan yang sudah di sajikan. Marina tersengih. Sengih ada makna tu....

"Abang ada insuran tak?"

Mikhail mengerut dahi. Nasi yang mahu disuapkan dimulutnya dihentikan seketika. Lagi 1 cm mahu sampai ke mulutnya. Hairan pulak bila adiknya bertanya soalan sebegitu masa makan.

"Ada.. apasal?"

"Em.. takde apa-apa.. makanlah.."

Aku tak mahu amik risiko.. Bisik Marina perlahan. Puiiihh! Dah agak dah.. Terkulat-kulat juga bila melihat muka Dana yang ditengking oleh abangnya. Aik? tahannya kena marah.. dah hilang tanduk ke Cik Dana oi... Bisik hati Marina pula.

"Dana masak apa?"

Tanya Marina. Menguap sekejap. Apa nak disusahkan, kan dah ada 'kakak ipar' sediakan semua. nak air, minta je.. gerenti sampai dalam masa 2 minit la. Kalau Adriana? hah! mintalah banyak-banyak.. terima kasih banyak-banyak lah juga bila menerima tamparan wanita dari wanita itu.

"Teriyaki, Miso Soup, dan Tataki."

Sah! Semakin kuat andaiannya. Memang dia yakin bahawa Dana ialah Adriana. Dana pernah menetap di Jepun selama 3 tahun. Bila balik je ke Malaysia, masakan jepun jalah yang terpaksa diratah oleh Adrian dan Illina. Dan yang peliknya, bertahun-tahun tinggal di Malaysia, tak pula pandai masak lauk-pauk melayu. Rya..Rya..

"Abang belum pulang?"

"Belum.."

Jawab Dana sambil tangannya cekap menghiris dada ayam senipis 1 cm. Kedengaran bunyi dari pintu depan rumah. Marina yang cuba menolong 'kakak iparnya' sikit-sikit melirik ke arah pintu. Panjang umur abangnya. Beberapa minit selepas itu, kedengaran suara abangnya yang sudah berada di dapur.

"Instant Soup ke?"

Sarkastik sungguh abangnya itu sambil mengacau-ngacau sup miso yang sedang dididihkan. Dana pula mendiamkan diri. Rasa tidak boleh bernafas bila Mikhail sudah masuk ke dalam rumah. Entah jembalang apa yang mengikut Mikhail selalu. Bila ada Mikhail je mesti dia rasakan jantungnya berdegup seperti mahu keluar dari badannya. Mesti membela ni.. Tuduh Dana dengan nakal. sengaja mahu menyedapkan hati yang memang terasa pahit sekarang ni. Marina tahan sengih. Abangnya tidak tahu lagi kehebatan Dana memasak masakan jepun. kalau tahu.. mesti abangnya tarik Dana bawa pergi pejabat kadi sekarang juga untuk mengesahkan perkahwinan mereka dan mengambil Dana menjadi isteri yang sebenar-benar dan sesah-sahnya!. Abangnya memang super duper peminat makanan jepun!.










3 comments:

nursya said...

alah2...
dana nie kena bljr msk nie..
xkan ari2 mkn mskan jepun kot..
hihihi..

pinkpurle amie said...

Assalamualaikum....
waaa dana atau rya sudah jatuh cinta la hahaha.... jantung berdegup nye cik RYA... huhuhuh...
mike nie.. mesti pas nie jth cintan gak la kat rya.. pas mum mkanan RYA huhuhu....

sambung cepat!!! hahaahahaha x sabar nak tau next episod (^_^)

love amie <3 :)

sakura said...

x suka la mike 2
nak dana bercerai degan mike
dana boleh dapat laki y lagi baik

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37