Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Monday, January 17, 2011

Diari isteriku, Cerita cintanya prolog

Prolog


“Awak… saya ikut awak ya..”

Dya mendekati kekasih hatinya. Entah kenapa, sejak dari tadi kekasihnya itu tidak banyak bercakap, macam ada sesuatu yang dirungsingkan. Izhar tersenyum tawar kemudian menggeleng.

“Dya ikut dorang Yani ya.., saya ada hal sikit ni..”

Dya menarik muncung. Dari pagi tadi perasaannya gelisah semacam saja. Bila Izhar menjemputnya dengan wajah yang masam membuatkan gelisah di hatinya bertambah-tambah. Sejak akhir-akhir ni Izhar sering kali menjauhkan diri darinya. Dan Izhar lebih banyak berdiam diri dari bercakap seperti dahulu. Hatinya bertanya-tanya. Apa kesalahan yang sudah dia lakukan sehingga membuatkan Izhar menjadi seperti itu. Dia tidak mahu hubungan mereka yang harum mewangi selama bertahun itu hancur berkecai tanpa sebab yang kukuh.

“Dya tak mahu ikut Yani.. Awak hantar Dya ya?”

Pinta Dya perlahan dan mengharap. Izhar mendengus dengan kedegilan kekasihnya itu. Bukan dia tidak mahu membawa Dya.. tapi dia rasa berat hati.. Dia tidak tahu kenapa.. Dya merenung Izhar yang seperti berfikir panjang itu. Awak.. kenapa awak menjauh.. bisik Dya di dalam hati.

“Tak boleh hari ni Dya.. awak ikut Yani ya.. saya ikut dari belakang..”

Bantah Izhar perlahan. Dya cuba menahan rasa sedih yang sedang menguasai hatinya ketika itu.

“Kenapa tak boleh… lagipun kereta Yani dah penuh.. takkan nak bersempit-sempit juga.. Lagipun awak pun pergi tempat tu juga kan.. kenapa dengan Iz ni..”

Air mata sudah membasahi pipinya. Ah Dya Erinda.. kenapa kau jadi begitu sensitive hari ni.. Dya cepat-cepat mengelap air matanya. Izhar mengeluh perlahan.

“Kalau tak nak naik kereta Yani.. Dya naik kereta Sofian ya..Masih muat lagi tu..”

Izhar! Dya merenung tajam mata Izhar.. kenapa Izhar begitu bersungguh-sungguh. Sehingga menyuruhnya menumpang kereta Sofian. Selama ini, Izharlah orang pertama yang akan membantah kalau dia mahu menumpang kereta Sofian walaupun di temani dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Tapi hari ini, kerena tidak mahu Dya menumpang kereta Izhar, Izhar rela hati member cadangan itu. Bencikah sudah lelaki itu dengan dia?

“Kenapa? Awak dah benci Dya? Dya ni menyusahkan awak ke selama ni?”

“Tak Dya.. tapi hari ni saya rasa tak sedap hati.. takut nak bawa awak menumpang kereta saya..”
Ucap Izhar perlahan. Air mata Dya kembali mengalir.

“Dan saya takut.. tak sedap hati nak biarkan awak memandu sendiri.. Tolonglah.. hari ni je saya tumpang kereta awak.. saya tak sedap hati.. please..”

Rayu Dya… Dia tahu itu hanya mainan perasaan tapi dia takut.. begitu takut.. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sebegitu.

“Awak ni… ni bukan kali pertama saya memandu. Dah bertahun.. Awak ikut Yani okay? Kalau tak muat, minta Syirah yang ikut kekasih dia tu.. sebenarnya saya pun tak mahu sangat awak satu kereta dengan Sofian. Besok saya belanja awak makan ais krim ya..”

Pujuk Izhar perlahan. Dya mengangguk perlahan walaupun masih belum berkurangan rasa bimbang di hati.

“Awak janji ya? Belanja saya aiskrim besok.”

Izhar hanya mengangguk.

“awak janji tau.”

“Insya_allah..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dya terduduk bila mendengar kata-kata dari Doktor Hakim. Puan Khalidah, ibu Izhar menggosok perlahan bahunya. Sepatutnya dia yang menenangkan Puan Khalidah, Tapi bila mendengar kata-kata dari doctor itu tadi, serta merta semangatnya hilang. Dia tidak setabah orang lain. Dia tidak pernah ditimpa bala petaka seperti ini.. Kalau lah.. kalau lah masa boleh diulang semula…biarlah dia bersama Izhar di dalam kereta itu.

“Kau dengan Izhar bergaduh ke?”

Tanya Yani kepada Dya apabila mereka dalam perjalanan ke Denai Wada’ah untuk berkelah seperti yang dirancang mereka minggu lalu.

“Tak tahu…”
Jawab Dya perlahan. Ah! Hati.. tolonglah tenteram.. kenapa sebegini risau.

“Izhar tu okay ke tidak.. memandu macam pelesit je.. tak pernah-pernah memandu macam tu..”

Tegur Farina pula dari tempat duduk belakang. Mendengar saja kata-kata Farina, Dya terus mendail nombor telefon Izhar.

“Awak… slow sikit lah.. bawa kereta laju sangat tu..”

Izhar tertawa kecil.

“Okay..”

Baru saja Dya mahu menamatkan panggilan, Izhar memanggil namanya.
“Dya…”

“ya..”

“saya sangat awak tau.. Awak jangan cari lain ya.. tetap dengan saya..”

“Awak ni… cakap macam tu.. buat saya tambah tak sedap hati lah..”

“Okayla.. saya letak telefon ni.. jumpa di Denai Wada’ah..”
“Okay.. jangan bawa kereta laju-laju..”

Selepas saja Dya memberi peringatan, kelihatan kereta yang dipandu Izhar mula bergerak perlahan. Mereka berhenti di persimpangan lampu trafik. Saat lampu merah bertukar hijau, kereta Izhar mula bergerak perlahan di hadapan mereka. Kereta Yani mengikuti dari belakang dan diekori oleh kereta Sofian di belakang mereka. Dahinya berkerut. Kereta Izhar sudah berada di tengah simpang empat itu. Tapi, sebuah lori dari arah kiri mereka masih bergerak laju walaupun lampu sudah bertukar merah di simpang sebelah kiri mereka. Dya masih kebingungan apabila teman-temannya mula menjerit kuat apabila melihat kejadian dihadapan mereka itu. Kereta merah itu..kereta yang dipandu oleh Izhar berlanggar dengan lori yang menarik pehatiannya sebentar tadi. Yani sudah memberhentikan kereta secara mengejut. Dunia Dya tiba-tiba menjadi sunyi. Dia tidak tahu apa yang terjadi ketika ini. Kereta milik Izhar remuk. Izhar terdampar di atas jalan raya dengan darah yang tidak berhenti mengalir. Dya berjalan mendekati Izhar yang kelihatan bergerak-gerak. Dya memangku kepada Izhar.

“Awak.. saya dah pandu elok-elok macam yang awak pesan.. tapi,,..”

Kata Izhar dengan penuh kesukaran. Di saat itulah Dya sedar.. Sebab itulah dari tadi dia gelisah.. Rupanya dia akan kehilangan Izhar.
~~~~~~~~~~~~
Fahmi menutup muka surat terakhir yang diselaknya sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang. Kemudian dia mula mencari-cari sambungan kisah itu di dalam diari yang seterusnya. Tapi tiada. Hanya empat naskah sahaja. Hanya empat diari milik isterinya saja tersimpan dalam kotak itu. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar yang terselit di dalam naskah terakhir dalam pegangannya itu.. Dan….Dia menggeleng perlahan..Ini Diari isterinya, yang mengisahkan cerita cintanya…..

4 comments:

fazliana ezzati said...

adessss..
sdeyh kot..
hukhukhuk

MaY_LiN said...

aduhai..
sedihnye kesah istriku..

dontbelong2u said...

sedihnya T_T

Witch a.k.a Okie said...

bila nak smbung DICC?