Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 2, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 5

Bab 5

7 Februari 04,

Kebetulan sungguh-sungguh..saya langsung tidak sangka. (tet! saya tipu.. saya berfikir-fikir dan berharap-harap sebenarnya) Terjumpa dengan dia.....

"Eh...?"

Dya terkebil-kebil melihat jejaka di depannya itu. Memang dia sentiasa berharap untuk berjumpa dengan jejaka yang bernama Izhar itu dimana saja dia pergi. Sentiasa berharap yang dia akan terserempak dengan Izhar.

Kadang-kadang nak pergi pasar pun ragu-ragu dah sekarang nak pakai selekeh. Takut terserempak dengan Izhar kononnya. Jauh betul angannya. Tapi sekarang, tengah kain baju kurungnya hanging semacam je, Baju pulak dah basah lecun disebabkan dia bertugas untuk mencuci pinggan di perkahwinan sepupunya, dan lengan baju pula sudah dilipat ke lengan sependek yang boleh. Tudung pulak jangan cakaplah..

Dia bukan jenis yang pakai tudung bila kat rumah sepupu sepapat (Tak alim sangatlah.. jiwa orang muda.. kena cubit berkali-kali dah dengan ibunya.. tetap gak keras kepala,), kerja belakang tabir pulak tu.. memang sah-sah tudung dah tersadai di bilik pengantin bila tuannya sibuk buat kerja belakang tabir. Apa yang nak ditakutkan, semua pun muhrimnya. Sepupu-sepupu lelaki pulak boleh dijadikan walinya. beranilah buka tudung.

Tapi.. sekarang ni.. Izhar.. Tak mungkin.. Dya berkali-kali memejam celikkan matanya. Mahu menafikan pandangannya sekarang. Tak mungkin.. tak mungkin. Izhar masih tersenyum di depannya.

"Aku dah mula berhalusinasi ke?"

Bisik Dya perlahan tapi masih boleh didengari oleh Izhar. Izhar tahan senyum. Tiba-tiba kepalanya diserkup dari belakang dengan kain.

"Tudung kau lah.."

Bisik Umairah, sepupunya kepada Dya. Dya membetulkan duduk tudungnya. Asal tidak menutup pandangan matanya.

"Apa ni Umie.. Tak nampaklah.. letaklah tudung aku kat bilik Kak ina.."

Dya masih tidak menerima hakikat yang didepannya itu wujud lelaki yang bukan muhrimnya. Dan lelaki itu ialah Izhar. Tak sempat Umairah membalasnya, Izhar sudah menegur perlahan.

"Tak baik pakai tudung ikut tempat.. keluar saja dari rumah, tutuplah aurat tu.. tak kiralah kat rumah sepupu ke tidak."

Dya ternga-nga seketika. Cepat-cepat dia membetulkan kain tudung di atas kepalanya. Ah sudah.. bersuara la pulak.. teruk benar halusinasinya itu. Bisik hati Dya.

"Um.. em.. Awak nak pinjam tandas tadi kan.. tandas kat sebelah kiri.. jalan-terus-terus, belok kiri sikit dah jumpa tandas.."

Dya terkebil-kebil melihat sepupunya. Betullah.. Izhar.. Izhar masih tersenyum melihatnya.

"Mak!!! malunya......"

Sungguh-sungguh memalukan.. tak tahu mana nak letak muka kalau jumpa dia kat kolej nanti.. Yelah.. kat kolej.. saya terpaksa pusing-pusing 10 kali kolej untuk untuk terserempak dengan awak.. ini kat pelusuk kampung!!! macam mana awak boleh sampai kat kampung saya,,, Rupanya awak anak auntie Rubi, kawan mama saya.. Oo.. Tapi saya masih tak boleh terima.. kejadian 2 jam tadi. skodeng kat tingkap jap.. awak masih ada kat khemahla.. excitednya...

11.25 malam

Nadya Alisya.

~~~~~~~~~~~~~~

Sekali lagi Fahmi mengerut dahi. Setiap kali membaca diari isterinya mesti ada saja tanda tanya yang akan muncul. Auntie Rubi? ..Mama Rubi? Bisik hati Fahmi. Berkerut juga dahinya untuk beberapa minit. Kedengaran bunyi kereta milik isterinya memasuki perkarangan rumah. Fahmi kelam kabut naik ke bilik untuk menyembunyikan diari itu kemudian turun ke bawah. Dya tersenyum melihat suaminya. Barang-barang dapur yang dibelinya dikeluarkan dari plastik satu persatu.

"Banyak beli barang."

Tegur Fahmi. Dya tersenyum.

"Dya nak masak special sikit malam ni.. Dya nak jemput Sofian dengan Farina untuk makan-makan malam ni.. boleh kan bang? sunyilah kalau kita makan berdua je."

Fahmi mengangguk.

"Jemput je.. Nak saya tolong apa-apa?"

Dya terkebil-kebil dengan tawaran yang diberikan oleh suaminya. Tak pernah-pernah nak tolong buat kerja dapur. Demam ke laki aku ni.. Malas mahu memeningkan kepala, Dya mengangguk. Cepat juga siap kerjanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Laa... kami berdua je ke yang kau jemput.."

Kata Farina hairan. Ingatkan ada kenduri ke, apa ke.. Beria-ia Dya menjemput petang tadi.

"Yelah... Takkan nak jemput satu kampung kot.."

Balas Dya sambil tersenyum lebar.

"Takdelah.. ingatkan kau buat kenduri doa selamat... selalukan...."

Ayat Farina tergantung bila terdengar Sofian terbatuk-batuk di sebelahnya. Fahmi sudah memandang hairan. Menanti Farina menyudahkan ayatnya. Farina tersengih. Tersedar yang dia hampir memecah tembelang. Dya sudah membuat senyum tawar.

"Selalukan bila orang mengandung buat kenduri.. Kenduri apa tu abang., lengang perut ke apa.."

Kata Farina cover line sambil meminta sokongan dari sofian.

"A'aa.. dia lah tu..."

Sokong Sofian pula. Macam nak tembus badannya menerima renungan dari Fahmi. Dia cuba buat selamba.

"Jom makan.."

Sambil berjalan ke arah meja makan. Farina sempat menggenggam kuat tangan Dya. Memberi kekuatan. Tarikh hari ni.. Awak.., Tarikh hari nilah saya kehilangan awak.. Sebab tu saya takut untuk merasa sunyi malam ni.. saya takut terkenang awak...





2 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
fahmi ni pun..
jangan la cengil sangat

nursya said...

aduhai...
sedey la plak...
biler la si fahmi nie nk layan isteri dia elok2 skit...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37