Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, September 8, 2010

Open House DAA

First Ramadhan:

“Hello...” Mikhail menahan hati mendengar suara lemah isterinya.. Seperti terpaksa saja menyambut panggilan darinya.

“Seriously Adriana Illyana! Did you want me to cook meggi untuk buka puasa yang hanya 3 jam dari sekarang?! Untuk first day ramadhan??!”

Adriana yang sedang membelek-belek dokumen yang bertimbun di atas mejanya tersentak..

“Huh!..Dah jam berapa sekarang?”

Dengan nada yang betul-betul baru tersedar yang wujud jam di dalam dunia ini.. Mikhail menarik nafas panjang.. Menahan amarah yang tersekat di dada..

“Dana dah janji dengan abang kan! Akan ada di rumah sebelum abang pulang dari office...”

“Huh? Dana?”

Dana Insyirah, anak pasangan itu kelihatan keliru seketika.. Papanya tengah marah mamanya ke atau dia??.

Adriana di pejabat mengigit bibir.. macam mana boleh lupa tengok jam pulak ni.. lagi tiga jam nak buka puasa,, mana sempat nak masak.. masak meggi sempatla.. Dia teringat kecerewetan suaminya kalau pasal makanan.. aduh... macam ni...

“Not you Dana.. papa cakap dengan mama..”

“Panggillah Adriana.. bukan Dana lah papa.. papa ni dah lapar sangat ke? Tengok macam Dana.. sabar je tunggu azan..”

Aduh.. sekecik ni pula membebel... Mikhail meraup muka..

“Dana... silent... papa nak cakap dengan mama...”

Mulut tu.. ei sama macam mak dia..bebel Mikhail dalam hati.

“So Adriana??? Nak tidur kat office ke?? Atau nak abang seret sayang pulang sekarang jugak!”

“Ah... Ayang pulang sekarang bang.. jap.. satu jam...”

Adriana memutuskan talian kemudian kelam kabut menyusun barang-barangnya.. Berterabur meja.. Ah! Takpe, Aminah the cleaner girl yang cantik manis boleh kemas besok.. eh! Ye tak ye juga... Otaknya tiba2 menjana idea yang bernas..

“Hello.. abang,”

Terdengar tangisan Dani Ismadi di hujung talian..dan suara Dana Insyirah yang menyuruh papanya membuat susu untuk adiknya.. huh! Pasti suaminya itu tengah kalut..

“Apa lagi??”

“Abang busy ke??”
Soalan agak sedikit bodoh di fikirannya..

“Sayang tak dengar anak lelaki sayang ni tengah merengek dengan kuatnya???”

Mikhail menahan sabar.. Adriana tersengih sambil memutarkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin..

“Boleh tolong tak??”

“Adriana.... boleh tolong balik cepat tak??? Cepat! Faham tak??”

“Kejap la.. orang tengah drive la ni...”

“Hah.. nak tolong apa??”

“Tolong potong bawang, em.. ayam dalam peti ais tu bagi keluar, then sayur tolong potong gak.. abang nak makan ikan tak?? Kalau nak tolong siang ikan tu sekali..”

Pergerakan Mikhail yang tengah mendodoi Dani terhenti seketika,, Ni tak lain tak bukan memang nak buli aku la ni...

“Em.. ada lagi nak dibuat tengku puteri???”

Tanya Mikhail dengan sinisnya..

“Em.. ada lagi.. um.. nasi tolong masakkan.. then bubur Dani panaskan.. then suap dia makan dulu.. baru dia boleh tidur..And suruh cik kak yang kecik dan becok tu berhenti main game..Dah nak retak TV tu tengok muka dia 24 jam..”

“Sikitnya list to do......... siap ko kang pulang Adriana..”  jawab Mikhail sambil mengetap bibir.

Adriana tertawa kelucuan.. mesti Mikhail tengah kebengangan sekarang.. Ala.., sekali sekala...

“And satu lagi....”

“What!!!” marah Mikhail.

“ love you...” kata Adriana dengan nada menggoda.

“hum... Sorry... abang takkan cair.. cakaplah apa-apa pun...”kata Mikhail pula. Jual mahal

“Ala... orang serius ni...”

“Love you too" Mikhail mengalah.

Adriana mencebik.. Cakap I love you pun nak cover macho.. Padahal dalam hati pasti suaminya itu kesukaan dengar ucapan I love you darinya.. Yakin 100% ni..

Time Sahur:

“Dana... bangun.. kata nak puasa...”

“tak mau la mama.. Dana baca niat puasa jelah..”

“Mana boleh begitu.. nanti Dana lapar...”

“a’a...”

Dani yang dalam dukungan papanya pula menjawab.. orang lain yang nak puasa dia pula semangat bangun sahur..

“Tengok.. adik Dani pun dah bangun..”

“Tak mau.... mengantuk....”

Adriana berbalas pandangan dengan suaminya..

“Tak mau puasalah besok..”

Dana menyambung bicaranya.

“Ayang ambil Dani.. biar abang angkat Dana turun bawah.. nanti sampai di meja makan luas la mata dia terbuka tu..”

“Takkan nak paksa... kesian dia mengantuk sangat tu..”

“Nanti sambil bila pun dia malas nak bangun sahur.. dah.. ambil budak kecik ni..”
~~~~~

Dana yang masih tidur diletakkan perlahan-lahan di atas kerusi meja makan. Adriana yang sedang menghidang makanan merenung kesian dengan anaknya.. Letih sangat mungkin sampai tidak sedar papanya sudah mengangkatnya turun ke meja makan. Tapi kalau tidak sekarang ni, bila lagi mahu mengajar anaknya itu berpuasa.. Dana insyirah sudah mencecah umur 6 tahun.. tidak sampai ke petang pun puasanya tidak apa.. asal anak kecil itu biasa..

“Lena betul tu bang..”

Katanya sambil menyerahkan pinggan kepada suaminya. Mikhail sempat menggosok perlahan kepala anaknya.. kesian pula bila tengok..

“Tulah... tak mau bangun langsung... dah cuci muka pun mata tu masih juga tutup rapat..”

“Dana.. makan sikit yang.. mama suap ya..”

“Kejap lagi ma..”

“Ei...” Dani pula menarik perhatian.. Bila sudah pandai makan ni.. pantang bila Nampak makan.. dia pasti nak juga,,

“Dani nak?? Ni nasi kerasla baby.. mama belum masak bubur untuk baby.. mana tau baby ikut juga bangun sahur..”

“Na.nana...”

Protes ni.. sebab makan belum sampai di mulutnya..

“Tak bolehlah baby.. baby minum susu jelah ek..”

Pujuk Mikhail pula.. Dani mula merengek..

“Aduh.. yang satu ni pula yang sibuk nak makan sahur.. Dani puasa ke besok? Puasa?”

Dani merenung wajah mamanya.. kemudian mengangguk.. macam faham je gayanya..

“Em.. yelah tu puasa... Dah.. Dana.. bangun.. makan sikit..”

“Em... jap...”

“Habislah ayam goreng ni mama... papa habiskan.. biar Dana tak dapat makan...”

Umpan Mikhail pula.. Bulat mata Dani merenung makanan berwarna-warni di depannya..

“Nannna..” Dani mengapai tangan

“Tak boleh...”

“ada ayam?...”

Dengan suara yang masih mengantuk, digagahkan juga mulutnya bertanya..

“Ada.. Dana bangunla..”

Adriana pergi dapur mengambil biskut khas untuk Dani.. kecian pula tengok wajah anak lelakinya yang seperti kelaparan sangat.. hairan.. dia dengan Mikhail sudah berusaha bangun sahur tanpa membuat sebarang bunyi ketika keluar dari bilik.. buka pintu bilik pun perlahan-lahan.. Boleh pulak anak kecilnya itu terbangun walaupun sudah diberikan susu..Dani,. Kalau pasal makan.. memang cepat..

“Nah budak kecil.. sibuk gak..”

Dani tersengih mendapat ganjarannya.. Dana pula makan sambil menutup mata.. Adriana menggeleng melihat anak-anaknya.. ikut perangai papa dialah tu...

Malam Raya:

Adriana tersenyum dan tersengih-sengih di depan laptop menimbulkan keraguan di hati Mikhail.. Mencuri baca email yang diterima isterinya itu dari belakang isterinya..

“Ikh akan datang kalau Rya bagi duit raya..”

Mikhail membaca email itu semula dengan nada gedik dan mulut yang dicebikkan. Adriana yang sedang menaip membalas mesej Ikhwan terpinga-pinga melihat suaminya tiba-tiba muncul di belakangnya..

“Ikh nak datang rumah..”

Kata Adriana dengan senyuman manis. Muka Mikhail semakin masam.

“Patutlah tersengih sana.. tersengih sini.. Rupanya bekas tunang nak datang menjenguk...”

“Dengan isteri dan anaknya..”

Sambung Adriana pula.

“Bekas tunang tu apa papa?”

Dana yang masih berusia 6 tahun belum mengetahui banyak perkara menyampuk perbualan mama dan papanya.

“Makanan!..”

Mikhail masih tidak puas hati dengan isterinya. Adriana hanya menahan senyum.

“Kalau cemburu cakap cemburu..”

Kata Adriana secara berbisik tapi masih boleh di dengari oleh Mikhail..

“Siapa kata abang cemburu... takdelah..”

“Yeke???”

Tanya Adriana seperti mencabar..

“Yelah...”

“Confirm???”

“100% sure..”

“Okay..”

“Okay kenapa??”

“Okay untuk okay la..”

“Okay untuk apa???”

“Okay untuk okayla.. abang ni banyak tanya.. dahlah.. ayang nak berchatting dulu dengan KEKASIH lama..”

Saja menekankan perkataan kekasih untuk melihat reaksi suaminya.. Padahal dia sudah lama mengantikan nama Ikhwan dengan nama seseorang yang berjaya mencuri hatinya dan walaupun lelaki itu mempunyai ego yang sangat tinggi.. walaupun perkenalan mereka tidak begitu menyeronokkan.. Tapi lelaki itu masih tetap di hatinya.. dan insya_allah akan tetap di hatinya..

“Kenapa renung abang begitu??”

Adriana tersentak.. Kemudian tersenyum..

“Cuma teringat pada hari ayang kenal siapa Mikhail Nadim.. Terasa menyesal sebab pernah hadir rasa kesal dihati ayang kerana mengenai lelaki tu.. padahal berkenalan dengan orang yang bernama Mikhail Nadim adalah penemuan yang paling bermakna dalam hidup Adriana Illyana..”

Tanpa kata Mikhail menghadiahkan kucupan di dahi isterinya.. Kedengaran tepukan tangan Dana dari ruang tamu dan tawa si kecil yang tidak memahami apa-apa..

“Same with me.. everyword I say.. every things I do to you.. is not from my heart.. because waktu tu my heart terlalu sibuk menolak kehadiran gadis bernama Adriana Illyana untuk mendiami hati abang..”

“Macam dah pagi raya....”

“Takpe.. kita sambut raya awal beberapa jam..”

“Tapi confirm ke esok raya ek??”

“Confirm kot...”

“100 %?”

“Em... tak berani nak cakap..”

“Tapi persiapan untuk raya belum sempurna lagi..”

Rungut Adriana.. Rumah masih tunggang langgang..

“Tak kisahla..”

“Ikh kata kirim salam dengan dengan keluarga..”

“Em.. waalaikumsalam.. Abang lupa nak ucapkan beribu-ribu ucapan terima kasih..”

“Kenapa pulak??”

“Sebab kesalahan dia,, abang jumpa ayang..”

“Yeke?? Aku tak suka dengan kau!! Sebab kaulah semua ni terjadi..”

Adriana tertawa bila dia mengulang kembali dialog suaminya. Mikhail turut tertawa..

“Padahal dalam hati tu dah berbunga-bunga..”

Mikhail mengeselkan hidungnya dengan hidung Adriana.. Adriana tertawa kegelian..

“Papa! Mama!...”
Dua –dua tersentak.. kemudian menoleh kea rah puteri mereka.

“Dani dah tertidur.. berdengkur.....”

Pecah juga ketawa mereka.. Tak kisahlah hari ni kea tau besok raya... Tak kisahlah persiapan sempurna ke tidak.. yang penting bukan persiapan.. tapi keluarga.. tanpa keluarga.. ertinya raya taklah sesempurna seperti selalunya.. Tapi bila tugas menjerat kita.. Terimalah dengan redhanya.. Selamat Hari raya!!!!!!


Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37