Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Dana @ Adriana 9

Bab 9
Adrian menghentikan langkahnya di depan pintu pejabat yang pernah di duduki oleh Adriana.. Di mengeluh apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang termenung jauh di tepi tingkap. Tempat Adriana selalu termenung apabila memikirkan idea. Kehadirannya di sana masih tidak diendahkan oleh lelaki itu.
”Aku harap kau tak berfikir mau terjun dari Tingkap tu.. sebab nanti bila kau jatuh, badan kau terburai kat bawah tu.. menyusahkan orang je nak pungut badan kau kat sana..”
Sarkastis dan sinis. Lelaki itu tersenyum keruh.
”Masih belum ada berita tentang Rya?”
Adrian menggeleng perlahan..Melihat gelengan lemah itu lelaki itu mengeluh lagi..
”Aku tak tahu mana lagi nak cari dia.. Macam dia dah padam semua jejak dia.. Mungkin dia dah tak nak jumpa aku lagi..”
Adrian menepuk perlahan bahu Ikhwan. Dia tahu yang Ikhwan sudah menyesal dengan tindakannya. Semua orang yang berbuat salah pasti menyangka yang kesalahan mereka tidak akan dapat diketahui oleh orang lain.. Bila sudah bocor semua rahsia, barulah menyesal tak sudah.
”Sabarlah.. kita dah berusaha sehabis baik untuk mencari Rya.. Illina dan Marina pun belum lagi balik dari London sebab mencari Rya.. Kalau-kalau Rya membawa diri ke sana..”
Ikhwan berjalan ke kerusi merah milik Adriana. Dia mengusap-usap kerusi empuk yang sudah tidak bertuan itu.. Rasa sedikit aneh di hatinya.. Selalunya Adriana selalu ada di sana.. tersenyum padanya..
”Aku risau sangat dengan kereta Laily yang mengalami kemalangan tu., Kalau betul Rya yang memandu kereta tu, dia ke mana? Dia selamat ke?”
Walaupun pihak polis sudah mengatakan yang tidak ada yang terkorban dalam kemalangan itu. Namun dia tetap risau.. Macam mana mereka boleh pastikan yang gadis yang membawa kereta itu Adriana..Mungkin Adriana di rompak di tengah jalan? Mungkin Adriana di culik? Macam-macam yang terfikir olehnya.
”Aku rasa, kita patut tanya doktor yang melawat Rya selepas kemalangan tu..”
”Doktor pun kita tak tahu siapa., then yang pasti kita belum tahu betul atau tidak Rya yang pandu kereta tu..
Dia sudah kehabisan fikiran positif..
”Ikh, Kita cuba... atau kau dah betul-betul tak mahu tengok Rya lagi ni?”
Cepat dia menggeleng.. Dimana Adrian boleh dapat anggapan yang serupa itu.. Mana mungkin dia akan melupakan Adriana.. Takkan mungkin.. Mungkin dia salah. Tapi sekarang baru dia sedar yang dia betul-betul inginkan Adriana sentiasa di sisi.
”Suruh Reego siasat siapa doktor yang merawat gadis yang kemalangan tu..”
Akhirnya dia memberi cadangan kepada Adrian.. Ya! Dia tahu yang da tidak boleh mengalah.. sampai bila-bila.. Dia akan mencari Adriana.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37