Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, January 30, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 6

Bab 6

Dahi Dahlia berkerut2 melihat tingkah laku Runner dan Aniq yang terhendap2 dari luar bengkel Automotif, melihat keasyikan jejaka berdua itu menimbulkan rasa ingin tahu di hati Dahlia. Perlahan2 dia mengatur langkah ke arah bengkel auto dan turut melihat apa yang di lihat oleh Runner dan Aniq.. Tapi oleh kerana cermin matanya tertinggal di dalam kelas membuatkan penglihatannya sedikit kabur.. dan di bengkel itu hanya kelihatan enjin2 dan minyak hitam yang menjadi penyeri bengkel itu.

“Wei.. apa yang kamu tengok tu aa??” Tanya Dahlia menepuk belakang Runner.

“Si Chill nak mengorat Paied.. dari tadi mengekor je kat belakang Paied..” Kata Runner anak kelahiran Sarawak tanpa melihat siapa yang bertanyakan soalan..

“Apa?!!!” Jerit Dahlia dengan muka geram.

“Kan Runner dah kata.. Si Chill agar2 tu nak…….” Terhenti sampai di situ ayat Aniq apabila menyedari Dahlia di belakang mereka sambil bercekak pinggang. Dahlia sudah menunjukkan muka bengang.. Dahlia juga sudah menyinsing lengan bajunya sehingga ke siku.

“Chill ni memang tak serik kena kurung dalam bilik air hari tu kot..” Ucapnya dengan geram..

“Oo… jadi kau punya angkaralah ‘agar2’ tu terkurung dalam bilik air ek??” Soal Aniq kepada Dahlia.. Dahlia tersenyum..

“Extreme juga kau ni ya.. sampai kurung orang dalam bilik air..” Tambah Runner pula.. ‘ala., Chill bukan mangsa pertama..’ bisik hati Dahlia…………

Villa Mentari,Shah Alam.

“Wei.. cakap pasal tandas kotor ni lah.. aku teringatlah satu kisah.. tapi ingatan aku samar2 lah..” Kata Aidil sambil menunjukkan riak wajah berfikir. Yoke, Miran dan Dannial menunggu sambungan kata2 Aidil itu.

“Aku teringat masa aku kecil dulu.. salah seorang dari cousin akulah..Ingatkan hilang., seharian jugalah kami mencari dia merata2.. rupanya terkurung dalam tandas.. boleh pulak kami tak dengar dia menjerit2..” Dannial sudah mempamerkan wajah bengang.

“macam mana boleh terkurung dalam tandas tu?” Yoke orang pertama yang memberi respond.

“Ada sorang budak perempuan, anak kawan makcik2 aku kot.. Dia geram kot cousin aku kacau2 dia.. cubit2 pipi dia.. sebab budak perempuan tu kalau tak silap aku tembam.. Jadi dia kurunglah cousin aku dalam tandas.. mahu hysteria cousin aku lepas keluar tandas tu..” Seronok Aidil bercerita tanpa mengendahkan seseorang yang semakin bengang.

“Cousin kau yang mana Dil?” tanya Miran.

“Entah,, aku tak ingat cousin aku yang mana.. Kau ingat ke nial??” Tanya Aidil tanpa mengesyaki apa2.. memang dia tidak mengingati siapa cousinnya yang malang itu.

“ Oo.. kalau tak silap aku cousin kau yang baru kawin dengan orang yang kunci dia kat dalam tandas dan pernah bersumpah untuk bunuh kau kalau kau bocorkan rahsia dia..” Ucap Dannial dengan sinis+bengang=tak boleh di bayangkan.. Terkelip2 mata Aidil mendengar jawapan Dannial sambil otaknya dikerahkan berfikir.. dan.. tawanya meletus kuat.. Miran dan Yoke berpandangan sesame sendiri.

“Panjang jodoh diorang..” Kata Aidil selamba..

Bengkel Automotif…

“Ahcumm…” Dahlia terbersin perlahan., “Hey, siapalah yang mengata aku ni..” Bisiknya perlahan..

“Tu bala tu sebab aniaya orang..” Sampuk Aniq pula.. Tiba2 Dahlia terasa bahunya ditepuk perlahan.. dia mengalihkan pandangannya kebelakang untuk melihat gerangan orang itu.

“DK!!!” Jerit Dahlia kegembiraan..

“Macam manalah Paied boleh terfikir untuk ambil kau jadi girl dia ni.. menjerit macam remaja kurang usia je..” Komen gadis beruniform sekolah itu.

“haha.. Kau buat apa kat sini?? kau pindah sini ek? waa.. bestnya..” Dahlia membuat kesimpulan sendiri.

“Kan ada pertandingan nasyid kat sini.. jadi aku ikut cikgu escort peserta nasyid kami lah..” Terang DK.Mira.

“Oo.. ingatkan kau pindah sini.. lehlah hari2 mengadu kalau si Paied tu buat hal..” Kata Dahlia sedikit kecewa.. DK.Mira hanya tersenyum.

“Ira.. tak nak kenal2 kan ke kat kitaorang ni..” Bisik Aniq ke telinga Dahlia apabila merasakan seperti menanti kucing bertanduk untuk Dahlia memperkenalkan mereka kepada gadis tinggi lampai di hadapan mereka itu..

“Oo.. ni DayangKu Mira Melia..panggil je DK.. DK ni Aniq dengan Runner..” Dahlia memperkenalkan sahabatnya.

“Runner?” DK kehairanan..

“Ah.. nama tu nama panggilan je.. sebab saya pelari..” Runner menjelaskan dengan bangganya..

“Pelari pantai.. kalau kau rakam atlet berlari kat Television selalu tu.. lepas tu kau tengok dalam mood slow motion.. itulah Runner..” Dahlia mengusik temannya..

“Ya.. aku boleh imagine benda tu..” Kata DK sambil tertawa.“Apa yang korang skodeng tadi tu??” Tanyanya lagi..

“Ada orang goda Paied tau.. tu yang aku nak jadi FBI hari ni..” Kata Dahlia sambil kembali memfokuskan matanya semula kea rah Paied yang kelihatan bengang dengan tingkah laku Chill..

“Astgfirullah al-azim……. Dahlia Zahirah, Runner, Aniq! sejak bila lagi kamu tukar kos jadi pelajar Automotif ni.. waktu rehat 20 minit sudah berlalu..” Kata Cikgu Norwaieyna..

“Hehehe.. sorry Cikgu.. kami tak ingat kelas kat mana.. sesat.. maklumlah.. kami baru je masuk kat sini..” Runner menjawab..

“Sesat? dah setengah tahun masuk sekolah ni masih lagi sesat? nampak ni?” Cikgu Norwaieyna menunjukkan rotan panjang dan tebal yang selalu dibawanya bersama kemana sahaja dalam kawasan sekolah ini.

“Dah ingat dah Cikgu… DK.., aku jumpa kau pulang nanti.. ada benda nak story2..” bisik Dahlia.. Paied yang keluar dari bengkel kerana mendengar kekecohan mulut Cikgu Norwaieyna menjungkit kening kea rah Dahlia.. sempat lagi Dahlia membalasnya dengan kenyitan mata sebelum berlalu..

“Apasal tu?” tanya Paied kepada DK..

“Bukan tak biasa dengan kenakalan Dahlia..” jawapan DK menimbulkan senyuman di bibir Paied..

“Tau takpe..” Nakal, manja hanya luaran sahaja.. Paied tahu yang Dahlia seorang yang berfikiran matang.. dan dia tahu ada rahsia yang gaids itu sembunyikan darinya….
“Paied.. Dahlia janji nak bagitahu sesuatu dengan aku.. Dan sebagai kawan aku mesti jadi pendengar yang amanah.. Kalau dia bagitahu aku tentang rahsia yang membebankan dia, dan dia tak mahu kau tahu.. jadi aku tak boleh bagitahu kau.. harap kau faham..” Paied mengangguk..

“Kalau ada perkara yang membebankan dia.. dan dia tak mahu bagitahu aku.. Aku Cuma boleh berharap dengan kau jelah untuk tolong ringankan beban dia..” DK mengangguk.. Faham dengan sikap Paied yang sangat perihatin dengan temannya Dahlia..

1 comment:

nursya said...

eeee....
sweet tu la si Paied tu...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37