Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Saturday, April 4, 2009

sekolah_cinta 8

Pemuda2x semakin berani...

"Rita, kau dengar tak cerita yang si Nieylla tu kena tampar oleh Riz.." Lina memandang Delorita yang tersenyum sinis.

"Padan muka dia... baru puas hati aku.."Lina hanya menggeleng kepala..

"Kau ni kan...apasal kau anti sangat dengan Nieylla tu.. aku tengok tak pernah pun dia kacau kau..jangankan kacau.. cuit pun tak pernah..kan korang kawan baik dulu.." Nina menyampuk..

"Aku benci tengok dia.." Delorita berkata selamba..

"yelah..aku tahu kau benci dia..tapi sebab apa?" Lina bingung dengan sikap kawannya itu..

"Sebab dia ada segala-galanya.." Delorita berkata perlahan..

"Tapi dia tak pernah sombong dengan apa yang dia ada kan.. kau yang lebih2 ambil hati...emosi terlebih.." Nina cuba membela Nieylla..Sebenarnya dia bukannya suka cari gaduh dengan Nieylla dan kawan2nya tapi sebab terpaksa mengikut cakap Deloritayang sengaja cari masalah tu..

"Aku benci tengok kesempurnaan dia..dulu masa aku baru couple dengan Riz.., Riz selalu puji dia.. selalu cakap pasal dia..macam perempuan tu sempurna sangat..dia dah ada segalanya.. dan aku tak mahu dia dapat Riz gak.." dengan nada yang sedikit angkuh... (evil sikitla..)

"emm...lantak kaulah.. tapi kalau Riz tahu pasal ni aku tak tahu... kau fikirlah baik2 kalau kau sayang Riz tu.." Lina menepuk bahu temannya, Delorita kemudian berlalu..Delorita hanya termenung kosong...tanpa mereka sedar..ada pemuda yang mengeluh panjang apabila mencuri dengar perbualan itu.. Rita..Rita..kemudian dia menggeleng kepala..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tengah asyik membaca novel yang dipinjam dengan Amy..tiba-tiba ada tangan yang terlalu baik mengesat lip glossnya menggunakan tisu..Kemudian Lulu memandang pemuda yang begitu 'budiman' itu..Kelihatan Ek tersenyum tanpa rasa bersalah..

"Kan aku dah kata jangan pakai benda2 ni kat sekolah..oleh kerana kau tak sampai hati nak cuci, biar aku tolong lap kan ye.." Kata Ek tanpa rasa bersalah..

"Terima kasih lelaki budiman..." Lulu melembutkan suaranya..membuatkan Ek tersenyum manis..

"SAma-sama gadis manis..aku memang budiman.." Ek sudah mula control macho..

"Cuma kebudiman kau tu salah tempat!!" Melayang buku novel yang tebal itu di kepala Ek..

"Aduh!! wei, aku tulis laporan pasal kau nanti.. selamba je mencederakan kepala aku..nasib kena kepala..kalau kena muka aku yang handsome ni aku denda kau.." Ek masih lagi memegang kepalanya..menahan sakit..

"ingat aku takut ke?" Lulu berkata selamba..

"Memang patut kau takut..sebab nanti kalau muka aku buruk..takde orang yang nak kat aku.. so, aku terpaksalah suruh mak aku pinang kau.." Ek berkata lagilah selamba..sekali lagi novel Amy menjadi mangsa keadaan melayang ke kepala Ek untuk kali ke-2..

"Simpang malaikat 444! huh!.." Lulu terus berlalu meninggalkan Ek yang masih tersenyum walaupun kepalanya menjadi mangsa dan Amy yang tercengang melihat novel barunya melayang2..Novel aku.....Sementara ahli kelas yang lain sudah tidak dapat menahan ketawa melihat ketua pengawas kalah dengan seorang perempuan..Ek memandang Ken yang ketawa begitu kuat dari yang lain..

"sebab kau lah ni.." Ek menyalahkan Ken merangkap Love tutornya..

"Eh! apasal aku pula..aku suru kau tegur je..bukan suruh kau lamar dia..." Ken menyambung ketawa melihat Ek yang sudah bermasam muka..

"Kau cakap tadi.. buat apa2 je.. lamar dia pun boleh.." Ek berkata dengan lurusnya..

"Lurus bendul!!!" Nathalie sudah berair mata menahan lucu.. nama je ketua pengawas..Ek hanya tersenyum malu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nieylla, aku nak cakap dengan kau kejap.." Riz berkata perlahan..

"Tak boleh..aku masih melancarkan perang dingin dengan kau.." Nieylla berkata sambil memalingkan kepalanya ketempat lain.. lagi baik tengok tingkap ni..boleh gak kira dah berapa inci habuk kat tingkap ni..

"Kejap je..5 minit.." Riz masih memujuk..

"tak mahu.." masih lagi tidak memandang muka Riz yang handsome itu..pembetulan..,bukan handsome sangat pun..handsome lagi pak guard sekolah ni..

"
4 minit?" masih lagi cuba menawar.. tapi dibalas dengan gelengan Nieylla..

"3minit?" jawapan Nieylla masih sama..

"2 minit?" jawapan masih lagi menghampakan..belum sempat menawar masa..Dani sudah mencuit Riz..

"Tak payah nak tawar2 lagi.. korang dua orang je tinggal kat dalam kelas ni..yang lain dah keluar.." Dani berkata selamba..Nieylla dan Riz melihat di sekitar kelas.. kosong..Riz tersenyum..Nieylla pula mencebik.. satu kelas dorang berkomplot bagi tinggal aku dengan mamat ni..tak patut betul!!

"okayla..korang bincanglah apa yang patut.. aku ada urusan seri paduka baginda,,bye adik ku..." tanpa ada perasaan bersalah meninggalkan adiknya di tangan Riz..Nieylla tercengang melihat abangnya berlalu.. jahat!!..

"Apa kau nak cakap...cakap cepat..aku busy ni..." Nieylla berkata dengan tegas..

"Aik? setahu aku takde kerja rumah hari ni..apa yang buat kau busy ni.. ada laki kat rumah nak jaga ke??" Riz sengaja mengusik Nieylla.. lama tidak bertikam lidah dengan Nieylla..

"A ah.. ada anak lagi berderet kat rumah nak bagi makan.." Nieylla berkata selamba.. dia sudah menyandang beg sekolah sambil melihat jam.. "Kau ada satu minit lagi..nak cakap apa? ambil isi penting je..cepat.."

"Isi penting je..aku nak cakap mukadimah lagi..penutup lagi.." Riz sengaja melambat waktu..

"kau bagi aku isi penting je.. yang lain tu kau cakap kat kerusi meja.. tak pun kau rakam..besok kalau ada masa aku dengar.."Masih lagi dengan nada selamba..

" rakam2 tak main lah.. aku nak kau duduk sini pastu dengar aku nyanyi.." Nieylla mengerut kening..di kepalanya sudah berlegar2 perkataan ini.. Riz dah gila..

"Gila." tanpa sedar perkataan itu sudah terkeluar dari mulutnya.. kemudian berlalu ingin meninggalkan Riz..tetapi langkahnya terhenti mendengar petikan gitar dari Riz..mendengar nyanyian dari Riz membuatkan jantungnya hampir luruh... tahan Nieylla..you can do it.. tahan...memberi semangat pada diri sendiri..


Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wei Syirah..kau nak pergi mana tu.." Kata Im ala-ala garang..

"Nak tunggu bas ... ada kerja hari ni.."Syirah berkata perlahan..

"ibu suruh aku hantar kau pergi sana.." Im berkata selamba..

"Ibu tak cakap pun kat Syirah.." Syirah kebingungan..

"Buat apa ibu cakap dengan kau.. aku yang bawa motor.. bukan kau.." Dengan muka yang seriusnya..

"Tapi selalu ibu bagitahu..." belum sempat Syirah menghabiskan ayatnya Im sudah memotong..

"Cepat!!.. ke kau nak melencong tempat lain ni.." Im sudah bersedia di motornya..

"tak..kan Syirah nak pergi kerja.." Syirah masih lagi menjawap perlahan..

"Nak pergi kerja naiklah cepat!.."

"okaylah..." Syirah mengalah..Im tersenyum lucu tanpa disedari Syirah..

"peluk kuat2..nanti jatuh..." Im berkata selamba kemudian terus memecutkan motornya.. Syirah yang agak terkejut dengan pecutan itu memeluk Im kuat..takut melayang seperti novel Amy tadi...


2 comments:

duniaCoklatally said...

bestlah...
cepat sambung..
hehe :)

Anonymous said...

hahaha..
adoi..cam2 ragam..
nk lg.. ^_^

-che na-