Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, April 7, 2009

sekolah_cinta 9

Picnic....

Deringan telefon rumah itu mengejutkan penghuni villa itu..
Syirah berlari-lari anak ke meja telefon itu..

" Waalaikumsalam.." Syirah tersenyum manis mendengar suara si pemanggil.."besok?..rasanya takde buat apa-apa.. kerja pun takde besok.." masih lagi dengan senyuman manisnya... Im yang duduk berhadapan dengan meja telefon itu geram melihat senyum manis Syirah.. " nak ajak jalan besok? nanti Syirah tanya ibu dulu..kalau ibu benarkan Syirah ikutlah..." lembut je suara Syirah.. tetapi kelembutan itu yang membuat Im kegeraman.. siapa lah pandai2 nak bawak anak dara orang jalan ni... setelah habis perbualan di telefon tadi Syirah mendekati ayah dan ibu angkatnya di ruang tamu.. Im yang duduk di sebelah ayahnya tengah membaca majalah dengan concentratenya (kononnyalah)..

" Ayah... besok Syirah nak jalan boleh tak?" Syirah bertanya perlahan..

"Apa pulak tak bolehnya.. tapi mesti balik awal tau..handphone jangan lupa bawa.. kalau ada apa-apa nanti senang ayah ibu nak contact nanti.. " Dengan senang Dato Ilham memberi kebenaran kebada Syirah..bukan tidak risau..tapi kerana percaya yang anak perempuannya boleh membawa diri dengan baik berbandingan anak lelakinya itu..Im yang mendengar jawapan dari ayahnya menghempas majalah yang dibacanya ke atas meja di hadapannya..tanda protes.. ibunya Datin Maryam hanya tersenyum..

"senang je bagi kebenaran...ayah tak tanya pun dia pergi dengan siapa..tah jantan mana dia nak ikut besok.." sedikit tidak puas hati..

"Aik? okaylah dia jalan dengan lelaki besok..ertinya Syirah dah ada boyfriend lah... senang hati ibu ada orang jaga Syirah.." Datin Maryam mengamit Syirah duduk di sisinya..

"betul tu... taklah ayah susah hati nak bagi Syirah keluar rumah..dah ada orang tolong tengokkan.."Dato Idham pula menambah..Im yang tidak puas hati terus berlalu ke tingkat atas kemudian menutup pintu biliknya dengan kuat..

"His anak awak ni..angin je.. tu tak puas hatilah tu.." Dato Idham mengomel..

"Ayah Ibu..Syirah mana ada boyfriend lah.. besok aunty Maria nak bawa pergi beach.. nak bawak abang Im sekali..tapi kalau dah taufan datang macam tu..ibu jelah tolong tanya dengan dia..dia nak ikut ke tidak.." Syirah memberi penjelasan agar ibu dan ayah nya tidak tersalah faham..

"Ow.. nak pergi beach..ala, Syirah pergilah ketuk pintu bilik dia tu...pergi tanya..tak makan orangnye anak ibu tu.." Dato Idham tersenyum mendengar kata-kata isterinya..

"yelah tu Syirah..tak makan orang..tapi taufan dia tu boleh runtuh villa ni tau..besok dia dah cool down cket Syirah tanya lah.." Syirah mengangguk mendengar kata-kata ayahnya.

"Okaylah ayah ibu.. Syirah naik atas dululah...naik tidur.." Syirah menyalah tangan Ayah dan ibunya..

"Sweet dream sayang.." Datin Maryam sempat mengusap lembut kepala Syirah..Syirah berlalu ke biliknya dengan tertib..sempat dia terhenti di depan bilik abang angkatnya. Kemudian Syirah tersenyum..

"Hah! anak2 dah naik tidur...yang awak ni tak nak tidur ke?" Kata Dato Idham ala-ala gatal.. Datin Maryam menjeling..

"His! tak kuasa nak layan awak mengatal malam-malam buta ni... anak awak si Im tu..bawa jumpa ustaz ke.. bomah ke..pawang ke... lembutkan sikit hati dia tu..macam awak juga.." Datin Maryam sudah mula berceramah..Aduh! dia dah mula da... Dato Idham menggeleng kepala..

"hai awak ni.. mulut tu macam tak boleh berhenti.. daripada awak pot pet pot pet..baik pergi berzikir ke... dapat juga pahalanya.. yang pasal Im tu janganlah risau sangat.. dah cukup umur kang nikahkan je dia tu.. mesti elok punya.." Selamba Dato Idham berkata-kata.

"kalau Im tu kena kawin, yang penyakit keras hati awak tu nak ubat macam mana?" Datin Maryam berkata sinis..

"itu pun awak nak tanya..kawinkan je lah...." belum sempat Dato Idham menghabiskan ayatnya.. kotak tisu yang tadinya di atas meja sudah melayang ketempatnya.. DAto Idham tertawa melihat isterinya yang sudah mencebik..

"Malas nak layan awak melalut ni..baik saya tidur.. ada gak faedahnya.." Datin Maryam berlalu sambil menghempas2 kaki..

"Aik..dah dari tadi saya bawa awak tidur awak taknak.. perangai awak tu menurun dengan si Im tu.. hempas kaki., pintu bilik pun di hempas.., majalah pun di hempas.. lama2 runtuh gak villa ni.." Kata Dato Idham sambil mengikuti langkah isterinya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat pagi abang Im.." Syirah menegur pelahan abangnya yang sedang enak menjamu selera di meja makan..

"aik? ada lagi rupanya..ingatkan dah berampus dengan jantan tadi.." Im membalas dengan nada sini..bercampur cemburu.. siapa kata aku cemburu.. aku tak cemburulah!...

"Sebenarnya semalam aunty Maria yang call.. dia ajak Syirah dengan abang Im pergi berkelah..kalau abang nak ikutlah.." kata Syirah perlahan..

"oh... pukul berapa?.." Masih lagi bersuara dingin walaupun sebetulnya dia agak sedikit lega..

"pukul sembilan nanti.. awal lagi ni.." Syirah mengambil tempat di hadapan Im kemudian menuang air di gelasnya..

"Kau tolong kemaskan baju aku sepasang.. mana tau nak mandi kat beach nanti.." Im dengan selamba menyuruh Syirah..

"Hah.. tak suruh mak nah? " Syirah bertanya perlahan..

"Aku suruh kau kan tadi? ada nampak mak Nah kat sini?" Im bertanya sinis.. Syirah menggeleng..

"Abis tu yang kecik tu??takkan Syirah gak yang tolong bagi masuk.." Syirah bertanya ragu2..

"Apa yang kecik?" Im blur

"ala yang seluar kecik tu.." Syirah berkata perlahan..

"Oh... "Im tahan senyum.. aduh..aku ni pun pintar sangat.. seluar kecik takkan nak suruh Syirah pegang..malu setahun aku.. "bagi masuk baju je.. yang lain aku bagi masuk.." dengan tegasnya..

"Okay.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Anic.. jom kita jalan2 kat tepi pantai tu.." Nieylla menarik tangan Anic.. sengaja dia berbuat begitu apabila melihat Anic yang kelihatan tidak berenggang dari Syirah.. aku macam suspect somethinglah dengan anic ni.. takkan dah jatuh hati kot..hehehe..

"Tak naklah..aku nak jaga makanan2 ni.." Im memberi alasan..

"Tak larinya makanan tu.. Syirah kan ada tolong jagakan.."

"tak mahulah..dia tu tengah baca buku mana sedar alam sekeliling.. kang makanan tu kena ambik orang.. bukan boleh harap sangat.." Im berkata selamba..Nieylla hanya mengangkat kening..

"Okay.. Syirah jom jalan-jalan.." NIeylla menarik pula tangan Syirah.. Syirah hanya mengikut saja sepupu angkatnya itu..

"Nak ikut juga.."Im seperti memprotes di tinggalkan keseorangan di sana.. Nieylla tersenyum sambil mengenyit mata kearah sepupunya..

"Tak boleh.. kau jaga makanan..nanti ada orang curi ke.. kau kan boleh di harap.." Nieylla tertawa.. kena aku sebijik.. Im membuat muka masam melihat Nieylla dan Syirah sudah jauh meninggalkan dirinya..Nieylla ni pun satu.. kalau nak suruh jaga makanan pun bagi tinggallah Syirah kat sini.. bersemangat juga nak jaga makanan ni..huhuhu..Im mengomel dalam hati..

to be continue..

2 comments:

MaY_LiN said...

haha...im suke kat syirah...

Anonymous said...

ske!!!
smbg lg..
nk lg ^_^

-che na-

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37