Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Saturday, April 18, 2009

sekolah_cinta 13

“Abang…..” Nieylla memanggil abangnya ala-ala gedik..

“aik? Kalau memanggil macam kucing nak mengawan tu ada la sebab tu..” Dani menaruh syak awal-awal lagi..

“His! Mana lak.. Nieylla ikhlas panggil abang tau… with all my heart..” Dengan ekspresi muka yang kononnya serius. Dani merenung tajam muka adiknya..

“Muka ni macam tak leh percaya je…” Dani berkata selamba.

“Ah! Never mindlah.., abang pergi ‘tuisyen ke hari ni, atau urusan lain2..” dengan muka confidentnya..’atau kelas dating bersama ulat buku ke..’ Nieylla menyambung di dalam hati.

“Takde lak., kenapa?” Dani mengambil tempat duduk di taman yang terletak di belakang sekolah. Nieylla duduk bersebelahan abangnya, manakala Lulu mengambil tempat duduk di hadapan Dani.

“Takde.., Tanya je..” sambil menggeleng kepala.

“eh! Dani kau ambil kelas tuisyen di mana ya? Aku rasa nak ambil tuisyen gak lah…..” Lulu memainkan peranan. Dani kelihatan panic.. ‘mampus aku.., aku mana pernah pergi tuisyen.., pergi dating dengan bakal kakak ipar Nieylla je selalunya..tuisyen tu alasan je supaya si Nieylla ni tak join sekali..’

“Yelah.., kan bang selalu pergi tuisyen.., Nieylla pun nak ikut abang tuisyen gak..” Dengan nada manja.

“Mana boleh dik.., kan abang selalu lemah dalam pelajaran..,kalau adik ikut tuisyen sekali mesti abang tak leh concentrate.” Dengan seriusnya.

“Tapi aku boleh kan Dani.., aku pun lemah gak pasal pelajaran ni.. bagitahu lah kat mana tempat tuisyen kau.., leh kita pergi sama-sama.” Lulu menunjukkan riak excited..

“Mana boleh.., aku nak aku sorang je belajar kat tempat tu.., kalau ada kawan2 mesti aku takleh belajar punya..” Dani masih lagi berdalih..

“Abang ni! Apa susah.. bagi tahu je lah nama tempat tuisyen abang.. itu pun susah..” Nieylla membuat riak kononnya merajuk..

“tengok.., Nieylla dah moody! Baik kau pujuk dia..” Lulu memainkan peranan sebagai rakan yang sejati kononnya…

“Adik…, janganlah moody2 ni.., sebab abang taknak nbagi tahu tempat tuisyen pun adik abang ni nak moody2 ke?”

“Abang tak sayang adik lagi.., sebab tu lah dah pandai rahsia2 dengan adik..” masih meneruskan rajuk palsunya..

“His! Siapa cakap begitu.., mana ada abang yang tak sayang dengan adik dia..” dengan lagak abang mithali..

“Ada…,” Nieylla menjawab perlahan.. Lulu jadi pemerhati.

“Siapa? Cuba cakap dengan abang.., biar abang kaunseling dia cket..” Ceh! Confident tu..

”Abanglah..” Nieylla menjawab selamba.. ‘kena aku sebiji.’ Dani mengomel dalam hati..

“Okay2.. abang bagitahu satu rahsia tapi adik janji jangan bagitahu mama and papa ya..” Dani mengalah..,mata Lulu dan Nieylla terus bersinar2 seperti bandar KL pada malam hari, selepas mendengar perkataan rahsia.. ‘skandal..hehe’

“Abang tak pergi tuisyen sebenarnya.., abang selalu pergi jamming dengan dorang Riz..” Dani meng’klentong’ adiknya dan Lulu sekali lagi.. Lulu dan Nieylla merenung sesama sendiri dengan muka yang kecewa.. ‘his…mesti guna cara ke dua ni..’

“okayla abang..,” Nieylla dan Lulu berdiri kemudian berjalan meninggalkan Dani.. ‘huh! Selamat rahsia aku..’ Dani kelegaan..tapi hanya seketika, kerana Nieylla datang kembali dan berdiri statik di tepinya.. dengan muka separuh samseng.. Dani mengaru kepala yang tidak gatal.

“Baik abang bagitahu yang sebenar!” dengan garangnya ni..

“Bagitahu apa lagi adik.?”

“Nieylla.., kau strait to the point..kau strait je…jangan belok2..” Lulu berdiri di sebelah Nieylla.

“betul ke abang ada skandal dengan Amy?” seperti gaya polis2 di gerak khas menyoal penjenayah..Dani agak terkejut.. kemudian membuat ketawa yang tak jadi.. tetapi sekejap je kerana pelik melihat Lulu ketawa sekali..Nieylla memandang temannya..

“Yang kau ni join sekali ketawa apa hal??” Dani dan Nieylla memandang Lulu..

“Hah? Aku support Dani je..” dengan muka blurnya..

“Okay.., berbalik pada abang Dani? Baik abang jawab dengan jujur..” NIeylla mengugut.

“Dari mana lah Nieylla dapat cerita karut macam ni.. takkanlah abang nak couple dengan ulat buku tu.. simpang malaikat 44 tahu..” Selepas je Dani menhabiskan ayatnya tiba2 dua buku rujukan tebal melayang ke kepalanya. Mereka bertiga terkejut.. ‘dari mana datang buku ni?’ Lulu mencari-cari sekeliling.. sehingga matanya memfocus kepada satu benda.. ‘Alamak! Amy’

“Simpang malaikat 44 juga saya nak maafkan awak!” Kemudian sambil menghempas2 kaki Amy berlalu pergi..

“Aduh! Amy tunggu..” Dani mengejar Amy sambil memegang kepalanya yang sakit itu..

“Peribahasa untuk hari ini ialah..”

“Kerana mulut santan binasa.., kerana mulut kepala abang aku yang binasa.” Nieylla menyambung ayat Lulu.. lama mereka terdiam di pondok itu dengan sunyinya.. seketika kemudian kesunyian itu terganggu dengan suara perempuan menjerit nyaring.. mereka berdua berpandangan..

“Lulu.., kau dengar apa yang aku dengar?” Nieylla bertanya perlahan.

“Dengar..” Lulu menjawab sepatah..

“Hantu ke?”

“His! Kau ni.. nama je lahir di zaman moden.. ada ke hantu siang2 hari ni.. logiklah sikit..” Lulu menafikan.. Nieylla berfikir sejenak sambil cuba mengecam suara itu..

“Aku rasa macam aku kenallah suara tu…” Nieylla memandang Lulu..

“Aku pun.., jom kita tengok siapa yang kena hysteria siang2 hari ni..” mereka berjalan ke arah suara itu kemudian skodeng di celah2 pokok2 bunga..ceh! dah macam private investigator dah dua orang ni…

“Eh.., Riz dengan Rita lah..”

“Apasal macam meroyan je si Rita tu?”

“Syy.., diam lah.. nanti dorang dengar..”

“Dorang gaduh ke? Macam bincang hal dunia je..”

“Mungkinlah kot.., mungkin si Riz tu nak ceraikan si Rita tu kot.. tu yang naik meroyan perempuan tu” Confident je Lulu meneka.

“His! Takkan lah kot.. Riz sayang sangat dengan Rita tu” tiba2 ada satu suara yang menafikan andaian Lulu..

“Apasal suara kau garau sangat Nieylla?” Lulu memandang ke arah Nieylla..sedangkan Nieylla memandang ke arah satu tempat.. melihat temannya begitu, Lulu turut memandang ke arah yang sama..’ his! Mamat ni lagi..

“Hoi Ek! Duduklah.. nanti dorang nampak?” Lulu menarik tangan Ek sehingga membuatkan jejaka itu terduduk sama di celah2 pokok bunga itu..

“Apasal aku pula kena join korang berdua ni.. banyak lagi kerja aku kat bilik pengawas ni..” Ek bingung..

“Syyy…nanti dorang dengar lah Ek.. senyap cket..” Nieylla menegur Ek yang ternyata kebingungan.. ‘hai…terpaksalah aku ikut kegilaan dua orang budak ni..tapi best gak skodeng ni orang ni’………

1 comment:

MaY_LiN said...

hehe..pepandai jer dani tu..