Skip to main content

sekolah_cinta 16

“Hai Nieylla..” Lulu yang baru sampai ke perkarangan sekolah menegur Nieylla.

“Hai…, banyaknya baju kau…” Nieylla terpegun melihat beg Lulu. ‘ni nak camping ke apa ni? Sampai 2 beg besar dia bawa.. padahal camping 3 hari je..’

“yelah… satu beg untuk baju..dan satu lagi untuk seluar dan mekap..” Selamba Lulu berkata…

“Ish2… dalam hutan kau bawa mekap apasal? Takkan nak ngurat orang utan kot?” Ek menyampuk.

“Diam lah kau Ek.. sibuk je..” Lulu menjeling.

“hah! Jeling2la.. aku simbah muka kau dengan air satu baldi kang.. biar bersih dan suci muka kau dari mekap tu” Ek mengugut.

“Kau buatlah kalau berani.. aku piat telinga kau, kalau kau buat begitu!” Lulu menjawab.

“Menjawab2… aku cakap sikit kau menjawab. Kang aku ikat mulut kau kang.. baru padan muka kau tak dapat bergincu..” Ek lagi membalas.. ‘dorang dah mula dah..’ Nieylla menggeleng kepala.

“Kau diamlah Ek.. sekali aku terajang kau.. sampai gunung Santubung kau terus tau..”Lulu berlagak berani.

“Ewah!Gunung Santubong kononnya..,Silap2 Bukit Titiwangsa pun tak sampai.. heh! Aku ada black belt tau.., sekali aku terajang kau.. boleh sampai ke Hollywood tau..tapi aku tak mainlah tendang2 perempuan ni..” nada2 seperti berlagak pun ada si Ek ni.


“Ala.. baru black belt dah berlagak.. aku ada belt warna biru, putih, dan pink pun ada.. tak juga aku nak berlagak..jangan kan warna tu.. belt warna warni pun aku ada tau..” Selamba Lulu bercakap. Nieylla berlalu dari tempat Ek dan Lulu.. ‘lantak korangla.. pening kepala aku.’


“Okay…semua dah ada ke? Kalau dah ada semua baiklah kita bertolak sekarang..”Kata Cikgu Trisya. Nieylla melihat2 di sekeliling.. mencari seseorang. ‘mana mamat ni? Takkan tak ikut kot..’ .. Mereka semua menaiki bas sekolah yang telah bersedia itu.. Lulu membuat muka cemberut kerana terpaksa duduk dengan Ek. Amy pula semestinya duduk kat Dani. Syirah duduk bersama Im kerana ingin berkongsi cerita sepanjang perjalanan. Dan Nathalie pula duduk bersama Ken kerana mereka di minta menangkap gambar sepanjang perjalanan dan Camping.. Dan Nieylla…

“Ciikgu stop the bus!” Kedengaran jeritan dari perkarangan sekolah.. semua pelajar melihat ke luar tingkap.. Riz dengan sengihannya. Kemudian bas yang baru mahu berjalan terhenti..

“Kamu ni Riz.. cikgu ingat kamu tak mahu ikut dah..” Cikgu Trisya membuka pintu bas untuk Riz.

“Sorry cikgu.., terlambat bangun tadi..hehehe” Kata Riz sambil mengaru kepalanya.

“Dah.. pergi duduk..” Kemudian Riz berlalu ke perut bas.. Rita yang memberi sudah menyediakan tempat untuk Riz memanggil Riz.. Kemudian Riz berjalan ke arah Rita.. Nieylla hanya menjeling kemudian memandang keluar tingkap. ‘Nak gak duduk dekat Rita..benci2’

“Emm Nieylla.. boleh duduk kat sebelah?” Nieylla terkejut melihat Riz sudah berdiri di sebelahnya. Kemudian dia hanya mengangguk.

“Kenapa tak duduk je kat sebelah Rita tadi?” Nieylla menyoal sinis.. (Dan nada cemburu sebenarnya.) Riz tersenyum.

“Riz nak tukar angin..” Riz menjawab ringkas.

“Kenapa? Angin kat sana tak sama ke dengan angin kat sini?” ( Percayalah yang Nieylla memang lemah dalam bahasa melayu bersastera2 ni) ‘tau takpe.hehehe’

“tak sama.. kat sana macam panas sikit.. kat sini angin dia menenangkan..” bercakap ala2 romantik sangatlah...hehe

“Menenangkan macam mana? Kan bas ni guna air cond..” Saja bertanya seperti itu walaupun dia sudah dapat meneka maksud Riz.

“emm…entah..” sambil menjungkit bahu.. kemudian dia melihat ke arah Nieylla yang sedang menguap.. “Eh? Dah mengantuk da.. bas baru mula berjalan..” Riz bertanya perlahan.

“Ya.. semalam tidur lambat sebab kemas beg..ngantuk sangat ni..” sedar tak sedar Nieylla mengadu dengan bekas musuhnya.

“Tulah.. tidurlah.. nanti kalau sampai Riz bangunkan..” Kata Riz kemudian menarik perlahan kepala Nieylla dan meletakkan ke bahunya..Nieylla kelihatan selesa menumpang tidur di bahu Riz..kemudian…

“Say cheese..” Ken dan Nathalie melakukan tugas mereka.merakam gambar kenangan.Nieylla dan Riz tersenyum malu.. Dani ikut tersenyum.. dia yakin yang Riz takkan melukakan hati adiknya. Manakala Delorita di tenangkan oleh kawan2nya. Perjalanan yang jauh di lalui dengan penuh gelak tawa….

Comments

MaY_LiN said…
ala nieylla n riz nk romantik2 lak..
xnk ngaku da suke kat riz tu..

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …