Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, April 22, 2009

sekolah_cinta...14

“Riz tak Boleh buat Rita macam ni!!” Rita menjerit seperti kerasukkan.

“Kenapa pulak Riz tak boleh buat Rita macam ni? Hah!” Riz mengetap bibir menahan geram.. awalnya dia ingin berpisah dengan Rita secara damai..tapi sikap Rita membuatkan dia kehilangan tahap kesabaran..

“ Rita sayang Riz..Riz tak boleh buat Rita macam ni! Riz kejam..Takde perasaan!” Masih lagi menjerit.. macam orang yang baru kena cerai la..

“Apa Rita cakap? Riz kejam? Takde perasaan? Jadi selama ni Rita sajikan Riz dengan cerita2 palsu?! Rita fitnah kawan Rita sendiri.., Rita tak rasa ke diri Rita tu kejam! Takde perasaan?! Hah?” Riz menengking Rita..kesabarannya hampir menipis.. ‘susah betul nak fahamkan Rita ni’..

“Rita buat semua tu sebab Rita sayang kan Riz! Riz tak faham ke?!” Kata Rita sambil menangis..’Dah aku pulak yang dia kata tak faham…’

“Sayang? Bina kasih-sayang atas kebencian? Siapa ajar kau ni hah!?” Tiada lagi berRita2…Riz terasa penat sangat melayan kerenah mantan pacarnya itu..

“Ya! Sebab kalau Rita tak buat macam tu Riz takkan pandang Rita.., yang Riz nampak hanya si Nieylla tu.. tapi walau berapa banyak kebencian yang Rita tanam di hati Riz…tak pernah sekali pun Riz pandang Rita like the way you look at her..” Rita meluahkan kesalnya.Riz meraup muka dengan kasar..

“I had enough with you!” Riz ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Rita.

“Kenapa? Kenapa dia?” Ritz memandang sedih muka Riz..

“I love her! Is that enough? “ Riz menjawap spontan dan sedikit sinis.. On the spot Rita melepaskan tangan Riz sambil memandang Riz…Di sudut lain pula…

“Nieylla.., Tutup mulut tu.. nanti masuk lalat..” Lulu berkata tanpa sebarang nada.. seperti Nieylla dia juga terkejut dengan pengakuan Riz. Ek mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum.

“Hebat gak kawan aku ni..” Ek berkata selamba..kemudian dia tersengih apabila mendapat jelingan maut dari Lulu..

“Diam lah kau..” Kata Lulu sambil menjelir lidah..

“Betul ke apa aku dengar ni?” Nieylla seakan baru tersedar..Lulu hanya menjungkit bahu manakala Ek pula mengangkat kening.


“Amy Please.., Dani minta maaf..” Dani merenung muka Amy yang berada di hadapannya itu..

“Hari2 minta maaf…Hari2 minta maaf.. lepas tu buat lagi… Dani tau tak yang hari2 juga hati Amy ni sakit macam kena blender je..” Amy berkata tanpa merenung muka Dani yang seperti meminta simpati itu.

“ kalau begitu…” Dani sengaja membuat Amy tertanya2.. “ Amy ambillah hati Dani., Blender sekali dengan hati Amy.., kita buat jus.,.” Dani melawak..Amy mengambil buku rujukan di tepinya kemudian menghempukkan ke kepala Dani..

“Orang serius dia boleh pulak memain! Tak lawak langsung..” Dengan muka serius sangat ni Amy berkata2..(cewah..hehehe) ‘Padahal aku tahan ketawa ni..si Dani ni tak boleh bagi muka sangat!’

“Siapa yang melawak.. Dani serius apa..” Sambil menayangkan muka serius tak jadinya.

“Serius? Pergi la panggil David Blaine suruh keluarkan hati Dani yang tak cukup lawa tu.. dengan senang hati Amy blender..macam Dani hancur lumatkan hati Amy!” nada sedikit marahla.. ‘memanglah tengah marah ni.. siapa tak marah! Orang tengah sakit hati dia tayang muka tak bersalah langsung tu!’

“His..mana ada Dani menghancur lumatkan Hati Amy.. Dani sentuh pun tidak tau.. jangan kan nak sentuh hati Amy.. tangan pun Dani tak sentuh tau..”kata Dani dengan muka tak bersalah + innocent..

“Ei! Geram betul dengan Dani ni!” Hanya itu yang boleh di katakan oleh Amy..

“Jadi Amy maafkan Dani tak ni?”

“Tak!”

“Ala…kenapa?”

“Tanya diri Dani sendiri..”

“Ala.. kalau DAni tahu jawapan dia, Dani takkan tanya Amy tahu..”

“Habis tu!”

“Sorry ya..”

“No!”

“please..”

‘Okay..kalau dua orang ni tak diam lagi aku akan buang dua2 kat kolam Ikan Pak seman tu!’ Ken tahan geram.. (p/s: Pak Seman tu leader tukang kebun sekolah la kiranya,,)

“ Please la Amy.., Dani janji tak buat lagi..”Masih memujuk

“Janji..janji..janji..” Amy berkata sinis..

“Okay kalau taknak janji., Dani promise takkan buat lagi..”

“No!”

“Please……” belum sempat Amy menjawab Ken dah menyampuk.

“Oh my god! For godshake, Please be quiet!” Ken kegeraman.. “Is this LoVe sChoOl?! “ Mereka berdua terkebil2 melihat Ken meninggikan suara. Kemudian kedua-dua tersengih tanda bersalah..

1 comment:

MaY_LiN said...

haha..kantoi2...