Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 25, 2009

Sekolah_Cinta 20

“Okay murid2…sampai sini je pelajaran kita hari ni. Dan Cikgu harap kamu boleh baca serba sedikit mengenai bab 3.. besok kita bincang..” Cikgu Rozita berkata sambil tersenyum manis.

“Terima kasih cikgu!” Hairi mengetuai mereka semua. Tengah sibuk mengemas buku, Riz lalu di hadapannya dan meninggalkan nota kecil. Nieylla tersenyum.

8,10tion!
Perkara:Dating
Jam: 2.30 ( tidak boleh lewat..)
Tempat: Mc Donald
Riz…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengah seronok bersiap kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Nieylla mengerut dahi..

Hati2 dengan Riz..
KeN.

Nieylla tersenyum.. sekurang2nya Ken bersikap jujur dengannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam di pergelangan tangannya di lihat berkali2.. tidak cukup dengan itu.., jam di handphonenya juga di lihatnya… ‘Janji jam 2.30, skang ni dah pukul 3.00.. mana pergi mamat ni..’ bebel Nieylla di dalam hati.. tepat jam 4, baru kelihatan batang hidung Riz tetapi…’

“Riz!” Nieylla memanggil Riz yang tengah berkepit bersama Delorita dengan muka tak bersalah kerana membiarkannya menunggu selama beberapa jam sampai pekerja Mc Donald tu pun dah menghafal di mana letak hidungnya.

“Riz!” jeritnya sekali lagi.. kali ini dengan nada marah.. ‘ dah membahang da hati aku ni.. panas..’ Riz dan Delorita sambil tersenyum sinis berjalan ke arahnya.

“Oh… ada perempuan perasan pulak kat sini kan sayang..” Delorita membuka gelanggang debat..

“Yelah.. kesian dia tunggu Riz sampai berjam2.. “ RIz mempamerkan wajah tak bersalah.. ‘Dan meng ‘annoying’kan…benci!!’

“Kau apasal perempuan?!,, desperated sangat ke sampai tak malu nak menempel dengan boyfriend orang..” Kata Delorita dengan lantang.. Nieylla masih lagi mendiamkan diri.

“Ayang.. janganlah cakap kuat2.. malulah minah ni nanti.. tapi takpelah,, dia selalu buat ayang begitukan.. biarlah dia yang rasa sekarang..” Tambah Riz lagi..

“emm… sekarang dia sorang je.. takde kawan2 nak tolong dia.. sebab tu lah speechless..” Nieylla masih mendiamkan diri.

“ Nieylla.., buat pengetahuan kau.. aku langsung takde hati nak berdamai dengan kau.. sebab kau ni jenis perempuan yang bermuka2.. semua orang ingat kau baik sangatlah.. padahal bertukar2 lelaki.. dan aku tak terkejut kalau kau ni dah tak suci lagi..” Delorita tersenyum apabila Riz bercaya bulat2 fitnahnya itu. Tiba2 Riz bermandikan Air sirap..

“Aku tahu yang kau nak kenakan aku.. tapi aku berbaik hati bagi kau peluang terakhir hari ni.. tapi kau masih percaya dengan cakap Rita so, aku tak boleh buat apa2 lagi.. Kau cakaplah apa yang kau mau cakapkan.. yang penting aku kenal diri aku.. Dan Rita, hidup ni ibarat roda.. kejap kita di atas, dan kejap kita dibawah.. jangan terlalu yakin yang kau terus berada di atas.. sampai masa kau tetap kembali ke bawah..” Dengan tenang Nieylla meninggalkan mereka berdua yang terpinga2..

Nieylla berhenti di taman permainan untuk menenangkan hatinya yang sedang bergelora. ‘ aku tahu… aku tau.. korang nak cakap aku bodohkan… ya asalnya memang aku benci sangat dengan Riz.. tapi hati perempuan mudah cairkan.. aku tak sangka dia malukan aku sampai begitu sekali.. di Mc Donald pulak tu.. takkan ku jejak lagi kaki ku ke Mc Donald itu.. malu beb.. huhuhu.. restoran kegemaran aku.. mulai hari terpaksalah aku tukar tempat lepak.. aku benci Riz.. jangan harap aku nak bagi dia peluang lagi.. aku cincang2 hati dia seperti dia hancur2kan hati aku yang cute ni..Aku akan melakukan serangan balas! Hehehehe’ ( evil laugh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Okay murid2..hari ni kita ada murid baru.. so cikgu harap kamu semua sila bagi kerja sama pada dia ya..” Cikgu Rose masuk bersama seorang budak lelaki.. “Okay Eyrique,, kamu boleh perkenalkan diri..” Cikgu Rose mengalihkan pandangan kepada budak yang tersenyum manis itu..

“Emm nama saya Eyrique Ikmal,, saya baru berpindah dari London sebab Ayah saya sudah di tukarkan ke sini..Jadi saya ada sikit kelemahan dalam mata pelajaran melayu.. harap korang boleh tolong saya..Dan korang semua boleh panggil saya Ery” Nieylla sudah tersenyum lebar apabila Ery memang ka arahnya sambil tersenyum.. ‘aduh! Hensemnya Ery ni… Aku dah terbayang rupa future children aku.. mesti cute2.. dengan lesung pipit dia yang dalam lagi tu.. waduh! Jatuh hati aku yang sudah aku balut dengan plaster kelmarin. ‘

“Okay Ery.. kamu boleh duduk di sebelah Im.. dan kita boleh teruskan pembelajaran kita..” Ery berjalan ke tempat yang di tunjukkan Cikgu Rose.. sempat lagi dia mengenyit mata dengan Nieylla.. ‘Aduh! Tergodanya aku.. berdegup kencang jantungku ini.. boleh kena heart attack tau..’ Riz menjeruk rasa bila melihat senyuman lebar Nieylla yang hampir sampai ke telinga.

3 comments:

eiDnuT said...

padannnnnnn mukaaaa riz..hahaha

tp riz n nieyla sweet to b 2gther

Si Kure-kuree said...

bestnyer..tp tak puas...nak n3 byk agi...hehe
btw, i lgi ske template yg dlu..cute..

MaY_LiN said...

yeah yeah..
ery dtg..
wat riz bengang..
cemburu tgk nieylla..
hahaha..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37