Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, May 27, 2009

Sekolah_CinTa 21

“Kau ni pekak ke atau tak reti bahasa? Nak suruh aku cakap dalam bahasa apa lagi ni supaya kau boleh faham..” Lulu mengeluh apabila sampai sahaja di gate sekolah Ek terus menyemburnya. ‘malangnya hari ni.. mamat ni pulak yang jaga gate..’

“Apa masalah kau ni Ek??” Selamba Lulu bertanya. Ek menahan geram.

“Apa masalah? Wei! Dalam sekolah tak boleh pakai make up2 yang kau tengah pakai sekarang ni.. aku nak kau cuci sekarang benda2 alah tu semua.. rimas aku tengok..” Lulu menjelir lidah..

“Jangan harap..” Lulu terus berlari meninggalkan Ek..

“Wei!! Lulu.. degil betullah minah ni..Faris, jaga gate ni.. aku nak kejar minah opera tu..” Faris hanya mampu mengengguk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Apasal dorang Ek tu berkejar2an awal2 pagi ni?” Ery kehairanan. Dia memandang Nieylla di sebelahnya.

“Biasalah tu.. ni mesti kes Lulu pakai make up lagi tu.. tu yang Ek naik angin tu..” Nieylla menerangkan..

“Oo.. kira Ek ni jujur dengan tugas dialah.. dengan Lulu pun dia bertegas..” Ery dan Nieylla melihat gelagat Lulu dan Ek dari koridor kelas mereka.

“Yup..,” Nieylla menghadiahkan senyuman manis buat Ery..

“Ery laparla.. tak sempat sarapan tadi.. temankan Ery pegi cafe jap..”

“Okay..jom..” Mereka beriringan menuju ke kantin..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Sayang…kenapa ni masam betul muka tu.. nanti lepas sekolah temankan Rita pegi shopping ya..” Delorita berkata dengan gediknya.. entah kenapa hari ini Riz macam takde semangat nak melayan kerenah Delorita.

“Emm..” Delorita mencebik kerana sikap kisah x kisah Riz itu. Bulat mata Riz apabila terlihat Ery dan Nieylla berjalan seiringan..

“Eh..ayang janganlah merajuk.. meh Riz suapkan Mee ni.. sedap tahu..” Delorita terkejut dengan perubahan mood Riz.. tetapi dilayan juga kerenah Riz.. Dia menganggap Riz susah hati apabila dia merajuk.. Nieylla yang ternampak adegan suap menyuap itu kelihatan menyampah.. Tangan Ery digenggam erat. Ery tersenyum.

“Okay.., kita duduk kat sinilah.. “ Mereka memilih meja yang agak tersorok di balik dinding cafe itu.. tetapi mata Riz tetap juga mengekori kelibat Nieylla dan Ery seperti pandangan matanya boleh menembusi dinding itu.

“Nieylla nak makan apa? Ery belanja..” Tanya Ery..

“Memang patut pun Ery belanja.. “ gurau Nieylla..”Oleh kerana Ery belanja.. Nieylla nak milo sejuk tak mau susu., milo bagi lebih sikit, gula kurang., taknak manis, ice pulak tak nak letak banyak2..lepas tu…” Nieylla mengurut2 dagunya, gaya orang berfikir.

“Emm., ya princess.. apa kata kita pinjam kejap dapur kantin ni lepas tu kita buat milo sendiri..” Sindir Ery..

“Hehehe..alah Ery ni.. tu pun tak boleh tunaikan..”

“Boleh je sayang.. tapi nanti makcik café tu black list nama kita berdua kang.. sebab terlampau cerewet..” Sambil mencuit hidung Nieylla..Nieylla tersenyum..

“Nieylla nak milo O sejuk je lah..hehehe”

“Okay… makan?” Tanya Ery lagi..

“Dah kenyang.. baru je makan hati tadi..” Jawab Nieylla selamba.. Ery mengangkat kening.. tak berubah2 kenakalan gadis di depannya itu.. sentiasa membuatkannya tersenyum..

“Nasib Nieylla tak makan Hati Ery sekali..”

“Dah Ery yang tak nak bagi.. kedekut..”

“Bukan dulu Nieylla dah ambil hati Ery ke? “ Tanya Ery..

“A’aa lah.. lupa.. Nieylla dah simpan dalam peti besi.. biar sesiapa pun tak boleh ambil..” seloroh Nieylla..

“Yelah tu.. Ery beli makanan jap.. “ Ery berjalan ke arah kaunter café itu.. Nieylla tersenyum.. ‘macam tak percaya dia dah ada kat depan aku sekarang..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nathalie yang duduk berdekatan dengan pintu terlihat Ek mengunci gate di setiap tangga.. “Wei Ek? Apasal kau kunci semua gate.. kang aku nak pegi tandas macam mana?” Ek tersenyum..

“Tahanlah..” Nathalie mencebik..

“Apasal Nathalie?” Lulu berdiri di sebelah Nathalie..

“Tu soulmate kau pergi kunci semua gate..” Ek tidak mempedulikan riak kehairanan teman2nya terus sahaja melaksanakan tugasnya..

“Oh god.. I had bad Feeling…” Ken menyampuk..

“Apasal pulak..” Dani pula mencelah..

“Wei.., mana Ek tu? aku nak pergi tandas ni..” Im gaya seperti menahan kencing..

“ kenapa gate semua kena kunci? “ Tanya Ery.. dia baru sampai ke kelas bersama Nieylla.

“Wei? Apasal pelajar kelas lain semua nampak kalut je?” Tanya Riz pula

“Ada spotcheck kot..” Suara tenang Amy menjawab persoalan mereka semua..

“Oo..” Syirah mengangguk.. tenang juga.. Dani dan yang lain cuak.. semua kelam kabut mencari tempat untuk sembunyikan Handphone..

“Alamak.. Handphone satu hal.. lip gloss aku, bedak muka aku, pengasah kuku.. perfume.. mana nak sembunyi ni..” Lulu kalut..

“siapa ada plastic besar??” tiba2 Ery bertanya.

“Ni..” Syirah menyerahkan plastic hitam kepada Ery..

“Kau nak buat apa plastic tu?” Im bertanya. Dengar sahaja mengenai spotcheck terus sahaja niat untuk menziarahi tandas terbatal serta merta.

“Letak semua handphone kat sini.. aku ada cara..” Ery pergi meja ke meja untuk mengutip kesemua handphone.. dia terhenti di meja Lulu..

“apasal kau bawa semua benda alah ni kat sekolah?” Ery kehairanan.

“Biasalah.. perempuan..” Jawab Lulu selamba. Ery Cuma mengeleng. Setelah dikumpulkannya semua benda2 yang gerenti akan dirampas oleh pihak sekolah.. Ery membuang plastic itu ke luar tingkap..

“Wei! Handphone aku..” Jerit Nathalie risau..

“Handphone kau tak apa2 lah.. Ery menunjuk ke arah plastic yang di buangnya.


“Macam mana nak ambil plastic tu semula??” Dani runsing..

“Entah..” Jawap Ery selamba.

“Ala.. kita fikir benda tu lepas ni.. yang penting kita tak di kenakan hukuman oleh cikgu Rose tu..” Im membela..

“Betul tu.. apa hukuman yang selalu di kenakan?” Tanya Ery..

“Tanyalah girlfriend kau.. dia pernah merasainya..” Kata Ken Selamba. Nieylla tersengih..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kami perlukan waran..” Kata Ken yang menjaga pintu kelas kepada pengawas2 yang bertugas.

“Ni waran kamu .. “ Cikgu Rose memaksudkan dirinya sebagai waran. Ken tersipu malu.. “Amboi.. pandai2 nak minta waran.. berbaris semua..lelaki sebelah kiri, perempuan sebelah kanan..” Mereka semua mengikuti arahan Cikgu Rose itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ek masuk kelas dengan wajah bengang.. tiada satu pun tangkapan di buat dalam kelasnya.. Dia melihat semua wajah2 temannya.. semua membuat muka bodoh.. Ek menghela nafas berat.. kemudian keluar kelas semula.. kelam kabut Ery dan Riz mengambil batang menyapu untuk mengambil plastic yang di buang mereka.

“Lulu, Nathalie,.. jaga pintu.. bagitahu kalau Ek masuk kelas semula..” Dani mengarah.. mereka yang lain berkumpul di depan tingkap itu.. memberi semangat kepada kedua teman2nya yang sedaya upaya meng’grab’ plastic itu..

“Ery.. kau cubalah selitkan batang penyapu tu kat lubang plastic tu..” Kata Riz.

“Okay..” Berpeluh2 Ery mencuba..

“Cepatlah..nanti Ek datang..” Jerit Syirah..
“Yang kau pula panik ni apahal?” Im kehairanan.. padahal Syirah tidak membawa handphone ke sekolah dan absolutely handphonenya tidak berada dalam plastic itu.. Syirah tersengih..

“Syirah support dorang je..” Im menahan senyum melihat riak innocent Syirah. Ery dan Riz masih lagi mencuba mendapatkan plastic itu.. Tiba2 Nieylla mengelap peluh Ery..Ery memandang Nieylla..terhenti seketika kerjanya.

“Thank you..” Dengan nada romantic..

“Sama2.. kesian Ery berpeluh2..” Kata Nieylla perlahan.. mereka membalas senyum..seperti mereka berdua sahaja ketika itu.. bunga2 cinta memenuhi angkasa.. pelangi menghiasi langit.. dan..

“Woi! Kalau nak beromantik pun tengok2lah keadaan pun..” Kata Riz ‘kacau lah Riz ni..’ bisik hati Nieylla..

“Uiks? Takkan serius..” Kata Ery.. dia menyambung usahanya semula..

“Cepat2..Ek dah di tingkat 1..” Jerit Nathalie apabila melihat susuk tubuh Ek mendaki tangga.

“Okay Riz.. kita angkat perlahan2..” Kata Ery..

“Lulu.. kau halang Ek masuk nanti..” Kata Ken..

“Okay..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ek yang ingin memasuki kelasnya dihalang oleh Lulu.. Dia mengerut Dahi.. “Ek.. kawan aku pergi cafe jap.. lapar..” Kata Lulu dengan agak sedikit mengoda.

“Belum rehat lagi lah..” Jawab Ek.. dia ingin melangkah sekali lagi ke dalam kelas tetapi tangannya di tarik oleh Lulu.

“Ala.. Kau ni tegas sangatla.. selalu kau nak sangat pegi café dengan aku.. ni kali aku bawa pegi café kau taknak pulak..” Ek mengerut kening. ‘macam ada sesuatu je ni.. tiba2 baik sangat layanan dia.. ‘ Ek tidak mempedulikan ajakan Lulu.. dia terus melangkah ke dalam kelas.

“Ah! Ek! Alamak..” Lulu meraup muka.

Ek memerhati sekeliling.. tidak ada apa2 yang mencurigakan. Semua rakan kelasnya duduk di tempat masing2 dengan tenang. Lulu menarik nafas lega. Ek memandang Lulu.. kemudian dia melihat jamnya.

“Ada 5 minit lagi nak rehat.. so, tawaran kau masih lagi terbuka??” Ek kembali ke watak gatalnya..

“Hisy! Tak nak aku.. “ Lulu meninggalkan Ek yang terpinga2.. Ek memandang Ken.. Ken hanya menjungkit bahu..

* takde idea.. so, sorry..

3 comments:

MaY_LiN said...

hahaha..
pandai jer dorang nie wat criminal..

eiDnuT said...

its ok kumpul jek ilham dlu..
yg pnting jgn lari tajuk dah ar..hehe sekolah cinta adalah cnta mereka ber..brapa org heh haha

myra_am said...

Best ar cete ni!!!!!!
Bila nak sambung ni.

Mira(UK)